Bab 7

Humor Series 9625

Harini aku kena balik lewat sebab nak siapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Mugam.Baik punya timing..esok nak kena hantar.Aku pun dah cuti 3 hari..jadi satu habuk pun tarak sentuh lagi maa..Jadi memang nak tak nak kena balik lambat lah harini.

Aku dan Natalein bekerja keras untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.Sebabnya kalau tengok langit kat luar tingkap..dah menunjukkan langit makin gelap.

"Ok..dah nak kat siap!Tinggal nak emailkan dekat cikgu je ni"ujar aku sambil menatap komputer riba jenama epal itu.

"Ok bagus.Jap cuba kau check balik semua tulisan or fakta ada yang tertinggal tak?"ujar Natalein.

Lalu kami membaca kesemua isi yang telah ditype.

"Dah tak ada mistakes..jom emailkan"
Peti email di buka.Lalu dengan selamat aku menghantar tugasan tersebut melalui email yang digunakan kepada Cikgu Mugam.

Macbook di shut down.Aku mengeliat.Huwahh penat betul.

"Jom kemas2 dan balik..karang duk lama2 kat sini ada pulak something yang muncul"ujar aku lalu memasukkan Macbook aku kedalam beg laptop.

Suis lampu dan kipas ditutup.Pintu juga ditutup rapat oleh Natalein.

"Yay!jom balik!"ujarnya seraya memeluk erat lengan aku.Kemudian kami berjalan perlahan kerana mengikuti kelajuan gerakan kaki aku ni lah.

Aku mengerling jam di tangan.
"Pukul 5 petang"
"Patutlah tak ramai dekat sekolah dah..ramai yang dah balik"ujar Natalein.
Aku mengangguk setuju.

Lalu kami meneruskan perjalanan yang sunyi itu.

"Ewah ewah..kita berjumpa lagi ya"ujar seseorang dari belakang.Pulak dah.

Kami berpaling kearah tersebut.Kelihatan seorang pemuda yang berpakaian agak selekeh berdiri tegak di belakang kami.

Aku mendengus.Budak ni lagi.Dasar pervert!
Natalein mengenggam kuat lengan aku.
Aku memandang kearah Natalein.Nampaknya dia benar2 takut sekarang ni.

Peristiwa beberapa bulan lepas diputar kembali.Aku teringat macam mana aku mengamuk dan belasah Hamid sampai aku kena gantung sekolah selama 1 minggu.Parah budak tu aku kerjakan.Sampai dia patah kaki kut.Aku mengamuk pun bukan apa..sebab aku nampak dia cuba nak try Natalein ni bersungguh2 sampai nak buat benda tak senonoh macam yang dia selalu buat kat budak perempuan lain yang jadi mangsa dia tu.Jadi kau boleh bayangkan tak macam mana amarah aku dekat dia?

"Apa kau nak ha?!"ujar aku sambil melangkah beberapa tapak ke hadapan.
Natalein sudah sorok di belakang aku.Tanganya erat memegang lengan aku tanda suruh kami berundur dan buat bodoh dengan makhluk di hadapan kami ni.

Hamid berjalan perlahan dan berdiri beberapa tapak di hadapan aku.Kemudian dia tersenyum kearah lain

"Kau rasa aku ni akan simpan malu ke kalau ada budak perempuan yang kalahkan aku?lagi2 yang sejenis tomboy macam kau ni"Pandanganya dialihkan kearah mata aku yang berada di hadapanya.

Aku ketawa.
Budak ni memang sengaja uji kesabaran aku.

"Aku bukan tomboy lah gilaaa!"satu tumbukan kuat di lepaskan tepat kearah perut Hamid.Sempat aku menolak Natalein ke sisi supaya dia tak terjebak dengan pergaduhan aku ni.

Hamid terdorong ke belakang.
Dia menekan perutnya.Hah tau pun sakit!

"Blah lah kau lembik!"ujar aku.
Hamid menunjukkan muka tidak berpuas hati.Kemudian dia segera membalas kembali dengan mengayunkan tumbukan nya ke arah aku pula..tetapi dengan tangkas aku dapat mengelak dan mengenggam kemas tanganya seraya memukul rahangya menggunakan genggaman jari aku dengan kuat.

Pap!
"Arrrgggg!"Jerit Hamid.
Dia memegang pipinya.Ada sedikit cecair berwarna merah keluar di tepi bibir.

Tulah kau,cabar aku lagi kan!

"Kau tak guna!"
Haih tak nak mengalah lagi ke ni..

Hamid cuba menangkap aku.
Aku cepat2 mengelak lalu mengenggam kemas tanganya dan mengunci tangan dia.

"Hah sekarang kau dah tak boleh nak gerak!"ujar aku tersenyum puas sambil melihatnya yang sudah tersandar di dinding.Dah tak boleh lari dah kau!

Hamid diam seketika.
Kemudian dia tersenyum kearah aku.

"Kau yakin ke?"soal nya.
"Aku rasa ada orang kena balas balik hutang dia kat aku"ujarnya sambil tersenyum jahat kearah aku.

Aku tak dapat menangkap maksudnya.
Dengan pantas Hamid menendang kuat kaki aku yang masih lagi belum benar2 pulih.Kali ni,aku tak sempat nak mengelak.

Aku mengerang kesakitan.Lalu aku terjatuh bersimpuh diatas lantai.

"Kau main kotor!"laung aku memegang kaki aku.
"Apa guna kalau tahu kelemahan musuh tapi tak dimanfaatkan"ujarnya sambil ketawa puas.

Natalein di sisi sudah tidak duduk diam.
Dia kelihatan begitu cemas dengan situasi tersebut.Jarang Hayla dapat ditewaskan begitu.

Aku menoleh kearah Natalein isyarat agar dia melarikan diri sebelum dia pula diapa2kan oleh makhluk biul ni.Natalein mengangguk lalu dengan berat hati dia meninggalkan tempat tersebut.

"Kau ni..kalau perempuan..buat cara perempuan dahlah.Tak payah nak berlagak jadi jantan"ujar Hamid yang kini sedang mencangkung di sisi aku.Sambil memerhatikan wajah aku.

Kemudian dia menyentuh lembut pipi aku.Aku menepisnya dengan kasar.

"Kau tak payah sentuh aku..aku jijik lah!"Satu tumbukan dihadiahkan buatnya tepat mengenai pipinya.

Hamid dengan tangkas mengelak tumbukan tersebut.
Aku ternganga.Alamak.Tangkas pulak dia ni.

"Nampaknya kau tak serik lagi ya"ujarnya memandang kearah aku tajam.

"Sebab kau yang mula dulu lah wei!"marah aku.
"Kalau di sebabkan kau tak ganggu aku dulu..memang aku takkan cari kau lah"balasnya pula.

Sesi tuduh menuduh pula sekarang ni ye.

Angin menderu kuat sehinggakan terselak seluar yang aku pakai.Menampakkan kulit kaki aku yang putih melepak.

Aku segera menutupnya dan berpaling kearah lain.Aku tahu jantan depan aku ni memang tengah betul2 ralit memerhatikan diri aku.

"Kau ni kan..boleh tahan juga ya"ujarnya tersenyum jahat.Otak kuning!Kau jangan fikir apa2 pasal aku.
Pap!
Aku memberikan penampar yang cukup kuat di pipinya sehingga kepala Hamid menoleh ke sisi.

"Kau jangan nak cakap apa2..telinga aku panas dengar ayat kau"marah aku sambil cuba untuk menggerakkan kaki mahu bangun.

Kepala hamid berpusing dengan perlahan kearah aku.Mukanya tampak bengis sekali.Gulp!

"Seumur hidup aku,tak pernah ada perempuan sejenis kau yang aku pernah jumpa"ujarnya keras sekali.Tiba2 jantung aku berdebar2.

"Dan aku rasa..aku lah orang paling berbangga kalau aku...."Belum sempat dia habiskan ayat nya dia terus berdiri dan menendang2 kedua2 kaki aku dengan kuat.

"Arrrggg!"jerit aku.Stop it!!
Badan aku menjadi semakin lemah.

Idlan!Tolong aku!Seseorang tolong aku.

Getah rambut aku ditarik kasar.Rambut aku jatuh mengurai.Sakitlah gila!

Dagu aku dipegang kasar menghadap muka Hamid yang bengis.

"Aku dah cakap..kalau perempuan jadi je perempuan! and 1 more..kau ni sebenarnya boleh tahan cantik..kalah Natalein..aku rasa aku bangga kalau aku..."ayat dia tergantung lagi.

Tangan aku dicengkam dengan erat olehnya.Badan aku lemah tak berdaya nak lawan.

Hamid mendekatkan mukanya ke telinga aku.Lalu dia membisikkan sesuatu
"dapat rasa kau..."lidahnya menjilat pipi aku.

Aku terkejut.
Mata aku dijegilkan.
Dengan kudrat yang ada aku cuba merentap kembali tangan aku.Tapi tenaga yang diperlukan amat besar.

Kemudian Hamid terus mengangkat aku masuk kedalam sebuah kelas.Aku meronta2 mahu melepaskan diri.Tapi hampa apabila tidak mempunyai tenaga yang banyak sekarang ini.

Dengan kaki yang sakit.Salah aku!Aku tak patutnya lawan dengan dia sekarang ni!Aku lupa kaki aku belum pulih sepenuhnya!Arrrggg

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience