Syalina menuruni tangga puaka. "nasib tak ada Mamat Mamat tak guna kat sini" Syalina menarik nafas lega. kebiasaan nya tangga puaka dipenuhi pelajar lelaki tingkatan 5 yang nakal dan tahu nak mengusik sahaja. "ina!" panggil satu suara. 'Alamak baru nak lega bala mana datang ni'. Syalina menoleh belakang. "ha kau nak apa?" Syalina menjeling. "tunggu kejap. aku nak bagi surat ni." Aiman mengejar Syalina. "esok esok boleh bagi. aku dah lewat ni" Syalina mempercepatkan langkah nya. Aiman menarik beg sekolah Syalina. "jangan lah tarik" marah syalina. "dah sape suruh kau tak berhenti. ni senior kasi kau surat cinta" aiman menghulur sampul surat kecil berwarna kuning cair. "sape bagi?" soal Syalina. "baca lah, nanti kau tahu. yang pasti bukan dari aku, aku posmen je" Syalina mengambil surat tersebut dan berlalu pergi. dia menaiki tangga menuju ke kelasnya. sebelum sampai di kelasnya dia mencampak surat tersebut didalam tong sampah hitam di luar kelasnya. ada mata memerhati kelakuan nya.
"Syalina buang surat aku. dia baca pun tidak weh" rungut iman kepada aiman. "kau lek je man. biasalah perempuan mula mula jual mahal sikit. lagipun dia baru je masuk sekolah kita. so dia tak kenal kau lagi" Aiman menenangkan perasaan rakanya yang berkecamuk.
****************************************************
Syalina
"cikgu tak ada harini. semua mesyuarat." laung aizat ketua kelas 4pke2. semua bersorak. time macam ni la peluang nak lepak, merayau dan berdating. "sya!" amir memanggil aku. aku menoleh ke arah Amir. "ha kenapa?" soalku malas. "tu ada senior nak jumpa kau kat tangga" aku membuat muka pelik. "perempuan? " tanyaku. "lelaki" jawab Amir ringkas. "kau pergila kang diorg belasah aku cakap aku tak bagitahu kau" Amir mendesak. "taknaklah aku" aku membantah. " please la sya. kang aku kena pukul. kau tak kesian ke kat aku?" Amir memaparkan rekasi sedihnya. apehal pulak kau nak kena belasah kalau aku tak nak jumpa. pelik pelik je jantan ni. aku bangun. "ha kat mna tdi?" tanyaku. "tangga tu je ha" amir menunding jari ke arah tangga yang nampak melalui tingkap.
"sape nak jumpa aku?" aku bertanya ke arah sekumpulan pelajar senior lelaki. "aku" ish Mamat ni pehal nak jumpa aku. pasal aku tumpahkan air kat baju dia ke ha. mati aku. aku teringat balik kejadian aku tumpahkan minuman kt baju dia. tak sengaja weh serious tak sengaja . kau pun satu lalu situ pehal. seranah aku dalam hati. "kau tumpah kan air kat baju aku. pastu kau buat muka tak bersalah sekarang" marah laki tak guna tu. " aku dah mintak maaf kan" soalku. "tak cukup." Aku menjeling tajam. "dah tu kau nak aku buat apa?" soal aku. "bagi no telefon kau" lelaki tu bersuara. "ish kau ni buang tebiat ke apa. sukahati kau je. lantaklah kau tu yang penting aku dah mintak maaf kan. kau nak maafkan atau tak tu kau punya pasal. aku blah dulu. Assalamualaikum" aku berlalu meninggalkan tempat puaka niyang rapik tu. yela sebab diorang ada situ. "Syalina!" panggil suara tu lagi. aku jalan buat bodoh sudah. peduli pulak aku. muka je handsome tapi perangai macam kera.
"asal hazwan panggil kau?" soal azlina rakan sekelas aku. "hazwan mana?" soal aku. "eh. kau tak kenal hazwan? yang panggil kau tadi. senior tu. dia pelajar paling popular kat sini." jawab azlina terkejut kerana aku tak mengenali hazwan. " penting ke kenal dia? lebih baik takpayah kenal kera macam tu" aku bersuara. geram dengan perangai apa entah nama lelaki tu, haiwan? hazwan? ahh apa apa je lah. azlina menggeleng kepala. "kau jaga sikit lepasni mesti kau kena kacau teruk dengan geng diorang. trust me" azlina mengenyit mata. hai bala apa la harini. nak ramaikan kawan musuh pulak datang. lantaklah. kisah pulak aku dia nak bermusuh ke apa. yang penting aku tak kacau orang.
Share this novel