Setelah Michael habis bercerita mengenai kali terakhir dia bertemu bapa mereka iaitu seminggu yang lalu , adik- beradik itu mula berasa resah dan mahu segera ke bangunan makmal tersebut. " Menurut perkiraan saya ,bapa kalian mungkin berlindung di bilik bersebelahan dengan bilik loker pekerja kerana itu merupakan pejabat rakannya. Pak cik nak ke tingkat itu tapi terdapat gerombolan zombi .Di samping itu, pak cik seorang tak mampu nak lawan zombi tersebut, dan dalam tiga hari lepas ada sebuah jip yang dinaiki oleh seorang saintis dan tiga lelaki bersenjata datang meninjau kawasan makmal tapi mungkin mereka beredar kerana tidak dapat menjejaki kelibat bapa kalian." Michael memaklumkan sambil menatap ke unggun api. " Insya Allah mesti bapa kalian selamat. Walau apa pun sekarang yang penting kita terus ke sana dan lihat sendiri." Hakim mencelah bagi menceriakan kemuraman dua beradik itu. " Ok " mereka serentak bersetuju. Kemudian mereka meneruskan perjalanan dengan Michael berada di hadapan. Setelah sejam berjalan mereka tiba di hadapan pagar bangunan itu. Adam dan Danial melihat semula bangunan tempat kerja bapa mereka setelah sekian lama mereka tidak datang ke Kyres. Michael membuka pintu pagar yang disendalnya dan mereka semua memasuki bahagian belakang kafe.
Kelihatan beberapa zombi dan baki badan manusia yang bergelimpangan di dalam kafe dan mereka bersimpati akan keperitan yang dialui oleh sesiapa sahaja yang berlindung di dalam kafe apabila mereka mengetahui cerita daripada Michael. Mereka menaiki lif dan bersedia dengan senajata masing-masing. Pintu lif terbuka dan mereka melihat tingkat bawah tanah itu diselubungi dengan warna lampu kecemasan berwarna merah. Adam dan Danial yang tidak sabar mahu berjumpa bapa mereka yang hanya beberapa jarak terus berjalan laju keluar daripada lif dan tidak sempat diikuti oleh rakan yang lain. Tiba- tiba Adam yang berjalan bersebelahan Danial merasai sakit dada yang teramat dan dia berhenti sambil mengurut dadanya. Danial terkejut melihat riak wajah abangnya yang berkerut. " Abang, kenapa? Abang sakit dada ke? " Danial memegang bahu Adam sambil melihat abangnya itu. " Adik, abang rasa zombi anjing tu ada berdekatan sini sebab abang pernah rasa begini bila berada di tren bawah tanah. Cepat Kita masuk balik dalam lif! " Adam berkata dan mereka berdua mahu berpatah balik dan menunjukkan tanda berhenti pada rakan- rakan yang mahu keluar daripada lif. " Jangan keluar..." tidak sempat Adam mahu memberi amaran dia melihat riak wajah cemas oleh Hakim dan yang lain memandang ke arah belakangnya. Kedengaran bunyi salakan anjing menyebabkan dua beradik itu terhenti dan berdiri kaku. Michael mahu mencapai budak- budak itu namun dia juga buntu. Adam teringat yang semasa dia berada di stesen tren bawah tanah, Adam mendapati anjing zombi tersebut tidak menyerangnya dan dia mengesyaki punca sebenarnya adalah disebabkan oleh kesan sampingan ubat pelik yang diberi oleh Luke. Dia segera memeluk adiknya dan mengarahkan Danial supaya menutup mata. Jika teori Adam salah, dia sanggup menahan Danial dari digigit oleh dua ekor anjing zombi itu walaupun perlu menggunakan badannya sendiri. Adam merenung ke arah dua ekor anjing zombi itu. Walaupun sudah bertemu, Adam tetap diselubungi rasa ngeri apabila melihat keadaan fizikal anjing-anjing tersebut yang separuh tengkorak dan sedikit berisi daging. " Agaknya kalau kena air liur mesti kena samak ni." Adam sempat mengelamun. Dua ekor anjing itu menghidu Adam dan mereka menunjukkan tidak berminat . Kemudian, dua ekor anjing itu terbau pula manusia yang lain dan segera menuju ke arah lif. Michael segera menekan butang pintu lif dan lif tertutup kembali. Kedengaran bunyi anjing menyalak di hadapan pintu lif. " Michael ,dua budak tu masih di luar? " Will terkejut dan mahu membuka pintu lif namun Michael menggelengkan kepalanya menandakan tidak bersetuju. " Kalian dengar bukan, tiada bunyi budak-budak itu diserang? Tadi saya lihat dua ekor anjing zombi tu hanya merenung si abang dan menghiraukannya lalu segera datang ke arah kita
. " Michael memberitahu dengan kagum.
Jack menjerit ke arah dua beradik di luar. " Adam dan Danial. Boleh tengok di sekeliling kalian ada barang apa-apa?" Dua beradik itu melihat sekeliling . " Umm , ada mayat zombi, sebuah kain besar yang menutupi sebuah alamari rasanya , longgokan kotak kosong dan beberapa bilik tertutup. Ada bilik tangga di sebelah lif juga. Adam menjerit. " Ok , Adam cuba gerak perlahan-lahan ke arah kain yang menutupi almari. Cuba tarik boleh ambik tak?. " Jack memberitahu. Adam pun menuruti sambil memeluk erat Danial, kedua-dua mereka berjaya menarik kain besar itu jatuh. " Dah" Danial pula menjerit. Jack dan yang lain bersedia dengan senjata masing-masing dan Michael membuka pintu lif. Dua ekor anjing yang menunggu dengan sabar segera menerpa masuk ke dalam lif. Seekor anjing menerpa Michael lalu Michael melompat ke badan anjing itu dan menghempap anjing tersebut. Will merangkul leher anjing itu dan Hakim juga menekan kepala anjing itu menggunakan periuk memasak yang dibawanya menghalang muka anjing itu dari mengigit tangan Will. Jack pula menendang anjing yang kedua namun tersasar dan Jill menghumbankan dirinya memeluk anjing tersebut sambil Jack terus merangkul juga leher anjing itu. Danial yang mengerti apa perlu dibuat segera menarik kain besar itu dan dibawa ke arah rakan-rakan lain yang sedang bergelut di dalam lif. Jack membawa anjing yang ditahannya itu mendekati anjing yang sedang ditahan oleh Michael. Lalu Hakim dan dua beradik menutup kesemua badan dua ekor anjing berserta mereka yang sedang menahan anjing itu. " Sekarang Adam tembak badan anjing-anjing ni melalui atas kain. " Jack mengarahkan. Hakim dan Danial membantu merasai badan anjing-anjing itu dan Adam menembak setiap anjing tiga das tembakan. Dua ekor anjing itu rebah dan mereka yang menahan badan anjing tersebut mengeluh lega ,segera keluar daripada bawah lindungan kain besar itu lalu membalut dua badan anjing tersebut sebagai langkah berjaga-jaga jika anjing itu terbangun sekali lagi.
Mereka beredar dan menjumpai bilik yang disebutkan oleh Michael namun bilik itu berkunci. Michael mengetuk pintu namun tiada respon lalu dia mengambil batang besi yang dipegang oleh Jack dan merosakkan kotak RFID pada tombol pintu. Kemudian Will yang hilang dalam sepuluh minit memberikan Michael sebuah crowbar yang dijumpai di dalam bilik loker pekerja. Jack mengambil dan mengumpil pintu bilik pejabat kecil lalu pintu terbuka. Adam dan Danial yang gembira segera masuk ke dalam pejabat itu dan terlihat bapa mereka sedang duduk di atas kerusi membelakangi mereka dan menatap ke arah dinding . Danial memeluk Yusuf pada belakang badan dan Adam menyelinap ke hadapan Yusuf dan sambil menangis kedua-duanya menangis memanggil bapa mereka. Yusuf yang sedar membuka mata dan menyedari kehadiran dua anak lelakinya dan mahu memeluk Adam yang berasa di hadapan dan Danial yang juga memeluk belakang badannya. Yusuf senyum dan memeluk Adam dan tiba-tiba dia mengigit leher Adam sambil Adam menjerit kesakitan. Adam meronta-ronta bagi mahu melepaskan genggaman dan gigitan daripada bapanya namun gagal. Danial yang terkejut segera menolak badan Yusuf dengan sekuat hati menyebabkan kerusi itu terjatuh ke bawah. Danial menumbuk muka bapanya dan sekaligus Adam dapat melepaskan diri dan menjauhi Yusuf dan segera berlari ke arah ahli dewasa dan remaja yang tergamam melihat situasi tersebut. Adam menahan Luka pada leher sambil menangis dan Danial yang kalut mengambil baju di atas meja dan membalut luka leher Adam dengan cemas. Hakim melihat Yusuf mahu menerkam dua- beradik itu lalu dia menahan Yusuf sambil dibantu oleh Jack,Jill dan Will. Michael melihat Yusuf dan terkejut apabila mendapati bahawa separuh mata Yusuf diselubungi oleh warna hitam dan badan Yusuf yang kebiruan. Yusuf yang meronta-ronta mula terhenti apabila terdengar suara tangisan anak sulungnya dan melihat kedua-dua anak lelakinya memandang Yusuf dengan sayu. Yusuf terduduk dan terasa darah Adam yang masih berbaki di dalam mulutnya dan tanpa sedar menelan darah itu. Tiba-tiba Yusuf berasa segar dan badannya mula mendapati kehangatan seperti sedia Kala dan matanya berubah ke putih kembali. " Adam ,papa minta maaf. " Yusuf menangis dan menjauhkan dirinya daripada kumpulan itu.
Share this novel