IRIS..."panggil Harith yang baru keluar dari sebalik dinding bangunan.Dah lama dia memerhatikan Iris yang sedang berdiri di sudut tepi bangunan pejabat.
Iris agak terkejut akan kehadiran Harith.Nasib ramai orang masih lalu lalang.Risau juga Iris akan kehadiran Harith disitu.Kebetulan Attar masih belum sampai.
"Awak buat apa dekat sini?"soal Iris pelik.
"Abang..abang rindukan Iris."Mata nya sayu memandang Iris.Makin cantik Iris.
"Awak..dah la.Antara kita dah tamat.Saya tak nak timbul sebarang masalah.Pergilah..sekejap lagi suami saya sampai."gusar juga Iris.Dipandang kanan dan kiri mencari kelibat Attar.
"Abang cuma nak berbual dengan Iris saja.Abang nak minta maaf atas kesilapan abang."
"Saya dah lupa kan.Tak guna ungkit lagi.Awak pun dah kahwin..dah bahagia.Saya pun dah ada kehidupan sendiri juga."tegas Iris.
"Tapi abang menyesal.Menyesal ceraikan Iris.Bagilah abang peluang untuk tebus balik.."rayu Harith.Dia dah sedar,antara dia dan Intan tak pernah sehaluan.Dia dah tak boleh nak kawal sikap Intan yang suka naik angin tak tentu pasal.
"Sudah lah awak.Menyesal macam mana pun dah tak ada guna.Awak dan Intan akan dapat anak tak lama lagi.Itu yang mama awak mahukan.Cucu yang sempurna dan sama taraf dengan keluarga awak."sindir Iris.
"Iris..tolonglah.Bagi abang peluang.Abang nak betulkan kesilapan abang.Abang boleh ceraikan Intan.Dan Iris boleh minta cerai dengan Attar."kata Harith dengan yakin.
Gila!itu yang terlintas di fikiran Iris.Iris hembus nafas berat sambil mengucap dalam hati.
"Awak sedar tak apa yang awak cakap!?Saya dah bahagia dengan suami saya.Awak ingat perkataan cerai tu boleh dibuat main.Semudah itu awak nak cerai lepas tu rujuk balik.Awak silap Harith!Mati hidup balik pun saya tak akan balik pada awak dan jejak kaki dekat rumah awak!"angin Iris dengan sikap Harith yang sesuka hati mengambil jalan mudah.
Dari jauh Attar sudah nampak Iris tengah bercakap dengan Harith.Muka Iris dah naik merah.Mungkin Harith ada menyatakan sesuatu yang menyebabkan muka Iris berubah.Air muka Iris pun nampak serius.Attar segera mendapatkan isterinya.
Dipeluk pinggang Iris.Harith tergamam melihat.Sakit matanya melihat adegan depan mata.Iris pernah menjadi miliknya.Kini dia hanya mampu pandang sahaja.
"Kenapa ni sayang?"sapa Attar bila melihat wajah tegang si isteri.
"Jom lah abang."Iris segera tarik tangan Attar yang masih tak mahu bergerak.
"Iris,abang masih harapkan Iris!"kata Harith tanpa selindung.Depan Attar dia berani berkata begitu.
Attar dan Iris sama-sama terkejut.Tak menyangka Harith masih menyimpan hati pada Iris setelah apa yang berlaku.Attar sedut nafas dalam sebelum memberi kata dua
"Sudah lah Harith.Jangan ganggu Iris lagi.Masing-masing dah ada kehidupan sendiri.Aku bersyukur sangat Iris kini jadi isteri aku.Aku tak akan siakan dia.."Attar peluk erat pinggang Iris sambil menggusap perlahan perut Iris.Mengingatkan Harith yang Iris kini miliknya.
Harith mendengus kecewa.Dia tiada hak lagi ke atas Iris.Dia nampak betapa bahagianya Iris dengan Attar.Iris sentiasa tersenyum pada Attar.Tak cukup intai dekat pejabat Iris,rumah Attar pun dia tahu di mana.Harith melirik pada tangan Attar di atas perut Iris.Bukan dia tak nampak perut Iris yang sedikit membukit.
Iris mengandung!
Kalau lah dulu dia tak buat perangai.Dah tentu anak yang Iris kandung tak gugur.Nak menyesal sekali pun dah tak ada guna.Iris kini sudah menjadi milik orang lain.
"Cukuplah Harith..Pergilah awak balik tengok Intan.Dia pun dah sarat sangat.Dia perlukan perhatian awak.Antara kita berdua dah lama tamat.Dan saya berterima kasih pada awak sebab lepaskan saya dulu dari awak buat saya terseksa."luah Iris.
Harith tunduk menyesali.
"Terima kasih juga pada awak,Harith.Sebab kau,aku bertemu kembali dengan Iris.Aku akan jaga Iris lebih dari nyawa aku.Dia sangat istimewa di mata aku.Lupakan hal lama..Kita bukan budak-budak lagi nak bergaduh.Masing-masing ada tanggungjawab tersendiri. Lebih elok kita persiapkan diri menyambut ahli baru dalam keluarga masing-masing..."Attar tepuk perlahan bahu Harith.Dia tahu Harith masih menyesal.
"Tapi aku menyesal.."ucap Harith sayu.
"Saya dah lama maafkan awak Harith..."kata Iris tenang.
Harith hanya mengangguk kecil.Kelihatan matanya berkaca.
"Intan perlukan awak.Jangan biarkan hati isteri awak terluka."bukan niat Iris untuk berkata begitu pada Harith tapi dia dapat rasakan rumahtangga Harith dan Intan 'bermasalah'.
Tengok dari air muka Harith pun Iris dah dapat agak.Dua tahun dia hidup sebumbung dengan Harith masakan dia tak tahu ekperesi wajah Harith macam mana.
"Setiap pasangan kita ada kebaikan dan keburukan termasuk diri kita sendiri.Sebab itu Allah jadikan kita hidup berpasang-pasangan dan saling melengkapi.Kadang tanpa kita sedar,kita yang salah tapi masih menyalahkan orang lain.Tak ada guna kita mengingati perkara yang lepas.Segalanya pasti ada hikmah tersembunyi.."ucap Iris panjang.Rasa tenang saja jiwa bila cakap begitu.
Harith meraup muka berkali.Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata buruh padahnya.Dia sendiri yang cari masalah duku, sekarang dia lah kena tanggung.Apa yang penting sekarang dia kena ubah sikap Intan.Sebagai suami sepatutnya dia yang perlu tegas dalam hal agama.Tapi sebaliknya,dia sendiri ikut terleka.Ya Allah,aku dah jauh dari landasanMu!Harith menyapu mukanya.Menginsafi kekilafahan diri sendiri...
Harith tekad mahu mengubah Intan!Dia tak mahu Intan terus hanyut dengan sikap kepala angin Intan.
Baru buka pintu,Intan dah baling dia dengan bantal.Terkejut Harith bukan kepalang.Intan bual hal lagi!
"You pergi mana!?you sengajakan nak sakitkan hati I!"marah Intan.
"Apa ni Intan!I baru sampai you dah mula nak mengamuk.Boleh tak kalau sehari you tak buat perangai."Harith nendecit.Baru bersemangat nak ubah sikap Intan tiba-tiba Intan mengamuk lagi!
"I bukan saja-saja nak mengamuk!I marah sebab you pergi jumpa janda you kan!"katanya dengan mata terbeliak.
Harith memicit kepalanya.Baru sahaja dia mahu berdamai dengan Intan,lain pula yang jadi.
"Baik you mengaku.Betul kan tadi you pergi jumpa janda you!?"soalnynya dalam nada geram.
"Ya..betul.Tapi..."belum sempat Harith nak terang,sekali lagi sebiji bantal mengenai tepat ke muka Harith.
"Apa you ni,Intan.Boleh tak you dengar apa yang I nak terang dulu."Nasib bantal kalau pasu bunga tadi tak ker pecah muka Harith.
"You nak terang apa lagi.You tu masih gilakan dia!You gila talak,Harith!"jeritnya geram dengan nafas turun naik tidak menentu.
"Siapa yang bagitahu you,I jumpa Iris?"
"You tak perlu tahu semua tu!Sekarang you cakap dengan I.You masih ada hati dengan janda you lagi kan?"
"Sudah lah Intan.I dah penat hari-hari gaduh dengan you.Memang I ada jumpa Iris tapi suami dia ada sekali.Memang I akui masih ada hati dekat dia.Tapi dia tak ada hati dekat I pun.Dia dah bahagia dengan suami dia."terang Harith dengan jujur.
Turun naik nafas Intan bersama muka yang menyinga.Marah geram cemburu semua ada.
"Habis tu I ni apa!?You bagi I mengandung sampai badan I nain macam ni.Lepas tu you cari orang lain pulak!I benci you!"jeritnya lantang.
"Intan boleh tak you jangan jerit.You kan tengah mengandung.I tahu I yang salah.I minta maaf.."Harith mengalah lagi demi anak dalam kandungan Intan.
"Lepas bersalin I tak nak jaga ni.Pandai-pandai you lah.I nak hidup bebas."
Belum sempat Intan nak duduk atas katil,perutnya tiba-tiba memulas.Berkerut mukanya menahan sakit.Mujur Harith sempat sambut.
"Intan..kenapa ni?"tanya Harith cemas melihat Intan memegang perut.
"Harith!sakit!arghhhh!"jeritnya sambil tercunggap-cunggap.
"Kita kena pergi hospital you dah nak bersalin ni!Mama!mama!"panggil Harith sambil memimpin Intan keluar dari bilik.
Tu la Intan asyik jerit saja,kan dah sakit mahu terberanak!
Share this novel