Bab 9 : Pelik

Horror & Thriller Completed 71148

Syafiq mula bangkit perlahan dari katilnya. Dengan perlahan dia cuba mengikuti jejak Alif ke luar bilik mereka. Diputarkan tombol pintu bilik mereka itu lalu Syafiq membuka daun pintu bilik mereka itu dengan berhati-hati.

Dijengahkan kepalanya ke luar bilik untuk melihat ke mana Alif pergi. Dari kejauhan kelihatan kelibat Alif berjalan perlahan menuju ke tangga blok mereka.

Syafiq menyarungkan seliparnya lalu menutup perlahan pintu bilik mereka. Dikuncinya pintu itu, lalu dia mula berjalan perlahan mengikut jejak Alif yang tidak tahu kemana tujuannya.

Langkah Alif semakin laju. Syafiq yang mengikut jejaknya dari jauh turut mempercepatkan langkahnya. Namun langkahnya penuh dengan berhati-hati, risau Alif menyedari kehadirannya sekali.

Setibanya Alif di tangga blok, dia berhenti. Syafiq yang berjalan laju terkejut. Dengan sepantas kilat dia bersembunyi di balik dinding di laluan koridor itu. Jantungnya berdegup laju, risau Alif terlihat dirinya.

"Kemana lah kau nak pergi ni Alif." Monolog Syafiq di dalam hatinya.

Lalu sekali lagi Syafiq menjengahkan kepalanya untuk melihat keberadaan Alif. Dia sedikit terkejut kerana Alif sudah tidak ada di situ. Lalu Syafiq pun berjalan perlahan menuju ke tempat dia melihat Alif sebentar tadi.

Syafiq buntu, tidak tahu sama ada Alif menuruni tangga ataupun berjalan ke koridor sebelah sana. Dia melihat ke kiri dan kanan. Suasana yang sedikit gelap mengaburkan penglihatannya.

"Kau cari siapa Syafiq?" Tiba-tiba kedengaran suara Alif dari belakang nya.

Syafiq betul-betul terkejut waktu itu. Dia hampir sahaja terjatuh ke tangga. Selamat dia sempat mencapai penghadang di kiri tangga itu. Diusapnya dadanya perlahan. Masih terkejut dengan kehadiran Alif yang tiba-tiba berada di belakangnya.

"Subhanallahhh. Alif. Selamat aku tak terjatuh tadi wei." Kata Syafiq yang masih mengusap dadanya perlahan.

"Aku tanya, kau cari siapa tengah malam buta ni." Tanya Alif dengan nada yang sedikit serius.

Syafiq pelik dengan tingkah laku Alif saat itu. Alif seorang yang sangat jarang bersikap dingin. Kecuali ada perkara yang benar-benar menggugat kesabarannya.

"Aaa aaakkkkuuu akuuuuuu cariiiiii." Syafiq gagap mahu memberitahu perkara yang sebenar. Dia buntu mahu memberi alasan apa pada Alif saat itu.

"Aku sebenarnya nak pergi tandas, lepas tu ternampak ada anak kucing dekat hujung blok ni. Mengiau macam mintak tolong, tu yang aku datang sini tu." Kata Syafiq sedikit gagap.

Mendengar penjelasan itu, Alif terus memusingkan badannya lalu berjalan menuju pulang ke bilik mereka. Dia mendiamkan dirinya sahaja, meninggalkan Syafiq sendirian di situ.

Syafiq terpinga-pinga melihat reaksi Alif. Dia hanya melihat Alif berlalu pergi tanpa menoleh langsung pada dirinya. Angin pagi itu yang meniup perlahan mula menaikkan bulu roma Syafiq. Dia yang mula merasa ketakutan mula mengikut langkah Alif dari belakang.

Alif yang masih berjalan perlahan mula belok ke kiri menuju ke tandas aras blok mereka. Syafiq yang sudah kesejukan hanya meneruskan langkahnya menuju ke arah bilik mereka.

Saat menghampiri bilik nya, Syafiq mula mencapai kunci yang berada di dalam koceknya. Dia sedikit terkejut apabila mendapati kunci nya tiada di poket koceknya. Dia sedikit menggelabah sambil tercari-cari kuncinya itu di sekitar kawasan itu.

Dia buntu, kemana hilangnya kunci biliknya itu. Lalu dia memegang tombol bilik nya dan cuba untuk memulasnya. Pintu bilik mereka tidak berkunci. Syafiq pelik.

Dibukanya perlahan daun pintu bilik nya itu. Dia melangkah masuk dan menutup pintu biliknya dengan perlahan. Dia tidak mengunci kembali pintu itu kerana Alif masih di tandas. Jika Alif tidak menguncinya sewaktu dia keluar, maksudnya dia tidak membawa kunci sewaktu dia keluar tadi.

Sewaktu Alif memusingkan badannya ke belakang, dia terdiam. Tubuhnya menggigil ketakutan dan badannya kesejukan.

Dalam kesamaran cahaya di biliknya itu, dia melihat Alif sedang lena dibuai mimpi di atas katilnya. Jika Alif di situ sepanjang masa, siapa pula yang dilihatnya menyelinap keluar tadi. Dan yang lagi menggerunkan Syafiq, siapa pula yang menegurnya lalu masuk ke tandas. Syafiq ketakutan.

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk perlahan. Syafiq yang berada betul-betul membelakangkan pintu bilik mereka itu terkejut ketakutan.

Dengan nada perlahan, dia mendengar ada satu suara di balik pintu itu.

"Syafiq, ni aku ni Alif. Bukak lah pintu ni. Aku nak masuk. Hahaha"

Syafiq rebah lalu tidak menyedarkan dirinya. Dia pengsan di hadapan pintu bilik mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience