BAB 1

Family Completed 39439

“Are you ready Zea Kilara?”

Kepala terangguk penuh yakin. Dua buah bagasi besar ditarik menuju ke pintu.

“I’ve been waiting all my life for this moment..” Jemari diletakkan di perut bawah pusat.

Walaupun terlindung di sebalik pakaian, parut melintang sepanjang lebih kurang tiga ke empat inci tetap berada di kedudukan yang sama. Dielus perlahan tempat tersebut dengan perasaan bercampur baur.

“Let’s kick some as*ess Deeqa!”

Tergelak kecil lelaki di sebelah mendengarnya. Mahu membantu gadis itu, di tangan sendiri juga sedang menarik dua buah bagasi yang lebih kurang saiznya dengan bagasi gadis tersebut.

“My wife..That’s rude!” Kepala gadis itu diusap kasar, sengaja mahu mengusutkan rambut panjang yang dibiarkan lepas.

“Heyy!! You’re the one who’s rude..” Terus cemberut wajah manis itu, tangan lelaki iersebut ditepis kasar. Rambut yang kusut dikemaskan guna jemari.

“Wajah tu..Ketam pun tak lalu nak panjat naik..” Masih tetap mahu bergurau, walaupun Zea Kilara jarang melayan gurauannya bahkan untuk senyum pun, agaknya hingga langit runtuh pun takkan mampu dilihat di wajah cantik itu.

Jemari lelaki itu naik atas kepala Zea, membantu gadis itu mengemaskan rambut yang dikerjakannya tadi.

“Dah cantik dah, senyumlah sikit Zea Kilara.. Wajah asyik diperah limau kapas, bagilah madu sikit..Setitik dua pun takpe..”

Zea merenung tajam wajah tampan yang sedang tertawa kecil itu.

“Adeeqa Noah, let’s move!” Bagasi ditarik kasar, sengaja melanggar kuat bahu lelaki itu ketika melintas di sebelah.

“Zea…Wait..” Terkocoh-kocoh Adeeqa Noah mengejar.

“I like to see you’re being tough Zea..But spare me lah..Aku rindu senyum manis kau, gelak tawa kau..” Sekelip mata, Adeeqa sudah berada di samping, jalan beriringan dengan Zea menuju ke kereta yang sudah menunggu di perkarangan rumah.

“You’re the one who changed me, aren’t you?”

Adeeqa Noah garu kulit kepala yang tak gatal. Senyum lebar yang tersungging di wajah sebentar tadi mati terus.

“Yup, that’s true Zea..It’s for people out there but not me..I still want the old version of you.. Sweet, caring..loveable!”

Zea Kilara menghentikan langkah lalu memusing badan menghadap Adeeqa. Wajah serius tanpa secalit senyuman, bola mata marak..Bukan kerana marah, lebih kepada kesakitan yang terpendam, terzahir menjadi dendam yang belum tuntas.

“She died..Long time ago!”

Adeeqa mengeluh berat. Dia faham, terlalu faham kerana dia bersama Zea Kilara bukan baru setahun dua..Jatuh bangun dan menangis bersama! Ahh..Kenapa peristiwa lampau yang terlalu perit itu perlu dikenang semula? Bukankah mereka telah berjanji untuk melupakan semuanya, membentuk keperibadian baru yang tak mudah tertewas oleh perasaan?

“Let’s go Deeqa!” Tersentak dari lamunan bila suara keras Zea menyapa pendengaran.

Adeeqa buru-buru mengejar Zea yang sudah agak jauh meninggalkannya. Ahh..Zea tetap Zea, gadis yang tak punya perasaan! Seperti sebuah robot yang diprogramkan sebagai robot pemusnah, kemunculan Zea Kilara kelak pasti membawa kemusnahan..Tanpa sedar, Adeeqa mengeluh perlahan.

Pengumuman di corong speaker kapal terbang mengejutkan Zea dari lena. Segera ditoleh pada lelaki di sebelah, masih terlentok dengan mata tertutup rapat. Kedua buah lubang telinga tersumbat dengan Airpods. Hood membalut kepala dan separuh dahi. Kepala Zea tergeleng perlahan, sebelum jemari menyentuh lembut lengan Adeeqa yang sedang terlipat di dada.

“Deeqa, dah sampai.."

Adeeqa Noah menggeliat perlahan lalu membuka mata. Sesaat, bola mata bergolek memerhati sekeliling. Sedikit bingung bila lihat satu persatu penumpang mulai bangun dan beredar. Terkejut bila lengan ditampar halus oleh Zea di sebelah.

“Kita dah sampai Adeeqa Noah!”

"Ya..Yaa..I heard you.."

Bingkas bangun selepas tali pinggang dilepaskan. Langkah diorak, diikuti oleh Zea Kilara di belakang.

* * * * *


“Serius? Kau tak pernah ke tempat macam ni.”

Zea masih tercanak, bibir tertutup rapat. Hanya bola mata berguling-guling memerhati. Hati mengutuk. Banyak-banyak tempat untuk beriadah dan berseronok, tempat macam ni juga menjadi pilihan manusia zaman sekarang. Lihat saja barisan yang panjang di pintu masuk. Apa saja yang menarik perhatian di dalam tu ya?

Tak membingitkan telinga ke bunyi dentuman muzik yang sampai luar bangunan pun masih boleh didengar tu? Belum masuk air memabukkan yang disajikan di dalam.. Mengejar keseronokan sementara, tak penat ke? Ahh..Siapalah dia untuk mengadili, mungkin kehadiran manusia-manusia itu punya sebab, sama seperti dia..

“Let’s get in!”

Membulat bola mata Adeeqa Noah, namun secebis senyum sinis sempat terukir, sebelum angguk perlahan. Mereka beriringan menuju ke pintu masuk. Selepas mendapatkan sebuah meja, Zea tekun memerhati sekeliling. Tiada satu wajahpun dikenali. Tapi putus asa sudah tidak wujud dalam kamus hidupnya..Tak berjaya hari ini, esok masih ada bukan?

Hampir sejam duduk memerhati dengan sabar. Adeeqa di sebelah mulai kelihatan bosan, sampai tersengguk-sengguk menahan kantuk. Namun, mulut tetap dikunci..Faham benar dengan perangai keras kepala Zea Kilara. Malas bertekak, dibiarkan saja masa terbuang yang pastinya sia-sia..Kalau di rumah, pasti dah lama menyulam mimpi..

Tiba-tiba lengan disenggol oleh Zea. Adeeqa pantas angkat wajah, mencari sepasang bola mata Zea. Muncung Zea terarah ke satu tempat. Bola mata Adeeqa mengekori, kemudian mengangguk faham. Tangan Zea dipaut bila gadis itu bingkas bangun.

“Hati-hati Zea..”

Zea angguk, lalu mula mengorak langkah penuh anggun. Sekumpulan lelaki ala-ala VVIP yang baru masuk memlilih sebuah meja di kawasan yang agak terselindung dan kurang sesak. Beberapa gadis berpakaian seksi meluru menghampiri, menawarkan diri untuk menemani kerana pastinya lelaki-lelaki itu punya dompet tebal. Boleh dilihat dari penampilan dan barangan yang melekat di badan, jenama mewah dan limited edition!

Seorang lelaki yang duduk di kerusi paling hujung sebenarnya yang menarik perhatian Zea Kilara. Ketika melintas sebuah meja, tangan sempat menyambar segelas minuman bergas warna kuning di atas meja, sedikitpun tak disedari oleh tuan punya meja lantaran terlalu sibuk bergelek-gelek di tepi meja.

Langkah diorak laju menuju ke arah lelaki tersebut. Ketika kedudukan benar-benar bersebelahan, Zea merebahkan badan dan jatuh di atas pangkuan lelaki itu. Air di gelas tumpah membasahi pakaian di bahagian dada hingga ke bawah.

“What the hell!!” Namun, jeritan penuh amarah itu hampir tenggelam dengan bunyi muzik yang lebih lantang.

“Sorry dear, I tak sengaja..See? Kasut tumit tinggi I buat hal!” Bola mata merenung tajam pada sepasang bola mata beriris hazelnut di depannya itu.

Terpegun sesaat lelaki itu, tak berkelip merenung Zea Kilara.

“W..Who are you?!!” Tangan yang diangkat mahu menolak tubuh Zea menjauhi badan terhenti sebaik sahaja memandang wajah secantik bidadari itu. Niat terbantut serta merta.

Zea pula yang mulai rasa kekok. Kedua belah tangan diletak di sebelah menyebelah bahu lelaki itu.

“Would you mind to follow me? I just want to clean up the mess I made just now on your clothes.”

Melihat lelaki itu hanya mengangguk seolah dkawal oleh ilmu pukau, Zea bingkas bangun. Sesaat, memandang lelaki itu dan memberi isyarat melalui bola mata supaya mengekorinya. Dan seperti terpukau, lelaki itu bingkas berdiri dan mengekori Zea yang sudah mula mengorak langkah.

Washroom yang terletak agak jauh di belakang kelihatan sedikit lengang dan kurang bising berbanding di ruang hadapan tadi.

“Wait here..” Zea masuk ke dalam tandas perempuan, menarik keluar seberapa banyak mana tisu yang mampu dipegang lalu keluar semula mendapatkan lelaki yang sedang menunggunya di luar tandas.

“Sebagai tanda minta maaf, you boleh buka baju kotor ni, I akan bawa balik dan cuci bersih-bersih sebelum pulangkan semula pada you.” Sambil berkata, tangan juga rancak mengelap sisa air arak di baju lelaki itu.

“Really? What’s your name pretty? Have we met before?” Ada bau-bau curiga pada pertanyaan itu.

“Zea Kilara..I don’t think so because I am just coming home today. I lived in the US before.”

Lelaki itu terusan merenung wajah tanpa sebarang ekspresi itu. Datar dan kosong.. Kepala terangguk perlahan. Terkejut bila jemari runcing itu mulai naik dan melepaskan satu persatu butang kemeja yang melekat di badan. Pantas tangan mencengkam pergelangan tangan Zea, mahu menghentikan perbuatan gadis itu.

“Don’t do this!”

Zea menepis lembut tangan lelaki itu. Buat tak nampak bola mata yang tajam mencerlung itu.

“I insist, it’s my fault..” Jemari naik semula, menyentuh butang baju kemeja yang sudah menayangkan separuh dada telanjang lelaki itu.

Lelaki itu mengetap rahang, keberanian Zea Kilara benar-benar mencabar kelelakiannya. Pinggang Zea direntap kasar lalu ditarik ke arahnya. Tubuh Zea merempuh tubuh lelaki itu. Sebuah senyum sinis terukir di bibir lelaki itu.

“Are you..Perhaps…Seducing me?!” Bibir hampir melekap di cuping telinga Zea.

Zea Kilara nampak begitu tenang, langsung tidak tergugat dengan tindakan lelaki itu.

“Would you let me do that?” Jemari mulai merayap di dada berketul yang sedang telanjang itu.

Dengusan mulai kedengaran kasar. Lelaki itu mengejapkan pelukan, hingga tiada sedikitpun ruang di antara mereka.

“Zyaire Aiden..That’s my name..” Bibir hampir mendarat di belakang cuping telinga Zea, bila tubuh Zea tiba-tiba dirempuh dengan kuat oleh seseorang.

Hampir saja dia jatuh terduduk. Mujur tangan Zyaire pantas memaut pinggangnya. Celaka! Zea merenung tajam belakang tubuh sasa yang sudah berada agak jauh. Bola mata mencerlung.

Adeeqa Noah!!

Tersedar keterlanjuran..Dia agak keterlaluan ke tadi? Pantas tangan menolak lembut tubuh Zyaire Aiden menjauh. Jemari menarik keluar secebis kad kecil dari dalam beg tangan.

“Do call me, I’ll pay for the damage..”

Zyaire mengambil kad tersebut.

“What about the damage you made to my heart?” Sebuah senyum penuh makna tersungging di bibir Zyaire Aiden.

“I’ll pay for that too..”

Zyaire melebarkan senyuman. Bola mata mengiring pemergian Zea hingga kelibat gadis itu hilang dari pandangan. Buat seketika, direnung kad kecil berwarna putih di tangan.

Zea Kilara..CEO of Miqzan Group?

Sebuah syarikat gah yang berpengkalan di luar negara. Pemiliknya, Miqzan Anaqi merupakan anak tempatan berdarah kacukan dan tersenarai dalam 20 manusia yang terkaya di dunia. Apa kaitan Zea Kilara dengan Miqzan Anaqi? Setahu Zyaire Miqzan cuma punya seorang isteri dan seorang anak tunggal lelaki. Anak angkat? Anak buah? Ada kemungkinan..Sebuah senyum berisi terukir di bibir. Kad tersebut segera dimasukkan dalam kocek baju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience