Rate

EF•01

Short Story Series 1068

'Hidup mesti terus pandang ke hadapan'

'Life must go on'

...

Eryka yang baru pulang dari kedai melihat ke arah rumah banglo disebelahnya.

Ada lori and kereta.Ada orang baru pindah masuk ker?Eh kesah pula aku.Eryka melangkah masuk ke dalam rumah.Ibunya yang sedang berada di dapur ditegur.

"Ibu,ada orang pindah masuk rumah sebelah kita ke?"barang yang dibeli diletakkan di atas meja."Haah,nampaknya macam tu la.Dah lama rumah sebelah kita ni tak ada penghuni"balas Puan Safiyya dengan tangannya yang masih ligat memasak.

"Ouh,ibu tak nak tengok ke siapa?"kerusi dicapai lalu dia duduk."Sejak bila kamu suka ambil tahu hal orang ni Eryka?"Puan Safiyya menutup api gas kemudian memandang ke arah anaknya.Anak bongsunya setelah suaminya meninggal ketika dia melahirkan Eryka.

Anak sulung?Kerja dekat luar negara.Pada awalnya hanya sambung belajar tapi dah ada rezeki kerja dekat sana,terus kerja dekat sana.Mungkin tahun ni dia akan balik lepas 5 tahun duduk dekat sana.

"Alah ibu ni,macam perli Ryka je"muka dicemberutkan."Mana ada ibu perli,ibu tanya je sayang.Terasa la tu"Puan Safiyya mengusap lembut kepala anaknya sebelum melangkah keluar dari dapur.

"Ibu ni,ish"rengek Eryka.Nak merajuk la tu.Tak kuasa Puan Safiyya nak melayan rajuk anaknya itu."Kamu nak ikut ibu?Ibu nak pergi jenguk rumah sebelah.Mana tahu ada benda yang boleh kita tolong"soal Puan Safiyya.

"Boleh la ibu,Ryka tengok je.Kalau rajin baru Ryka tolong"Eryka tersengih menampakkan barisan giginya."Iya la Ryka.Dah jom,ibu pergi dulu nanti kunci pintu.Rumah dekat sebelah pun rumah tetap kena kunci"pesan Puan Safiyya.

"Okay bu"pemergian Puan Safiyya hanya dihantar dengan lirikan mata."Betul juga apa yang ibu cakap tadi,apa hal aku ambil kesah pula pasal orang sebelah ni"Eryka mula bercakap sendirian.

Jangan jadi gila Ryka,ni baru permulaan cerita.Nanti kau gila takkan aku nak tambah watak baru.

"Apa kata aku pergi jenguk juga,mana tahu ada something yang menarik ke"senyuman penuh makna ditayangkan.Kakinya mengorak langkah ke rumah sebelah.Pintu rumah dikunci sebaiknya begitu juga dengan pintu pagar.

"Assalamualaikum"Eryka memberi salam."Eh,kamu ni siapa ya?"tegur seorang wanita.Mungkin baya-baya ibu."Saya Eryka makcik,saya tinggal dekat rumah sebelah"senyuman ditayangkan.Tak nak dicop sombong.Acah la kau Ryka.

"Ouh,anak Puan Safiyya ke?Masuk la,ibu kamu ada dekat dalam"jemput wanita itu."Terima kasih makcik"Eryka membongkokkan sedikit badan sebelum masuk ke dalam rumah.

"Panggil makcik Hana"kata Puan Hana."Baik makcik"dia memulakan langkah untuk meninjau kawasan ruang tamu."Ryka,ingat tak nak datang tadi"tegur Puan Safiyya."Saja bu,duduk dekat rumah tak buat apa juga.Datang sini mana tahu ada yang boleh dibantu"balas Eryka.

"Kalau macam tu,kamu tolong makcik angkat kotak tu sekejap.Lepastu kamu letak je dekat sebelah sini"jari Puan Hana menghala ke arah satu sudut.Eryka hanya mengangguk faham.

??

"Budak mana pula yang masuk rumah aku ni?Nak kata adik aku,aku mana ada adik"lelaki itu mengerutkan dahi."Ah!lantakla kesah pula aku"desisnya sendirian.Kakinya melangkah ke dapur.

Cawan air dicapai dan dibilasnya sebelum menuangkan air masak.Setelah itu,air masak diteguk rakus.Penat mungkin mengemas bilik.

"Hai"lelaki itu berpaling ke arah suara yang menegurnya.Lelaki itu hanya menjeling sebelum mengangkat sebuah kotak dibawa ke tingkat atas."Gila sombong.Ingat aku hadap sangat nak tegur kau"Eryka menjeling sebelum dia melangkah menuju ke ruang tamu.

Tujuan asalnya ke dapur untuk mengambil air masak terbantut disebabkan kejadian itu."Kamu dah jumpa dengan Firdaus?"soal Puan Hana."Ha?"terpinga-pinga Eryka mendengar soalan Puan Hana."Kamu dah jumpa nak makcik ke"tergelak kecil Puan Hana dibuatnya dengan tingkah laku comel Eryka.

"Ouh,mungkin.Tadi masa dekat dapur nampak lelaki pakai hoodie hitam"balas Eryka."Betul la tu anak makcik,lagipun tak ada orang lain dah dalam rumah ni selain makcik dengan dia"jelas Puan Hana.

"Suami makcik?"

"Suami makcik dah meninggal 2 tahun lepas sebab accident"Puan Hana senyum tipis.Sebak hatinya apabila terkenangkan arwah suaminya.

"Maaf,saya tak tahu"wajah serba salah ditayangkan."Tak ada apa la,lagipun makcik dah terima qada' dan qadar Allah"bahu Eryka ditepuk perlahan."Eh!baru perasan ibu saya dah tak ada"Eryka memandang sekeliling sebelum terancap pada satu susuk tubuh di hujung tangga.

"Makcik lupa nak kasi tahu,ibu kamu cakap tadi ada masalah dekat butik.So dia terpaksa tinggalkan kamu.Tak sempat dia nak bagi tahu tadi"kata Puan Hana setelah teringat akan pesanan Safiyya.Sahabat barunya,hubungan baik yang terjalin pada hari pertama perpindahan.

"Ish ibu ni,tak pernah-pernah dia tinggal anak dia.Boleh pula dia tinggal anak dia yang sorang ni dekat sini"bebel Eryka tanpa sedar.

"Kau datang sini nak tolong mama aku kemas rumah ke nak bergosip"kata Firdaus dengan wajah beku."Aku datang sini nak membantu la,apa ingat tolong orang ni tak payah bercakap ke.Bisu macam orang tak ada mulut"bidas Eryka.

"Kalau dah nak tolong,tangan tu jalan la.Ni mulut je bising tangan tak bergerak"balas Firdaus tak mahu kalah."Sudah-sudah,tak payah nak bertengkar dekat sini.Firdaus,dia tetamu kita.Hormat sikit"tegur Puan Hana.

"Hermm"tangan diselukkan ke dalam poket sebelum keluar ke lama kosong disebelah rumahnya.Pandangan tajam Puan Hana dihiraukan."Tak apa la makcik,mungkin dia tak selesa dengan saya"senyuman manis ditayangkan.Tak nak la nanti Puan Hana perasan wajah dia dah tegang.

"Maafkan Firdaus ye Eryka,sejak ayah dia meninggal dia terua berubah.Makcik pun dah tak tahu nak buat apa"balas Puan Hana.Tangan Eryka digenggam erat.

"Saya tak kesah pun,biasa la tu.Saya bukannya tak biasa,dekat sekolah pun saya macam dia juga"kata Eryka."Eh kamu umur berapa?"soal Puan Hana."17 makcik,tahun ni dah nak SPM"balas Eryka.

"La sama dengan Firdaus la ni.Dia pun umur 17 sama dengan kamu"balas Puan Hana dengan nada ceria.Apa yang dia gembira sangat pun tak tahu la.

"Makcik,saya keluar sekejap.Nak berkenalan dengan anak makcik yang seorang tu"Eryka menjeling ke arah luar rumah."Iya la,makcik pun nak sambung kemas rumah"Puan Hana bingkas bangun lalu menyambung semula kerjanya yang tergendala.

Eryka memandang Firdaus yang duduk di kerusi.Kakinya melangkah mendekati Firdaus."Tak sangka umur kau sama dengan aku.Kau sekolah dekat mana?"Eryka memulakan perbualan.

"Tak penting untuk kau tahu"balas Firdaus dingin."Penting la,kau je anggap tak penting.Mana tahu nanti sama sekolah dengan aku.Kena buli aku boleh tolong selamatkan"senyum sinis ditayangkan.

Firdaus tersentak.Dia kembali mengawal riak wajahnya."Kenapa terkejut?Sebab aku tahu kau selalu kena buli?Aku dapat tahu ayah kau dah tak ada and kau berubah sebabkan ayah kau.Jangan berubah jadi lemah dekat sekolah kalau dekat rumah muka kau ketat sepanjang masa"

"Nak jadi lelaki kena kuat,jangan tunjuk lemah dekat mata orang"Eryka melangkah pergi meninggalkan Firdaus sendirian.

"Macam mana dia boleh tahu?Setahu aku,mama cakap pasal arwah ayah je.Mana mama sebut pasal aku kena buli"kepalanya ligat memikirkan hal tersebut."Ah buat apa aku fikir,kebetulan je kot.Buat sakit kepala aku je fikir pasal minah tu"Firdaus memejamkan matanya.

Chapter pertama okay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience