Bab 45

Romance Completed 207871

"Abang...." panjang Intan panggil Caden.

"Hm.. Ada la tu. What?" soal Caden yang masih lagi dengan sarapan roti dan kopinya.

Intan kemudian terus bangun dari kerusi dan melabuhkan duduk di paha Caden dan tangannya disangkut pada leher.

Terhenti suapan roti di mulut. Pinggang Intan dipeluk.

"Ada apa ni. Manja sangat" tanya Caden sambil pipi dicium sekilas.

Mujurlah Kak Sal ada di luar menyidai pakaian, kalau tidak, mahu pengsan orang tua tu.

"Cuti sakit sayang tinggal lagi dua hari. Boleh tak kalau sayang tak nak sambung. Sayang boring la duduk rumah. Sayang dah sihat, dah boleh kerja macam biasa" pujuk Intan sambil jari bermain-main di telinga Caden.

"Sayang pasti ke dah sihat?" soal Caden ingin kepastian.

"Abang pun tau sayang dah sihatkan.." balas Intan sambil senyum meleret.

"Sayang tak nak rehat lagi seminggu?" soal Caden lagi.

Intan menggeleng.

"Hm.. Okey, tapi janji, anything happen, cepat-cepat call abang." Pesan Caden.

"Thank you abang" ucap Intan lalu bibir Caden dicium sekilas dan terus bangun dari ribaan Caden.

"Abang jangan risau. Tuan Aniq ada, Tuan Syam ada, budak-budak sayang pun ada" jawab Intan lalu kembali ke kerusinya.

"Kenapa mesti Aniq dan Syam?" soal Caden dengan wajah mencuka.

"Abang.. Tuan Aniq tu dah kahwin la, Tuan Syam tu pulak tah-tah dah ada girlfriend. Lagipun sayang ni isteri orangkan" balas Intan memujuk. Tangan Caden di atas meja diusap.

"Orang lelaki bukan kira, dah kahwin ke, ada girlfriend ke, sama je" kata Caden.

"Aik, mengata diri sendiri ke macam mana ni?" usik Intan.

Caden tidak membalas sebaliknya kopi dalam cawan diteguk habis dan terus bangun.

Laju kaki mengatur langkah.

Aloh.. Merajuk la pulak.

Pantas Intan mengejar dan tangan kiri Caden dicapai. Lalu ditarik tubuh itu dalam pelukannya.

Kak Sal yang baru nak masuk rumah tak jadi nak masuk, terus pusing belakang.

Hai la, pagi-pagi dah buat drama swasta la pulak..

"Abang.. Sayang bukan macam tu la. Trust me okey. Abang ni jealous sangat" pujuk Intan.

Payah orang tua cepat jealous ni. Mengada lebih.

"Hm.. Okey" jawab Caden. Macam tak ikhlas je bunyinya.

Aku ni kuat cemburu ke? Mana ada. Pandai-pandai je. Caden berkata dalam hati.

Ee.. Tak mengaku la pulak.

"Abang pergi kerja dulu. Duduk rumah, jangan nak keluar. Kalau nak keluar juga, pergi dengan Fahmi" pesan Caden.

"Iye abang sayang.." jawab Intan. Meleret Intan menjawab.

Risau sangat. Macam la Intan ni budak kecil.

Tangan Caden di capai lalu dicium, Caden membalas dengan ciuman di dahi.

Langkah di atur ke pintu. Muncul Carlos di sisi. Segak macam selalu dengan suit di tersarung di tubuh sasanya.

"Morning pretty" tegur Carlos sambil senyuman dipamerkan.

Menjeling Caden apabila mendengar Carlos memanggil Intan begitu.

"Cari la 'pretty' sendiri. Sibuk nak 'pretty'kan isteri orang" marah Caden.

Carlos dan Intan ketawa dengan ulah Caden.

Macam tu tak jealous lagi. Caden.. Caden..

+++

Hari ini hari pertama Intan bekerja setelah cuti sakit selama empat belas hari. Banyak laporan perlu dibuat. Penat rasanya badan.

Longlai sahaja langkah Intan menaiki tangga. Ada lift memang tak digunakan. Tau sajalah Intan ni sama spesis dengan Aniq.

Caden yang waktu itu baru keluar dari bilik kerjanya terus menegur Intan yang baru pulang kerja.

"Lewat sayang balik. Penat ke?" soal Caden apabila melihat wajah Intan yang lesu.

Intan hanya mengangguk dengan bibir yang muncung.

"Nak peluk.." kata Intan pada Caden.

"Come" panggil Caden lalu kedua-dua tangan dibuka menanti Intan.

Laju Intan membuka langkah menuju ke arah Caden lalu hilang dalam pelukan itu. Rapat kepala diletakkan pada leher Caden, dihidu aroma di situ. Wangi.. Terpejam mata Intan.

"Tadi bos panggil nak jumpa, tanya mengenai serbuan hari tu. Macam-macam kena soal. Penat nak jawab."

Pelukan semakin dieratkan. Hurm.. Bestnya, hilang penat.

"Lepas tu sayang jumpa ayah. Ayah cakap lama tak jumpa, biasanya sayang cuma call je."

"Hm.. He know about us." sambung Intan lagi.

"Sayang bagitau?" soal Caden.

"Tak.. Tapi ayah dapat agak sebab sayang tak balik rumah ayah masa cuti sakit, kat rumah sewa dengan Shira pun tak ada"

Caden hanya mengangguk.

"Ayah nak jumpa abang. Boleh ke?" soal Intan.

Bimbang pula penerimaan ayah terhadap Caden. Orang tua kan pasti lah macam-macam difikirkannya.

"Of course boleh sayang. Cakap saja bila, abang datang jumpa" balas Caden yakin.

"Ayah cakap lagi, kenapa tak tanya ayah dulu" kata Intan lagi.

"Ayah marah sayang ke?" soal Caden bimbang.

"Ayah tak marah tapi ayah tanya kenapa sampai sanggup gadaikan masa depan. Lepas tu sayang jawab la, er.. Sayang cintakan abang"

Besar senyuman di bibir Caden mendengar ayat Intan. Abang pun cintakan sayang..

"Ayah tanya, abang cintakan sayang ke? Sayang jawab la abang.." tak sempat Intan habiskan ayat, Caden dulu menyambungnya.

"I do love you" pantas Caden mencelah.

Intan mendongak memandang Caden.

"Kenapa? Sayang tak percaya?" soal Caden pada Intan.

Intan menggeleng.

"Sayang tau abang pun cintakan sayang" balas Intan lalu diletakkan kembali kepala nya di leher Caden.

"Abang.. Penat.." mengadanya kau Intan..

"Sayang mandi dulu biar segar, nanti kita makan sama-sama" kata Caden lalu digosok perlahan belakang Intan.

"Dukung" pinta Intan dengan mata yang dikelip-kelip.

"Nasib baik la suami sayang ni sado tau" kata Caden lalu tubuh itu dicempung. Besar senyum Intan.

"Er.. Abang.. pasal gambar tu, tak ada apa-apa berita ke?" soal Intan sebaik Caden meletakkannya di birai katil.

"Setakat ni tak ada sayang. Rumah yang jadi tempat anak yatim tu dah kena roboh. Dah jadi bangunan lain pun di situ" jawab Caden.

"Hm.. Tak faham la sayang. Apa orang tu nak sebenarnya. Kenapa baru sekarang" luah Intan tidak faham.

"Ada apa-apa maklumat pasal Cleine ke?" soal Intan lagi.

"Belum ada, tapi abang pasti ada yang membantu dia. Itu sebab abang sentiasa risaukan sayang. Abang tau Cleine tu macam mana" kata Caden bimbang.

"Dah, jangan fikir lagi. Sayang pergi mandi, cepat. Abang tunggu" ucap Caden sambil duduk bersandar pada kepala katil.

"Nak cepat, abang tolong la mandikan" amboi.. Makin gatal kau ye..

"Sayang ajak abang ke?" soal Caden dan terus turun dari katil.

"Eh, tak lah, sayang ajak abang security kat pondok depan sana" balas Intan sambil ketawa.

Caden laju membuka langkah mengikut Intan ke bilik air.

Rezeki jangan ditolak..

+++

Selesai makan malam. Intan mengemaskan meja dan sambil itu berbual-bual dengan Caden yang menemaninya di meja pulau.

"Sayang, esok abang kena keluar awal sikit. Sayang tak apa ke?" tanya Caden setelah air kosong diteguk.

"Eh, tak aplah. Sayang pun nak pergi kerja. Abang keluar awal nak ke mana?" tanya Intan yang masih lagi mencuci di sinki.

"Abang ada metting dengan client di Damansara lepas tu nak ke Shah Alam pula" terang Caden.

"Oo.. Ok. Abang pergi dengan Carlos?" soal Intan.

"Carlos terpaksa uruskan hal lain. Abang pergi dengan Fahmi" jawab Caden lalu menyerahkan gelas yang diminum pada Intan untuk dicuci.

"Okey. Abang hati-hati tau" pesannya pada Caden sambil tangan dikeringkan dengan tuala.

"Kalau macam tu kita masuk bilik la, rehat. Tidur cepat, nanti nak bangun awal" ajak Intan lalu menarik tangan Caden.

"Macam awal lagi je nak tidur" kata Caden yang mengikut Intan dari belakang.

"Dah tu nak buat apa pulak. Sayang nak rehat-rehat je" kata Intan di depan sambil mendaki tangga.

"Kita exercise nak" bisik Caden di telinga Intan.

"Abang.. Ish, mengada tau" marah Intan.

Ketawa Caden dengan Intan. Hai la.. Kalau tidak, sunyi sahaja rumah ini.

Sejak Intan ada, terasa hidup yang kosong. Penuh terisi. Betul kata papa, perkahwinan untuk berkongsi kasih sayang.

"Abang, apa buat kat situ lagi" tanya Intan.

"Okey, abang datang" pantas Caden mengatur langkah menujuk ke bilik tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience