BAB 4

Humor Series 28124

Zulaika teragak-agak untuk membuka topinya. Selama dia berkawan dengan Ikhwan tidak pernah sesekali pun dia mendedahkan rambutnya yang selama ini disorok disebalik topi yang sentiasa melekat dikepalanya itu. Pernah sekali Ikhwan menegur dirinya. Tetapi dia sengaja buat tidak peduli akan teguran temannya itu. Dan selepas itu Ikhwan tidak menyentuh soal itu kembali.

Sekilas dia memandang Ikhwan yang segak berkot serba hitam itu. Penampilan Ikhwan juga lain dari yang lain. Dia merasakan Ikhwan sangat kacak dimatanya pada malam ini. ‘Aduh…kenapa dengan aku ni’. Sangkal hatinya. Renungan Ikhwan padanya sejak tadi lagi membuatkan Zulaika jadi rimas. Akhirnya topi yang terlekat dikepalanya ditanggalkan perlahan. Kasihan pula melihat amoi yang sedari tadi menunggunya ‘Ah…lantaklah dia nak tengok pun’. Gerutu hati Zulaika’. Sekali lagi matanya bertembung mata dengan Ikhwan. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain.

Setelah selesai sesi paksa-memaksa semasa dalam soal membeli pakaian dan membuat set rambut sebentar tadi kini Zulaika telah menjadi seorang gadis yang nampak begitu anggun dan sempurna dimata Ikhwan. Dia terpana seketika melihat kecantikan Zulaika yang nampak luar biasa pada malam ini. Saat itu jantungnya berdengup kencang.

” Kau ni kenapa tengok aku macam tu?” Tegur Zulaika mengejutkan Ikhwan dari khayalannya.

” Hmm…Perfect. Cantik.” Puji Ikhwan.

” Sudah, tak payah nak puji aku!” Marah Zulaika. Sebenarnya dia berasa rimas dengan pakaian yang dipakainya kini. Blaus labuh separas buku lali itu benar-benar menyukarkan pergerakannya. Zulaika berasa tidak selesa.

Petang semalam Ikhwan menghubunginya mengajak dia keluar untuk membeli keperluan dirinya untuk pergi ke majlis itu. Semua perbelanjaan diuruskan oleh Ikhwan. Dia tidak perlu mengeluarkan satu sen pun. Bukan dia yang meminta tetapi Ikhwan yang mahu berikannya. ‘Siapa suruh dia paksa aku pergi majlis tu…huhu..’.

” Itu pun nak marah. Okay let’s go.” Ikhwan membukakan pintu kereta untuk Zulaika. Mereka terus menuju ke destinasi yang hendak ditujui.

” Aku takutlah Wan” Beritahu Zulaika setelah mereka tiba ke destinasinya di sebuah Hotel terkemuka.

” Tak payah takut aku ada.” Ujar Ikhwan lembut membuai perasaan Zulaika seketika.

” Wan…” Panggil Zulaika lagi. Kini nada suara Zulaika benar-benar lembut dipendengaran telinga Ikhwan.

” Zulaika kau boleh, percayalah cakap aku.” Pujuk Ikhwan merenung tepat ke anak mata Zulaika.

Zulaika akhirnya mengangguk apabila diberi keyakinan oleh Ikhwan. Mereka terus melangkah ke dalam. Buat pertama kalinya Zulaika terpegun melihat suasana majlis dalam hotel terkemuka itu. Kebanyakannya terdiri daripada orang-orang kenamaan. Masing-masing sedang berbual antara satu sama lain. Dia sendiri tidak percaya dia boleh menjadi ‘selembut’ ini pada malam ini. Penampilan dan gayanya benar-benar berubah. ‘Ah…untuk hari ini je aku jadi perempuan’.

Selama dia berkawan dengan Ikhwan barulah tadi dia mengetahui rupa-rupanya Ikhwan adalah anak kepada Tan Sri Ihsan pemilik Syarikat MS Holding sdn.bhd. Tempat Ikhwan bekerja itu juga adalah syarikat milik keluarganya sendiri. Baru sebentar tadi dilihat Ikhwan memberi ucapan. Sikap Ikhwan yang terlalu ‘low profile’ membuatkan dia tidak terfikir bahawa Ikhwan dikalangan anak orang berada. Kalaulah dia tahu dari awal lagi tidak mungkin dia ingin mengikut kehendak Ikhwan. Dirinya terasa amat kecil saat itu. Dia berasa tidak layak untuk berganding dengan Ikhwan.

Zulaika terasa sangat asing pada ketika itu. Apatah lagi apabila ditinggalkan keseorangan oleh Ikhwan. Temannya itu dilihat begitu sibuk melayan kenamaan yang lain. Dia tidak tahu untuk berbual dengan siapa. Tiada seorang pun yang dikenalinya. Kalau boleh sekarang ini juga dia mahu meninggalkan majlis ini. Bosan. Detik hatinya. Dia memandang sekeliling. Tiada apa-apa yang menarik pun.

” Hai…” Zulaika tersentak apabila seorang pemuda tiba-tiba datang menghampirinya dan duduk disisinya. Zulaika hanya mendiamkan diri. Sesekali dia melirik ke arah pemuda yang berada di sebelahnya itu. ‘Blahlah mamat ni’.

” You seorang je?” Tanya pemuda itu. Zulaika tidak melayannya. Dia tidak menjawab pertanyaan pemuda itu. Malas.

” Tak, berdua dengan aku” Sampuk Ikhwan. Entah dari mana dia muncul Zulaika tidak menyedarinya. Ikhwan pula sudah melabuhkan duduknya di hadapan Zulaika.

” Opsss…Your gf ?” Soal pemuda itu lagi.

” Yup…” Akui Ikhwan tanpa ragu-ragu. ‘Ah! Dasar buaya darat’. Dari tadi lagi dia sudah perasan jelingan sepupunya itu terhadap Zulaika. Apabila dia nampak kelibat Syamer menghampiri Zulaika terus saja dia pergi mendapatkan Zulaika yang sedang keseorangan pada ketika itu.

” Oh…dah ada buah hati rupanya kau. Tak bagi tahu aku pun.” Ujar Syamer dengan ketawa kecil.

” Aku tak nak heboh.” Balas Ikhwan ringkas. Sebenarnya dia malas mahu melayan sepupunya itu. Tahu sangat dengan sikap Syamer yang selalu saja bertukar teman wanita.

” Hmmm.. korang berbuallah. Aku nak ke sana kejap” Syamer meminta diri. Dia tidak jadi untuk berbual dengan gadis itu. Dia sudah dapat membaca renungan tajam Ikhwan terhadapnya. Lebih baik dia beransur pergi.

” Orait..” Ikhwan mencebik ‘ Huh…Ada hati nak mengorat awek aku’.

” Siapa tu Wan?” Soal Zulaika setelah Syamer melangkah pergi berlalu dari situ.

” Cousin aku. Jangan kata kau dah terpikat kat dia pula”

” Oh..yeke. Hensem juga ye dia” Sengaja Zulaika ingin mengusik Ikhwan. Pada halnya dia tidaklah berasa apa-apa melihat lelaki itu. Biasa je.

” Eleh…Aku ni lagi hensem dari dia tau!” Balas Ikhwan. Sedikit sebanyak hatinya berasa cemburu mendengar pujian Zulaika terhadap Syamer.

” Eleh, aku tengok dia lagi kacak dari kau. Dahlah jomlah hantar aku balik.”

” Aku lagi hensem ke atau dia? Beritahu aku sekarang.” Soal Ikhwan mengugut. Sebenarnya dia sengaja ingin menguji Zulaika. Pada pandangannya Zulaika tidaklah sekeras yang disangkakan selama ini.

” Dia.” Balas Zulaika selamba.

” Aku atau dia?”

” Dia.”

” Zulaika.”

” Kau ni kenapa? Aku nak baliklah! ” Marah Zulaika. Tidak faham dengan sikap Ikhwan yang berubah secara tiba-tiba.

” Aku atau dia?”

Zulaika bengang. Ikhwan suka begitu. Selalu ingin mengugutnya. Menyampah betul dengan perangai Ikhwan yang kadang kala bersikap kebudak-budakan.

” Kaulah hensem, macho, kacak, kaya, bergaya and bla..bla..bla…Kau ambillah semuanya. Sekarang puas hati!” Ucap Zulaika bengang. Ikhwan ketawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zulaika.

” Hmm…that’s good sayang. Kau cantik malam ini. Apa kata kau terus macam ni je Zulaika.” Soal Ikhwan tiba-tiba.

” Kau jangan nak mengada-ngada Ikhwan. Aku nak balik sekarang.” Rimas sungguh dengan pujian Ikhwan yang tidak membawa apa-apa erti padanya. Ikhwan terus-terusan memandangnya. ‘Apa kena pula dengan mamat ni’.

” Wan boleh tak kau jangan tengok aku macam tu?” Tegur Zulaika dan segaris senyuman terukir dibibir Ikhwan. Penuh dengan makna yang tersirat.

” Jom abang hantar sayang balik.” Ucap Ikhwan tiba-tiba.

” Hii…Tolong jangan panggil aku sayang okey. Geli aku.”

” Sayang…” Sengaja Ikhwan menyebutnya lagi. Kini lebih bernada romantik. Suka benar dia melihat wajah Zulaika yang sedang marah itu. Agak comel.

” Wan…” Jerit Zulaika. Dia terlupa seketika yang kini dia sedang berada di mana. Dia menutup mulutnya kembali. Alamak… mati aku. Kelihatan beberapa orang yang berdiri berhampiran memandang ke arah mereka berdua. Ikhwan terus menarik tangannya berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience