Kesejukan mencengkam setiap sisi tubuhnya. Kedua lengan diusap sesekali.
Suasana musim luruh di luar diperhati saja dari dalam melalui cermin slide yang memisahkannya daripada luar. Keindahan kelesuan pokok-pokok dan tumbuhan di luar melekakan perhatiannya.
Angin menerbangkan daun-daun dari pokok, pandangan sekeliling yang mulai bewarna jingga kemerahan amat menenangkan.
'Betul kata awak sayang, pemandangan di sini cantik sangat.. saya sukakannya.' gumam hatinya sendirian.
'Tapi saya lebih suka jika awak ada bersama saya..' termenungnya sendirian.
"Mummy, look at this. Isn't it beautiful for you?" Andy yang berbaring melukis tadi bangun sambil menunjukkan sehelai kertas pada Aleena. Teruja.
Wanita itu langsung tidak memberi respon mahupun berpaling padanya, termenung.
"Mummy?" panggil Andy lagi, musykil.
Derapan kaki daripada tingkat atas mengalihkan pandangannya. Kelihatan Zen berjalan ke arah mereka.
"Uncle Zen.. Mummy didn't-" Zen meletakkan jari telunjuk pada bibirnya sambil berdesis perlahan, menyuruhnya diam.
Terus si kecil menekup kedua tangan pada mulut sambil mengangguk. Polos.
Dia kembali berbaring dan sibuk dengan lukisannya.
Zen memerhatikan Aleena seketika sebelum melangkah ke bilik di bahagian bawah. Dibawa sehelai selimut bersama.
Aleena tersentak apabila seseorang menyelimutkannya daripada belakang. Kepala ditoleh.
"Zen?"
"Kenapa ni? Rasa kurang sihat?" soalnya lembut. Tepi kepala itu dikucupnya sekilas sebelum Kerusi di sebelah didudukinya.
Aleena hanya tersenyum seraya menggeleng menidakkan. Pandangan dibuang kembali ke luar, melihat pemandangan.
"We need to discuss something important.." percakapan Zen memecah kesunyian setelah beberapa saat berlalu, berjaya menangkap perhatian Aleena.
Wanita itu menoleh padanya, menantikan kata seterusnya.
"Signora sudah semakin sarat sekarang.. just counting days left to give a birth.. Jadi, saya sudah membuat keputusan." ujarnya sedikit gugup.
Dia tahu rancangannya ini gila dan akan memakan diri tetapi bila difikirkan kembali, ianya adalah yang terbaik untuk mereka semua.
Untuk Aleena, Andy dan tuan muda barunya.
Mungkin.
"Let's get married after Dom's mafqud ends." kata-kata Zen menyentakkan Aleena.
"Wh-what are you saying? Get married? Us?" soal Aleena tak percaya.
Zen dengan beraninya mengangguk dan berbalas pandangan. Dia sudah bertekad dengan keputusan berani matinya. Dia akan tanggung semua akibatnya.
"Yes.."
"Are you out of your mind? It's nonsense. We'll never get married Zen. Never." ujar Aleena dengan suara bergetar, pandangan dialihkan keluar.
"So then.. you tell me, until when you want to be like this? I tired seeing you depressed and lived just like a corpse. He is gone.. he is gone forever Aleena. Stop hoping for something that is impossible.." Tangan pucat itu digenggamnya sambil menarik dagu Aleena menatapnya.
Jelas mata bundar heterochromia itu berkaca memandangnya sayu.
"Aleena.. Dom asked me to take care and please you if he's gone, and that what I will do. You're my priority signora.. Think about your baby, Andy.. and yourself as well. We can-"
Zen cuba meyakinkan Aleena tetapi Kata-kata Zen mula dipintas.
"But you don't. You just think about us, then what about yourself, Zen? What about your own life? What about your wishes?.."
Aleena tahu lelaki di hadapannya ini terpaksa. Tersepit diantara amanah dan simpati. Dia tak akan benarkan Zen memusnahkan kehidupannya sendiri.
Menguburkan segalanya untuk diri sendiri.
"And what about Aisyah?" soalan-soalan Aleena mendiamkan Zen.
Halkum di leher jinjang itu jelas naik turun seketika sebelum Zen kembali menjawab.
"I don't care." ujarnya perlahan.
"But I care." Mata mereka bertautan seketika.
"I promise you, I will be fine. Don't have to worry about me.. I will accept it, I just need some time." tangan kasar itu ditepuk-tepuknya lembut sambil mengukirkan senyuman.
"Cukuplah apa yang awak dah buat sekarang Zen.. kita tak perlu berkahwin semata-mata untuk awak gembirakan saya. Saya tak mahu duakan Mika. Dan saya tak akan. Jadi.. kalau awak berkeras nak jadikan saya isteri awak, I'm sorry. You're wrong to think I will be happy to marry you, and so are you."
Ucap Aleena lembut. Rahang yang diketap kuat itu diusapnya pula, memujuk si lelaki setia.
"I will be happy if you are happy, Zen. Jadi, jangan paksa diri awak. Hmm?" wajah muram itu ditatapnya sayang.
Perlahan-lahan Zen mengangguk juga menerima kata-kata Aleena. Masakan dia mampu memaksa gadis kesayangan tuannya itu.
Aleena tak mahu Zen terlalu berkorban. Lelaki itu juga seperti suaminya, sudah cukup merana. Biarlah dia mencari kebahagiaannya sendiri.
Dia akan pastikan.
"Zenny, After I gave birth and finished abstinence, what do you say if we go to Malaysia?" Aleena cuba menggembirakan Zen.
Wajah muram tadi mula menatapnya bingung.
"For what purpose?" soal Zen pula.
"I miss my mum.. lama dah sejak kita pulang dari Malaysia kan? Boleh ya? Kita dah selamatkan sekarang?" dipujuk nya lelaki itu agar menyetujui permintaanya.
Lagipula dia mahu Zen bertemu Aisyah di sana. Biarlah lelaki itu punya masa pula untuk dirinya sendiri.
"Hmm.. boleh signora. I'll take you there after winter, okay?" lelaki itu mengangguk membenarkan dan senyuman Aleena makin melebar.
Dia perlu gembira dan teruskan hidup, daripada hanya meratapi saja pemergian Dom. Dia akan berubah, untuk semua orang dan juga dirinya sendiri.
"Are we really going for a vacation? Uwahhh! I can't wait for it." suara Andy menyampuk gembira mendengarkan perbualan mereka.
"Yes sweetie." rambut lebat itu diusap Zen manja.
~~~~~~~~~~~~~~
FLSHBCK,
Dr. Hemmens memeriksa tubuh yang kaku terbaring itu seorang diri. Catatannya dilihat sesekali dan kondisi tubuh itu dicatatkan padanya setelah memeriksa.
Sedang dia memeriksa carta ECG, tiba-tiba tangan di sebelah katil itu mula mencengkam lengannya kuat. Sekuat-kuatnya.
"Arghhh!! what are you doing? Let go of me! Shit!" erangnya kuat, kesakitan.
Tangan mekanikal yang memegang lengannya itu cuba dirungkaikan tetapi tidak sedikitpun berganjak.
Alarm kecemasan berdekatan katil lelaki itu ditekan button nya, mengharapkan bantuan.
Dr. Hemmens memandang ke arah Dom yang masih memejam matanya. Wajah yang terbaring itu mula berkerut-kerut bagaikan mengalami mimpi ngeri.
Dan pegangan pada lengannya semakin kuat, memampatkan isi-isinya, menyekat pengaliran darah. Sakit! Perit sekali!
"Anyone help me!" jeritnya meminta tolong.
Tanpa dia sedari, jeritannya mengundang kejutan pada Dom yang berada dalam keadaan separa sedar.
Yang ada di fikirannya, dia perlu membunuh semua orang-orang Martin. Ya! Dia perlu bunuh semuanya!
Terbuka luas mata itu, terjaga mendadak. Dia perlu akhiri semuanya. Alatan tajam di atas meja besi di sebelahnya dicapai sebelum menusuk kuat pada leher Dr. Hemmens tanpe berfikir panjang.
Dan tindakannya tidak berhenti di situ saja, dia kurang kawalan. Tubuh yang tak berupaya ditikamnya itu diserang bertubi-tubi.
Ditikamnya Dr. Hemmens berkali-kali tanpa kawalan. Para jururawat dan doktor yang tiba di hadapan pintu bilik pula tiada seorang pun yang berani masuk ke dalam.
Menghentikan perbuatan kejam lelaki itu.
Tubuh Dr. Hemmens yang terlorot jatuh ke bawah itu diikuti Dom. Dia cuba bangun tetapi ada sesuatu yang lain pada dirinya.
Dia menyedarinya tetapi tikaman masih berterusan pada tubuh yang sudah tidak bernyawa itu.
Dom terjatuh dari katil, bersebelahan mayat Dr. Hemmens yang dipenuhi darah merah, mewarnai kot dan rambut putihnya.
Lelaki itu tercungap-cungap sambil memejam celikkan matanya beberapa kali. Mayat lelaki tua yang sudah mati di sebelahnya itu dikerling sekilas, rupa-rupanya dia telah membunuh doktornya sendiri.
Dom cuba bertenang tetapi sesuatu menganggu dirinya.
'Kenapa dengan pandangan aku?' tangan naik memegang sebelah matanya yang bagai tiada fungsi.
Dia cuba memejam mata dan membukanya kembali. 'Apa yang berlaku?'
Sebelah tangannya menutup sebelah matanya dan sebelah lagi cuba melihat sekeliling, namun tiada apa yang kelihatan.
Dia berada dalam kegelapan.
"Dom! You're awake." suara Jacq yang berlari ke arahnya diabaikan.
Dia mahu memproses kondisi dirinya kini. Kedua mata kembali dibuka, dan sesuatu lagi menyapa pandangannya.
Pergelangan tangannya ke hujung jari bukan lagi badan asalnya. Prostetik tangan mekanikal itu cuba dia amati.
Digenggamkan tangannya dan sesekali jari digerak-gerakkan beberapa kali. Ya, dia masih ingat Martin telah menghancurkan sebelah tapak tangannya.
"Dom.. let me help you." Jacq cuba memapah Dom kembali ke atas katil apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah tangannya.
"Call Dr. Mack to come here immediately and move this corpse to the morgue." arahnya pada anak-anak buahnya yang turut ada bersama.
Mereka mengangguk menerima arahan dan mula menjalankan arahan.
Jacq membuang pandangan pada si tuan. Dia nampak baik-baik saja bagaikan tiada apa yang pernah berlaku pada lelaki itu, sedangkan ajal sangatlah hampir dengannya.
"Dom.. Do you feel unwell?" soalnya prihatin.
"Yeah.. Am just fine." perlahan saja suara Dom bertutur.
"Jacq, what happened to me?" Dom menatap kosong lelaki tinggi di sebelahnya itu.
"You faced some parmenant disability. Your left leg is paralyzed, you lose one hand and one eye is blind." ucap Jacq tenang.
Dom diam seketika sebelum mengangguk perlahan. Dr. Mack yang tiba terus meminta kebenaran Dom untuk diperiksa dan lelaki itu hanya membenarkan.
Jacq musykil dengan sikap Dom yang hanya mendiamkan diri dan termenung saja. Pasti ada perkara yang difikirkan lelaki itu.
Dom dibersihkan dan diberi jagaan rapi lagi dan ditukarkan ke bilik lain. Bilik yang berlaku pembunuhan tak terjangka itu akan dibersihkan kakitangan makmal yang sedia ada.
Bilik putih menghadap keindahan autumn di luar itu membuatkan Dom mengelamun ke luar jendela cermin.
'Carissima.. do you see it? Isn't it beautiful?' desis hatinya sayu.
Dom yakin dia kini berada di Jerman kerana makmal itu adalah milik keluarganya. Dia hampir saja dengan isteri dan anak-anaknya.
"Alhamdulillah.." ucapnya perlahan, seorang diri.
Bunyi penggera pintu tak dihiraukannya. Jacq dan beberapa anak buah setia Dom masuk ke dalam bilik itu, menjenguk si tuan.
"We're very please that you are awake and safe Dom." ujar Jacq memulakan katanya.
"Yeah.. I did not expect it either. I'm dying and just waiting for time to die. How lucky I am." ketawa halus Dom dengan kata-katanya sendiri.
Hanya beberapa ketika sebelum senyumannya hilang. Keadaan sunyi tanpa sebarang kata untuk beberapa saat.
"I can't go home with this condition, not in this condition." Suaranya memecah kesunyian.
Cermin yang berada betul-betul di dinding berhadapan katilnya dipandang.
"I will scare her with this appearance." sebelah tangan manusianya mengusap wajah sendiri di hadapan cermin.
Dia hodoh. Parut pada sebelah wajahnya amat besar dan sebelah matanya sudah tiada warna kerana pembuangan retina.
"Do you want me to find someone who can solve this matter?" Jacq menawarkan sopan.
"Yes, please." ucap Dom perlahan. Sayu.
Ada perkara yang dia gembira dan sedihkan. Martin sudah mati dan keluarganya akan selamat. Tetapi keadaan dirinya yang serba kekurangan ini pula menyusahkannya.
Dia tak mahu Aleena menangis dan sedih dengan ketidakmampuan dia. Dia juga tak mahu wanita itu takut akan dirinya kini.
"Tell me Jacq, is she doing fine? How's the baby? Andy and Zen?" soalnya lemah sambil membuang pandangan semula ke luar jendela bercermin.
"Signora angelo and others are fine. Zen take good care of them." beritahu Jacq pula.
Sedih melihat keadaan tuannya kini. Tidak pernah dia bayangkan Dom Mikhail, pembunuh periang dahulu yang berada di hadapannya kini. Lemah dalam dan luaran.
"Good."
"I hope you will not tell my family about this. I want to recover completely first. Then, you're are allowed to inform them." arah Dom dengan senyum nipis pada Jacq.
Lelaki itu merapati Dom dan tangan si tuan dikucupnya sekilas, menunduk kepalanya menerima arahan.
"It's my honour to tell your family Dom." tuturnya perlahan.
Tangan itu dilepaskannya sebelum kembali berdiri tegak seperti sediakala.
"Please bury Dr Hemmens well, I count on you." arah Dom pula. Tak berperasaan. Kosong.
Kepala ditundukkan lagi Jacq, menerima arahan sebelum berpaling pada anak-anak buahnya yang lain.
"Let's start the funeral now."
-srry fr the lte updt. nght rdrs-
Share this novel