Call Girl 39

Romance Series 1321954

Shahirul diam mengekori langkah lelaki bersut kemas itu.Sudah lama dia berusaha mengikut jejak lelaki itu. Hari ini dia bertuah kerana lelaki ini tidak keluar bersama pengiringnya.

Bibirnya menarik senyuman sinis.Peluang yang sangat menyebelahiny hari ini. Dia menyeringai jahat.

Aku buat kerja clean hari ini. Kalau Si Eiyad tak reti nak menghargai aku, memang aku bunuh budak itu dan campak di laut biar hilang tanpa khabar.

Langkahnya laju mengejar lelaki bersut yang ada dihadapan sana. Lelaki itu terlalu santai. Dan Shahirul tidak perasaan kawasan yang dia lalui ketika ini sunyi.

Langkahnya tadinya laju semakin pelahan.
Eh? Berkerut dahi Shairul saat tubuh yang bersut kemas tadi hilang dari pandangan mata. Tangan automatik dia memandang sekelilingnya.

Sunyi.

Sepi.

Dan berbau kuat Petrol.

Matanya melilau memandang sekeliling.
Lelaki itu hilang.

Something fishy here.

"Shit!" Shahirul mendengus kasar.

Dia bersedia sebagai langkah berjaga-jaga. Dia pasti lelaki yang di ekorinya itu masih berada di sini. Tubuhnya tiba-tiba mengeras. saat ada benda tajam di belakangnya. Rasa seram sejuk pula apabila hembusan nafas kasar dibelakangnya.

Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya. Mahu melihat dibelakangnya itu dan...

Dammm!

Terkedu sesaat Shahirul saat matanya ditikam tajam oleh pandangan sepasang mata zamrud yang merenungnya itu.

Terkejut.

Terkaku.

"What do want from me Mr. Shahirul?" Jantung Shahirul bagai direntap kasar saat nama diseru suara garau itu.

Bibir Carlos menarik senyuman sinis.

"Oh mesti kau dah bosan sangat tak ada kerja itu yang ikut aku." Soal Carlos Sinis.

Carlos ketawa kecil.

Psiko.

Sial.

Shahirul sudah mula menyumpah.
Senyuman sinis di bibir carlos berubah sedikit ramah.

"Kesian. But it's OK..sekarang aku nak bagi kau rehat untuk selamanya boleh teman kawan kau dekat sana..."Carlos melempar senyum sebelum melangkah mahu melepasi Shahirul.

Shahirul masih diam.

Ketika dia memusingkan tubuhnya Shahirul tersentak.Tubuhnya Kaku sebaik sahaja Carlos melangkah melepasinya.

"Aghhh!" Jerit Shahirul menahan sakit

Sepi seketika.

Sakit!

Sakit sangat.

Perlahan-lahan tangan Shahirul naik menyentuh bahagian kanan dadanya apabila terasa sakit di situ. Dia tunduk memandang tangan. Terasa seperti ada cecair hangat di situ.

Darah?

Shahirul jatuh melutut. Automatik tangan kmelekap di luka tembakan itu.

Sakit.

Berkerut wajah Shahirul menahan rasa sakit itu. Sumpah sakit terlampau sakit. Perlahan-lahan dia mendongak tinggi memandang Carlos di hadapannya.

Bila lelaki ini melepaskan tembakan?

Dia mendongak memandang Carlos.
Dia dapat melihat satu lampu bulat berwarna merah berada di bahagian dada lelaki itu.
Carlos mengangkat tanganya tanda 'menyapa'
sesaat kemudian lampu itu hilang.
Dan Mata pemangsa itu kembali mencerun tajam menikam ke arahnya.

"Kau..."Belum sempat Shahirul hendak menghabiskan bicaranya, Carlos sudahpun menyalakan pemetik api ke hadapan mata Shahirul.

Sunyi.

Wajah Shahirul berubah Pucat. Kenapa dia baru tersedar bau kuat petrol di kawasan ini.

"This is what u have done to my sister." Ujar suara garau itu perlahan. Tapi cukup untuk menampar gegendang telinga Shahirul.

Dia menelan liur.

Jadi benar lah...

Kata orang Rayyan Carlos punya perwatakkan yang berbeza.Dan dihadapannya ini adalah...

Rayyan!

Yang Kejam.

"Argh!!!"

Shahirul terus terbaring di atas lantai. Berkerut wajahnya menahan rasa sakit di Dadanya apabila Carlos sengaja menendang kuat di situ.

"Kirim salam kawan kau dekat sana nanti."Ujar Carlos bibirnya tersenyum sinis.

Wajah Shahirul juga mula berubah kemerahan kerana menahan kesakitan. Shahirul memandang tajam langkah Carlos yang semakin jauh melangkah.

Dan Membulat matanya saat melihat pemetik api itu dilepaskan Carlos ke atas Jalan. Api itu tinggi membara naik dan melingkar membakar laluan itu

Dia gagahkan diri untuk bangun.
Tetapi tidak berjaya. Dadanya Sakit.
Belakang tubuh Carlos yang semakin kecil dipandangannya lama.

Siallah!

.......

Najwa menyelit melepasi sekumpulan manusia yang menjadi penonton dari tadi sebelum laluannya dihalang oleh seorang anggota polis.
Najwa menyeluk poket seluarnya. Satu kad ditayang.

"Puan!" Laju dua orang itu angkat tabik hormat ke arah Inspektor Najwa sebelum mereka mengangkat garisan kuning tadi. Memberi laluan kepadanya.

"Mari ikut saya." Ajak Seorang anggota polis itu.

Najwa jatuhkan kepala sebelum mengekori langkah anggota polis itu ke arah satu tubuh yang sudah ditutup dengan satu kain.

"Puan.." Seorang anggota polis menghulurkan surgical glove ke arah Najwa.

Najwa menyambut huluran itu sebelum dia menyarungkan glove itu ke tangan. Dia mengambil langkah mendekati kain itu. Dan terus mencangkung di sebelah mayat yang rentung itu.

"Mayat ini dianggarkan dalam 20 ke 30 an Puan. Tapi kami tak jumpa sebarang kad pengenalan atau apa-apa barang yang boleh sahkan identiti mangsa ni. Kami syak mangsa di bakar hidup-hidup sebab masa bomba datang padam api kebakaran. tempat ni kuat bau petrol." Jelas Anggota polis itu.

"Puan nak tengok ke?" Tanya Anggota polis itu.

Najwa mengangguk.

Anggota itu terus menyelak sedikit kain yang menutup mayat tadi.

"Ya Allah!" Ucap Najwa terus tutup mata dengan tangan melihat pemandangan menyeramkan itu. Rasa ngilu dan loya pula tekak.Namun seketika Lama dia memandang rangka yang sudah rentung itu.

Najwa memang sekeliling orang yang berada di luar garisan tali itu.

Matanya terpandang seorang lelaki yang memakai Topi hitam yang agak lusuh memandang ke arahnya.

Tahu dirinya diperhatikan lelaki itu terus melangkah pergi. Najwa menghelakan nafasnya apabila teringatkan rangka mayat itu.

Mengerikan.

Kejam.

..........

Langkahnya yang panjang mengejar pintu lif yang sudah hampir tertutup terbantut apabila terdengar satu suara memanggilnya.

"Puan Najwa, tunggu!" laung satu suara.

Kelihatan Lelaki itu termengah-mengah mengejarnya menimbulkan rasa menyampah di hati gadis itu.

"Ye kenapa cik badrul?." Soal Gadis bernama Najwa itu.

Dia menjeling sekilad Badrul sudah di sisinya.

"Nak balik ke?" tanya Badrul.

"Mestilah nak balik. Dah pukul 10 ni."Ujar Najwa merujuk pada jam di tangannya.

"Jom pergi makan dulu Puan. Saya belanja," pelawa Badrul.

Najwa menggeleng.

"Tak apa la Cik Badrul saya jarang makan malam ." Farah menolak sopan.

Niat Badrul untuk belanja makan memang baik tetapi Dia memang tak lalu nak makan malam ini.

"Ye la saya ni angota biasa je mana la Puan Najwa sudi nak makan dengan saya," tuduh lelaki itu .

Najwa ketawa.

"Tak baik main tuduh-tuduh orang macam tu tau saya memang tak lalu nak makan malam ni maaf sangat."

Pintu lif yang terbuka mematikan kata-katanya. Najwa segera masuk, Dan diikuti oleh Badrul.

Sampai sahaja di tingkat bawah apabila terbuka saja pintu lif Najwa segera keluar.

"Puan.." Panggil lelaki itu.

Kring!
Kring!

Iphone milik Najwa berbunyi. Najwa menghelakan nafasnya.

"Assalamualaiku abang.." Lembut suaranya menjawab panggilan itu.

Berkerut dahi pemanggil itu apabila di panggil 'Abang' Buang tabiat ke minah ni.

"Kau kat mana?" Soal suara garau di hujung talian.

"Sayang baru nak balik dari ofice. Abang dah sampai rumah ke?" Soal Najwa sengaja suara di manjakan. Sempat dia menjeling wajah Badrul sekilas.

"Jumpa esok Puan." Badrul menundukkan wajahnya.

Najwa mengangguk lemah. Sungguhnya dia tidak senang dengan tingkah Badrul yang suka mengganggunya.

RIMAS!

"Kau dengan sapa?" Soal Suara dihujung lain.

Terhantak lamunan Najwa.

"Kawan. Kenapa call nak apa?" Soalnya.

"Balik cepat aku tunggu kau dekat Kondo sekarang!" Setelah meninggalkan 'pesan penaja' itu panggilan terus dimati.

Najwa mendengus geram.

..............

Kereta Axia hijau itu selamat masuk ke ruangan petak kuning khas untuk kenderaan miliknya.Gadis itu memandang sekeliling.
Tapak parking itu Sunyi.

Dia tersentak saat cermin tingkap keretannya diketuk kuat beberapa kali. Farah memalingkan wajahnya.Tingkap itu di buka sedikit.

"Hang tunggu sat." Ujarnya.

Kasut Boot berwarna hitam itu dibuka dan di tolak ke dalam kerusi. Selipar di bawah kerusi di bahagian penumpang di ambil. Dia menghelakan Nafasnya. Pelahan-lahan pintu kereta dibuka.

"Hang pasai apa dok call aku tadi." Soalnya seraya itu pintu kereta miliknya kembali di tutup.

Berkerut dahi Gib memandang Farah.
Seluar Biru gelap poket kiri dan kanan baju Tshirt lengan panjang juga senada dengan warna seluar itu begitu juga dengan tudung hanya tudung sarung di gayakan.

Kerja apa dia ni ada masa ke main melarama lawa ada masa....kepalanya di gelengkan.

"Kau ni baru balik dari kerja jaga ke?" Soal Gib Farah yang berada dihadapanya di pandang atas bawah.

Farah mendengus.

"Ha memang aku dok buat partime jaga awat yang ada masalah ka?"

Gib tersenyum sini.

"Aku bagi kau kerja senang duduk rumah tapi kau degil nak jugak kerja..Jadi jaga pun kau sapu." Jawab Gib sinis.

"Aku penat malas nak gaduh dengan Hang! la ni hang nak apa? aku nak naik atas cepat tengok ara"

"Weekend Jasmine kahwin.. Kau ikut aku perli Majlis tu. Aku ambil kau dekat sini."

"Kena pergi juga ke?" Soalnya.

Gib mengangguk.

"Kita dah bincangkan Hal ni." Farah mendengus untuk sekian kalinya.

"Yelah. Dah pi jauh-jauh aku nak naik bye-bye." Ujar Farah seraya itu dia terus lengkah dan melambai tangannya ke arah Gib.

Agrh Malas nak layan!.

........

Kereta Mustang berwarna Kuning itu berhenti tepat di hadapan Hospital Sungai buluh. Seminit kemudian, keluar sepasang suami isteri dalam keadaan tergesa-gesa.

Raut jelita si isteri itu tak mampu menutup mendung di wajah. Laju langkah pasangan itu masuki ke pekarangan hospital. Pintu wad yang tertera nama Zafrul bin Muhammad itu ditolaknya tanpa salam.

"Baby..." Semua mata di situ naik tertumpu pada si gadis. Mungkin terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba.

"Ayah...."Setapak demi setapak, dia melangkah longlai. Kain putih yang sudah menutup hampir keseluruhan tubuh lelaki itu dari bawah sampai atas ibarat pedang yang menembusi jantungnya kejam. Air mata lesu menuruni lekuk pipi.

"Ayah!?" Saat itu serta-merta Zahra terjaga dari lenanya. Dia bangun dari pembaringan.
Jantungnya berombak laju.

Sunyi.

Mimpi ini selalu menganggunya.
Ayahnya kaku di atas katil itu.
Apakah petanda itu.

Zahra menunduk kepalanya. Jantungnya berdebar-debar dia tak suka perasaan ini.

"Allahuakhbar." Zahra meraup wajahnya.
Masih terasa pipinya basah.Dia menangis dalam tidurnya.

Nafasnya yang tadinya laju pelahan-lahan menjadi normal kembali. Teringat akan sepotong ayat yang di ajar oleh Farah tempoh hari segera dia membacanya.

"Bismillahirrahmanirahim.
Huwallahu, Allahu rabbi, La syarika Lahu, A'udzu bikalimatillahit tammati min ghadhabihi wa min syarri ibadihi wamin hamazatis syayatini wa an yahdhuruni."

"Bismillahirrahmanirahim Allohumma inni a’zubika min ‘amalis syaithoni wa sayyi-atil ahlam. Amin."

Setelah Lima minit dia mula terasa lapang di dadanya. Zahra bangun dan berdiri berjalan ke arah bilik air.

Setelah selesai mengambil Wuduk dia kembali keluar dan sejadah di bentangkan, Telekong di sarungkan di tubuhnya.

"Allahuakar."

..............

"SADAQALLAHUL AZIM ..." Pelahan Suara Zahra. Buku Yasin di tangannya di tutup. Bibirnya menguntum senyuman apabila melihat Farah yang duduk di hujung katil itu.

"Lambat kau balik OT ke?" Soal Zahra lembut.

Farah hanya menjatuhkan kepalanya.

"Hang terjaga lagi?"

Zahra membalas soalan itu dengan senyuman hambar. Dia kembali berdiri sejadah dan telekong di gantung kembali di tempatnya.

"Kau pergi la mandi dulu. Lepas tu tidur mesti kau penatkan babe pagi-pagi dah keluar tengah malam baru balik." Ujar Zahra seraya itu dia memanjat katil pelahan-lahan dia merebahkan badannau dia atas katil empuk itu.

"Hang pun sama rehat la mesti letihkan mabuk tak sudah-sudah." Kata Farah selimut dihujung kaki Zahra di tarik sehingga ke dada gadis itu.

Zahra tersenyum.

"Thanks babe aku tidur dulu ye..selamat malam..Semoga mimpi indah bersama abang Gib." Ucap Zahra. Dia ketawa pelahan sempat juga dia mengusik sahabatnya itu.

"Ish tak mau aku mimpi dia.. Minta simpanh la wei.." Bangkang Farah.

"Dah hang tidur. Otak tu jangan dok pikiq merapu lagi. Aku mandi sat malam ni aku teman hang tiduq sini." Ujar Farah pelahan.

Zahra mengangguk. Matanya di pejamkan.
Semoga tiada lagi mimpi yang menganggu lenanya kali ini.

i'm not the best author but i'm trying to be your favorite. You are the strong person behind my success. thank you for supporting me (",) May Allah Blessing Your. (^•^) MUAH.

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2022-01-05 09:22:07 

adakah Najwa n Farah org yg sama?

norsila
2022-01-04 22:29:50 

hehe cptr ni tlalu ringkas..tk puas lak..hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience