BAB 6

Mystery & Detective Completed 4732

Aku hanya berdiam diri sahaja dan hanya membaringkan diri di atas katil. Aku merasakkan ada sesuatu berat di sebelahku. Mesti mamat ni nak tidur kat sebelah aku lagi.

Aku terdengar lelaki tersebut memadam lampu di sebelahku dan dia terus memeluk erat tubuhku.

"Awak ni siapa ha? Cuba jujur dekat saya?" Soalku.

"Tak perlu tahu yang penting kau tahu yang aku ni adalah lelaki." Ujarnya. Hambar. Takkanlah perempuan pula.

"I love you so much. Aku bersyukur sebab dapat luangkan masa dengan engkau. Engkau adalah wanita yang paling cantik dalam tatapan aku." Ujarnya. Aku mula terdiam apabila terdengar dia meluahkan perasaan kepadaku.

"Maaf, saya tak boleh terima awak sebab hati saya untuk arwah suami saya seorang sahaja." Ujarku.

"Baguslah kalau macamtu, aku suka dengar kau cakap macamtu sebab walaupun suami kau dah meninggal macamana sekalipun kau tetap setia dengan suami kau." Ujarnya.

"Ehh..habistu takkanlah awak tak kecewa langsung sebab saya dah reject awak disebabkan arwah suami saya?" Ujarku.

"Kesetiaan kau pada arwah suami engkau adalah kesetiaan kau pada aku juga." Ujarnya.

"Awak merepek apa lagi ni? Setia pada arwah suami saya adalah setia kepada awak? Bullshit." Ujarku.

"Ya betul tu Fiona, cuma kau je yang tak tahu." Ujarnya. Aku mula mengarukan kepalaku yang tidak gatal. Memang sah lelaki ni dah sakit jiwa. Patutnya sekarang dia kena ada kat hospital sakit jiwa.

Lelaki tersebut terus menindih badanku dan aku mula terkesima dengan perbuatannya.

"Eh, awak buat apa ni?! Lepaskan saya!!!" Jeritku. Lelaki tersebut terus mencium leherku dengan lembut sekali dan mencium pada seluruh wajahku.

Dia juga turut membuka semua pakaianku. Lelaki ni dah kenapa?!! Kenapa dia memperlakukan aku seperti ini?

"Lepaskan saya!!!" Jeritku diabaikan malah dia meneruskan perbuatan terkutuknya. Tanpaku sedar badanku telah menjadi nafsu serakahnya tanpa rela. Dia meneruskan aktivitinya tanpa memikirkan keadaanku. Kau jahat!! Kau memang jahat!! Aku sangkakan kau adalah lelaki baik tetapi rupanya bertopengkan syaitan!! Kau layak dipanggil syaitan!!

Selepas beberapa jam, aku menangis dan menangis di dadanya. Dia memeluk tubuhku dengan erat sekali.

"Awak jahat..tsk..tsk..kenapa awak buat saya macam takde maruah...saya benci awak..tsk..tsk.." Ujarku lalu memukul pada tubuh lelaki yang sudah menjahanamkan tubuhku.

"Kau takkan menyesal selepas kau tahu siapa aku sebenarnya.." Bisik lelaki itu pada telinga Fiona. Fiona menguatkan lagi tangisannya.

****

Aku hanya mendiamkan diri di atas kerusi sambil menunggu lelaki tersebut untuk habis memasak. Semenjak peristiwa tersebut berlaku kepada aku, aku mula membenci sepenuh-penuhnya pada lelaki durjana tersebut. Kepalaku mula ligat memikirkan rancangan jahat. Aku mula berdiri dan cuba mencari-cari pisau di sekelilingku tanpa menyedarkan lelaki itu.

Aku menuju ke arah kabinet dan merasakan bahawa aku tersentuh sesuatu yang tajam di satu sudut yang tidak aku ketahui. Aku perlahan-lahan mencapai pisau tersebut dan menuju ke arah punca bunyi dimana dia sedang memasak. Apabila aku sudah menghampirinya, aku terus menghunuskan pisau tersebut dari arah belakangnya. Lelaki tersebut mula rebah dan menahan kesakitan yang sedang dialami olehnya.

Aku tersenyum puas setelah mendengar jeritannya. Matilah kau lelaki!!! Aku benci engkau!!!

"Sayang..." Ujar lelaki itu dengan perlahan.

"Abang nak u..ucapkan happy anniversary untuk per..perkahwinan kita dan janji dengan abang tolong ja..jaga diri baik-baik ya..." Katanya lalu suaranya tidak kedengaran lagi.

"Per..perkahwinan..kita?" Kataku perlahan dengan perasaan yang tidak menyenangkan.

"Ap..apa maksud dia ni?" Ujarku. Tanpaku sedar, aku sudah merebahkan diri di lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience