Nabilla tersenyum melihat perutnya yang semakin membulat.Dia terbayang-bayang bagaimana agaknya dia menjadi ibu.Dia harap dia tidak bertukar menjadi seseorang yang garang.
"Baby?"panggil Iskandar."Ye sayang?"
"Dah siap?"
"Dah sayang,"Nabilla mengangguk.Sudah seminggu mereka menetap di rumah arwah mamanya.Kini sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.
Iskandar pergi mendekat ke arah isterinya.Dia memeluk Nabilla dari belakang lalu mencium belakang leher Nabilla.Nabilla menggeliat kegeliaan namun Iskandar masih meneruskan.
"Sayang?"
"Baby,you look so beautiful and cute,"kata Iskandar,mencium leher isterinya lagi.Nabilla tersenyum malu.Dia mendepankan dirinya memandang Iskandar lalu membetulkan sedikit kolar baju suaminya itu
"And you look angelic masterpiece,"Iskandar tersenyum lalu menunduk."No you are,"
"No its you,"
"No its.."
"Ehem,"Irdina dan Irwan membulatkan mata mereka sambil memandang mereka berdua.Masing-masing terdiam seketika.
"Kami tunggu kat depan naa,"Nabilla dan Iskandar mengangguk-angguk membuatkan Irdina dan Irwan pun pergi.Nabilla ketawa apabila melihat Iskandar dan begitu juga Iskandar.
"Pak uda nampak tak?"tanya Irdina,teruja.Irwan tersenyum dan mengangguk-angguk.
"Comelnya!Kan best kalau suami Irdina pun lagu tuu!"kata Irdina dan itu membuatkan Irwan mengecilkan matanya.
"Hang macam kak bell ka?"
"Eh,Irdina pun macam kak bell okay.Cuma tak cantik ja,"
"Tahu pun.HAHAHAHAH,"Irdina menjeling.
(beberapa jam kemudian)
Iskandar memperlahankan radio seraya melihat Nabilla yang terlena di sebelahnya.Dia menggosok matanya.Terasa seperti dimasuki habuk.Matanya pula terasa berat secara tiba-tiba.Dia cuba menekan brek kereta namun tidak berjaya.Entah mengapa dia merasakan angin yang laju masuk ke dalam keretanya."Baby?"suara itu yang keluar daripada mulutnya apabila matanya menjadi kabur.
Dia menarik nafasnya dalam-dalam.Darah ada di mana-mana.Lekas dia mengeluarkan dirinya dari kereta.Dia melihat lampu biru dan merah yang berada di depannya kini.Kakinya lemah lalu dia terjatuh.Dia menarik kaca yang berada di dahinya."Baby"panggilnya perlahan.Dia cuba untuk berdiri tetapi gagal.
"Baby,"kakinya mengengsot apabila dia mendapati bahawa terdapat sekujur tubuh yang terbaring di tepi jalan tar."Nabilla!"
"Sayang?"panggilan Nabilla membuatkan dia kembali ke alam nyata."Baby?"
"Iye sayang.Kenapa??"Iskandar menarik nafasnya dalam dan lekas dia memeluk gadis itu.Nabilla yang keliru itu terkejut dengan perilaku suaminya itu.
"Kenapa sayang?
"Sayang mimpi,"
"Herm,tulah.Baby suruh pergi mandi dulu,taknak.Degil,kata nanti lepas bangun nak mandi,itulah inilah.Kan dah mimpi bukan-bukan,"
Iskandar tersenyum mendengar bebelan Nabilla,seperti mendengar melodi di syurgawi.
"Lain kali basuh kaki dulu.Dengar tak?"
"Okay baby,"kata Iskandar.Nabilla menarik nafas dalam dan menggosok belakang badan suaminya untuk menenangkannya.
"I love you,"
"I love you too sayang,"
(beberapa minggu kemudian)
Nabilla memegang tangan Iskandar kuat.Dia mengeran kesakitan.Iskandar memandang Nabilla yang sedang menahan sakit itu.Sesekali dia mengelap peluh isterinya di dahi.
Dia sendiri pun takut.Entah mengapa dia juga dapat merasai kesakitan isterinya.Jika melihatnya sudah sakit apatah lagi berada dalam keadaannya?
"Sayang,sikit lagi,"Nabilla mengangguk.Dia mengetap giginya dan cuba mengeran lagi.Cuba dia menahan nafasya sedalam-dalam.Sakitnya bukan kepalang!
"Tarik nafas,hembus.Cuba lagi,"Nabilla melakukan apa yang dikatakan oleh Iskandar.Iskandar menggosok-gosok kepala isterinya.
"Sikit lagi puan,"kata doktor perempuan itu.Nabilla menarik nafasnya dan akhirnya terdengarlah bunyi bayi menangis esak.Iskandar terkejut.Jantungnya seakan-akan ingin berhenti.Mendengar bunyi esakan bayi dengan memandang wajah isteri,apa lagi yang dia perlukan.Matanya berair.Dia mencium dahi isterinya,lama.Air matanya jatuh berkali-kali.Dia sendiri tidak dapat menahan emosinya sendiri.
"Alhamdulillah lelaki,"kata doktor perempuan itu.Nabilla memejamkan matanya,merasai sentuhan bibir di dahinya.
"Alhamdulillah,"
(beberapa tahun kemudian)
Nabilla tersenyum memandang keluarga kecilnya.Iman Izwan bersama ayahnya,Iskandar sedang bermain air di perkarangan rumah.
"Jatuh satgi baru tahu,"kata Nabilla,ketawa.
"Mak,sinilah sekali.Main~"kata Izwan dan Nabilla ketawa lalu pergi ke arah mereka.
"Orang suruh siram pokok dia pergi mandi pula.."kata Nabilla,menutup pili air.
Tiba-tiba,badannya dipeluk dari belakang dan itu menyebabkan dia terkejut.
"Sayang!!"jeritnya apabila Iskandar memeluknya dan memusingkannya.
"Sayanggg!Habis basah baju baby,"kata Nabilla dan Iskandar ketawa.
"Apalah ayah ni..Kesian mak.."kata Izwan dan memeluk emaknya.Nabilla menjelir lidahnya ke arah Iskandar dan Iskandar tersenyum sinis.
"Buat anak lainlah..Taknak kawan dengan Izwan,"Izwan yang terkejut mendengar terus pergi ke arah Iskandar dan memeluknya.Nabilla membulatkan matanya memandang suaminya.Amendee...
"Taknak taknakk..Taknak anak.."Iskandar tersenyum dan mendukung anaknya.
"Tapi ayah rasa nak..Kalau ayah buat anak,nanti Izwan boleh main bola sepak dengan diorang..3 lawan 3,haaaa..."Nabilla mengerutkan dahinya dan menggeleng kepalanya.
Baru dia teringat bahawa suaminya ini adalah Iskandar,paksu angkatnya.Perangai nakalnya masih ada di sudut dirinya.
"Macam mana?"tanya Izwan."Pergi pujuk mak.Nanti mak mesti setuju.."
"Mak makk.."Izwan memeluk emaknya menyebabkan dia tidak dapat bergerak.Izwan pun cuba memujuk emaknya.Nabilla yang mendengar hanya memandang Iskandar yang menahan senyum nakalnya.
"Okayy..Izwan pergi masuk makan dulu..Ada ayam goreng dekat atas meja,"kata Nabilla,menunduk dan Izwan pun mengangguk lalu berlari masuk ke dalam rumah.
Apabila dia berdiri barulah dia perasan bahawa Iskandar berada di sebelahnya.Dia pun menampar perlahan dada suaminya.
"Ish sayang ni!Izwan tu baru 5 tahun!"kata Nabilla.Iskandar ketawa terbahak-bahak.
"Alaa takpek..Ini yang 5 bulan nii macam manaa,"kata Iskandar,menggosok-gosok perut Nabilla yang sudah lima bulan mengandungkan anak kedua mereka.Nabilla tersenyum manis dan memandang suaminya.Iskandar pun menarik pinggang Nabilla dekat dengannya.
"Uish,kita ada dekat luar ni,"kata Nabilla dan Iskandar mengangkat keningnya.
"So?"
"Uu,ready to take a risk?"merah pipi Iskandar apabila dipandang nakal oleh Nabilla.
"Why not?Maybe we can have a twin?"kata Iskandar sambil tersenyum malu dan itu membuatkan Nabilla ketawa.
"Thats not how it works.."kata Nabilla,ketawa dan itu menyebabkan Iskandar ketawa juga.Dia pun mencium pipi Nabilla lama dan itu membuatkan Nabilla terasa tenang.
"I love you,"kata Iskandar sambil memejamkan matanya.Sungguh hatinya terasa lega dan bersyukur.Inilah apa yang dia mahukan.Kehidupannya bersama orang yang dia cintai.
"I love you too sayang,"bisik Nabilla dan itu membuatkan Iskandar tersenyum malu.Mereka pun berjalan bersama-sama memasuki rumah mereka.Dengan kehadiran anak kedua,mereka berharap agar kehidupan mereka senantiasa bahagia.Melihat senyuman Izwan membuatkan mereka sedar ini adalah hasil percintaan mereka.Kehadiran cahaya mata ini membuatkan kehidupan mereka lengkap selengkapnya.
"Macam mana ayah boleh kenal mak?"Iskandar memandang Nabilla yang sedang memandangnya juga.Masing-masing menahan senyum.
"Ada banyak lagi yang Izwan tak tahu.Kadang-kadang,orang yang kita doakan tu akan jadi milik kita,tapi mungkin akan ambil masa yang lama,"kata Iskandar.
"Yang penting,jangan putus asa.Doa kepada Allah,and thats all.."Izwan mengangguk sambil memakan ayam goreng dengan lauk sayur itu.
Nabilla hanya tersenyum melihat Izwan menatap makanan itu.Terasa lega hatinya apabila segala perancangan yang disediakan Allah untuknya berubah menjadi baik-baik.
Share this novel