BAB 9

Family Completed 1384

Abang Allyssa mengangguk lalu mengikut ayahnya untuk keluar daripada rumah. Ibunya pula sudah memeluk tubuh. Menggigil seluruh tubuh ibunya.

Allyssa berlari ke arah abangnya dan memeluk lengan abangnya itu. “Bagi Allyssa ikut sekali! Bolehlah abang!”

Khalid hanya menepis pelukan daripada Allyssa. “Jangan masuk campur. Bahaya! Kau kecil lagi!”

Muka Allyssa mula berubah. Tidak pernah-pernah abangnya itu menengking dia seperti itu. Mengapa abang tidak seperti dulu? Apakah salah Allyssa ? Mata Allyssa bergenang.

Ibunya segera mendakap Allyssa. Dia tidak mahu Allyssa keluar daripada rumah. Macam-macam boleh berlaku apabila mereka menjejakkan kaki ke luar rumah. Tanpa didiuga, Allyssa berlari ke arah pintu. Dia degil! Dia mahu juga menyertai ayah dan abangnya.

Allyssa kaku seperti patung. Terbeliak matanya apabila melihat dua orang manusia yang entah dari mana-mana. Pakaiannya berwarna hijau. Siap menutup muka lagi. Siapakah mereka? Malah mereka memegang senapang yang panjang! Apa yang sedang berlaku di sini?

Allyssa selamba keluar dari rumah dan pergi mendekati dua orang yang berpakaian pelik tadi. Dia mahu melihat dengan lebih dekat. Tidak pernah pula dia melihat orang sebegini berada di sini. Kerut-kerut dahinya apabila melihat mereka berdua.

“Allyssa ! Jangan dekat!” Jerit seseorang yang suaranya seperti ayah.

Allyssa mengendahkan sahaja jeritan ayahnya. Lagi ayahnya tidak izinkan dia ke situ, selagi itu dia mahu ke sana. Rasa tercabar pula apabila ayahnya tidak membenarkan dia mendekati manusia berpakaian hijau.

Tubuh kecil Allyssa ditolak kuat. Jatuh dia ke atas tanah yang kering. “Abang kata jangan ikut! Duduk diam-diam!”

Lidah Allyssa kelu. Hatinya panas membara. Abangnya semakin kasar dengannya. Tengking-menengking malah menolaknya sehingga jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience