Bab 47

Romance Completed 78329

Memandangkan hari ni dia cuti, dia mengambil keputusan untuk menjenguk Puan Aminah seperti yang disuruh oleh kakak kembarnya. Apa salahnya kan? Lagipun aku rasa dah lama aku tak jumpa dengan ibu lepas aku start praktikal. Jadi, bila dah ada masa ni lebih baik aku jenguk ibu.

Pintu rumah Puan Aminah diketuk. Pintu rumah dibuka dari dalam. Vitalika menghadiahkan senyuman kepada Puan Aminah.

“Vitalika?” Puan Aminah sekadar agak-agak. Nak bezakan Vitalika dengan Gia pun dia tak boleh nak bezakan sebab dua-duanya memang serupa seratus persen.

“Ye…pandai ibu teka!” Vitalika memeluk tubuh Puan Aminah. “Ibu macam mana? Sihat?”

“Alhamdulillah…sihat je. Ni Vi datang ni tak sibuk ke?”

“Tak…hari ni cuti jadi Vi datang jenguk ibu.”

“Gia?”

“Kak Gia? Ibu tak tahu ke kak Gia dah balik Filipina?” Puan Aminah menggeleng. “Ohhh…mungkin kak Gia kalut kot masa tu? Kak Gia balik Filipina sebab ada kerja dekat sana. Dalam seminggu lebih lagi dia baliklah KL.”

“Ohhh…ibu ingatkan dia merajuk dengan ibu dan Luqman. Yelah, Luqman kan mulut dia jahat sikit. Lepas Gia dengan Luqman bergaduh besar, Gia jarang datang sini lagi.”

Vitalika mengangguk kecil. Dia tahu kejadian tu.
Sejujurnya memang kak Gia terasa hati dengan Luqman tapi itu bukan alasan dia tak datang jenguk ibu. Alasan dia dah jarang jenguk ibu lepas tu pun sebab nak redakan kemarahan Luqman. Dia tak nak masalah antara dia dengan Luqman makin bertambah besar.

“Tak adalah. Kak Gia ok je. Kak Gia cakap dia rindukan ibu, rindu nak borak dan masak dengan ibu.”

“Ibu pun rindu nak berborak dengan dia. Ibu dah anggap kamu berdua ni macam anak ibu sendiri dah. Sekurang-kurangnya rindu ibu pada Dariya terubat sikit bila ada kamu berdua berborak dengan ibu.”

“Tak apa…ibu jangan risau. Sepanjang kak Gia kerja luar dari Malaysia, Vi akan temankan ibu ok?”

“Terima kasih Vi. Sekarang ni pun Luq tak datang rumah ibu lagi. Tak tahulah kenapa. Bila ibu call, tak berangkat.”
Vitalika sedikit cuak di situ tapi riak mukanya dicover sehabis mungkin. Jangan Vi! Jangan bocor rahsia! Ingat!

“Dia ada kerjalah kot ibu. Nanti dia datang jenguk ibulah tu.”

Puan Aminah pun turut berharap macam tu. Tapi, sejak dua menjak ni hatinya tak tenteram memikirkan pasal Luqman. Tak tahulah kenapa. Apa-apa pun dia tetap doakan Luqman selalu dalam lindungan Allah selalu.

GIA kembali ke hospital bersama bekal bubur yang dimasaknya. Harap-harap oklah bubur ni sebab aku masak bubur style Filipina. Tapi aku rasa tadi dah ok. Tak tahulah dengan tekak Luqman rasa macam mana kan? Jangan risau! Bubur ni aku masak guna bahan yang ada je dan aku jamin Luqman boleh makan.

Bahan untuk bubur ni pun aku pakai nasi, cendawan, bawang putih, bawang bombai, lada putih, lada hitam dengan daun bawang je. Cuma, sos ikan je aku tak letak sebab tak halal.

Jam sekarang menunjukkan pukul 9.45 minit pagi. Cepat jugak aku buat kerja. Lagipun aku dah bagitahu dekat Maya aku datang lambat sikit ke photoshoot sebab nak uruskan Luqman dekat hospital. Nasib baiklah organizer bagi kebenaran untuk aku datang lambat. Kalau tak, kelam-kabut jugak aku!

Gia melangkah masuk ke dalam wad. Dia memerhatikan Luqman yang asyik merenung telefonnya. Entah apa yang dia renungkan tu sampaikan aku masuk dalam wad dia pun dia tak perasan. Dia menjenguk sedikit ke arah skrin telefon Luqman. Gambar Dariya. Dapat dia lihat dengan jelas mata Luqman yang kian memerah menahan tangisannya.

Gia cuba mengukirkan senyuman namun payah. Perasaan lama kembali menghurung di dalam dirinya. Walaupun Dariya dah lama tak ada tapi Luqman masih lagi tak dapat lupakan dia. Ingat Gia! Luqman memang cinta mati dekat tunang dia tapi kebahagiaan dia tu dah diragut oleh kau! Kalau tak sebabkan kau cuai malam tu Gia, mesti diorang dah happy sekarang ni.

Tak! Bukan salah aku! Tu semua salah Danial! Dia punca aku jadi macam ni! Ya! Salah Danial!

“Luq…” panggilnya perlahan.

Luqman tersedar lalu memandang Gia di sebelahnya. Telefonnya ditutup dan diletakkan ke tepi.

“Ada apa?!” Tanya Luqman dengan nada kasar.

“Emmm…saya bawakkan awak bubur. Awak makanlah ye?”

“Kau tak payah care sangatlah pasal aku!”

“Nak tak nak awak kena makan jugak. Kalau awak tak makan, macam mana nak cepat sembuh?”

“Yang sibuk sangat ni kenapa?! Aku mati ke hidup ke tak ada kena mengena dengan kau pun!” Bahu Gia sedikit terangkat bila kena tengking dengan Luqman. Ini bukan kali pertama dia kena tengking dengan Luqman jadi dia dah lali kena macam ni.

“Saya pergi dulu…” Gia mengorak langkah keluar dari wad.

“Kau jangan pernah datang sini lagi!” Amaran dari Luqman dia hanya buat bodoh. Habis je photoshoot nanti, aku akan datang lagi. Biarlah dia nak marah ke nak tengking aku ke janji bila aku nampak dia depan mata aku, aku tahu dia selamat walaupun aku dah upah bodyguard.

SAMPAI saja di studio photoshoot, Gia segera menukar pakaiannya. Siap menyalin pakaiannya, Gia terus ke tempat photoshoot memandangkan sekarang gilirannya untuk ambil gambar. Selepas beberapa keping gambar diambil dan mereka berpuas hati dengan gambar-gambar tersebut, Gia disuruh ke bilik persalinan untuk menukar pakaian yang seterusnya.

Selesai sesi photoshoot, Gia bergegas minta diri untuk pulang ke hospital. Maya membuntuti langkah Gia dari belakang. Penat dia dibuatnya kejar langkah Gia dari belakang. Dahlah Gia jalan laju! Semput dia dibuatnya.

“Maya, aku ke hospital nak tengok Luqman. Kalau ada apa-apa, call aku.”

“Ok.”

Gia menghidupkan enjin keretanya lalu memandu pergi dari situ menuju ke hospital kembali. Ulang-alik macam ni memang penat tapi dia tak kisah langsung. Anggap jelah apa yang dia buat sekarang ni untuk tebus kesalahannya atas apa yang dah berlaku dekat Dariya dulu. Aku tak nak ibu sedih kalau dia kehilangan Luqman. Jadi, aku akan buat apa saja untuk protect Luqman.

Pintu wad Luqman ditolak dari luar. Luqman berdiri di hadapan tingkap. Menikmati pemandangan jalan raya city of Manila yang sedikit sesak waktu ni. Dia menoleh ke belakang bila derap kasut tumit tinggi berhenti di belakangnya. Tak perlu agak pun dah tahu siapa yang tengah berdiri di belakangnya. Dia memandang wajah Gia yang agak sedikit letih. Ah! Dia letih ke tak ada aku kisah?

“Kau buat apa dekat sini? Kan aku dah cakap jangan datang sini lagi!” Apahallah minah ni degil sangat?

“Rasanya tak salah kot kalau saya datang jenguk awak. Ni, dah makan ke belum?”

“Sibuk!”

“Luq…saya tanya elok-elok ni. Tak boleh ke awak balas saya elok-elok jugak?”

“Kenapa? Panas hati?”

Haih…penat nak bertekak dengan dia ni. “Ikut suka awaklah Luq.” Gia menuju ke arah kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ. Sakit tumitnya hampir seharian asyik beralaskan kasut tumit je. Tumit ni pun dah rasa berdenyut.

Matanya terpandangkan ke arah bungkusan makanan yang masih lagi belum terusik. Dia mencapai bekas makanan tersebut lalu tudung bekas dibuka. Aroma bubur menusuk ke dalam hidungnya. Haih! Sedaplah pulak bau bubur ni. Aku pun tak makan lagi dari pagi tadi. Dah alang-alang Luqman tak nak makan, baik aku habiskan je bubur ni! Tak adalah membazir!

Krukkk…perut Luqman berbunyi dan dapat didengar oleh Gia. Luqman menekan perutnya. Kau ni perut! Suka buat malu aku je! Aku tahulah bau bubur dia tu sedap tapi tak payahlah nak buat bunyi yang kau ni tengah lapar! Dia menjeling ke arah Gia yang memandangnya dengan senyuman lain macam. Tu mesti tengah mengejek aku jual mahal tak nak makan.

“Awak yakin tak nak makan bubur ni?” Luqman diam. Tak nak jawab! Still nak jual mahal!

“Ok…” Gia mencedok bubur lalu disuap ke dalam mulutnya. Nikmat bila dapat makan!

Krukkk…sekali lagi perut Luqman berbunyi. Diamlah kau perut! Jangan malukan aku boleh tak?!

Bibirnya tersenyum senget. Dah lapar tu cakap jelah lapar. Jual mahal pulak! Gia bangun menghampiri Luqman lalu bubur diserahkan pada Luqman.

“Nah…ambik makan. Saya tahu awak lapar. Jangan tahan lapar tu. Tak pasal-pasal gastrik pulak nanti.”
Luqman masih lagi buat bodoh. Ego!

Tanpa banyak bunyi, dia menarik tangan Luqman lalu bekas bubur diletakkan di atas tangan dia. “Makan. Awak jangan risau saya masak sedap.”

“Perasan!”

“Why not kan?”

Luqman menghampiri katil dan punggungnya dilabuhkan ke atas katil. Teragak-agak dia nak suap bubur ke dalam mulutnya. Tapi lepas diyakinkan Gia, dia menyuap juga bubur ke dalam mulutnya.

Ok. First impression aku dekat bubur ni memang sedap. Dua kali suap memang bertambah sedaplah jawapannya! Tapi, dia cuba kawal riak wajahnya. Tak naklah tunjuk yang aku ni suka dengan bubur dia.

“Sedap?”

“Not bad.”

Kereklah awak ni Luqman! Dah sedap tu cakap jelah sedap! Gumam Gia di dalam hati. Tapi apa pun dia senang hati bila akhirnya Luqman nak jugak makan bubur yang dimasaknya. Tak adalah dia susah hati sangat kalau nanti Luqman jatuh sakit ke apa sebab tak makan.

Hello guys...sorry sbb about 5 days xupdate. Skrg ni dh makin busy mmndgkn dh msuk bljr dan dlm final year mood. Langsung tak sedar yg chapter dh xupdate 5hri. So hari ni saya update 5 chapter trus. Happy reading guys and please do comment ok klau ada dkt mana2 yg salah.

:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience