12

Romance Completed 6186

aku duduk kehairanan. 'kenapa aku rasa lain macam ni.' aku memicit kepalaku yang tidak pening. mana tidaknya, aku tengking suami sendiri yang nak peluk isteri dia. nusyuznya aku! " Ya Allah, ampunilah dosaku." amir sejak tadi belum pulang kerana ditengking oleh ku. sejak akhir akhir ini, aku sering menjauhkan diri darinya. terasa lain jika berdekatan. namun rindu jika berjauhan. telefon ku capai.

"helo abang, baliklah" aku bernada merayu.

"ye abang balik. liya tunggu kat rumah, jangan oergi mana mana" nada suaranya serius. panggilan sayangnya hilang. marah sungguh dia. nasib baik dia balik. kalau tak, tak taula apa nak jadi.

deruman kereta di tingkat bawah kedengaran. aku turun dengan laju menyusuri tangga. terusku dapatkan amir dan ku peluk.

"abang, maafkan liya." aku sebak. berdosanya rasa. tiba tiba seseorang yang aku kenali keluar daripada kereta vios suamiku.

" urm , dia datang nak lepak dengan abang jer. liya kan tak suka rapat dengan abang." nadanya sinis. aku menunduk. tetapi kepala ku angkat lagi memandang ustaz zakir. tanpa ku sedari, mataku menjelingnya. bibirnya mengukirkan senyuman. bagai ada agenda tersembunyi. terus aku melangkah masuk kedalam.

"mir, kita bincang kat luar jer." pinta zakir sambil memeluk bahu amir.

"ah. jom lah." ajak amir

aku hanya memerhati mereka berbincang di luar rumah. ingin tahu tetapi malas untuk masuk campur. mungkin cerita mengenai kisah lama lama. maklumlah, zakir dan amir sudah berkawan sejak kecil lagi. aku berjalan dengan berhati hati membawa cawan diatas dulang. aku letakkan dengan cermat diatas meja mereka.

"jemputlah minum." aku mempelawa lalu duduk disebelah amir yang menghadap zakir. ku lihat mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. namun tidak ku hiraukan. kerana diakan ustaz, baca doa makan lah tu. aku berhusnuzon.

amir memandangku lama sebelum aku perasan. " kenapa tengok liya macam tu." aku memandang air dihadapan. tiba tiba dia berbisik dengan ku

"abang sayang liya" panas terasa diseluruh tubuhku. lalu aku bingkas bangun dan meminta izin untuk kedalam.

"zakir, apa kita nak buat?" amir bernada risau.

"kita tunggu effect dia, tapi aku takde pengalaman sangat dengan hal ni. aku mintak tolong dengan ustaz Syarif. " amir mengangguk laju.

"terima kasih." ucap amir lalu dibalas dengan senyuman manis zakir.

badan ku terasa sakit sakit. aku duduk diatas sofa dan menyandar. berpeluh badanku. secara tiba tiba, jeritan ku terlepas dan gelap serta merta suasana.

terasa badanku berat. aku memandang sekeliling. seorang orang tua berada di bahagian atas kepala ku. manakala amir berada disisiku.

"kenapa ni bang?" tanya ku dengan suara serak. terasa kering tekak ku. "liya haus". sayu muka amir. dia mengucup tangan ku.

"lepasni kita minum ek. tunggu semua selesai ye sayang." jelasnya.

terasa badanku mengejang. "abang panaslah" aku mengeluh

"sabar sayang, sikit lagi." amir memalingkan wajahnya. tidak sanggup melihat aku tersiksa. dan sekali lagi, segalanya gelap.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

aku tersedar lalu ku lihat jam. 'dah pukul 9.36 malam.' aku mencari kelibat amir didalam bilik namun hampa. mungkin ada dibawah. badan ku sakit namun ku kuatkan kakiku untuk melangkah. "hausnya" itu yang mampu aku sebut.

aku menapak perlahan. dan aku terdengar perbualan ditingkat bawah. namun samar samar bunyinya. pening kepalaku tidak tertahan. aku mengukuhkan genggaman ku pada penghalang tepi pada tangga itu. takut terjatuh. akhirnya aku berjaya menapak hingga kebawah. lalu semua mata tertumpu pada aku. ada lima orang. semuanya lelaki. amir terus mendapatkan aku. dan memapah ku untuk duduk bersama mereka.

"ada apa ni?"aku bertanya. suaraku serak dan lemah. amir menghulurkan segelas air masak untuk ku. memahami bahawa aku haus.

mereka menceritakan semuanya. aku tersandar lemah 'ya Allah , kuatkan hambamu ini' . amjr memegang tanganku erat. ingin memberi semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience