26

Romance Completed 95763

'Dia minta anak-anak pula? Bukan anak, tapi anak-anak! Masak...masak!' Anggun Dahlia menelan air liur. Dia tersengih kekok. Mahu saja dia mengambil mangkuk lauk yang terhidang kemudian, tutup mulut Ikram Benjamin yang sedang tersengih nakal. Akalnya mula berfikir. Agaknya macam manalah rupanya nanti bila sudah bergelar seorang ibu? Ah, awalnya kau berangan wahai Anggun Dahlia.

"Sayang nak ikut abang? Abang nak pergi ke tempat kawan abang lepas ni." Dia baru teringat akan temu janjinya pada siang itu.

"Kalau Dahlia tak ikut boleh? Kerja untuk kafe masih belum siap lagi." Sesekali matanya melirik pada jambangan bunga tulip itu. Jambangan itu diletak bersebelahan pinggannya. Tersengih-sengih dia disebalik sudu yang disua ke mulut.

"Betul tak nak ikut? Abang nak jumpa Meena." Ikram Benjamin mencuri pandang perempuan dihadapannya. Nampaknya selera perempuan itu mati. Sudunya ketika itu dikemam pada mulutnya. Tadi bukan main berselera. Ini dengar saja nama Meena Nelson disebut, terus berhenti menyuap. Tergamam pula. Dia tersenyum dalam diam. Comel.

"Mm...mee...meena? Yang pakai baju koyak-koyak macam tarzan tu?" Sudu diletak ke pinggan. Darahnya menggelegak. Bawa bersabar. Hatinya diajar untuk bertenang. Ikutkan hati sudu dipegangannya tadi pasti terbang ke dalam mulut Ikram Benjamin. Biar lelaki itu tercekik! Jadi, tiada lagi nama perempuan 'koyak-koyak' itu meniti dibibirnya. Puas hatinya. Meluat!

"Haha. Tak baik cakap orang macam itu. Mengutuk namanya. Kena minta maaf pada dia tau." Ikram Benjamin menyudahkan suapannya. Kemudian, dia bangun membawa pinggan dan gelas ke sinki. Dia menadah gelas dibawah kepala paip. Automatik air keluar membasahi tangannya.

Anggun Dahlia mencebik. Lidahnya dijelir keluar seakan-akan mahu termuntah. Sikit-sikit bela perempuan itu. Berani betul bela perempuan lain didepan isterinya yang tercantik sedunia!

"Dahlia rasa kerja untuk kafe dah siap semalam. Jadi, Dahlia ikut abang. Err...okey Dahlia siap-siap sekejap. Abang...err..." Pinggan dan gelas dibawa ke sinki. Dia tersengih seperti kerang busuk. Lelaki itu didekatinya.

"Emm...tolong basuhkan pinggan dengan gelas Dahlia boleh? Terima kasih." Belum sempat Ikram Benjamin mengiakan permintaannya, Anggun Dahlia terlebih dahulu menyetujuinya sendiri.

Malas mahu berlama-lama disitu. Nanti dia kena tinggal baru tahu. Sebelum meninggalkan ruang dapur, dia menjinjitkan kakinya.

Cupp! Cupp!

Dia mengucup lembut pipi Ikram Benjamin sebanyak dua kali. Apalagi, terkedu seketika Ikram Benjamin yang sedang khusyuk mencuci pinggan. Badannya kaku. Matanya terkebil-kebil memandang pinggan ditangan. Betul ke apa yang dirasainya tadi? Betul ke dia diciumi Anggun Dahlia? Perempuan itu berani menciumnya?! Anggun....Dahlia...menciumnya! Dunia, lihatlah cinta aku sudah terbalas! Hahaha. Dia tersengih sendiri.

Anggun Dahlia pula sudah berdesup naik ke biliknya. Pandai ya. Sudah curi-curi menciumnya sekarang mahu lari pula.

"Nakal." Bibir bawahnya digigit. Dia tersenyum sendiri. Kemudian, sengihannya pula menghiasi bibir. Siap saja kerjanya, dia mencapai kain napkin yang terlipat kemas didalam bakul rotan. Belum sempat tangan dilap, dia menutup mukanya dengan napkin tersebut. Bahunya terhinjut-hinjut menahan gelak. Gelak halusnya terdengar dari sebalik napkin itu. Ah, angaunya dia ketika itu! Nasib baik napkin itu masih baru.

------

(Di bilik tidur)

Anggun Dahlia sedang memeluk pintu wardrobe. Sakit jiwanya bila tiada baju yang berkenan dihati. Mahu saja dia menggigit pintu wardrobenya. Kepalanya digaru.

"Kalau aku tak pakai cantik-cantik, nanti aku kalah dengan 'Aminah' tu. Benci betul aku! Ugh! Sekarang ni baju apa aku nak pakai?" Semua pakaian yang ada digantungan tidak menarik perhatiannya. Satu-persatu dibelek.

Hampir 15 minit dia membelek bajunya. Dari hujung ke hujung wardrobe. Empat pintu wardrobe itu semua bajunya. Baju Ikram Benjamin? Itu bertentangan dengan wardrobenya. Hanya dua pintu saja.

Dalam masa yang sama, Ikram Benjamin menapak masuk ke ruang yang menempatkan wardrobe dan barang-barang peribadi mereka. Dahinya berkerut melihat Anggun Dahlia yang sedang bersila menghadap pakaiannya. Kemudian, hujung bibirnya terjungkit dengan sengihan. Dia menggeleng kecil. 'Apa lagi masalah dia sekarang? Pening kepala aku.' Dia mendekati perempuan itu.

"Sayang? Kenapa tak bersiap lagi?" Dia turut memerhati ke arah pakaian yang tergantung. Kemudian, dia memandang semula perempuan itu.

"Dahlia tak ada baju nak pakai." Terus saja dia memeluk kaki Ikram Benjamin yang berdiri disisinya. Dia mendongak memandang lelaki itu. Lagaknya seperti anak kecil yang sedang meminta perhatian. Satu keluhan kecil terlepas dari mulutnya.

"Ini semua bukan baju ke?" Ikram Benjamin membalas. Mulutnya dimuncungkan ke arah wardrobe.

"Err...tak. Tak ada baju baru. Nanti Dahlia tak cantik." Dia menunduk semula menekur lantai. Susahnya mahu memilih pakaian.

Ikram Benjamin menyimpul senyum. Dia memandang Anggun Dahlia yang masih memeluk kaki kanannya. Kemudian, dia bertinggung dihadapannya. Dia melepaskan tangan Anggun Dahlia.

Kedua-dua belah pipi lembut Anggun Dahlia dipegang. Mereka saling berbalas pandangan.

"Dengar abang cakap ni. Sayang pakai apa pun tetap nampak cantik. Sayang perempuan paling cantik dalam dunia ni yang pernah abang miliki. Sayang bidadari abang. Tahukan, bidadari makhluk yang paling cantik?" Deru nafasnya hangat menyapa kulit muka Anggun Dahlia.

Anggun Dahlia mengangguk kecil. Dia memandang semula ke arah barisan pakaiannya.

"Tapi baju apa Dahlia nak pakai?" Soalan itu meluncur perlahan dari mulutnya. Membuatkan Ikram Benjamin tergelak kecil. Dia bangun sambil meneliti barisan pakaian didepan matanya. Sehelai blouse chiffon bewarna putih tanpa lengan dihiasi perincian manik pada bahagian kaki blouse menjadi pilihannya. Dipadankan dengan blazer biru tua. Ikram Benjamin bergerak ke kanan sedikit. Barisan skirt labuh dibelek. Dia tersenyum memandang pada skirt labuh pleated bewarna biru cair. Tidak lupa juga, sehelai selendang satin bercorak flora dicapai.

"Pakai yang ini." Pakaian tersebut diserahkan pada Anggun Dahlia. Teragak-agak dia menyambutnya.

"Percaya dekat abang. Sayang cantik kalau pakai macam ni. Okey?" Dia merapatkan dirinya dengan Anggun Dahlia. Dahi mereka bersentuhan. Hangat nafas mereka bergabung sama.

"Emm." Anggun Dahlia menjarakkan dirinya. Dia malu lagi. Jantungnya pasti menggila setiap kali dekat dengan lelaki itu. Lelaki itu pandai membelai jiwanya.

"Pergilah tukar. Takut nanti kita tak jadi keluar pula." Ikram Benjamin memainkan keningnya sambil tersengih nakal. Cepat saja Anggun Dahlia berlari ke bilik air. Dia pula terus mencapai pakaiannya dan bersiap-siap segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience