Bab 21

Short Story Series 55082

Keberadaan Rina di dalam rumah itu seakan bayang-bayang. Seperti penghuni rumah yang tidak kelihatan disebabkan kahadirannya itu disembunyikan oleh Tan Sri Mansur daripada keluarga besar bapa mertuanya itu. Menurut Tan Sri Mansur hari itu sepatutnya adalah hari kebahagiaan buat mereka sekeluarga kerana adik iparnya bakal melangsungkan perkahwinan tetapi sebaliknya bertukar menjadi tragedi apabila bakal pengantin perempuan kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawanya.

Rina tidak terasa dengan tindakan Tan Sri Mansur yang menyembunyikan dirinya daripada ahli keluarga yang lain sebaliknya dia berasa lega kerana biarlah buat masa sekarang tiada sesiapa yang mengenalinya. Dia tidak mahu menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh ahli keluarga Tan Sri Mansur yang lain jika mereka mengetahui identitinya. Mereka juga tidak berada lama disitu, besok pagi semua ahli keluarga Tan Sri Mansur akan pulang ke rumah mereka masing-masing.

Rina mengesot sedikit untuk duduk di kerusi rodanya. Sedaya upaya dia mencubanya sendiri kerana tidak mahu membangunkan Mak Sofi yang tidur di atas sofa dihadapan katilnya.
Perlahan-lahan dia menyelesakan dirinya duduk di kerusi roda itu sebelum tangannya menekan alat kawalan kerusi roda automatik itu tanpa perlu menolak roda menggunakan tangan.
Rina melihat Qalifh yang lena tidur di sebalik tiang-tiang katil anak kecil itu sebelum mebawa dirinya ke hadapan pintu gelongsor yang menuju ke beranda biliknya. Rina menarik langsir tinggi yang bewarna putih itu kerana mahu melihat bulan yang sudah lama tidak dilihat. Bulan sedang mengambang penuh menunjukkan dirinya yang bercahaya. Rina menangangkat tangan kanannya seakan-akan dapat memegang bintang itu.

Zaman remajanya sudah lama berlalu selepas dia mengandungkan Qalifh. Rina jadi teringat kepada Aqilah sahabat baiknya itu. Pasti gadis itu sudah bergelar graduan universiti dan sudah mendapat pekerjaan yang baik sekarang ini memandangkan sudah setahun berlalu. Rina mahu menghubungi Aqilah tetapi ditahan dirinya daripada melakukan itu kerana dia sudah tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu lagi. Sudah terlalu banyak gadis itu lalui disebabkan oleh dirinya. Dia mahu gadis itu bebas daripada masalah hidupnya. Biarlah waktu yang menentukan, jika jodoh persahabatan mereka panjang pasti Allah akan mempertemukan mereka sekali lagi.
Aqil?

Tiba-tiba nama itu muncul dalam fikirannya. Menurut Syuhada, Aqil akan berkahwin dengan seorang gadis pilihan keluarganya. Pasti lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama isterinya tidak seperti dirinya yang tidak pasti apakah statusnya ketika itu. Jika dia seorang isteri dimana suaminya dan jika dia seorang janda apa pula buktinya? Dia tahu jika seorang wanita ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita selama tiga bulan maka wanita itu berhak menuntut fasakh tetapi adakah dia termasuk dalam golongan wanita itu kerana dia di dalam keadaan hamil ketika dia ditinggalkan oleh Haikal. Adakah dia harus menggugat cerai sekarang?

Akhirnya Rina mengambil keputusan untuk menuntut fasakh selepas dia sembuh sepenuhnya. Menurut Ain dia boleh berjalan sekali lagi jika dia rajin membuat terapi. Dia sudah mempersiapkan mentalnya untuk bergelar 'janda' di usia yang sangat muda kerana selama ini juga dia hidup seperti itu. Sampai bila dia mahu hidup seperti ini menanti sesuatu yang tidak pasti. Dia sangat yakin, ketika ini Haikal tidak langsung memikirkan tanggungjawab lelaki itu terhadapnya kerana lelaki itu sangat membencinya. Jika lelaki itu lelaki yang bertanggungjawab pasti sudah lama Haikal mencarinya. Dia harus bebas daripada gantung tak betali ini. Dia berhak menentukan kebahagiaan hidupnya dan Qalifh.

“Ya Latif, lembutkan hatiku untuk memaafakan suamiku diatas perbuatannya terhadapku. Aku ikhlas diatas segala ujian yang KAU berikan kepadaku.” Rina berbisik sendiri sambil memejamkan matanya.

Aqil balik lewat malam ke rumah Tan Sri Mansur sebaik saja semua urusan bersama keluarga arwah tunangnya selesai. Rumah itu sunyi sepi menandakan semua orang sudah dibuai mimpi. Aqil memanjat anak tangga dengan lemah. Hatinya masih bersedih di atas kehilangan Shofwah wanita yang cuba dicintainya itu. Aqil memandang pintu bilik Rina yang tertutup rapat. Kakinya melangkah betul-betul di hadapan pintu itu dan tanggannya sudah memegang tombol pintu tetapi dia tidak menolaknya.

Aqil menundukkan kepalanya dan menangis lagi sebelum duduk bersandar di hadapan pintu bilik itu. Wanita yang sangat dicintainya itu sedang terbaring kaku di dalam bilik seperti orang yang tak bernyawa sedangkan wanita yang yang mencintainya dengan setulus hati pula pergi dijemput Ilahi. Dia tahu hatinya mula belajar jatuh cinta dengan kelembutan hati Shofwah yang sedikit sebanyak mengusik nalurinya sebagai seorang lelaki tapi nampaknya Allah lebih mencintai Shofwah dan mahu gadis itu berada disisi-Nya bersama orang-orang beriman.

“Arrahman, aallamal quran…”

Aqil terkejut apabila terdengar sayup-sayup alunan surah Ar-Rahman dibaca oleh seorang wanita. Jika suasana ketika itu sedang bising pasti tiada sesiapa yang mampu mendengarnya tetapi disebabkan ketika itu sedang sunyi sepi suara itu masih boleh kedengaran walaupun perlahan. Aqil diam mengamati suara itu baik-baik. Dia seakan kenal dengan suara lunak itu. Suara yang amat dirinduinya yang pernah didengarnya satu ketika dahulu di universiti. Bacaan merdu ayat-ayat Allah yang menjadi kegemarannya.

Aqil segera bangun dan mengusap wajahnya berkali-kali untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi. Suara itu daripada dalam bilik Rina.
Dia tidak bermimpi!

Suara itu milik...

Rina Althafunisa!

Aqil memegang tombol pintu bilik itu lagi dan cuba menolaknya tetapi dimatikan niatnya apabila tiada lagi kedengaran suara yang didengarinya tadi. Adakah dia bermimpi? Bagaimana mungkin Rina Althafunisa boleh melantunkan ayat suci al-Quran sedangkan wanita itu masih di dalam keadaan koma dan tidak mungkin juga gadis itu akan terjaga daripada koma kerana jika benar pasti Mak Sofi yang berada di dalam bilik itu akan berteriak memanggil Tan Sri Mansur.

Aqil menggelengkan kepala. Seberapa rindu dia terhadap wanita itu dia juga tidak pasti. Boleh gila dibuatnya jika dia terus terusan mengharap kepada wanita yang sudah menjadi milik orang lain. Aqil melepaskan keluhan yang berat dan membawa diri masuk ke dalam biliknya untuk berehat kerana badannya sudah terlalu letih dengan apa yang terjadi.

Rina menghentikan bacaannya apabila dia merasakan ada seseorang disebalik luar pintunya. Rina memandang tombol pintu itu yang bergerak tetapi tidak ditolak daripada luar kerana pintu itu sudah dikunci sejak daripada tadi. Adakah saudara mara Tan Sri Mansur yang berada di luar biliknya kerana mendengar bacaan al-Quran yang dibacanya? Tapi menurut Tan Sri Mansur dia sudahpun melarang mereka naik ke tingkat dua dan mereka patuh dengan arahan itu. Di tingkat dua itu ada empat bilik semuanya. Bilik Tan Sri Mansur, bilik adik iparnya, biliknya dan bilik suaminya yang kosong kerana suaminya tinggal di luar negara. Adakah adik iparnya yang berada di luar pintu itu?

Rina mengesotkan badannya untuk duduk di kerusi roda semula. Dia membawa kerusi roda itu ke arah pintu sebelum ditarik pintu biliknya itu untuk melihat orang yang berada di depan pintu biliknya.

Tiada sesiapa di situ. Adakah itu cuma perasaannya sahaja sedangkan tiada sesiapa di depan pintu biliknya ketika ini? Rina melihat pintu bilik adik iparnya yang tertutup rapat sejak daripada tadi. Rina menutup semula pintu biliknya dan menguncinya daripada dalam apabila dia yakin tiada sesiapa yang berdiri di luar biliknya. Rina harus lebih berhati-hati sehingga saudara mara Tan Sri Mansur pulang ke rumah masing-masing pada besok pagi.

Keesokan paginya, Tan Sri Mansur dan Aqil menghantar kepulangan sudara mara mereka sehingga di hadapan pagar rumah dan melihat satu persatu kereta bergerak keluar daripada kawasan rumah Tan Sri Mansur. Mereka sempat mengucapkan salam takziah kepada Tan Sri Mansur dan Aqil sekali lagi sebelum pergi.
"Kamu tetap dengan keputusan kamu untuk tinggal di rumah Dato' Bahrin selama seminggu dan berangkat menunaikan umrah bersama mereka?" Tan Sri Mansur bertanya kepada Aqil sebaik saja kereta-kereta milik saudara maranya hilang dari pandangan.

"Ya, papa. Aqil akan duduk di sana selama seminggu dan berangkat menunaikan umrah seperti yang kami rancangkan." Aqil menjawab dengan senyuman yang dipaksakan. Mengikut rancangannya dan Shofwah sebelum mereka menikah, Aqil akan tinggal di rumah Shofwah selama seminggu dan mereka akan berangkat menunaikan umrah bersama keluarga Shofwah sebelum balik ke Malaysia semula dan tinggal bersama Tan Sri Mansur.

"Kamu sudah besar dan mampu membuat keputusan sendiri. Papa tidak boleh melarang kamu kalau kamu anggap itu yang terbaik papa akan izinkan kamu pergi." Tan Sri Mansur memeluk Aqil dengan erat sebelum menghantar anaknya itu ke kereta yang sudah dipanaskan enjinya sebentar tadi.

"Aqil pergi hanya sementara untuk menenangkan hati. Papa hati-hati bila Aqil tidak ada. Jika ada apa-apa berlaku segera telefon Aqil." Aqil memandang Tan Sri Mansur meminta bapanya itu menjaga diri sepanjang ketiadaannya di rumah.

"Papa tahulah jaga diri papa ni. Kamu jangan risau. Hati-hati di sana. Doakan papa, abang dan kakak ipar kamu." Tan Sri Mansur menitip doa kepada Aqil.

“InsyAllah. Aqil pergi dahulu.” Aqil memeluk Tan Sri Mansur dengan erat sebelum masuk ke dalam keretanya.

Aqil tidak langsung memandu pergi. Dia memandang balkoni bilik Rina yang terbuka luas pintu gelongsornya. Aqil mengeluh perlahan sebelum perlahan-lahan memandu pergi daripada perkarangan rumah Tan Sri Mansur. Tan sri Mansur mengeluh juga dan masuk ke dalam semula. Terasa sedikit sunyi apabila tiada Aqil di situ. Semoga Aqil mendapat ketenangan yang dicarinya di kota suci Makkah dan Madinah.

Rina keluar daripada biliknya ke beranda luar biliknya. Sudah lama dia tidak merasakan terik matahari yang membakar kulitnya yang pucat. Rina memejamkan matanya apabila dapat menghidu udara segar. Tiada siapa yang menyangka yang dia diberikan peluang oleh Allah untuk bangun semula menjalani kehidupan di dunia ini. Rina bersyukur kepada Allah untuk itu walaupun sebenarnya jika diberi pilihan dia tidak mahu bangkit semula dari tidurnya yang lena. Dia mahu kekal terbaring kaku tidak perlu memikirkan masalah hidup yang melanda dirinya.

“Puan mari masuk, Mak Sofi bawakan sarapan. Lepas habis sarapan, Ain dan tan sri akan bawa puan ke hospital untuk terapi.” Suara Mak Sofi mengganggu lamunan Rina itu.

“Terima kasih, makcik. Kalau boleh janganlah panggil saya dengan panggilan puan. Makcik panggil saja saya Rina.” Rina menoleh ke belakang apabila Mak Sofi sudah berada di belakangnya dan mahu menolak kerusi roda itu agar lebih pantas bergerak.

Mak Sofi hanya mengangguk tidak mejawab keinginan Rina itu. Fikirannya sedang kacau ketika itu, Aqil masih tidak mengetahui bahawa Rina sudah bangun dari komanya disebabkan Tan Sri Mansur melarang untuk memberitahu lelaki tersebut tetapi dia rasa bersalah jika tidak memberitahu kepada Aqil yang selama ini menjaga Rina dengan baik. Sekurang-kurangnya lelaki itu harus tahu tentang Rina yang sudah sedarkan diri. Mak Sofi mengeluh sendiri tanpa Rina sedari kerana sibuk mengagah si bayi comel Qalifh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience