BAB 12

Mystery & Detective Completed 973

Setahun kemudian.

Peristiwa kematian dua orang gadis di apartmen tersebut tidak
lah tersebar dengan meluas, bahkan tidak mendapat sebarang liputan
media. Hanya penghuni blok tersebut dan segelintir orang berdekatan yang
tahu dengan peristiwa hitam itu. Itu pun hanya tahu berita secara dasar,
tanpa perincian. Memang lumrah mereka, menjaga kain masing-masing perlu
diutamakan. Satu peristiwa hitam yang dikatakan seorang gadis dan
seorang separuh gadis yakni pengkid saling berbunuhan. Masing-masing
berlumuran dengan darah hasil tikaman.

#Cerita 1. Ada yang mengatakan
pengkid itu dibunuh gadis itu, dan kemudian dia membunuh dirinya
sendiri.

#Cerita 2. Ada juga yang mengatakan kedua-kedua mereka telah
dirasuk untuk membunuh sesama sendiri oleh makhluk yang sekian lama
menghuni rumah tersebu.

#Cerita 3. Dan yang terakhir, ada yang
mengatakan mereka berdua dibunuh secara terus oleh makhluk yang menghuni rumah tersebut

Tetapi tiada siapa peduli. Masing-masing meneruskan kehidupan
seharian mereka. Hanya sekejap sahaja riuhnya.

Nun jauh di utara, di satu pekan di kawasan luar bandar,
terdengar jeritan seorang gadis. Jeritan terkinja-kinja kegembiraan.
Mana tidaknya, gadis itu masih lagi bergelar pelajar, dan akan
menjalankan latihan industri di Subang Jaya tidak lama lagi. Sudah
hampir berputus asa, gadis itu gembira dan bersyukur ya amat dengan satu
iklan bilik sewa, yang agak murah. Tambahan, tempat latihan industrinya
hanya dalam jarak perjalanan kaki dari apartment tersebut. Tangannya
lincah menaip sesuatu, menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi
Whatsapp:

-Okay sis! Saya confirm sewa terus bilik tu ye-

-Baiklah. Tahukan alamat apartment di mana?-

-Tak apa sis. Saya boleh pakai Waze je-

-Ok. Saya jarang ada di rumah. Tapi tak apa. Kalau saya tiada,
kunci rumah saya akan tinggalkan di bawah pelapik pasu bunga depan
rumah. Sewa rumah dengan deposit boleh masukkan dalam sampul, selitkan
bawah pintu bilik saya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience