Rate

Bab 3

Family Series 5910

Di hospital Sultanah bahiyah

Kenapa gembira sangat ni haa? Tegur Hana kepada Hawa selepas melihat sejak dari tadi senyuman Hawa tidak lekang dari bibirnya. Ehh, mana ada... Hawa gembira seperti selalulah. Tergagap-gagap hawa menjawabnya. Ermmm ye lah tu.. Sebelum ini bila ada temu janji dengan Dr je mesti Hawa ada sahaja alasan tidak mahu datang tapi kali ini lain pula mood dia. Perli Hana sambil berjalan di samping hawa untuk menemannya berjumpa dengan Dr. Betul lah... Hawa okey je. Balas Hawa menjelankan sedikit lidahnya kepada Hana. Debukk!!! Aduhh.. sakitnya... mengadu seorang nenek tua selepas terjatuh apabila tongkatnya disepak oleh seorang lelaki. Oiiii.. lain Kali kalau berjalan itu tengok hadapan bukannya tengok bawah. Tengking lelaki itu kuatnya tanpa rasa bersalah langsung. Maafkan saya cuu.. saya tidak nampak.. Terpinga-pinga nenek tua itu meminta maaf kepadanya. Arrghh!!! sudahlah.. kau nak bayar kasut aku yg rosak ini ha? mesti kau tak mampukan? Dasar orang tua miskin! Kata lelaki itu lalu menolak nenek tua yang cuba untuk menyentuh kakinya. Sudah!!! jangan sentuh dia..berhenti!!! En yang bersalah. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri En yang menyepak tongkat nenek ini. Apa masalah En sampaikan berbuat begini sekali. Marah Hawa kuatnya kepada lelaki itu. Dia cuba menolong nenek itu untuk bangun semula. Cu..tidak mengapa.. Nenek yang bersalah.. Bersuara Nenek itu cuba untuk menyelesaikan salah faham ini. Tidak mengapa Nenek.. saya ada. Jangan rasa takut. Siapa dia nak menghukum nenek sesuka hati walaupun itu sudah ternyata bukan salah nenek. Tambah Hawa lagi masih tidak puas hati dengan tindakan kurang ajar lelaki itu. Oii perempuan.. kau siapa nak berkata sampai macam itu sekali haa? Kau jangan cabar aku. Kau belum kenal aku siapa.. Lelaki itu masih berdegil dan berkeras mahu meneruskan tengkaran ini. Ramai orang mula memberikan tumpuan kepada mereka semua. Hana cuba menghubungi pembantu peribadi untuk melindungi Hawa tetapi Hawa tidak benarkannya. En... Siapa pun En saya tidak kisah. Dekat dunia ini... tinggi macam mana pun darjat En.. Hormat itu no 1 melambangkan dirinya. Mungkin En elok di mata manusia tetapi di Mata Allah macam mana? Sekarang saya nak En minta maaf kepada nenek ini. Kata Hawa tegasnya kepada lelaki itu tanpa rasa takutnya. Kau... Perempuan Sial...aku tak perlukan ceramah kau. siapa kau nak berlawan dengan aku. Ambil ini!!! Hawa menarik nenek itu ke belakangnya supaya tidak terkena dengan tumbukan lelaki itu. Cik Hawa!!! Panggil Hana kuatnya cuba untuk melindungi Hawa daripada dicederakan. Pap!! tumbukan itu ditahan oleh seorang lelaki. Maafkan saya En... tapi tindakan ini agak biadab di sini. En diminta pergi dari sini. Ini hospital.. jangan cuba cari masalah disini. Bersuara Lelaki itu lalu melepaskan tangan lelaki yang Cuba untuk mencederakan Hawa. Dr Iqram... Kata isi hati Hawa terkedunya apabila melihat Dr Iqram yg datang menolongnya. Kau jangan masuk campur urusan aku Dr. Ini masalah aku dengan dia. Lelaki itu cuba memberontak dan rasa tidak puas hati. En.. Ini pesakit saya.. Kalau En ada masalah dengannya bermaksud itu juga masalah dengan saya. Jawab Dr Iqram lembutnya masih cuba menenangkan keadaan di situ setelah ramai orang mula melihat ke arah mereka. Oo.. kalau begitu.. baiklah.. saya mahu Dr bayar kembali harga kasut saya yang telah dirosakkan oleh nenek tua itu . Balas lelaki itu sinisnya. Itu saja.. okey... Mari ikut saya. Urusan senang mahu saja dipanjangkan. Kata Dr Iqram terus berjalan pergi dari situ. Lelaki itu pun pergi mengikutinya di belakang. Hawa hanya melihat sahaja begitu mudahnya Dr Iqram menyelesaikan masalah ini. Cik Hawa.. Cik Hawa baik-baik sahajakan? Tidak cedera? Gelabah Hana memeriksa diri Hawa. kak Hana... Hawa okey... Tapi kesian nenek ini.. Nenek... Mari saya bawakan nenek pergi dapatkan rawatan. Jawab Hawa masih mahu menolong nenek itu. Cuu.. tidak mengapa.. Cuu dah tolong nenek.. Terima kasih Cuu.. Cuu memang berani sekali. Balas Nenek itu bersyukur sangat masih ada orang seperti Hawa sanggup menolong orang tua sepertinya. Sama2 nenek.. Mari kita pergi dapatkan rawatan. Jangan menolak yaa.. nanti saya pula rasa bersalah. Hawa masih berkeras dengan tindakannya. Nenek itu tidak
dapat berbuat apa2 terus menerima sahaja pelawaan Hawa. Hawa...meskipun kau sakit... kau tetap Menolong orang lebih daripada dirinya kau.. hati kau memang mulia Hawa.. Kata isi hati Hana terus mengikuti ke mana saja Hawa pergi.

Di dalam Bilik rawatan Dr Iqram.

Dr Iqram.. terima kasih kerana menolong saya tadi. kalau Dr tidak datang tadi... tidak tahu apa yg akan berlaku kepada saya. Kata Hawa selepas selesainya rawatan tambah darah pada badannya. Ermm.. Sama2 Cik Hawa. Kebetulan saya lalu di situ. Tidak wajar bagi lelaki untuk mengangkat tangan kepada seorang perempuan. Tapi.. Cik hawa berani menpertahankan diri Cik hawa. Saya bangga sangat ada orang berani seperti Cik Hawa ini. Jawab Dr Iqram sambil memberikan senyuman kepadanya. Muka Hawa semakin merah apabila dipuji begitu sekali oleh lelaki idamannya itu. Errr.. Dr Iqram.. kalau Dr ada masa.. datanglah makan malam di rumah saya sebagai tanda Terima kasih ini. Pelawa Hawa malunya kepada Dr Iqram. Boleh ke? Baiklah.. apa2 nanti saya mesej awak ye.. Tetiba sahaja percakapan Dr Iqram berubah kepada tidak formal. Yaa.. baiklah. kalau tidak ada apa2.. saya minta diri dulu. terima kasih untuk rawatan hari ini. Assalamualaikum. Balas Hawa lembutnya terus bangun untuk pergi dari situ. Sama2.. waalaikumusalam. jumpa lagi Hawa. Selepas sahaja Hawa mendengar Dr Iqram tidak lagi memanggil namanya Cik Hawa terus Hawa mengeluarkan senyuman manis. Hatinya terus bergetar bukan seperti biasa. Semakin lama Hawa percaya Dr Iqram juga menaruhkan harapan kepadanya. Sejak kejadian itu Dr Iqram sering membalas mesej kepada Hawa. Belum pernah Hawa dilayan begitu oleh seorang lelaki luar seperti Dr Iqram. Dia Sangat mengambil berat pasal kesihatan Hawa dan sangat seorang penyayang. Mereka hanya berjumpa bila ada janji temu Hawa sahaja di hospital. Hawa belum menceritakan semua ini kepada semua ahli keluarganya. Biarlah hubungan ini serius dahulu barulah dia akan menceritakan segalanya. Awak... adakah awak betul sukakan saya. tidak pun hanya sebab saya pesakit awak.. Tetiba sahaja Hawa bertanya soalan itu kepada Dr Iqram. Mereka duduk di bangku luar taman hospital itu untuk mengambil udara Segar seketika. Hana tidak dapat mengikuti Hawa kerana dia kurang sihat. Jadi Hawa terpaksa datang berseorangan untuk temu janjinya ketika kali ini. Hawa.. kali pertama saya mendapat pesakit seperti awak.. setiap malam saya cuba untuk memahami segalanya supaya saya tidak tersilap semasa merawat awak. Saya bukan orang senang Hawa.. Saya bekerja keras demi menjamu sesuap nasi kepada keluarga saya. Saya adalah anak sulung daripada 6 orang adik beradik.. adik saya semuanya masih lagi bersekolah dan sambung belajar. Ayah saya sudah lama meninggal. Saya masih ada seorang IBU yg penyayang.. yg sanggup melakukan apa saja demi anaknya terus berjaya.. Tapi sekarang.. ibu saya sakit.. Jadi.. sayalah tulang belakang keluarga saya. Dengan harapan... saya terus bekerja keras demi untuk mereka semua. Hawa..Hati saya tersentuh apabila melihat awak buat Kali pertama. Awak lain daripada yg lain. Saya tidak kisah sama ada awak orang berada dan awak selalu jatuh sakit. selagi saya ada... saya mahu terus berada di samping awak Hawa.. Awaklah cinta pertama saya. Saya ikhlas cintakan awak seperti saya sayangkan keluarga saya sendiri walaupun hidup kita sangat berbeda sekali. Begitu jujur sekali Dr Iqram menyatakan semua ini. Hawa melihat air matanya ditepis daripada mengalir. Hawa terus mengukirkan senyuman. Dia sangat gembira Allah ketemukannya dengan seorang lelaki yang begitu suci hatinya. Kalau macam itu... Mari berjumpa kelurga saya... Biarlah hubungan ini diredhai oleh Allah swt. Bersuara Hawa membuatkan Dr Iqram terus memandang ke arahnya. Awak... betul2 maksudkannya? Tanya Dr Iqram masih tidak percaya dengan jawapan Hawa. Yaa.. Mari kita teruskan semua ini dengan mencari keredhaan Allah. Balas Hawa lagi terus mengukirkan senyuman. Ermmm.. baiklah. Dr Iqram ada sedikit semangat apabila kepercyaan itu diterima oleh Hawa dengan hati terbuka.

Namun, makan malam itu bukan sahaja dihadiri oleh Dr Iqram malah semua saudara Hawa turut hadir untuk mendekati silaturahim antara mereka semua. kak Hawa... wahhh... cantiknya kakak malam ini... ada tetamu istimewa ke yg kakak tunggu? Tegur Hainan iaitu puteri kedua selepasnya dalam salah silah ahli keluarga mereka. Hainan berumur 24 tahun dan masih belajar lagi. Ehhh Hainan.. Tak adalah.. Hawa tengah menunggu Dr yg merawat Hawa ni. Jawab Hawa tergagapnya apabila dikejutkan oleh Hainan secara tiba-tiba. Iyalah tu. Tak apalah Hainan pergi dulu ye dekat meja makan. Jangan lama sangat.. Nanti Uncle Muzamar marah. Balas Hainan nakalnya terus menjelirkan lidah ke arah Hawa. Ishh Hainan ni... tak habis-habis dengan perangai menyakatnya.. Hawa terus mengeluarkan senyuman apabila melihat tingkah laku Hainan itu. Cik Hawa.. Ada seorang tetamu sedang mencari Cik Hawa di hadapan. Beritahu Aunty Gina kepadanya. Dia sudah datang? Baiklah.. Cepat2 Hawa pergi ke hadapan pintu untuk menyambut kedatangan Dr Iqram. Selamat datang Dr Iqram. Jemputlah masuk.. Bersuara Hawa setelah sampai di hadapan pintu itu. Iyaa... Terima kasih.. btw, Awak sangat cantik malam ini. Warna putih memang sesuai dengan penampilan awak. Puji Dr Iqram tergagapnya apabila terpegun melihat kecantikan Hawa yg memakai dress berwarna putih itu. ermm.. marilah masuk.. semua orang sudah ada. Jemput Hawa malunya apabila selalu dipuji oleh Dr Iqram sendiri. Mereka pun berjalan menuju ke meja makan. Semua Mata terus menumpu ke arah mereka berdua. Dr Iqram jemputlah duduk.. Panggil Carl lalu menarik kerusi di sebelahnya. Terima kasih. Jawabnya tersipul malu. Hawa duduk berhadapan dengan Dr Iqram dan mengeluarkan senyuman kepadanya agar Dr Iqram tidak terlalu kekok dalam situasi ini. Dr Iqram mengangguk tanda faham isyarat yg Hawa berikan kepadanya. Boleh kita mulakan makan malam ini? Bersuara Tuan Muzamar kepada mereka semua kerana dia adalah putera sulung dalam ahli keluarga itu. Wait..Sorry we're late... Kedengaran suara seorang perempuan sedang berjalan menghampiri mereka semua. Kelihatan Dahlia dan seorang lelaki turut sertai di meja makan itu. Dahlia.. kenapa lambat sangat? Tegur Puan Suraya iaitu mama kepada Dahlia. because of him. I have arrived early. Jawab Dahlia marahnya terus menyalahkan lelaki sebelahnya itu. wait what... is it my fault? Don't blame me such did u just my fiance. Marah Lelaki itu kepada Dahlia. Enough you two.. please respect everyone at the table. Tegur Tuan Mushmir iaitu papa kepada Dahlia. Mereka berdua terus menjelig antara satu sama lain. Hawa gembira sangat melihat Dahlia sudah mahu berkahwin. Okey.. nampaknya semua sudah ada. Saya adakan makan malam ini untuk merapatkan baik hubungan antara ahli keluarga kita. Sejak kebelakangan ini semuanya asyik sibuk dengan kerja masing-masing. Inilah masa kita meluangkan waktu seketika untuk bersama. Terima kasih kerana memberikan waktu kamu semua kepada saya. Sila menikmati makanan yang telah disediakan. selamat menjamu selera. Ucap Tuan Muzamar sangat gembiranya apabila melihat adik-adiknya masih Ada waktu untuk bersamanya. Mereka pun menjamu selera dengan gembiranya. Hawa tidak habis menghulurkan makanan kepada Dr Iqram.
Dr iqram hanya tersipul malu melihat tindakan Hawa itu. Carl yg juga telah perasan keadaan itu tahu bahawa Dr iqram dan Hawa menyembunyikan sesuatu darinya. Keadaan agak janggal antara Dahlia dan bakal suaminya itu. Lelaki itu tidak menyukai keadaan yg formal ini. Dia lebih gemar bersendirian dan melakukan hal sendiri. Sorry, I'm done. excuse me. Bersuara Lelaki itu terus pergi Dari meja makan itu. Shit... memalukan aku sahaja. Kata isi hati Dahlia geramnya apabila melihat kelakuan biadap bakal suaminya itu. Walaupun masih dalam tempoh pertunangan Lelaki itu telah menunjukkan sifat sebenarnya membuatkan Dahlia sangat membencinya.

Ramai sepupu papat Hawa sudah mulai pulang setelah selesainya makan malam itu. Hanya tinggal ahli keluarga paksu dan pakciknya sahaja yg masih belum pulang. Mereka duduk berbual di ruang tamu itu sambil menjamu selera pencuci mulut. Terima kasih kerana sudi datang untuk makan malam ini Dr Iqram. Saya bersyukur sangat kerana Dr yg merawat Hawa selama ini. Alhamdulilah kesihatan Hawa bertambah baik sejak kebelakangan ini. Kata Tuan Muzamar ramahnya kepada Dr Iqram. Sama2 Tuan.. Itu adalah tanggungjawab saya kepada semua pesakit yg saya rawat. Dengan izin Allah segalanya akan dipermudahkan. Jawab Dr Iqram lembutnya membuatkan semua orang di situ sangat senang mendengarnya. Dr Iqram memandang ke arah Hawa dan melihat Hawa mengangguk tanda tiba masanya dia memberitahu perkara sebenar kedatangannya ke sini. Maafkan saya Tuan jika saya menyatakan hasrat saya yg sebenarnya malam ini. Sebenarnya saya... Belum sempat Dr Iqram habis berbual kedengaran Dahlia sedang bertengkar dengan seseorang di luar. Cepat-cepat mereka semua pergi tengok apa yang telah berlaku itu. You!!! enough... do not be like a little boy. You're big and can think that's right and wrong. I thank you for the sake of our family. I never love you. Tengking Dahlia kuatnya apabila tidak tahan dengan perangai bakal suaminya itu. ohhh .. so all this time you accept me because you want to keep our family name good. I'm too stupid to trust you, Dahlia. I love you. I can do anything for you. like this you reply near me? Bersuara lelaki itu sedihnya apabila mendengar sendiri kenyataan dari Dahlia. Enough you two.. Jangan buat malu di sini! Sampai bila kamu berdua mahu bertengkar haa? Sampai bila? Tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum perkahwinan kamu. Jangan Cuba buat masalah. Marah Tuan Mushmir tegasnya kepada mereka berdua. Fine.. I will back home now.. Balas Lelaki itu terus balik kerana masih geram dengan semua ini. Dahlia tidak menjawab apa-apa terus berlari memasuki ke dalam rumah itu. What should we do now? Tanya Puan Suraya kepada suaminya itu. Its okay.. dia akan terima juga semua ini. Jawab Tuan Mushmir masih tegas dengan keputusannya. Yang lain tidak mahu masuk campur urusan mereka berdua. Apa yang baik itulah mereka akan sokong sebagai ahli keluarga terdekat.

Awak... saya rasa ini bukan waktu yg terbaik kita luahkan segalanya. Tegur Hawa kepada Iqram. Yaa.. saya rasa begitu juga. Hawa.. saya akan datang lain kali. Saya berjanji. Sudah lewat malam ini..Terima kasih untuk makan malam ini. saya pulang dahulu. Pinta Iqram lembutnya dan menghormati keputusan Hawa. Jaga diri . Kirim salam dekat ibu awak. Bersuara Hawa sebelum Iqram pergi. Baiklah.. Take care too. Iqram memberikan senyuman manis kepadanya. Hawa melihat kepulangan Iqram sehingga sudah tidak nampak kelibatnya itu lagi. Debukk!! Aduhhh... Abg muaz ni... sakitlah. Ngadu Hawa masamnya setelah Muaz melepaskan satu tumbukan lembut di kepalanya. Haa Tu lah... mengada-gada lagi.. Awak.. sayalah.. Hek eleh... Dah.. pegi masuk dalam. Perli Muaz kepadanya apabila mendengar sendiri perbualan manja Hawa dengan Dr Iqram. Ermmm.. Fine.. jangan bagitau baba.. Kalau tak... Hawa Cuba untuk mengugut Muaz kembali. Haaa.. kalau tak apa? Dah pergi masuk.. tengokkan keadaan Dahlia tu.. kesian dia. Jawab Muaz masih Cuba pertahakan dirinya. Hmm... baiklah.. janji ehh.. Bye... Balas Hawa terus pergi dari situ. Ehh bertuah punya adik.. berjanji-janji bagai.. Pasal dia dengan Dr Iqram tu taknak cerita pula. Fuhh.. Apa yg perlu aku buat sekarang ini? Hmm. kena minta tolong Hana ni. Membebel Muaz seorang diri tepi pintu depan rumah itu. Di dalam bilik kedengaran suara Dahlia sedang menangis. Perlahan-lahan Hawa mengetuk pintu bilik tetamu itu. tok... tok.. tok... Dahlia... boleh kak Hawa masuk? Tanya Hawa perlahannya. Masuklah...Balas Dahlia apabila tahu itu adalah Hawa. kenapa ni? Kenapa adik kakak sorang ni menangis? Tanya Hawa lalu menyapu titisan air mata di pipi Dahlia sedikit demi sedikit. Kakak... Dahlia tak nak kahwin dengannya. Dia jahat.. Dahlia benci dia. Jawab Dahlia tersedu-sedan kerana masih dalam keadaan menangis. Dahlia... Kenapa Dahlia fikir begitu? Mungkin.. Ada baiknya bakal suami Dahlia itu. Hawa Cuba memujuk Dahlia daripada menyalahkan lelaki itu. you don't understand... Dahlia terima dia sebab ini semua keputusan papa Dan mama. Mereka tidak pernah fikirkan perasaan Dahlia. Apa yg Dahlia mahukan. Tangisan Dahlia semakin kuat apabila memikirkan balik semua itu. shut... jangan menangis lagi.. Kakak tidak suka melihat Dahlia menangis macam ini. Dengar sini... mereka buat semua ini mungkin ada sebabnya. Dahlia sayangkan mereka kan? Dahlia kena kuat dan redho dengan semua ini. mungkin ada baiknya semua ini. Percayalah Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yg umatnya akan lalui. Jangan menangis lagi okey? Pujuk Hawa lembutnya membuatkan Dahlia tidak lagi menangis. Tetapi dalam hati tidak tahu kenapa Hati Hawa juga gelisah dan takut apabila memikirkan tentang perkahwinan antara Dahlia dan bakal suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience