Bab 93

Romance Completed 207956

"Abang.. abang.." panggil Intan. Senyap tiada sahutan dari Caden. Letih la ni. Intan perlahan mengambil cap yang menutup wajah Caden, sebaik cap diambil.

"Boo!" Caden sergah, tak kuat pun tapi terkejut punya pasal, terpelanting cap di tangan Intan. Ketawa mengekek Caden.

"Abang! terkejut tau." marah Intan lantas lengan Caden ditamparnya. Caden di sebelah dijeling tajam, pucat sekejap wajah dia gara-gara Caden.

"Sorry.." ucap Caden. Intan sudah tegak di sebelah sambil memeluk tubuh. Muncung-muncung bibirnya menahan sakit hati. Ish, boleh sakit jantung macam ni. Tangan kanan Intan yang memeluk tubuh ditarik dan jemari dipaut lalu dicium belakang tangan itu.

"Abang terlena tadi tapi bila sayang buka pintu abang dah terjaga. Sorry.. sayang jangan la muncung-muncung macam tu, buat abang geram" ucap Caden lalu wajahnya menghampiri wajah Intan di sebelah tetapi laju tangan kiri Intan naik menutup muka Caden.

"Abang jangan nak buat pasal, ramai orang kat sini" marah Intan dengan tangannya masih menutup wajah Caden.

"Bukan orang nampak, cermin gelap" sakat Caden lagi. Tangan Intan yang menutup mukanya pantas ditarik. Kini wajahnya betul-betul berhadapan wajah Intan. Terpejam mata Intan. Lama Intan tunggu tapi tiada apa-apa. Intan membuka mata semula dan dia lihat Caden sudah ketawa.

"Abang! Tak nak kiss lepas ni!" marah Intan. Kedua-dua tangannya laju ditarik semula.

"Lah.. sayang tunggu abang kiss ke? tadi cakap ramai orang" usik Caden lagi sambil bibir tersungging senyuman.

"Huh!" menjeling marah Intan. Laju wajah dipaling ke luar. Caden yang melihat sudah tergeleng kepala. Tanpa Intan sedar, Caden merapati wajah Intan di sisi kanan.

"Sayang" panggil Caden. Laju Intan menoleh.

'Cup'

Ciuman mendarat di bibir. Bulat mata Intan.

"Ee.. main tipu!" Intan terkena.

Caden hanya menjungkitkan bahu lalu enjin kereta dihidupkan dan pedal ditekan. Masih tersenyum Caden dengan telatah Intan.

Perjalanan dari Lapang Sasar IPD Bentong ke Mewangi Hot Spring makan masa lebih kurang empat puluh lima minit. Sewaktu sampai, jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah hari. Sudah sampai waktu makan tengah hari. Kereta diparkingkan di tempat khas lalu Caden turun dari kereta, begitu juga Intan. Hilang marah pada Caden bila dilihat tempat yang cantik menghijau macam ni. Segar rasa.

"Cantiknya abang tempat ni.." ucap Intan apabila sudah berada di sisi Caden.

"Sayang suka?" soal Caden sambil memandang raut wajah Intan yang sah-sah suka dengan tempat ni.

"Suka.. tenang je rasa" balas Intan.

Tidak lama datang dua orang lelaki memakai uniform bertemakan batik berseluar coklat tua.

"Assalamualaikum Tuan, Puan" ucap kedua lelaki tadi. Intan membalas ucapan dan tersenyum.

"Bilik Tuan dan Puan dah siap, nak saya bawakan ke?" soal lelaki yang pertama tadi. Kalau tak silap, tag namanya tulis Malim.

Caden hanya mengangguk.

"Makan tengah hari macam mana, Tuan nak dihantar ke bilik atau makan di cafe?" soal Malim lagi.

Caden memandang pada Intan di sebelah.

"Makan di cafe lah" balas Intan. Caden memutar pandang pada Malim. Seakan faham, pantas Malim mengangguk.

"Kalau macam tu saya bawakan Tuan dan Puan ke bilik" kata Malim.

"Lan, bawakan beg" arah Malim.

Caden kemudian memaut jemari Intan dan mula melangkah ke kawasan lobby resort. Dilihat sudah ada yang mula memenuhi ruang cafe untuk makan tengah hari. Di sebelah kanan cafe dilihat ada beberapa orang pekerja sibuk menyediakan tempat, cantik dihias tempat tersebut.

"Abang, diaorang buat apa kat tepi cafe tu, macam ada majlis apa-apa je. Cantik pentas tu diaorang hias" soal Intan sambil menunjukkan ke tempat yang dikatakannya.

"Oh.. ada majlis istimewa malam ni" terang Caden. Intan hanya mengangguk tanpa bertanya lanjut. Kalau tanya pun bukan dia kenal, entah siapa-siapa punya majlis.

Sepanjang berjalan dari lobby, ada bermacam jenis rumah inap yang dibina sebuah-sebuah, lain-lain reka bentuknya. Cantik, gabungan tradisional dan moden. Di kiri kanan laluan pejalan kaki dihiasi pelbagai jenis bungaan berwarna warni bunganya, di tengah kawasan tersebut terdapat air terjun dan taman mini dihiasi bunga-bunga serta set kerusi meja batu yang diukir cantik. Terpesona sungguh. Di bahagian hujung pula ada kolam mandi bersebelahan dengan kolam air panas. Sudah ada pengunjung yang bermain air di situ.

"Tuan, Puan. Ini biliknya" kata Malim setelah pintu bilik dibuka dan beg pakaian diletak di dalam. Kad bilik diserahkan pada Caden lalu kedua mereka terus berlalu.

"Sayang, mari" ajak Caden lalu menarik jemari Intan mengekorinya. Intan melabuhkan duduk pada bangku di luar bilik lalu kasut operasinya ditanggalkan dan masuk ke dalam bilik. Besarnya.. macam sebuah rumah pulak. Ada ruang tamu, dapur. Lengkap.

"Rumah ni khas untuk ahli keluarga sahaja, tidak dibukakan pada pengunjung" kata Caden yang datang dari belakang. Intan waktu itu sudah berada di bahagian belakang, berdiri di tepi balkoni yang menghala pemandangan ke arah bukit-bukit menghijau. Di bawah sana ada dusun buah-buahan, dilihat beberapa orang lelaki sedang mengumpul buah langsat dan manggis ke dalam bakul rotan.

"Patut la besar sangat, lengkap semuanya. Abang selalu ke datang sini?" soal Intan pada Caden yang berdiri di sisi sambil memeluk bahu Intan.

"Tak juga, kalau ada urusan di kawasan ni, abang akan bermalam di sini" terang Caden. Tiba-tiba perut Intan berbunyi. Terus tangan naik memegang perut.

"Hm.. ada orang lapar" kata Caden.

"Sayang mandi dulu lah boleh. Lepas tu kita makan" kata Intan lalu membuka langkah masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Tidak lama, Intan yang sudah segar dan pakaian juga disalin datang menghampiri Caden yang ralit berdiri memandang ke luar.

"Abang, sayang dah siap" panggil Intan.

+++

Petang itu Caden membawa Intan ke kolam air panas untuk merasai pengalaman berendam dalam kolam tersebut. Mulanya takut juga Intan, iye lah, air panas kot. Buatnya tak tahan, mau masak kulit. Tapi bila direndam kaki, lega juga rasanya cuma pesan Caden tak boleh lama-lama takut demam.

Setelah puas berendam kaki, Caden membawa Intan ke dusun buah-buah di bahagian belakang resort. Ada macam-macam buah, durian pun ada cuma masih belum ada yang gugur. Selain dari buah-buahan, kelapa muda juga ada. Suka Intan, laju saja dimintanya air kelapa muda, isi kelapa pula sedang-sedang tebalnya.

"Hai pretty" tegur Carlos. Tertoleh Intan ke belakang.

"Eh, Carlos. Awak pun ada, Fahmi pun. Sini lah minum air kelapa" ajak Intan.

"It's okay, saya nak jumpa Caden sekejap" kata Carlos. Tidak lama Carlos dan Fahmi beredar.

"Diaorang datang ada apa-apa kerja ke?" soal Intan.

"Nope, ada hal sikit. Sayang nak lagi ke, boleh abang minta Pak Karim ambil lagi" soal Caden pada Intan.

"Tak nak, dah kenyang dah. Kembung perut nanti" balas Intan.

"Pak Karim terima kasih ye tolong ambilkan saya kelapa muda" ucap Intan pada Pak Karim.

"Sama-sama Puan. Kalau nak makan kelapa muda lagi, ajak lah Tuan datang sini selalu" balas Pak Karim pula.

"In sha Allah.. ada masa nanti saya datang lagi" balas Intan.

"Sayang, dah petang ni, kita balik" ajak Caden. Intan mengangguk lalu turun dari pondok yang ada di dusun tersebut. Rasa macam di kampung pulak. Siap bunyi cengkerik dengan unggas hutan.

"Pak Karim, saya balik dulu" ucap Intan. Pak Karim mengangkat tangan pada Intan dan Caden.

"Pak Karim terima kasih" ucap Caden pula lalu salam dihulur.

+++

"Sayang, lepas mandi sayang pakai baju yang abang letak atas katil tu okay. Abang keluar sekejap, nanti abang balik" kata Caden pada Intan yang terjengul kepala di pintu bilik air.

"Abang nak ke mana?" soal Intan.

"Ke cafe, sekejap je. Sayang siap okay" pesan Caden lalu terus keluar dari bilik.

Setelah siap mandi, Intan keluar dari bilik air menuju ke katil. Ada sehelai dress warna biru lembut dihiasi bunga-bunga kecil di hujung kain dan manik pada bahagian dada. Cantik rekaannya. Nak ke mana pula suruh pakai cantik-cantik macam ni. Aih, macam-macam la Caden ni. Tanpa berfikir banyak, Intan menyarung dress ke tubuh. Terletak elok sahaja. Macam diukur-ukur. Di hujung katil pula ada sehelai shawl warna senada. Cantik.. Sedang Intan bersiap, Caden masuk ke bilik. Intan menoleh pada Caden.

"Sayang.. you so beautiful" kata Caden, tak berkelip mata memandang. Tersenyum Intan dengan kata-kata Caden.

"Abang, kita nak ke mana pakai cantik macam ni?" soal Intan. Caden tidak membalas, sebaliknya pakaian di tubuh dilucutkan dan pantas dia ke bilik air. Tidak lama Caden keluar dengan tubuh masih menitik air. Intan waktu itu baru selesai memakai tudung terus mengambil tuala di penyangkut lalu berjalan ke arah Caden dan rambut Caden dikeringkan. Tersenyum suka Caden bila dimanjakan begitu.

"Thanks sayang. Sayang bagi abang lima minit, abang siap" pinta Caden. Intan hanya angguk dan melabuhkan duduk di birai katil sambil menunggu Caden memakai pakaian. Hm.. Caden pun tidak kurang segaknya memakai kemeja yang senada warnanya dengan Intan sekali pandang seperi couple wear pula.

"Handsomenya.." puji Intan.

"Come" panggil Caden lalu jemari Intan dipaut.

"Nak ke mana ni?" soal Intan. Caden tidak menjawab hanya meletakkan jari telunjuk di bibirnya seakan minta Intan jangan bertanya. Sebaik kaki sampai di bahagian kanan cafe, terjerit kecil Intan apabila tertera nama Caden dan namanya di kain bahagian belakang pentas. Intan menoleh ke sisi.

"Nak buat majlis kahwin macam dah lewat, jadi kita raikan majlis kita bersama keluarga dan rakan-rakan di sini. Sayang suka?" soal Caden. Intan sudah tidak terkata. Intan di tarik ke atas pentas mini. Waktu itu dapat dilihat ada Tuan Aniq bersama isteri, Tuan Syam, Shira pun ada. Pandai dia simpan rahsia. Rakan-rakan dari hotel Aishah, Kak Ana, Yati, En Rahim, Mira dan suami. Azman dan Salim pun ada. Juga beberapa orang yang tidak Intan kenali, mungkin rakan niaga Caden. Caden mengambil microfon yang diserahkan oleh Malim.

"Assalamualaikum dan selamat malam semua. First of all, saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang sudi hadir pada malam ini. Majlis yang diadakan pada malam ini adalah untuk memperkenalkan my beloved wife Intan Afrina and to celebrate our wedding walaupun agak lambat" tersenyum Caden begitu para tetamu yang hadir. Iyelah, kahwinnya dah lebih setengah tahun, baru nak buat majlis.

"And thank you" Ucap Caden lalu jemari Intan di dalam genggaman dikucup lembut. Memerah wajah Intan menahan malu.

Bergema tepukan dari tetamu yang hadir. Terharu Intan dengan Caden. Tidak lama kek tiga tingkat ditolak masuk. Di atas kek terukir nama Caden dan Intan bersama patung pasangan pengantin. Caden menarik tangan Intan untuk bersama-samanya memotong kek tersebut yang diiringi lagu sedetik lebih nyanyian Anuar Zain. Sungguh Intan terharu, menitis air mata di pipi.

"Abang.. thanks" ucap Intan.

Kemudian juruacara mengambil alih majlis dengan menjemput para tetamu untuk menikmati hidangan yang ada. Sedang Intan kalut mengesat air mata, namanya dipanggil. Macam kenal suaranya. Intan menoleh.

"Ayah!" terkaku Intan apabila melihat Tuan Rahman bersama Tuan Ihsan berdiri di hadapannya.

"Intan.. kahwin tak jemput ayah" gurau Tuan Rahman. Terus terhambur tangis Intan diselang ketawa. Laju tangan naik mengesat air mata.

"Intan, Caden. Ayah buruk sangka, ambil tindakan tanpa usul periksa. Mujur jodoh Intan dan Caden kuat. Ini semua atas jasa Tuan Ihsan yang sanggup datang berjumpa ayah untuk terangkan apa yang berlaku di Italy sebenarnya. Caden, ayah minta maaf" Ucap Tuan Rahman lalu tubuh Caden dipeluk.

"Tuan Ihsan, thank you" ucap Intan pada Tuan Ihsan.

"Small matter, we partner, right!" ucap Tuan Ihsan.

"Thanks Tuan Ihsan" ucap Caden pula.

"Marilah kita makan" ajak Caden dan Intan.

Majlis berjalan lancar dan sungguh meriah dengan kehadiran rakan-rakan dan yang penting ayah ada bersama cuma papa yang tak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Itu pun sempat juga video call sekejap tadi.

"Puan, nak makan apa-apa lagi tak?" soal Kak Sal.

"Eh, Kak Sal pun ada, pandai ye, simpan rahsia" kata Intan. Kak Sal cuma tersenyum-senyum saja.

"Tak apa, nak makan nanti saya ambil sendiri" kata Intan.

"Tahniah pretty" ucap Carlos sebaik Kak Sal beredar.

"Thanks. Awak pun sama kan.. simpan rahsia" kata Intan. Carlos hanya tersenyum menampakkan lesung pipit.

"Awak tak makan ke, BBQ pun ada kat luar tu" soal Intan.

"Saya tengok awak happy pun dah cukup buat saya kenyang" balas Carlos.

"Ada pulak macam tu" balas Intan. Tidak lama Caden yang tadi berbual dengan ayah, datang menghampiri Intan dan Carlos.

"Awak tengok, jealous la tu.." kata Carlos pada Caden yang datang menghampir.

"Dah-dah, ni isteri aku. Nak manja-manja cari isteri sendiri" kata Caden lalu menarik jemari Intan dan meninggalkan Caden seorang di luar cafe. Tergeleng Carlos. Perangai tak ubah.

"Nah" satu suara menyapa sambil sepiring makanan yang mengandungi sosej, chicken breast dan daging bakar yang sudah dipotong pada Caden. Tertoleh ke tepi untuk melihat orangnya.

"Eh, Shira. Thanks" ucap Carlos.

"Saya tengok awak tak makan pun dari tadi. Takkan diet kot" Shira berbicara.

"Are you married?" soal Carlos pada Shira. Shira sudah terkebil-kebil memandang Carlos. Kena sampuk ke apa dia ni, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba tanya dah kahwin ke belum.

"Are you married?" ulang Carlos.

"Hah?"

"Fiancee?"

"Hah?"

"Or boyfriend?" soal Carlos lagi

Shira dah ternganga di sisi.

"Eh, awak ni dah kenapa?" soal Shira pelik.

"Just answer my questions" pinta Carlos.

"Belum, tak ada dan tak ada" balas Shira.

Carlos meletakkan piring di meja yang ada di sisi dan berdiri mengadap Shira.

"Married me" kata Carlos sambil memandang mata Shira, menusuk hingga ke dalam. Shira sudah terkaku di situ.

"Shira, saya takut kalau saya lambat, orang yang saya suka, disambar orang lagi" kata Carlos.

"Married?" soal Shira.

"Yeah, or be my fiancee? tak pun be my girlfriend? saya dah lama sukakan awak tapi saya sedar siapa saya, saya tak layak untuk awak" kata Carlos lalu terhela nafas perlahan.

"Okay" balas Shira sambil tersenyum. Carlos pula blur.

"Hah? okay? yang mana satu?" soal Carlos.

"Mana-mana yang awak nak" balas Shira sambil tersenyum simpul. Memerah wajahnya lalu menunduk.

"Thanks Shira, beri saya peluang" ucap Carlos bersama senyuman dihiasi lesung pipit.

"Sorry saya tak pandai bab-bab nak ayat awek ni" kata Carlos sambil dahi digaru dengan telunjuk walaupun tak gatal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience