Rate

TANS| 2

Action Series 4211

-KUALA LUMPUR INTERNASIONAL AIRPORT-

Tengku Hazeeq melihat jarum jamnya di tangan kanan. Masih menunggu tuan puteri yang tidak kelihatan. Dia merungut geram.

Baru sahaja mahu menghubungi sepupunya itu, bahunya ditepuk dari belakang. Pantas Hazeeq menoleh ke belakang. Dia mengeluh.

"Boss! Saya dah sampai!" Sara tersenyum senget sambil memandang ke arah Hazeeq.  Hazeeq pula memerhatikan Sara kesal. Eee geram..

"Kenapa kau lambat? Kau tahu kan penerbangan kita 1 jam lagi?" Hazeeq sekali lagi melihat jam tangannya. Sara sudah lambat 15 minit! Sara yang mendengar sudah menggigit gigit bibirnya. Rasa bersalah untuk kali kedua.

Patutnya tadi Sara sudah berangan ingin berterima kasih kepada Hazeeq kerana mengambilnya malam tadi, namun disebabkan dia lambat, lain pula jadinya. Aduh salah dia la ni..

Sara menjeling ke belakang tubuh Hazeeq yang tegap itu. Sara tersengih sumbing. Dia melambaikan tangan ke arah rakannya di belakang.

Aahh! I'm sorry friends!

Baru Sara benar benar perasan kesalahannya. Dia betul betul lambat! Lihatlah, rakan rakan sekerjanya semua sudah datang! Dia ini? Lambatnya! Ni semua salah abang tak kejut dia!! Jerit hati kecil Sara.

Hazeeq yang melihat Sara mengelamun, tersengih jahat. Fikiran nakalnya mula menjelma. Jari diletakkan di atas dahi Sara dan plak! Dia jentik dahi Sara! Sara dengan geram memijak kaki Hazeeq. Sakit! Dia mengusap dahi mulusnya.

Rakan rakan sekerjanya tergelak di belakang. Namun masih cover, takkan lah nak gelakkan boss sendiri kan? Tak sangka boss mereka dipijak begitu. Benar benar tidak disangkakan!

Ya lah, kalau diikutkan, mereka sudah melihat keadaan begitu berlaku setiap hari! Tengku Hazeeq dan Sara Saira memang seperti kucing dengan anjing. Bergaduh sepanjang masa! Mereka yang melihat pun rasa nak join sekali! Ah sudah! Jadi tongkang pecah lah syarikat nanti!

Sara menoleh ke belakang. Dia berjalan jalan anak ke arah seseorang.

"Thanks sebab hantar! Walaupun lambat..." semakin lama semakin perlahan nadanya. Sara dipandang tajam. Plak! Kepala Sara disekehnya. Sara terkekek-kekek ketawa sambil mengusap kepalanya.

Harini sudah dua kali dirinya diperlakukan sebegitu rupa! Sadis betul dirinya! Alah, drama terlebih!

Syafiq menolak beg tarik milik Sara jauh jauh. Kemudian, tangan dihayunkan tanda merelakan pemergian Sara. He means- mengusir Sara dari bumi Malaysia ini.

"Pergilah jauh adikku. Abangmu ini amat bersuka cita melihat pemergianmu dari sini. Pergi cepat!" Syafiq tergelak kasar. Pergilah cepat cepat wahai adik tak kesayangan! Syafiq dah lama dah tunggu sence sence tidak berair mata ini! Dia amat bergembira apabila adiknya pergi dari mata kasarnya! Syafiq mengesat air matanya yang terhasil kerana tergelak sakan.

Ah! Emang dasar! Abang gak ada gunanya! Sara Saira akan menyumpah Syafiq Shah menjadi putra katak!

Hazeeq mendekati mereka berdua. Kepala Sara disekeh sekali lagi. Tak puas hati.

Ayo! Mari naik gelanggang! Bertarung! Jerit hati kecil Sara.

Hazeeq menarik beg tarik Sara. Beg sandang Sara juga ditarik laju agar Sara mengikutinya. Dah lambat ni! Yang lain semua sudah masuk. Mereka berdua yang tidak datang datang lagi.

Dari belakang, Syafiq melambai keriangan.

"Selamat berbulan madu sepupu ku!!" Nampak sangat ia ditujukan kepada Hazeeq. Syafiq tersengih. Sara pula membuat aksi tidak ingin. Dia tak nak!

Selepas masuk ke dalam kapal terbang. Sara laju duduk di tempat duduknya. Nasib Hazeeq menempahkan tempat duduknya di hujung tingkap. Bolehlah dia melihat keindahan alam!

"Wey Sara" Hazeeq menegurnya di sebelah. Dia memberikan pandangan yang serius.

"Hm?" tanpa menoleh, Sara menjawab.

"Aku akan pastikan bila kali kedua kita datang ke negara orang lagi, ini bakal menjadi bulan madu kita." bisik Hazeeq.

Sara tersentak. Kaku. Sara menoleh ke arah sepupunya itu.

"Maaf, saya terlalu baik untuk awak" ayat reject tak kena tempat Sara bagi. I'm sorry boy, we're friend. Sara tersengih lagi. Nak kena sangat!

Hazeeq menggelengkan kepalanya. Tersenyum.

"I don't care. One day you will be mine."

Bisik Hazeeq.

DARK bersandar di dinding. Sambil menyedut air sirap buatannya. Matanya terpejam.

Dia menunggu seseorang.

Dia berfikir sesaat. Bagaimana perjumpaan dengan warisnya. Khaleed. Anak itu memang dibesarkan secukup hati. Dicurahkan semua tunjuk ajar yang ada.

Khaleed bakal diacukan menjadi senjata. Senjata yang berbahaya. Dia tahu. Senjata itu bakal menjadi buruan. Dari pihak mana mana sahaja, senjata yang mematikan pasti akan diburu.

Dark hanya akan melihat dari belakang. Yang manakah bakal dipilih Khaleed. Bahagian manakah bakal Khaleed pilih. Yang penting, dia mengharap anak itu bakal sama dengannya. Dia gentar Khaleed bila bila saja boleh jadi musuhnya.

Dark juga berfikir, Khaleed memang sesuai menjadi penggantinya. Namun dia juga risau masih ada cahaya dalam hati anak itu. Takut takut memusnahkan karier mereka berdua. Jika musnah, alam sebalik mata bakal menjadi destinasi mereka berikutnya.

Khaleed keluar dari biliknya. Masih memakai bathrobe. Dia tidak menegur Dark yang bersandar di sebelah pintu biliknya. Langkah kakinya berjalan ke arah ruang tamu.

Dark meletakkan gelas di atas meja. Melihat gerak geri Khaleed. Dark mengangguk kecil. Anak itu masih tidur. Mata Khaleed hanya menuju ke suatu tempat. Ini sudah biasa bagi Dark.

Setiap tiga pagi, Khaleed akan berkelakuan begini.

Dark melihat sekeliling. Tiada yang membahayakan.

Khaleed berjalan ke arah koridor. Matanya bergerak gerak melihat langit hitam yang dihiasi bintang. Perlahan lahan, air mata keluar dari celah celah matanya.

Tangan Khaleed memegang pepenjuru koridor. Khaleed mengangkat kakinya.

Tak!

Dark mengetuk leher Khaleed. Khaleed longlai jatuh ke pangkuan Dark. Mata Khaleed tertutup semula.

Dark melihat ke arah anak itu.

"It's gonna be okay if I gone"

Comment And vote :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience