'play behind the mask, A constant rain of pain'
TING
TING
Amira yang baru sahaja selesai membaca Al-Quran mengeluh perlahan apabila mendengar notification telefonnya yang berbunyi tidak henti-henti dari tadi. Tidak perlu beria-ria membuka telefonnya untuk melihat notification itu kerana dia sudah tahu siapakah gerangan tersebut.
"Haih! Pakcik buluh ni, tak ada kerja lain kah nak buat. Ni sembahyang ke tidak? Orang lepas solat, mengajilah kejap. Ni main fon. Orang tua zaman sekarang memang gelojoh" Amira mengomel perlahan setelah melirik matanya kearah jam yang tertera didinding bilik asrama mereka. Dia berjalan menghampiri meja belajarnya dan membelek telefon itu. Memang semenjak jejaka itu memberikan number telefon kepadanya mereka kerap kali berbalas mesej tetapi selalu sahaja Amira sengaja tidak membalas mesej dia. Rasa malas mahu melayan even dia kesenduan tiada pasangan. Bagi dia, buat apa nak chat lelaki kalau tak ada benda penting. Baik dia baca Al-Quran ker novel ker ker, dapat jugalah faedahnya. Alang-alang dapat tingkatkan angan-angan mak jenin
'oit'
'buat apa tu?'
'kalau you ignore mesej I, memang I sumpah you jadi badak sumbu'
Amira mengerutkan dahinya setelah membaca petikan terakhir.
"Apa kejadahnya kaitkan aku dengan badak sumbu? Dalam banyak-banyak badak sumbu juga kau petik orang tua. Lainlah harimau ker singa ker. Boleh aku baham kau sampai lunyai" eh. Eh.
'little pumpkin where are you?'
Dikala dia mahu membalas ada satu lagi mesej masuk dari telefonnya
"Sabarlah!" Dengan perasaan geram yang terbuku didada dia membalas mesej tersebut. Tetapi hatinya berdetak sedikit apabila melihat panggilan little pumpkin itu. Seolah-olah sama seperti seseorang yang dia kenal
'waalaikumussalam, kenapa encik? Kali ni nak cakap apa?'
'orang lepas solat maghrib baca Al-Quran, bukannya main fon'
Balas Amira dengan sinis, biar tersentap sikit orang tua buluh tu. Dahlah tinggi, selepas tu gatal pula tu macam keladi. Tak ada angin, tak ada ribut sesuka hati dia jer panggil 'little pumpkin ' lah 'sayanglah'. Dei! Ingat hati dia ni jenis ice-cream ker cair dengan panggilan-panggilan tu... Dia ni keras okay, macam konkrit. Psst! Cairlah sikit tapi biasalah ego kena tinggi. Jual mahal baru laku.
'I dah baca sayang, you jer tak nampak'
'tapi jangan risau, lepas kita kahwin you nampak segala kebaikan I'
Amboi! Riak nampak buluh ni
'apa-apa jer lah encik.'
'ada apa encik mesej saya?'
Sejurus Amira berkata sedemikian, Amirul terus menghantar satu gambar kepadanya.
'who's that boy?'
Amira mengerutkan dahinya melihat gambar tersebut.
'macam mana encik ada gambar ni?'
Soalannya dijawab dengan soalan membuatkan Amirul merengus geram tanpa sedar. Amira pula makin kuat memerahkan sel-sel otaknya untuk mencipta soalan-soalan yang perlu diajukan lagi kepada Amirul. Tanpa sempat dia menaip pada keyboard telefon pintarnya, ada satu panggilan masuk iaitu dari orang yang sama. Makin berkerut dahinya dan perlahan dia menggesek butang hijau itu. 'tak menyempat betul sampai call ni'
'Assalamualaikum encik' Amira memulakan perbicaraannya. Dia dapat mendengar suara Amirul seperti menahan sesuatu
'hmp! Siapa lelaki tu?' islam atas IC jer ker ni, salam pun tak jawab. Tak apalah, husnudzon. Mungkin jawab dalam hati
'kawan saya'
'siapa?' ditanyakan lagi gerangan tersebut
'kawan U lah, Ulwan'
'jangan rapat sangat dengan dia'
'kenapa?'
'denn du gehörst mir und ich teile das, was mir gehört, nicht mit anderen' (because you're mine and I'm not sharing what's mine with others)
'good night sugar'
Amirul terus menamatkan panggilan tersebut dan dibiarkan Amira yang tidak faham terpinga-pinga
"What?" Amira melihat telefonnya yang kembali gelap itu
"Mabuk kah apa pakcik ni?" Dia mengomel perlahan
"Amira, kau nak ikut kita orang pergi outing tak nanti?" Tanya Fatin kepada Amira. Tersentak Amira apabila mendengar suara sahabat karibnya itu
"Nak! Nak! Lama gila tak keluar, bosan duh terperap dalam kampus jer" mulut Amira memuncung setelah berkata sedemikian
"Esok kita keluar, kesian kawan aku ni" Fatin ketawa kecil sambil membelai rambut hitam Amira dengan lembut. Amira tersengih suka lalu menyembamkan mukanya diatas paha Fatin
"Yeay! Sayang kau orang" antara mereka bertiga memang Amira yang paling manja sekali. Maklumlah ada dua kawan protective, memang untung dia
"Dah, tidur awal. Esok boleh keluar awal" tegur Diana Yang baru sahaja siap mengemas tempat tidurnya.
"Baik Daddy!" Jawab Amira dengan kuat. Diana merengus kecil mendengar panggilan itu. Nasib sayang, kalau tak dah lama baling tilam tu duduk dekat luar bilik
Amira yang ketika itu sedang seronok menikmati angin laut terus sahaja membulat matanya apabila ternampak pakcik yang menjual aiskrim.
"Kalau makan aiskrim time-time genni best ni" Amira menelan air liur kasar apabila membayangkan rasa ice-cream itu cair ditekaknya. Dengan cuaca tak berapa panas, kena pula dengan angin laut. Pergh!
"Kau orang, aku nak beli ice-cream kejap. Kalau makan waktu-waktu macam ni, best ni. Kau orang nak tak?"
"Tak naklah" Fatin menggelengkan kepalanya
"Kau ni Cuaca hujan ker panas ker memang bedal jer aiskrim tu. Tak kira waktu." Kata Diana
"Kalau tak nak cakaplah tak nak. Huh!" Diana menjulingkan matanya mendengar kata-kata tersebut
"Pergilah, kita orang tunggu sini" kata Fatin
"Alright" Amira pun pergi kearah pakcik yang menjual aiskrim tersebut. Tetapi, tanpa sempat dia memesan aiskrim itu, pakcik itu sudahpun memberikan satu aiskrim berperisa coklat vanilla kepadanya
"Eh! Saya tak cakap pun lagi saya nak perisa apa pakcik"
"Ambillah nak" Amira menggaru tudung yang berlapitkan tudung itu sebelum menerima huluran tersebut. Mungkin pakcik ni menjual macam ni kut, guna instinct. Dia mengeluarkan wang didalam dompetnya untuk membayar aiskrim tersebut
"Ada orang belanja nak. Untung kamu"
"Huh?"
"Siapa dia pakcik?" Lelaki tua itu hanya memberikan senyuman manis kepadanya
"Jodoh kamu mungkin"
Ha, sudah! Mengarut dah.
"Hahahaha ada-ada ja pakcik ni. Terima kasih ya, tolong cakap terima kasih juga dekat 'mensedekah' ni. Saya pergi dulu. Assalamualaikum "
"Waalaikumussalam "
Sejurus Amira berlalu pergi menuju kedua rakannya, jejaka itu terus keluar dari tempat persembunyiannya yang tidak jauh dari situ
"Kenapa kau tak nak berdepan dengan dia Chairil?" Senyuman sinis terlakar dibibirnya. Tubuh badannya tersandar elok dibatang pokok itu manakala Tangan kanan pula masuk kedalam kocek seluar slack hitam. Dia tidak menjawab sebaliknya mengira sesuatu
"1"
"2"
"3"
"4"
"5"
Makin melebar senyumannya apabila melihat gerakan sang gadis itu yang menoleh kiri dan kanan bagaikan mencari seseorang. Tepat jangkaan kiraanya itu.
"Kejap lagi aku pergi"
SISI AMIRA
Amira yang ralit menikmati aiskrim itu terus memaparkan riak wajah yang pelik apabila dia mendapati satu perkataan ada ditisu yang membaluti aiskrimnya. Dia membuka tisu itu dan membacanya dengan perlahan
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing ( ayat 40: surah Yaasin ). Enjoy your day eaziziti ??????" ( sayang )
"Apakah?"
have a nice day
Share this novel