16

Romance Completed 6170

-amir-

"sayang, bangun." air mataku mengalir. terasa luruh jantungku apabila aku sampai ditempat kejadian. melihat isteriku, liya terkulai layu ditempat duduknya. kereta depannya remuk akibat berlanggar dengan sebuah kereta yang hilang pemandunya ditengah jalan. aku menggenggam erat tangannya.

"kemungkinan puan liya koma jika dia tidak memberi sebarang respon dalam masa 3 jam ini." doktor faiz berkata dengan suara perlahan. aku semakin menahan sendu esakan suara yang semakin kuat menguasai diri. doktor faiz meminta diri selepas menerangkan puncanya.

"abang sayang liya. liya bangunlah. kesian anak kita nak tengok mama dia. anak kita comel. anak kita kecil jer badan dia. cantik macam mama dia. dua dua perempuan sayang." sungguhku tidak dapat menahan tangisanku daripada berhenti.

"amir " suara palingku kenali

"mak, bapak" aku berlari lalu memeluk mereka berdua.

"macam mana keadaan liya?" bapakku bertanya.

"doktor kata kemungkinan dia koma sebab hentakan kat kepala yang kuat." suaraku perlahan lalu ku tundukkan kepala. terasa hilang semangat ku.

"sabarlah nak" ibuku mengusap belakang ku. tiba tiba ibu dan ayah mertuaku pula sampai.

"anak mak" puan sadiah menghampiri katil liya sambil menangis. suaminya pula hanya mengusap bahu isterinya. jelas matanya berkaca menahan dari turun ke pipi.

"cucu kami macam mana? sihat ke?" ayah liya bertanya.

"sihat yah. cuba mereka dalam incubator sebab tak cukup bulan. tapi doktor cakap mereka tiada masalah." bergetar suaraku menahan sebak.

"mereka?" tanya ibuku terkejut.

"ya mak. cucu mak kembar perempuan" ibuku mengucap syukur. katil liya dihampirinya lagi.

"terima kasih menantu mak. semoga kamu cepat sedar dan lihat anak kembar kamu." ibuku mengucup dahi liya sambil air matanya jatuh di pipi liya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

-liya-

aku dh cuba. sedaya upaya aku cuba. penat tak dapat diungkapkan walaupun cuba menggerakkan satu jari ku. Ya Allah, ujian apakah yang engkau turunkan padaku.

"asalamualaikum sayang. abang dah datang ni. sorry lambat. abang pergi office nak buat kerja sikit. baby kita dah boleh balik. mak ayah liya yang jaga." terdengar perlahan suaranya. "sayang bila nak bangun? dah seminggu liya tidur. bangunlah sayang. abang rindu suara sayang." terdengar esakan kecil. sungguh aku rindu suara itu.

'abang, liya dengar suara abang.'

"abang selalu doakan supaya sayang cepat sedar. sayang jangan tinggalkan abang." dia menggenggam tanganku. air mataku terasa mengalir.

"sayang nangis? sayang dengar abang? doktor! doktor! isteri saya nangis!" amir berlari ke pintu memanggil doktor.

"cuba bagi dia semangat. jangan bercakap guna nada yang sedih. tapi jangan terlalu memaksa dia untuk bangun. ajak dia bercakap. urut urutkan bahagia sendi dia." kata doktor faiz dengan penuh hemah. aku hanya mampu mendengar. tidak mampu untuk ku bersuara. 'abang, liya rindu abang' hatiku bersuara sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience