Bab 4

Drama Completed 35637

Minggu orientasi sudah selesai. Jadi Tiara sudah boleh mula masuk class.

Seperti yang di janjikan, Hadirah dan Farhan akan menunggu Tiara di hadapan pintu universiti untuk masuk class bersama sama.

Awal lagi Tiara sudah keluar dari rumah. Dia tidak mahu membuat kawannya tertunggu-tunggu dengan kehadiran nya.

Sewaktu dia sampai di hadapan pintu universiti, kelibat Hadirah masih tidak kelihatan lagi. Tapi, Tiara tidak kisah untuk menunggunya.

Lagipun, Hadirah yang mahu menolongnya. Jadi dia ambil keputusan untuk duduk di bangku yang disediakan.
Selang 10 minit, Hadirah datang bersama dengan seorang lelaki. Mungkin itu Farhan. 

"Lama ke kau tunggu? Sorry la aku terlambat" kata Hadirah

"Eh tak ada lah. Aku pun baru sampai ni" jawab Tiara tersenyum.

Terpaku lelaki itu melihat senyuman manis Tiara.

"Nasib baik. Okey, ni la Farhan yang aku cakap tu. Aku kawan dengan dia ni dah lama dah. Sejak sekolah menengah lagi sampai la sekarang asyik hadap muka dia je"

"Eh kau. Macam aku tak bosan pulak tengok muka kau" balas Farhan.

"Fuhh, nasib baik Farhan tu bukan mamat gila tu" kata Tiara dalam hati

"Farhan, ni Tiara" kata Hadirah 

"Hai" kata Tiara kepada Farhan

"Hai" balas Farhan kekok

"Kenapa awkward sangat ni? Ok la jom la kita masuk class" ajak Hadirah

Mereka bertiga pun berjalan sambil berbual-bual kosong sehingga mereka berhenti di hadapan pintu.

"Ini lah class kita. Welcome to law's class" kata Hadirah sambil membuka pintu bilik itu.

Terpaku Tiara melihat bilik itu. Bilik itu tersangat besar dan cantik sekali.

Bilik itu mempunyai meja yang panjang seperti meja di kantin dan setiap satu meja mempunyai 6 kerusi memanjang. Di hadapan bilik, ada sebuah pentas kecil. Dan ada meja untuk lecturer.

Ketika itu, pelajar tidak ramai lagi.

Sewaktu sedang melihat lihat bilik itu, mata Tiara tertancap pada satu susuk tubuh yang sangat dikenali nya. Pelajar itu sedang berbual bersama dengan dua orang kawannya. 

"Tak! Jangan kata!" kata Tiara dalam hati. Dia sudah mula rasa cemas.

Hadirah yang perasan dengan wajah cemas Tiara menegur
"Tiara, ok tak?" tanya Hadirah

"Tu lah, apasal muka kau macam terkejut? Kenapa?" tanya Farhan pula

"Aku rasa aku salah class la" kata Tiara

"Tapi, kau cakap kau ambik course law kan?Undang-undang. Inilah tempat dia. Jom la masuk" kata Hadirah sambil menarik tangan Tiara untuk masuk ke dalam.

"Please cakap yang mata aku salah. Pleaseee" kata Tiara dalam hati. 

Sedang mereka bertiga berjalan ke tempat duduk, pelajar itu perasan akan kehadiran mereka bertiga. 

Pelajar itu pun terkejut dengan kehadiran Tiara. Tiara yang nampak pelajar itu memandangnya mengalihkan muka nya ke arah lain.

"MACAM MANA AKU BOLEH SATU CLASS DENGAN MAMAT MERENG NIIIIIIII!!!" jerit Tiara dalam hati. 

Ya, pelajar itu adalah lelaki sama yang hampir melanggar Tiara minggu lepas semasa first day Tiara disitu. Lelaki yang sama yang berlanggar dengan Tiara di tempat joging. Ya, itulah lelaki itu.

"I'm done bro" bisik hati Tiara.

Tetapi, lelaki itu bertindak seperti biasa. Seperti dia tidak pernah kenal dan jumpa dengan Tiara. 

Kemudian, sedikit demi sedikit pelajar masuk ke dalam bilik itu dan memenuhkan meja dan kerusi.

Kemudian, pensyarah pun masuk.

"Okey, you guys. Hari ni kita ada student baru yang join kita. Nama … " kata pensyarah itu sambil melihat kertas yang dibawanya. "Tiara Adriana binti Kamarul. Am i right?" tanya pensyarah itu.

Tiara pun bangun dari kerusi dan mengangguk kepala sambil tersenyum kepada pensyarah itu.

"Cakap la guna mulut. Ini angguk je. Kalau bergaduh dengan aku bukan main pum pang pum pang mulut dia" kata lelaki itu dalam hati.

"Okey, nice. Nama saya Yusuf. You can call me Prof Yusuf" kata Dr Yusuf memperkenalkan diri.

Tiara mengangguk dan semasa dia hendak kembali duduk, dia ternampak lelaki itu memandang tiara dengan pandangan yang tajam. Tiara buat tak tahu.

"Tiara Adriana" kata lelaki itu perlahan supaya kawannya tidak dengar.

"Nama sedap tapi perangai orangnya hmm" kata lelaki itu dalam hati.

Class pun bermula..
//
Selepas beberapa jam, class pun tamat.

Semua pelajar mula mengemas barang untuk pulang. Ada yang pulang, ada yang tidak.

Di sebabkan Tiara, Hadirah dan Farhan rancak berbual sambil mengemas barang, mereka tidak sedar yang bilik itu hampir kosong.

Yang tinggal hanya mereka bertiga dan lelaki gila bersama dengan dua temannya. Tiara tidak mempedulikan tentang lelaki itu.

Semasa Tiara, Hadirah dan Farhan sudah hampir dengan pintu tiba-tiba lelaki itu menahan Tiara.

"Wowowo, nak pergi mana tu?" kata lelaki itu. Hadirah dan Farhan terkejut melihat tindakan lelaki itu. Tetapi Tiara hanya memandang nya dengan pandangan yang malas.

"Nak balik la, ada masalah ke?" balas Tiara. Kali ini, dua kawan lelaki itu pula yang terkejut mendengar jawapan Tiara.

"Kenapa kau dekat dalam class ni? Bukan patutnya cleaner selalu duduk dekat tandas?" kata lelaki itu dengan pandangan yang berlagak.

"Sorry, siapa yang cleaner? Kau tak dengar ke prof cakap tadi. Kita ada student baru. Student, not cleaner. Telinga ada masalah pendengaran ke?" 

Terpinga-pinga empat orang lain yang ada di situ melihat mereka berdua bergaduh.

"Siapa yang ada masalah pendengaran? Kau ke aku?"

"Kau" jawab Tiara pantas sambil menyilangkan tangan di dadanya dan pandang ke arah lain. Malas nak tengok muka lelaki mereng tu.

"What ever lah. Aku just nak cakap yang disebabkan kau, basikal aku tercalar kau tau tak!"

"Pastu kau nak aku buat apa? Calar kan lagi? Boleh je, nanti kau bagi aku basikal kau. Bukan setakat calarkan aku campak dalam gaung sekali"

Geram je lelaki itu tengok perangai Tiara. Ikut hati nak je dia terajang perempuan tu .

"Basikal aku tercalar teruk kau tau tak!"

"Tercalar je kan?! Bukannya patah dua pon. Boleh naik lagi. Hilang ke tayar? Tempat duduk tercabut? Tak kan?!"

Kesabaran Tiara sudah tipis.

"Tiara Adriana" sebut lelaki itu

"Ye saya kenapa?"

"Aku nak kau bayar gantirugi"

"For what?! Apahal tiba tiba pulak aku kena bayar gantirugi kat kau pulak"

"Sebab basikal aku tercalar dan itu semua berpunca daripada ENGKAU" lelaki itu sengaja menekankan perkataan 'engkau'.

"Tapi aku tak nak kau bagi aku duit. Aku nak kau belikan aku breakfast untuk seminggu dari hari Isnin sampai Jumaat. Kau boleh start belikan aku breakfast minggu depan. Just untuk seminggu sahaja. Dan! Bukan breakfast sembarangan ya. Harga makanan tu kena lebih daripada 8 ringgit. Sebab 5 hari darab 8 ringgit dapat 40 ringgit. Ok la tu. Sebagai bukti kau belikan aku makanan dengan harga lebih 8 ringgit, kau kena selitkan sekali resit dengan makanan tu. Itu je gantirugi yang kau kena bayar" kata lelaki itu.

Puas hati dia.

Terbuntang mata Tiara dan semua yang di situ apabila mendengar permintaan lelaki itu.

Panas hati Tiara dengar permintaan gila lelaki itu. Banyak pulak songeh dia nak makanan lebih 8 ringgit. Dia ingat aku cop duit ke?! Dia ingat dia ceo ke dekat universiti ni?!

Baru sahaja Tiara mahu bukak mulut untuk membalas , lelaki itu pantas bersuara

"Op op op, jangan bantah apa apa. Aku nak tengok minggu depan ada makanan atas meja aku. Ada faham? Jom Akmal, Hafiz" kata lelaki itu sambil pergi bersama dengan dua kawannya yang bernama Akmal dan Hafiz.

Setelah melihat mereka pergi, Hadirah memandang Tiara dan melihat muka Tiara merah padam.

"Errr, Tiara. Rileks, bawak bertenang. Jom kita keluar , kita cari meja kita tenangkan diri" kata Hadirah menenangkan Tiara.

Tiara tanpa membantah mengikut mereka berdua dan setelah mereka jumpa meja yang berdekatan mereka duduk.

Setelah melihat Tiara tenang sedikit, Farhan lantas bertanya

"Macam mana kau boleh kenal Hadi?" tanya Farhan

"Tu lah. Aku tak rasa masa kau orientasi hari tu diaorang ada cakap pasal Abang Hadi" tambah Hadirah

"Apa nama dia? Ulang balik?" tanya Tiara

"Orang kat sini panggil dia Hadi. Nama penuh dia Ikhwan Hadi" jawan Farhan

"Ouhh, Ikhwan Hadi" kata Tiara "Boleh tak korang cerita dulu kat aku pasal Hadi tu, lepastu aku cerita kat korang macam mana aku boleh kenal dengan Hadi gila tu" sambung Tiara

"Boleh boleh. Kau la cerita Hadirah. Kau makcik bawang. Aku tak tahu sangat pasal dia" kata Farhan

"Hish kau ni. Ok, nama dia macam Farhan cakap Ikhwan Hadi. Orang panggil dia Hadi. Dia ni kira macam 'most wanted guy' kat universiti ni tau. Semua student perempuan memang gila gilakan dia la. Dia macam kau tengok handsome …" "Handsome? Geli dengar" potong Tiara

"dia pun kaya jugak. Dia anak dato'. Dato' Irwan. Tapi dia ni jenis yang dingin tau. Dia tak layan perempuan perempuan gedik yang nak try dia ni. Dia ni orang dia serius la senang cerita. Nak borak dengan dia? Jangan mimpi la. Kalau selain dari kawan dia yang dua orang tu memang tak akan borak. Tapi walaupun dia macam tu, dia bukan type yang membuli. Dia bukan pembuli. Dia just orang yang famous disebabkan dia handsome and kaya" terang Hadirah

"Habis tu yang dia suruh aku beli dia breakfast tu ? Itu bukan buli?" tanya Tiara

"Yang itu.. aku tak tahu" kata Hadirah tersengih

"Kawan dia tu pulak? Aku dengar sorang nama Akmal, sorang Hafiz. Mana satu Akmal, mana satu Hafiz?" tanya Tiara lagi.

"Yang tinggi , gelap sikit tu. Pakai baju lengan panjang warna biru tu Akmal. Yang rendah sikit, pakai hoodie tu warna coklat tu Hafiz. Dua dua tu pun kaya jugak tu. Cuma bukan anak dato' la. Tapi kaya la" terang Farhan pula

"Ok, lagi kau nak tahu apa lagi?" tanya Hadirah.

"Tak ada dah. Itu je la kot"

"Okey! Sekarang turn kau pulak cerita macam mana cerita kau dengan Abang Hadi. Aku tak sabar betul nak dengar ni" kata Hadirah teruja

Lalu, Tiara pun menceritakan pertemuan pertama antara dia dengan Hadi di tempat joging dan pertemuan kedua yang Hadi nyaris melanggar Tiara.

Hadirah dan Farhan mendengar dengan khusyuk dan penuh fokus.

thankyou sebab sudi bace :^):^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience