BAB 22

Romance Series 27442

Amelia masih renungkan tentang kejadian yang telah berlaku dengan dirinya sendiri. Masih belum percaya yang kahwin paksa masih wujud hingga kini. Amelia tidak percaya yang dia dipaksa kahwin oleh Ajkar. Sedangkan mereka berdua tidak kenal antara satu sama lain. Tetap dipaksa oleh Ajkar juga.

"Kenapa aku ni. Kenapa aku masih ingatkan Ajkar. Ingat Amelia. Ajkar tu milik orang. Bukan milik kau.".

Berkata Amelia di dalam hati.

"Amelia.".

Pofob menyapa Amelia dari pintunya. Amelia tolehkan terus kepalanya ke arah Pofob.

"Ye Pofob.".

Amelia membalas sapaan Pofob sambil mengeluarkan senyuman. Pofob memang comel. Disebabkan badannya yang gempal itu. Membuatkan Amelia menahan tangannya untuk mencubit pipi Pofob yang tembam itu.

"Amelia. Hari ni Ajkar akan datang nak jumpa dengan kau. Tadi dia pesan aku kat telefon.".

Berubah muka Amelia selepas mendengar arahan dari Pofob.

"Habis tu kenapa? Aku tak kesah lah dia nak datang atau tak. Aku tak peduli dengan lelaki gila tu.".

Tengking Amelia.

"Amboi. Apesal lah kau benci dengan Ajkar tu. Kau tak tahu ke dia tu anak orang kaya. Kau tak nampak ke kau duduk kat mana sekarang. Mewah bagai semua yang ada kat sini ni milik sape? Semua ni milik Ajkar. Kau tak nak ke hidup senang?".

Sindir sedikit Pofob.

"Pofob. Aku ni bukan nak harta lah Pofob. Aku nak hati lelaki. Tak guna lah anak orang kaya tapi hati tu dah busuk. Lagi pun Ajkar tu bukan milik aku. Ajkar tu milik Eryna.".

Jelas Amelia.

"Jadi kau dah tahu nama Koji yang sebenar?".

Terkejut Pofob selepas Amelia menyebut nama Koji yang sebenar.

"Ye aku dah tahu.".

Jawab Amelia.

"Amelia kau kena terima nasib tau. Ajkar langsung tak de perasaan dengan Eryna tu. Dia hanya anggap Eryna tu adik dia. Eryna tu je yang lebih-lebih nak kat Ajkar.".

Pofob rasa tidak setuju jika Eryna berkahwin dengan Ajkar. Sememangnya Eryna itu sudah dianggap Ajkar adik angkatnya. Begitu juga dengan Pofob, menganggap yang Eryna itu kakak angkatnya sendiri. Ajkar, Pofob dan Eryna adalah satu keluaga. Walaupun bukan darah daging yang sama.

"Habistu kau nak aku pura-pura cintakan Ajkar. Kau nak aku pura-pura sayang kat Ajkar. Itu yang kau nak?".

Berang Amelia.

"Aku tak peduli semua tu. Aku nak bagi tahu kau satu benda. Aku tak akan benarkan Eryna akan berkahwin dengan Ajkar. Kau jangan nak cuba-cuba satukan Eryna dengan Ajkar.".

Pofob keluarkan suara dengan nada yang tinggi. Dia beri peringatan Amelia. Pofob tidak mahu keluarga yang dia miliki sekarang hancur. Disebabkan Eryna berkahwin dengan Ajkar.

"Tapi Eryna sangat cintakan Ajkar. Kau tak boleh nak cakap macam tu. Hancur hati Eryna kalau aku kahwin dengan Ajkar. Aku tahu korang semua dah macam keluarga. Tapi kau tak boleh nak larang perasaan orang lain bercinta. Kau tak kesian ke dengan Eryna.".

Jelas Amelia. Dia menolak serta-merta menerima Ajkar menjadi suaminya. Dia serba-salah apabila tidak memikirkan Eryna. Amelia sudah berjanji yang Ernya akan menjadi milik Ajkar. Bukan miliknya.

"Baiklah kalau kau dah cakap macam tu. Aku memang tak dapat tolong kau. Maaf Amelia. Aku dah tahu rancangan kau dengan Eryna sebenarnya. Korang berdua dah rancang untuk batalkan perkahwinan tu kan? Aku tak berani nak buat rancangan macam tu. Maafkan aku. Aku tetap setia dengan Ajkar.".

Pofob sudahpun awal tahu rancangan Amelia dan Eryna. Amelia pula bingung. Tidak percaya yang Pofob tiba-tiba tahu rancangannya bersama Eryna.

"Macam mana kau dah tahu rancangan aku dengan Nora?".

Tanya Amelia. Dia sendiri belum meneka dengan betul. Dia berasa tekanan juga selepas Pofob menolak rancangan itu. Walhal itu kebaikan untuk Eryna. Kakak angkat Pofob.

"Itu tak perlu tahu. Yang penting sekarang ni, aku nak kau kahwin dengan Ajkar. Jangan berani buat Ajkar sedih. Kau tahu kan Ajkar tu sape? Ajkar tu abang angkat aku. Kalau kau berani buat benda yang tak sepatutnya buat, Maaf Amelia, aku tak segan-segan buat hidup kau susah.".

Ugut Pofob. Kesetiaannya kepada Ajkar sangat tinggi. Dia tidak mahu melihat Ajkar kecewa dengan penolakan Amelia itu. Dia juga tidak menerima jika Eryna berkahwin dengan Ajkar. Pofob sayang dengan keluarganya itu. Walaupun bukan darah dagingnya sendiri.

"Pofob. Keluar!".

Suara Ajkar tiba-tiba terdengar dari arah pintu itu. Wajah yang membawa kemarahan selepas mendengar semua cerita dari mulut Pofob. Mereka berdua tidak sedar yang Ajkar hanya berada di belakang saja.

Amelia memandang Ajkar yang sedang menyandar pintu dan memeluk tubuh. Sudah jelas wajah Ajkar memang begitu marah pada Amelia. Amelia tahankan rasa takutnya. Apapun terjadi dia harus lalui dengan perlahan-lahan.

"Ajkar? Bila sampai?".

Tanya Pofob. Dia juga kegigilan melihat wajah Ajkar sekarang. Pofob pergi ke arah Ajkar. Kononnya mahu meredahkan hati Ajkar itu.

"Pofob betul ke apa aku dengar ni?".

Tanya Ajkar. Dia sendiri belum yakin yang Eryna itu cintakannya. Eryna tidak pernah ungkapkan rasa cinta itu kepada Ajkar. Agak terkejut Ajkar mendengar yang Eryna sukakan dia.

Amelia dengar suara Ajkar itu dari jauh. Sungguh jelas pertanyaan itu terdengar. Walaupun soalan itu diutarakan dengan Pofob. Si budak gemuk yang berfikiran matang tetapi bijak itu.

"Betul!".

Jawab Amelia dari jarak jauh. Pofob pula lama diamkan diri. Amelia harap yang Ajkar ubahkan fikirannya. Melihat siapa yang layak menjadi pasangan Ajkar.

"Awak diam!".

Tengking Ajkar ke arah Amelia. Amelia lantas terdiam. Melihat mata Ajkar saja menjadikan dia takut untuk bercakap lagi. Kemerahan mata Ajkar.

"Ajkar biar aku jelaskan semua ni. Percaya atau tak nanti aku akan cakap perkara yang sebenar. Sekarang ni aku nak kau luangkan masa dengan bakal isteri kau ni. Aku tahu kau nak jumpa dengan dia. Pergi lah. Aku nak turun bawah dulu.".

Dengan bergegas Pofob turun ke bawah. Dia menepuk juga bahu Ajkar. Ajkar dapat mengawal perasaannya. Rasa kagum juga dia terhadap Pofob. Pofob sentiasa menyokongnya ke hadapan.

"Kau sabar. Jangan ambil hati sangat.". Bisik Pofob di telinga Ajkar sebelum mulakan jalannya ke bawah.

Kini Amelia dan Ajkar sahaja yang berada di atas. Namun Amelia melirikkan matannya ke belakang. Tidak mahu melihat Ajkar. Lelaki tergila yang pernah dijumpai. Belum pernah dia melihat lelaki segila Ajkar.

"Amelia.".

Panggil Ajkar dengan suara perlahan. Ajkar rasa bersalah sedikit selepas keluarkan suara kuat tadi ke arah Amelia. Ini disebabkan emosinya tinggi. Dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya terhadap Amelia. Nasib saja dia berjaya tahan. Ikutkan hati Ajkar mahu saja mengangkat tangannya meluruh ke pipi Amelia. Kegigilan tangannya tadi. Ajkar hanya genggam tangannya dengan kuat. Menahan perasaan marah itu dengan pasrah.

"Ajkar kau tahu kan cinta tak boleh dipaksa?".

Jelas Amelia dengan membelakangngi Ajkar. Matanya hanya memandang setiap kereta yang sedang melintasi di jalan raya. Buat-buat rasa merajuk di hadapan Ajkar.

"Apa maksud awak?".

Ajkar tidak faham dengan penyampaian kata dari Amelia. Dia menyoal sekali lagi dengan lembut.

"Macam ni. Eryna dah cintakan awak. Awak kena terima semua hakikat sekarang ni! Apa kurangnya Eryna dengan saya? Eryna lagi cantik. Biarpun dia nampak sifat lelaki sikit tapi dia still wanita right?".

Kali ini Amelia cuba jelaskan perkara yang sebenarnya pada Ajkar. Tidak mahu perkara ini berlanjutan panjang. Ajkar harus sedar bahawa cintanya adalah Eryna dan bukannya Amelia.

Tertunduk kepala Ajkar selepas mendengar maksud yang mahu dikatakan oleh Amelia. Dia tidak percaya yang Amelia masih menolak perkahwinannya. Ajkar menahan marah.

"Kau dengar tak apa Pofob cakap tadi? Dia cakap kitorang semua yang ada kat sini adalah keluarga. Faham tak! Aku tak akan kahwin dengan orang yang aku dah anggap adik angkat aku tu. Kau jangan nak cuba-cuba tolak pelawaan aku ni. Kau paksa diri kau tu terima kenyataan. Yang kau tu bakal jadi isteri aku. Faham!".

Berang Ajkar. Maruahnya sedikit tercabar. Amelia seperti tidak kenal dengan prilakunya lagi. Dia tidak terima semua yang difikirkan dan dikatakan oleh Amelia. Amelia mesti menjadi isternya.

"Wow. Senang kau cakap macam tu. Kau ingat Eryna tu tak de perasaan ke? Kau ingat Eryna tu darah daging kau? Macam ni lah Ajkar. Habis cerita. Apa beza dia kalau kau dah kahwin dengan Eryna? Sama je kan? Korang tetap sebuah keluarga. Eryna akan menjadi isteri kau.".

Amelia tidak berhenti mencuba merayu untuk Ajkar kahwin dengan Eryna. Namun Ajkar semakin bertambah geram. Merah di mukanya sudah terlihat menambah. Ajkar menumbuk dinding yang berada di bilik Amelia. Melepaskan geram sepenuhnya.

"Kau tak faham apa aku cakap? Aku tak kira kau kena kahwin dengan aku. Kau jangan nak cuba-cuba nak kahwinkan aku dengan adik angkat aku sendiri. Sekali lagi aku dengar kau membebel macam ni, siap kau!".

Besar suara Ajkar. Dia tidak faham dengan percakapan dari Amelia itu. Yang memaksanya untuk berkahwin dengan Eryna. Walhal Eryna adalah sudah dianggapnya adik angkat.

Amelia menutup mulut. Kali ini dia tidak berani bicara kepada Ajkar lagi. Dinding yang ditumbuk Ajkar tadi sedikit pecah. Begitu kuat pukulan Ajkar. Membuatkan Amelia tidak berdaya mahu menegur Ajkar lagi.

"Esok aku akan jumpa keluarga kau. Aku nak bincang semua ni dengan family kau. Ayah aku dah setuju kahwinkan aku dengan kau. Jadi sekarang ni aku dah buat keputusan muktamad. Kau akan jadi isteri aku sampai bila-bila.".

Jelas Ajkar. Hatinya kembali tenang. Dia jelaskan kedatangannya untuk bertemu Amelia. Awalnya begitu gembira dia menuju ke tempat Amelia. Selepas mendengar perbalahan diantara Pofob dan Amelia tadi, hatinya kembali tidak tenang. Fikiran pula bertambah kusut. Tapi Ajkar belajar muhasabah diri. Dia faham apa yang berlaku dengan Amelia sekarang. Wanita yang menerima lelaki yang tidak dicintainya.

"Huh?".

Terbuka besar mata Amelia. Ajkar juga sedar mata Amelia itu. Amelia tidak percaya bahawa ayahnya akan menerima Ajkar menjadi isterinya.

"Dah kenapa dengan awak?".

Senyum sedikit Ajkar melihat gaya kebinggugan Amelia itu. Seolah-olah tidak percaya apa yang didengari dari mulutnya.

"Tapi......".

Ajkar keluar dari bilik Amelia. Tidak mahu lagi mendengar celoteh dan serba alasan dari mulut Amelia. Membingitkan telingannya saja. Ajkar cepat turun dari bilik Amelia. Pintunya juga ditutup. Dia tidak mahu lengahkan masa yang ada. Kali ini dia akan berbincang dengan Eryna tentang hal yang didengari dari mulut Amelia dan Pofob tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience