Bab 28

Romance Series 80702

MEREKA yang berada di situ hanya melihat kenderaan ambulans yang membawa Mak Eton pergi.

Nurjihan dan Pia masih tersedu-sedu menangis di dalam pelukan Hawa.

Matanya membengkak akibat terlalu banyak air mata yang mengalir. Kenapa pengakhiran emaknya seperti ini? Dia sangat terkilan. Kematian Mak Eton sangat tragis.

Seketika, beberapa anggota polis datang menghampiri Nurjihan.

"Cik, saya detektif Umarul dan beberapa kakitangan hospital dari unik forensik. Mayat akan di bedah siasat dan kami akan memaklumkan kemudian sebaik sahaja pihak hospital keluarkan keputusan. Kami minta untuk cik banyakkan bersabar."

Nurjihan mengganguk. "Terima kasih Tuan."

mereka mengangguk dan berlalu pergi.

"Jihan." Panggil seseorang.

Nurjihan menoleh melihat gerangan yang memanggilnya itu. Matanya berkaca kembali.

"Dr...mak...tskk ..tsk''

"Hey.. it's okay..Be strong..awak kuat..okay?" Pujuk Dr.Haider menepuk-nepuk perlahan bahu Nurjihan.

Nurjihan menangis kaku. Tidak di angguk malahan juga tidak menggeleng.

Dr.Haider bergegas ke mari setelah menerima panggilan dari Hawa. Tidak di sangka yang Mak Eton telah pergi. Baru semalam mereka berjumpa. Patutlah hatinya berasa tidak senang rupanya ada perkara yang terjadi pada Mak Eton.

"Hawa, saya nak cakap sekejap." Dr.Haider menggamit Hawa.

Hawa yang faham hanya menurut.

"Saya nak tanya. macam mana semua ni boleh terjadi?". Dr.Haider masih tidak tahu hal sebenar.

Hawa melepaskan nafas berat.

"Hmm, selepas Jihan dan Pia hantar saya balik, diorang jumpa mak Eton terbaring kat lantai ada kesan kelar dekat leher. Tapi masa tu Mak Eton masih bernafas. Dia bercakap jugak sikit. dalam 3 minit lepas tu Mak Eton dah tak tak ada."

Dr.Haider meraup rambutnya mendengarkan penjelasan Hawa.

"Allahuakbar..macam mana boleh kena kelar ni?".

"Tak pasti la Dr...tapi tingkap tepi balkoni tu selak dia tercabut. Macam ada orang pecah masuk dari situ."

Namun, Hawa tidak menceritakan tentang hal Tuan Syed Iqwal dan berapa orang pengawal peribadinya yang terlihat beredar dari kawasan penthouse itu beberapa minit sebelum Mak Eton meninggal. Megat Haider masih dalam urusan Tuan Syed dan Nurjihan.

"Dah bagi bukti semua pada polis? CCTV apa semua?" Tanya Dr.Haider.

"Dah, Rizal dan Jihan dan settlekan."

"Okay good. Buat masa sekarang awak bagi Jihan dan Pia tinggal di rumah awak ya. Saya risau kalau-kalau Mak Eton itu ada musuh dan Nurjihan pula menjadi sasaran seterusnya."

"Baiklah Dr."

BENJAMIN mengetuk pintu bilik Tuan Syed Iqwal lalu dia membuka pintu itu dan terlihat Tuan Syed Iqwal sedang ralit meneku sehelai kertas di atas meja kerjanya itu.

"Ben, kau tak ada jam ke? sekarang dah pukul 11.30 malam."
Ujar Tuan Syed Iqwal menegur Benjamin tentang peraturan privasinya.

Benjamin tegak berdiri satu meter di hadapan meja kerja Tuan Syed Iqwal. Lalu dia menunduk sedikit.

"Maaf Tuan Syed. Ada hal penting yang saya perlu bagitahu."

"Hal apa?".

"Ini tentang emak cik Nurjihan."

Tuan Syed Iqwal mendongak memandang Benjamin. Dia membetulkan posisi kedudukannya di atas kerusi itu.

"Okay teruskan."

"Mak Eton dah meninggal dunia." Kata Benjamin.

Tuan Syed Iqwal terbangun dari duduk.

"Bila?".

Tuan Syed Iqwal hairan bila baru beberapa jam yang lepas dia pulang dari berjumpa dengan wanita berusia itu.

"Tadi waktu jam 9 lebih.. Mati akibat di kelar."

Balasan dari Benjamin itu mengejutkannya. Itu adalah waktu di mana dia baru sahaja beredar dari situ. secepat itu?

"Tuan Syed !! tolong mak cik Tuan Syed!! mak cik merayu. Tuan Syed!!!."

Matanya di pejam. terimbau peristiwa tadi di mana terdengar suara mak Eton merayu-rayu memanggilnya.
Apa yang kau dah buat? soalnya pada diri sendiri.

Tuan Syed Iqwal memicit-micit ubun di kepalanya yang terasa nyeri.

KEESOKKAN malam hari. Mereka membuat sedikit bacaan yasin buat Mak Eton di rumah Hawa.

"Hawa, pergi tengokkan Jihan tu. Dari tadi dia tak nak makan tu. Takut masuk angin."
Kata Gayah ibunya kepada Hawa.

"Okay ibu. Kejap."

Hawa bangun dan berjalan ke arah ruang tamu di mana Nurjihan hanya bersandar lemah pada dinding. Lemah dirinya saat ini setelah kehilangan satu nyawa yang dia cuba untuk lindungi dan bahagiakan. Ibarat sayap yang patah sebelah menyebabkan dia tiada daya untuk terbang dengan sempurna.

"Jihan....makan jom. nanti perut kau masuk angin. Sikit pun jadi la. Aku suapkan ye?."
Hawa menyapu lembut lengan Nurjihan untuk memujuk gadis itu.

"Tak nak..nak mak aku."

Balas Nurjihan lemah menggeleng dalam pakaian serba serbi warna putih. Selendang putih yang di lilitkan di kepalanya menimbulkan kesan suram pada wajahnya dan matanya yang di penuhi lingkaran hitam akibat tidak tidur dan terus-terusan menangis.

Pia hanya melihat Nurjihan lalu di goyangkan tangannya sedikit untuk memujuk Nurjihan supaya makan.

Nurjihan memandang Pia sekilas lalu dia mengabaikan semula.

Tiba-tiba Nurjihan terbangun bila melihat beberapa orang tetamu yang tidak di undang itu masuk ke dalam rumah ini dan ingin menuju ke arahnya. Lalu dengan segera dia berjalan menghampiri mereka.

"Jihan awak okay?". Tegur Tuan Syed Iqwal yang cuba untuk menyentuh bahu Nurjihan namun di tepis laju oleh gadis itu.

Terkejut mereka yang melihat.

"Setelah apa yang kau buat semalam, berani kau datang sini lagi?"
Kata Nurjihan dengan suara yang mendatar namun kedengaran keras di telinga mereka.

Tuan Syed Iqwal terpana mendengarkan kata-kata dari Nurjihan.

"Jihan, awak cakap apa ni? saya tak faham. awak marahkan saya ke tak datang semalam? tak..saya memang pergi tapi awak dah tak ada di penthouse."
Tuan Syed Iqwal cuba menjernihkan situasi tegang di antara mereka itu.

Benjamin dan Syifa yang berada di belakang Tuan Syed Iqwal hanya terdiam memandang sesama sendiri.

"Kau jangan berlakon depan aku. Aku patut jauhkan diri dari kau sejak dari hari itu. Tergamak kau bunuh mak aku? Manusia jenis apa kau ni?!"
Marah Nurjihan kepada lelaki yang terkulat-kulat kehairanan di hadapannya itu.

Mendengarkan suara Nurjihan yang sedikit meninggi itu terus mereka yang lain mendekati Nurjihan dan menariknya ke belakang sedikit menjauh daripada Tuan Syed Iqwal bersama orang-orangnya.

"Jihan, sabar.. mengucap istigfar..jangan ikutkan perasaan." Hawa cuba memujuk lagi.

"Dia...dia ni la yang bunuh mak aku. Aku nampak dia malam tu."

Tuan Syed Iqwal hanya terdiam. Terkejut bukan kepalang bila dia di tengking sebegitu oleh Nurjihan. Gadis itu berubah. Bukan seperti yang pernah ada dengannya.

"kau memang kejam ! binatang !. Kenapa diam? mana suara kau ?!. kenapa kau jadikan mak aku mangsa kau?!!!"

Benjamin terus ke hadapan menghadang Tuan Syed Iqwal dari terus menjadi mangsa amukkan Nurjihan yang memukul dada lelaki itu.

Tuan Syed Iqwal hanya membiarkan perlakuan Nurjihan itu, seperti merelakan.

"Cukup Cik Nurjihan ! Cukup hina Tuan Syed." Tengkingan Benjamin itu mendiamkan semua yang ada di situ.

Belari Rizal memintas Nurjihan. kini dia berhadapan dengan Benjamin. Di tatap mata itu penuh kebencian.

"Saya minta dengan cara baik untuk Tuan Syed dan yang lain keluar dari rumah ni. Kedatangan korang tak di alu-alukan."
Terus sahaja tangannya Rizal menunjukkan arah pintu keluar kepada mereka.

Benjamin diam dan memandang Tuan Syed Iqwal di belakang dan cuba menarik lelaki itu ikut beredar bersamanya. Mata Syifa redup memandang Tuan Syed Iqwal dan Nurjihan bersilih ganti.

"Mari Tuan Syed. Jom kita balik". Kata Benjamin bersama Syifa yang menarik lembut tangan Tuan Syed Iqwal.

Tuan Syed Iqwal enggan melangkah. Matanya tidak lepas dari menatap Nurjihan yang memeluk tubuh berpaling wajah tidak mahu memandangnya.

Benjamin termati langkah apabila Tuan Syed tidak bergerak. Di pandang semula ke arah lelaki itu.

"Jom". Ajak Benjamin sekali lagi.

Tuan Syed masih kaku dan degil untuk melangkah.

"Jihan, pandang saya...saya tak berniat nak buat mak awak macam tu..kalaulah...."

"Tuan Syed ! kita kena pergi sekarang sebelum Megat Haider sampai."
Kali ni Benjamin berkata dengan nada yang sedikit keras. Kuat tangannya menarik lengan Tuan Syed sehingga lelaki itu akur untuk beredar dari situ.

Nurjihan menahan amarahnya yang meluap-luap saat ini. Jika tidak di kenangkan bahawa mereka berada di majlis bacaan yasin ini sudah pasti dia sendiri yang akan mengerjakan Tuan Syed itu separuh mati.

"Jihan, kau kena makan. Bagi ada tenaga. Jangan degil." Pesan Rizal sebelum berlalu dari situ.

"Ish...nak apa lagi laa dia tu". Gumam Hawa sediri melihat kereta mewah milik Tuan Syed yang beredar keluar dari kawasan rumahnya itu.

"Assalamualaikum.. sorry saya lambat sangat ke datang ni?".
Dr.Haider menghampiri Rizal dan bersalaman dengannya.

Rizal terkejut. Hampir sahaja tadi.. mujurlah Tuan Syed cepat beredar sebelum kedatangan pensyarah mereka itu.

"Waalaikumsalam Dr..eh tak..tak lambat pun. jom masuk." Ajak Rizal.

Dari kejauhan Dr.Haider memandang Nurjihan yang sedang termenung. Jatuh kasihan dia melihat gadis itu. Dahulunya ceria dan tidak terbayang wajah sedih itu di hadapan matanya kini.

Dia terbayang semula perjumpaannya bersama Mak Eton dua hari yang lepas.

***

KEDAI MAKAN SITI RAHMAH

Laju langkahnya di hayun menuju ke arah kedai makan itu dan melihat mak Eton yang sudah berada di meja hujung sana menunggu kehadiran dia.

"Maaf mak cik...kelas saya habis lambat tadi." Kata Dr.Haider kepada Mak Eton.

Wajah tua itu menggeleng perlahan dan tersenyum.

"Tak apa Dr. mak cik yang datang awal."

Kunci kereta di letakkan di atas meja.

"Ada hal apa yang mak cik nak bincang dengan saya ni?" Dr.Haider tersenyum sambil menggamit pelayan kedai ingin membuat pesanan minuman.

"Dr...maaf kalau mak cik susahkan Dr. untuk datang sini. Mak cik cuma nak tanya.. Jihan belajar okay ke? dia malas tak? ada buat perangai ke?".
Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut mak Eton itu.

Dr.Haider tergelak kecil.

"Jihan tu rajin mak cik. Dia tak ada masalah apa pun dalam pelajaran mahupun disiplin. Dia pelajar yang cemerlang dalam kelas. Mak cik jangan risau."

Mak Eton menghembuskan nafas lega.

"Alhamdulillah, Dr...mak cik rasa tak sedap hati sangat semenjak dua menjak ni. Mak cik risau sangat pasal Jihan...Pia pun sama."

Kedua-dua tangannya di gengamkan dan di gesel sesama sendiri. Mak Eton seperti kegelisahan.

Melihatkan riak kurang selesa dari wajah Mak Eton itu..Dr.Haider menjadi bertambah hairan.

"Mak cik... kenapa ni? macam ada yang tak kena je?"

Tersentak Dr.Haider bila lengannya di genggam sedikit kuat oleh Mak Eton. Seperti ketakutan yang amat sangat.

"Dr..mak Cik minta tolong sangat-sangat dekat Dr... tolong tengok-tengokkan Jihan kalau terjadi apa-apa pada mak cik. Janji ya?". Pinta Mak Eton sepenuh hati.

"Ye..ye Mak cik saya janji..saya akan tengok-tengokkan Jihan. Mak cik jangan la cakap macam gini. Inshallah tak ada apa-apa yang berlalu..Jangan fikir sangat ye mak cik."

Mak Eton menggangguk. Hatinya sedikit lapang.

Dr.Haider berasa risau melihatkan keadaan Mak Eton di hadapannya ini. Moga Tuhan lindungi dia dari segala bahaya di luar sana.

"Dr?". Paggil Hawa.

Dr.Haider kembali sedar dari mengingati peristiwa lalu. Benarlah gerak hati orang tua-tua jika berasa sesuatu.

"Yes Hawa?".

Di liarkan matanya sekeliling ruang tamu itu tiada kelibat Nurjihan.

"Dr. termenung apa dari tadi ni sampaikan saya panggil pun Dr. tak dengar. Dr. cari Jihan ke?".

Dr. Haider mengganguk.

Hawa tersenyum.

"Jihan dah masuk tidur. Lemah sangat badan dia tu. Makan apa semua tak nak. Haih risau saya".

"Awak bagi kata-kata semangat yang banyak buat Jihan ye. Emosi dia tak stabil tu. Jaga dia takut buat benda bukan-bukan pula. Saya pun naik bimbang ni bila tengok keadaan dia tadi."

Hawa mengganguk. "Inshaallah Dr."

luluh hati mereka kasihan melihat keadaan Nurjihan yang akhirnya tidur bertemankan baju-baju peninggalan Mak Eton.

p/s: so...korang dah dapat hint sikit betul ke Mak Eton di bunuh oleh Tuan Syed?? sabar pelan2 kayuh heheh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience