"Mek dah mula tanya lagi, bila nak kahwin. You dah bersedia ke? Lapan tahun dah kita bercinta. Takkan tak nak kahwin?" Tanya Karen sebaik saja mereka tiba di restoran.
Shazwan yang sedang makan hanya diam. Dia menelan air liur yang terasa kelat. Cermin mata dibetulkan pada wajah. Apa dia harus jawab?
"You? I tanya ni. You tak sayang I ke?" Tanya Karen lagi.
Hairan. Shazwan tidak pernah begini. Harini saja dia melihat lelaki itu nampak gelisah semenjak awal mereka tiba di restoran. Kenapa agaknya? Apa..dia sudah berubah hati?
"Sayang. I sayang you, sayang. Cuma, bagi I sikit masa lagi. Lagipun, I ada benda penting nak bagitau you. Pasal mak I. You tahu kan, dia masih tak boleh terima you. So, dia nak suruh I kahwin dengan pilihan dia," Shazwan menyusun kata dengan berhati-hati.
"Kahwin dengan pilihan dia? Habistu I? Kalau you main-main, baik cakap daripada dulu! Kenapa buat I macam ni?!" Marah Karen.
"No, sayang. No. I sayang you tau? Tapi I takkan melawan mak I. You sendiri tahu benda tu, jadi tolong faham? Selepas setahun, I akan bercerai then kita kahwin?" Cadang Shazwan sambil tersenyum.
"You ingat I ni, perempuan jenis apa? Perosak rumahtangga orang lain? Fikirlah sikit. Kalau dah macam tu, jangan teruskan hubungan ni. Kita stop. Kita putus!" Tegas Karen.
"Tapi I sayang you!" Shazwan masih berkeras.
Keduanya saling berpandangan. Karen hanya diam memeluk tubuh. Rasa seperti mahu menangis pun ada. Penantian dirinya selama ini rupanya palsu. Dia hanyalah menjaga jodoh orang lain. Sedangkan dia? Setia sehingga tidak menerima atau memandang lelaki lain.!
"Look, Shaz. I bukannya suka nak putus. Tapi cara you sekarang ni, tak kena. I bagi you masa, kalau tetap sama.. baik kita tamatkan. I rasa mungkin..I pun akan terima calon yang mek carikan!" Ujar Karen dengan yakin.
Raut wajah Shazwan berubah tegang. Dia hanya menahan diri. Tidak mahu menjadi kasar dengan tiba-tiba. Gadis dihadapannya dipandang dengan penuh rasa marah. Memang begitu Karen. Sering mengugut dirinya. Tetapi sekarang, mungkin sudah sampai masanya? Masa untuk dia tamatkan semua itu?
"You tak boleh kahwin dengan lelaki lain."
"Why?"
"Cause you love, Karen."
"Cinta boleh dipupuk selepas kahwin. It's simple."
"But I love you!"
"Then prove it, bukannya cakap kosong. Kalau baru seminggu I terima, ini bertahun. You ingat I ni apa? Tunggul?"
Ada ketegangan dalam perbualan mereka. Karen hanya mengetap gigi. Geram dengan Shazwan yang masih saja tidak mahu pertahankan dirinya. Daripada dulu, masih juga sama. Macam mana dia boleh cintakan lelaki begini?
"I tunggu jawapan you. Kalau masih tak ada, tak guna kita teruskan lagi. You sendiri kenal I macam mana kan?" Sambung Karen lagi.
"I nak pergi tandas!" Dalihnya.
Shazwan bangun dari kerusi. Laju saja kakinya menapak ke arah tandas. Sebaik saja dia mahu melangkah masuk, ada tangan lain yang memegang dirinya. Matanya membulat melihat gadis itu disana.
"Buat apa sini? Kalau Karen nampak, macam mana?!" Marah Shazwan seraya menarik gadis itu supaya bersembunyi.
"What? I don't care. You selalu tipu I. You janji nak balik rumah, why dekat sini?!" Bentak Rebecca.
"Shhh!! Jangan bising, nanti Karen dengar! You kenapa? I cakap nanti I balik kan? Kenapa degil sangat sampai cari I dekat sini?!" Marah Shazwan sambil menekup mulut Rebecca.
"I don't care! Kalau you tak balik sekarang, I pergi jumpa Karen! Biar you rasa apa I rasa!"
"Fine, I balik! You pergi dulu!"
Rebecca senyum sinis. Dia mengucup pipi lelaki itu sebelum berjalan pergi. Shazwan mengelap dengan kasar. Dia hanya berjalan masuk ke dalam tandas sebelum bahunya terlanggar seseorang. Lelaki itu hanya diam sebelum berjalan keluar.
Macam kenal? Siapa ya?
"Bro, telefon kau jatuh." Tegur seorang lelaki.
"Oh, thanks."
Shazwan hanya mengutip kembali telefon dilantai. Macam mana dia boleh tak perasan? Tidak mahu berlama, dia hanya masuk ke dalam tandas. Perutnya memulas semenjak melihat wajah serius Karen. Gadis itu menakutkan walaupun dengan sikap lemah lembut yang dia pamerkan.
Jadi, apa dia harus buat? Lepaskan Karen? Tidak sama sekali. Orang bodoh saja akan lepaskan gadis sepertinya.
Ah, dia kusut!
Share this novel