BAB 12

Other Completed 4897

"Mama!! Papa!!"dia hanya mampu menjerit. Manalah semua orang di dalam
bilik ini. Dia sedar sebenarnya dia hanya menanti akan kepulangan Amylia
sahaja kedalam bilik itu. Dia terus meronta-ronta. Anak tekaknya
dirasakan seperti mahu keluar. Angin yang masuk di celah-celah tingkat
menyapa tubuhnya yang dingin. Bakul sampah habis jatuh tergolek kerana
tiupan angin yang melampau. Irdina sudah tidak tahan lagi. Dia hanya
mampu menangis dan terus menangis. Talifon bimbit yang dipegangnya
tiba-tiba mati kerana kehabisan bateri. Tempat mengecasnya pula jauh
disudut tepi meja belajarnya. Dia seakan kaku. Di dalam hati, dia hanya
mampu berdoa agar sesiapa yang lalu mohon menjenguk keadaannya di dalam
bilik ini. Setengah jam menunggu dalam ketakutan, dia masih sediri. Jam
sudah berganjak ke angka 6.45 minit petang. Masih hampa. Tiada sesiapa
yang mengaut pintu kamarnya. Sesekali dia tertanya-tanya kemana Amylia
pergi? Masakan dia juga pulang setiap minggu? Bukankah gadis itu tidak
gemar pulang ke rumah? Matanya dipejam rapat. Tidak sanggup menerima
tempias kilat yang kuat menyabung diatas langit. Sesekali menangkap satu
cahaya pada pandangan matanya. Dia menggigil ketakutan.

"ARGHHHHHHHHHH!!!!"jeritannya meleret. Amylia yang sudah hampir sampai
ke pintu bilik mempercepatkan langkahnya. Suara siapa pula yang menjerit
tu? Bunyinya seperti datang dari arah kamar yang diduduki. Amylia mula
tidak sedap hati. Dia cepat-cepat menanggalkan kasut lalu membuka pintu.
Alangkah terkejutnya dia pabila melihat keadaan kamarnya yang gelap
dengan keadaan Irdina yang sedang menjerit ketakutan. Buku-buku yang
dipegang serta-merta dijatuhkan ke lantai. Amylia dengan pantas
mendapatkan Irdina yang masih menggigil ketakutan. Dalam hatinya turut
tertanya-tanya, bagaimana dia boleh seorang diri berada di dalam kamar
ini. Mana kawan-kawannya yang lain? Dia cuba menenangkan Irdina yang
masih kuat menjerit meronta-ronta.

"Dina! Bertenang. Ini Lia ni. Bangun! Bukak mata!"pinta Amylia dengan
tenang sekali. Secara tiba-tiba tangan Irdina pantas memeluk pinggang
Amylia dengan erat. Dia masih teresak-esak menahan tangis yang sudah
lama membanjiri kelopak mata. Suara Amylia hanya kedengaran sayup-sayup
di cuping telinga. Amylia terkesima. Dia terpana seketika. Dia dapat
merasakan kehangatan yang yang sedang bergabung kuasa dengan dirinya.
Ada satu perasaan yang timbul dalam diri. Hanya dalam Sekelip mata.
Sepasang matanya sekadar melihat Irdina yang masih menggigil ketakutan
memeluk dirinya.

"Dina...Jangan menangis lagi. Ni Lia lah. Kenapa ni?"Amylia tetap merasa
aneh biarpun dia seperti dapat mengagak keadaan sebenar yang menimpa
Irdina.

"Aku tt.ttakut... Lia. Jangan tinggal aku sorang-sorang lagi...,"nadanya
mendayu. Badannya masih menggigil ketakutan. Terserlah wajah cuaknya
saat itu.

"Aku tak pernah tinggal kau, Dina. Sekali pun tak pernah,"jujur Amylia.
Dia akui mungkin perkenalan mereka bukanlah dengan cara yang baik,,
tetapi hal itu sama sekali tidak membuatkan Amylia begitu membencinya
seratus peratus. Malahan dia sendiri merasa tidak patut menilai manusia
sebegitu rupa. Jika namanya manusia itu memanglah tidak pernah terlepas
melakukan kesalahan.

"Habis kau pergi mana?"soalnya dengan nada halus dan manja yang masih
teresak-esak menahan tangis. Amylia merenungnya dengan pandangan penuh
makna. Begitu juga Irdina. Kini mereka sama-sama memandang antara satu
sama lain. Serta merta perasaan Amylia bertukar menjadi hiba begitu juga
Irdina. Pertama kali Irdina merasa sangat ikhlas dipeluk sebegitu oleh
seorang yang namanya kawan atau sahabat. Hatinya meronta menyesal kerana
banyak berburuk sangka mengenai gadis yang sedang dirangkul erat
tubuhnya kini. Begitu juga Amylia. Hatinya tiba-tiba rasa sayu memandang
Irdina. Bagaikan ada sesuatu yang kurang dalam diri Irdina menyebabkan
dia jadi begini. Mungkin pada dasarnya ibu dan bapanya kelihatan sangat
menyanyangi Irdina, tetapi dengan kasih sayang sahaja tidak cukup untuk
mengajar seseorang anak itu tentang erti kehidupan sebenar. Mungkin
limpahan kasih sayang itu banyak dilimpahkan dari sudut wang dan harta.
Irdina juga akui, di rumah dia banyak menghabiskan masa bersama
kawan-kawannya kerana mama dan papanya sibuk bekerja. Tetapi dalam
banyak-banyak kawan, pertama kali dia merasa benar-benar dianggap
sebagai kawan oleh Amylia.

"Dina... Aku tak pernah tinggalkan kau. Kau yang selalu balik tinggalkan
aku sorang-sorang. Aku mintak maaf sebab harini aku banyak kerja dekat
bilik MPP,"terang Amylia panjang lebar. Jauh disudut hatinya ingin saja
dia memeluk erat gadis itu. Entah mengapa hatinya tiba-tiba merasa
sangat menyesal kerana salah beranggapan dengan orang lain. Dia tidak
sepatutnya membuat kesimpualan kasar terhadap diri seseorang. Hatinya
sayu memandang Irdina. Perasaan bersalah semakin membuak-buak serta
menebal di pelusuk hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience