Pengenalan

Romance Completed 38258

Di luar makamah syariah,

Airien akhirnya berjaya mendapatkan apa yang dia tidak inginkan selama ini. 'Penceraian'. Sepanjang hidupnya, selagi dia mampu mengelak, dia akan mengelak untuk berpisah dari suaminya. Namun kali ini hatinya benar-benar sudah tiada rasa pada suaminya. Perasaannya menjadi tawar dengan perkahwinannya selama berbelas tahun atas dasar cinta suka sama suka. Dia kesal kerana terpaksa bertahan terlalu lama untuk membuat keputusan berpisah dengan suami atas alasan yang suaminya bakal berubah. Namun itu semua khayalan bila dia sentiasa disakiti bukan dari segi fizikal, tapi dari segi mental.

"Terima kasih sebab lepaskan i. I halalkan semuanya. I takkan tuntut satu sen pun dari you sebagai ucapan terima kasih lepaskan i".

"Kenapa sayang, you ada lelaki lain ke?".

"Perlu ke ulang soalan itu. Maaf I perlu pergi. Selamat tinggal".

Hanya itu yang mampu diluahkan setelah berbelas tahun perkahwinan dan beberapa bulan Airien mula tawar hati dan langsung tidak berbual dengan suaminya walaupun duduk bersama. Airien terus melangkah pergi tanpa berpaling. Dia tahu jika dia berpaling keputusan itu bakal berubah. Berbekalkan beg galas yang hanya mempunyai sepasang baju persalinan Airien singgah di tandas awam berdekatan menukar baju kurung ke pakaian yang lebih selesa.

Dia perlu bangun dan meneruskan sisa hidupnya yang selama ini terbuang begitu sahaja hingga dia lupa untuk hargai dirinya sendiri. Airien memilih untuk tidak pulang ke pangkuan keluarganya semula kerana tidak mahu menyusahkan kedua orang tuanya. Airien membawa diri ke sebelah utara dengan nekad untuk hapuskan luka itu walaupun dia tahu parutnya pasti tersisa di hatinya selamanya. Airien terus melangkah ke stesen Lrt dan membawa dirinya sehelai ke stesen bas. Dari raut wajahnya tenang dan masih mampu tersenyum pada penjual tiket bas itu. Namun Tuhan sahaja yang tahu hatinya menangis tanpa henti ketika ini. Destinasi pilihannya adalah sekali imbas dari pandangan matanya yang memandang papan menunjukkan destinasi bas. Tiket bas dipegang kemas dan turun ke bahagian bas bakal bertolak dalam masa setengah jam ke Gurun.

"Huh, wake up for life dude. You must strong.. jangan biarkan orang sia-siakan hidup kau seperti dulu.. Love your life now. Tak mati pun kau janda".

Bermulalah perjalanan dan kisah hidup baru Airien di sana sebagai orang baru dan cara baru sebaik bas yang dia naiki bergerak pergi meninggalkan terminal bas serta keluar dari Kuala Lumpur yang banyak kisah sedihnya.Malam pertama untuk Airien di Gurun Kedah. Hanya menggunakan pakcik google, dia menyusuri bandar itu dengan penuh yakin walaupun sebenarnya dia sangat takut bersendirian bila malam. Nasibnya baik, Airien berjaya mencari hotel murah di kawasan itu. Sebaik mendapat kunci bilik, Airien sempat mengeluh sebelum menaiki tangga sebanyak dua tingkat untuk sampai ke biliknya. Matanya mencari nombor biliknya dan dia terus membuka pintu bilik dengan perasaan yang penat. Penat melawan emosinya di depan semua orang. Sebaik tiba dia terus mengunci dan menghempaskan dirinya ke katil. Hatinya benar-benar sakit dan akhirnya dia tewas, Airien tidur bertemankan air mata di bilik hotel sendirian. Pagi itu dia tersedar dan dia lupa dia hanya ada sehelai baju kurung dan tudung sahaja dalam beg ketika masuk bilik ini malam tadi.

"Dude, kenapa kau boleh lupa kau tak bawa baju", menepuk kepalanya sambil tersenyum sendirian.

Airien terus mencuci muka, dan menyisir rambutnya menggunakan jari jemarinya dan terus keluar mencari barang keperluannya. Sempat dia bertanya kepada pekerja hotel itu tempat yang paling dekat kerana dia benar-benar malas untuk hari itu. Kakinya melangkah yakin dengan tak mandi masuk ke pasaraya di kawasan itu membeli barang keperluannya. Tiada siapa yang tahu perempuan yang berambut perang, berseluar dan jaket jeans belum mandi dengan gayanya yang bersahaja itu. Sebaik tiba di kaunter entah kenapa ringan pula mulut pekerja pasaraya itu menegurnya.

"Kak, baru mai sini ka?".

"Hm, ada kerja", hanya itu yang mampu dia balas soalan pekerja lelaki itu. Tiga langkah jauh dari kaunter itu sempat Airien merungut.

"Apa nampak sangat ke?, takkan dia perasan aku belum mandi.. huh..".

Airien terus ke kedai pakaian mencari baju yang sesuai untuk seminggu. Sebaik selesai dia terus berjalan pulang menuju ke hotel. Baru sampai di pintu hotel Airien terdengar pekerja hotel itu sedang berbual sesama mereka tentang kerja kosong.

"Dik, maaf jika akak menyampuk. Kat mana kerjanya yang korang sembang tadi?. Boleh akak tahu?".

"Ni kak, akak nak boleh pergi minta kat sana", menghulurkan kertas ke Airien.

Airien mengambilnya dan membaca ketika menaiki anak tangga. Dia terfikir ada elok juga dia kerja, dari duduk sini habiskan duit. Baginya bukan ada orang kenal dia di bandar ini. Tidak salah pun kerja ni. Janji halal di fikirannya. Keesokan hari, dia berjalan kaki menuju ke alamat yang ada di tangannya. Dia melangkah masuk ke pejabat itu dan menuju bahagian kaunter pertanyaan. Airien menarik nafas sebelum menegur pekerja berbaju kemeja putih itu.

"Maaf, boleh tanya. Dekat mana nak mohon kerja ni ya?", menyerahkan kertas ke lelaki itu.

"Oh, jom ikut saya", berbisik ke rakan sekerjanya dan terus membawa Airien ke bahagian yang sepatutnya.

Airien hanya mengikut langkah lelaki di depannya membawanya menaiki lif dan melalui ruang belakang hingga ke satu pintu lelaki itu berhenti.

"Cik tunggu, saya masuk dulu ya".

Airien hanya mengangguk dan menanti penuh sabar. Selang beberapa minit dia di panggil masuk. Airien lihat ada seorang perempuan yang agak cerah kulitnya bermata sepet merenungnya atas bawah.

"Nama siapa?".

"Airien".

"Airien saja?".

"Ya Airien sahaja", balasnya tenang.

"Umur berapa?. Asal mana?".

"32tahun, asal KL".

"Setahu saya kertas iklan ni hanya ada pada pekerja-pekerja hotel kawasan belakang sana. Awak kerja sana ke sebelum ni?".

Baru sahaja Airien mahu menjawab wanita itu senyum menghulurkan borang dan pen menyuruh dia mengisinya. Sementara mengisi borang, perempuan itu berbual panjang dengannya dan bertanya bila dia boleh mula kerja. Laju mulutnya menjawab bila-bila masa dia sedia. Sebaik selesai, dengan yakin dia menyerahkan borang itu semula.

"Just call me Cik Sha. Datang sini hari Rabu depan. Saya kira awal lulus dan boleh berkerja. Jangan lupa bawa dokumen yang saya minta tadi".

"Baik Cik Sha, terima kasih", balas Airien senyum girang.

Airien pulang dengan hati gembira kerana dia telah dapat pekerjaan. Dia mula nekad untuk hidup dengan cara baru dan segalnya baru sekelilingnya.

"Masa untuk bertukar...warghhh..ganasnya aku warghh... Susah bukan halangan lagi untuk aku terus hidup.", jeritnya sendirian berjalan menuju ke hotel.

**

Di hotel, Airien mengelamun teringat kisahnya seminggu selepas bercerai. Dia lari tinggal di rumah rakannya sebaik Martin melafaskan talak kepadanya sebelum buat pengesahan di makamah syariah. Janie sahaja yang rajin menemaninya keluar hilangkan tekanan yang melanda difikirannya.

"Janie, aku rindu kau.. rindu nak berbual dengan kau. Sikit sahaja lagi aku akan call kau semula untuk kongsi hidup aku yang serba baru disini", mengukir senyuman sendirian.

+++

“Kau yakin putus dengan Martin?”.

Airien hanya mengangguk sedang menghirup dalam masa sama cuba menghabiskan sup itu. Habis sahaja sup dia meratah tulang mencari isi yang masih ada di tulang itu.

“Kenapa?”.

"Kenapa apa. Kan aku dah kata, aku dah tawar. Kau tau apa maksud tawar tak?. Lagipun dia dah lafaskan pun".

Airien terus bangun mengemas pinggan plastik itu dan di bawa ke bahagian troli pekerja pengutip pinggan. Airien membuang pinggan  di situ dan mencuci tangan. Dia melangkah ke kiosk dan memesan sesuatu. Akhirnya ke meja makan semula duduk bersama rakan karibnya Janie.

"Maksud aku kenapa lama sangat baru nak cerai. Aku tahu kau jenis orang seperti apa Airien, beribu masalah yang kau simpan dalam tu walaupun dibibir kau terukir senyuman".

"Sudah, jangan tanya lagi, buat aku sakit hati saja nanti. Lepas selesai di makamah aku akan pergi dari sini. Nanti aku call kau bila aku dah sedia untuk jumpa kau".

"Hai, aku kawan baik kau pun kau buang?", nada terkejut merenung Airien.

"Bukan buang tapi simpan ikat tepi dulu. Nanti aku dah sedia aku call kau. Please bagi aku ruang dulu".

"Cepatlah makan, aku ingatkan kau dah habis, rupanya ada lagi?", marah Janie pada Airien sebaik kebab ayam jumbo muncul di meja mereka duduk.

Airien mengukir senyuman menampakkan gigi putihnya sebaik lihat rakannya memarahinya. Janie hanya mampu menggeleng bila Airien sudah nekad dengan keputusannya, Dia tahu Airien seorang perempuan yang boleh berdikari sendiri dengan gaya dan caranya tersendiri.

+++

**

Hari Rabu, hari pertama Airien memulakan perkerjaan baru di pejabat itu. Airien dengan yakin menaiki lif menuju ke tempat yang patut dia tuju. Sebaik tiba di pintu bilik, mata Airien dapat lihat tiga orang berdiri menunggu. Dia hanya memberi senyuman dan sedikit tunduk menyapa mereka.

Cik Sha keluar dari bilik dan memberi arahan kepada Airien dan yang lain agar meletakkan barang di dalam bilik ini sebaik tiba. Cik Sha membawa mereka ke stor simpanan barang-barang yang mereka akan gunakan. Di situ dia menunjukkan rakaman cctv dimana patut mereka melakukan tugas-tugas mereka. Airien di letakkan di aras7 dimana kawasan itu merupakan kawasan kerani senior yang sudah lebih lebih lima tahun berkerja.

"Aras 12 jangan sesekali naik melainkan saya yang arahkan jika kamu semua tidak mahu kehilangan pekerjaan. Faham".

Airien dan yang lain mengangguk faham. Cik Sha menyuruh mereka ikut pekerja lama dan belajar darinya apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan di sini. Airien mengikut seorang perempuan yang lebih tua darinya menuju ke aras 7. Perempuan itu menerangkan pada Airien serba sedikit tugas di aras itu.

"Maaf, lupa akak nak kenalkan diri. Airien boleh panggil kak Nor. Fahamkan tadi akak terangkan tadi".

"Faham kak, saya cuba", sedikit tunduk bila memandang kak Nor buat perempuan itu ketawa melihat telatah Airien.

"Tak payah malu dengan akak. Biasa saja, bila Airien segan lagi senang kena buli nanti. Satu akak pesan jangan layan mereka semu ni. Silap hari bulan Airien yang kena nanti".

"Maksud kak Nor?", sedikit terkejut mendengar.

"Nanti Airien tahu sendiri. Jom kita ke belakang bilik kita rehat".

Airien sekadar mengangguk dan mengikut kak Nor. Airien sempat menjeling ada yang memerhatikannya.Mungkin mereka tahu Airien pekerja baru.

**

Percaya atau tidak Airien sendiri tidak menyangka sudah dua minggu berkerja di pejabat itu. Semua pekerja di aras itu senang dengan Airien, mana tidaknya cara Airien berbeza dengan pembantu am yang sebelumnya. Di bahagian dapur Airien akan sediakan nasi lemak seringgit cukup untuk mereka yang berkerja di aras itu. Setiap pagi Airien menjadi pelanggan pertama makcik di depan hotel hingga makcik itu sudah siap asingkan untuk Airien bila Airien muncul.

"Hi Airien, ada nasi lemak tak pagi ni", sapa salah seorang dari mereka yang baru masuk pejabat.

"Ada kat dapur", balasnya sambil mengelap cermin.

"Hoi, Airien.. awat dari dulu hang tak kerja sini. Selalu kami lapaq kena bawa bekal sendiri. Sekarang ada hang, Chek tak payah susah-susah nak cari makanan pagi".

"Rezeki kongsi la, tapi saya beli atas arahan korang tau. Bukan Airien belanja", balas Airien bersahaja.

"Set.. no hal la hak tu. Kami semua on saja. Janji ada habuan breakfast", balas yang lain.

Airien senyum sendirian, dia tidak perasan ada orang yang memerhatikan gerak gerinya sejak dia berkerja di situ. Begitulah kerja Airien sebagai pembantu am pejabat. Kerja yang benar-benar lari dari bidangnya. Namun dia gembira dengan kerja barunya. Walaupun masuk awal, dia boleh pulang awal sebelum pekerja pejabat itu pulang.

Panas petang buat Airien termenung sebelum berjalan. Rambutnya yang bersanggul dari awal pagi di buka dan dikiraikan agar rambutnya boleh bernafas. Dia menarik nafas panjang sebelum menekup kepalanya dengan beg kainnya. Dia berjalan dengan senang hati balik ke hotel. Sebelum naik ke bilik, Airien akan pastikan dia perlu membeli makanan untuk makan malam dan beberapa kudapan. Cukup malas baginya untuk keluar dari bilik itu setelah masuk. Mungkin kerana dia terpaksa mendaki anak tangga yang banyak untuk turun naik.

**

Di rumah kediaman Tengku Mikael, Lutfi menghabiskan masa dan hidupnya dengan termenung hingga buatkan Tengku Mikael yang baru pulang kerja jadi rimas dengan sikap anaknya.

"Mati dah ke anak yang nama Lutfi ni. Mengalahkan perempuan kena cerai".

"Abang kenapa kata anak kita macam tu. Biarlah dia", balas Puan Nancy sambil hidangkan air untuk suaminya yang baru pulang dari kerja.

Tengku Mikael bangun menghampiri anaknya yang masih termenung di laman rumah dan menepuk meja dengan kuat buatkan Lutfi tersentak.

"Abah".

"Cukup Lutfi, dah sebulan kau duduk termenung seperti ni. Jangan di kenang lagi perempuan tu. Perempuan seperti dia tak payah nak Lutfi kenang sampai diri sendiri pun tak terurus".

Lutfi diam tanpa jawapan tunduk.

"Esok start masuk pejabat, jika tak masuk esok segala syer kamu akan abah tukar pada nama adik kamu".

"Eh, mana boleh?", terus bangun memandang ayah yang jelas marah dengan Lutfi.

"Hah, tahu tak nak. Dah tu duduk rumah sebulan macam orang dalam pantang kenapa?. Kalahkan mak kau pula. Mak kau pun tak reti la duduk rumah lama-lama. Ada saja nak di belinya janji dia keluar. Eh, budak ni aku tangankan juga nanti", mengacah untuk menampar anaknya.

"Ya ya.. nanti Lutfi masuk pejabat semula".

"Bukan nanti, esok", sekali lagi menepuk meja sengaja mengejutkan anaknya.

"Ya esok, baik".

"Bagus. Abah tak kisahlah hilang menantu jahat tu. Nanti abah carikan lagi elok dari pilihan Lutfi tu", terus meninggalkan Lutfi dan masuk mendapatkan isterinya yang sudah siap hidangkan minuman petang untuknya.

Lutfi mengeluh panjang bila dengar keputusan abah. Apa dia nak buat, pejabat itu banyak kenangan dia bersama bekas isterinya dulu. Jiwanya benar-benar kosong lepas apa yang berlaku sebulan lalu. Apakan daya dia terpaksa menurut kehendak abah. Lutfi terus masuk dan menuju ke bilik dan pada masa sama Tengku Mikael memandangnya seperti mahu telan anaknya.

"Abang, sudah la. Pandailah dia nanti".

"Pandai, pandai awak kata. Sebulan duduk rumah pandai. ikutkan hati lama dah tibai".

"Amboi pandai dah guna perkataan tibai", usik Puan Nancy.

"Pandailah, ke nak abang ligan awak?".

"Hisyh abang ni kesitu pula perginya", sedikit mengeluh dan tersenyum bila di usik suaminya.

**

Keesokan hari, Lutfi bangun dan bersiap seperti sebelumnya. Dia mengalami kemurungan yang melampau sejak berpisah dengan bekas isterinya. Kebanyakkan baju kemeja di almari itu penuh kenangan dia di pejabat bersama isterinya.

"Rina Rina... kau buat hidup aku kosong sebaik aku ceraikan kau. Kenapa kau kejam sangat", rungutnya mencapai sehelai dan disarungkan ke badannya.

Entah kenapa saat dia bersiap, Lutfi nekad mulai hari itu dia cuba jadi lain dari sifat sebenarnya. Lutfi memilih untuk menjadi lelaki yang pendiam.

"Ya betul, mulai harini aku akan jadi Lutfi yang berbeza. Hanya Lutfi tiada yang lain. Disebabkan aku sudah duda pasti ada sahaja perempuan yang mengedik dengan aku sama seperti Rina dulu bila tahu aku anak Tengku Mikael manjanya lembutnya mengalahkan apa entah. Lembut gigi dari lidah, bila sudah puas kaut harta aku kau cari jantan lain lagi kaya dari aku kononnya. Dari aku sakit kali kedua baik aku jadi pendiam. Move Lutfi... Jangan bagi muka pada semua perempuan di luar sana".

Rambutnya disisir rapi dan sedikit senyuman diberikan kepada diri sendiri untuk memulakan hari barunya. Lutfi keluar dari bilik terus menuju ke meja makan menyertai keluarganya sarapan pagi bersama.

"Satu wow untuk abang Lutfi. Akhirnya bangkit semula selepas sekian lama bertapa", usik adiknya mengukir sedikit senyuman sinis.

"Banyak wow kau dik, itu pun kena ugut dengan abah", balas Tengku Mikael menjeling ke arah Lutfi yang baru duduk.

Lutfi diam tiada kata. Malas dia nak menjawab. Ada betul juga kata abah, jika dia tidak kena ugut rasanya masa ni dia tengah berlengkar atas katil.

"Dua-dua harini naik dengan abah".

''Tapi abah adik ada meeting luar".

"Habis kereta pejabat tu buat apa?, hiasan kat pejabat tu. Sudah jangan bantah. Ikut arahan".

Kedua-dua anaknya mengangguk patuh dengan arahan abahnya. Selesai makan mereka tiga beranak terus bergegas ke pejabat. Sepanjang perjalanan Tengku Mikael menegur cara kerja Lutfi dan adiknya. Hanya suara dia sahaja dalam perjalanan hingga tiba di depan pejabat.

**

new baby Tawar Kosong. ;)

Share this novel

cahaya Ilham Arshad
2023-04-30 15:13:31 

best..novelnya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience