BAB 7

Romance Completed 215673

"Apa kes kau suruh kiteorang berkumpul tengah-tengah malam ni?," rungut Amirul.

"Entah kau ni Danial, buang tabiat apa," sokong Imran sambil menguap.

"Rilex guys. Kawan kita ni dah jumpa siapa calon isteri dia," ucap Haikal.

"Siapa??" tanya Amirul dan Imran. Mata yang layu tadi serta merta segar apabila mendengar cakap Haikal.

"Korang ingat tak time birthday party aku dulu, dance partner aku," tanya Danial.

"Ooohh the one yang lari waktu korang menari tu ke?," soal Imran pula.

Danial mengangguk mengiakan kata-kata Imran.

"Like seriously!!!!," jerit Amirul. Macam mana Danial boleh terfikir untuk menjadikan gadis misteri itu sebagai calon isteri. Dah la tiada siapa tahu perempuan tu siapa.

"Sebab tu aku perlukan pertolongan korang semua," ujar Danial.

"Tolong apa?," tanya Haikal.

"Aku nak mintak korang tolong siasat and cari siapa perempuan tu. Yang aku tahu nama dia Mia and also dia ada sebelah dari kasut ni," terang Danial seraya menunjukkan kasut yang terletak cantik di dalam bekas kaca.

Masing-masing terdiam lama memikirkan idea untuk mencari gadis misteri Danial.

"Bingo!!! Aku tahu macam mana nak cari gadis misteri ni," jerit Imran sambil memetik jari.

Amirul yang sudah terlelap terjatuh dari kerusinya gara-gara terkejut dengan jeritan Imran.

"Auchhhh," jerit Amirul seraya bangun. Nasib baik la tak ramai pengunjung di kedai mamak tu. Kalau tak buat malu je.

"Kau ni terkejutkan aku je," marah Amirul. Sebenarnya dia sengaja marah sebab nak tutup malu je.

Imran, Haikal dan Danial hanya tergelak.

"So, macam mana?," tanya Danial mengabaikan amarah Amirul.

"Adalah. Just wait and see. Jom lah blah aku pun dah mengantuk ni," ajak Imran. Sebelum berlalu dia menangkap gambar kasut tersebut.

"Yelah jom balik. Aku tunggu apa yang bakal kau buat nanti," putus Danial. Harap-harap berguna lah plan si Imran tuh. Jangan dia buat benda gila dah la.

Sesampainya di kolej Danial ternampak banyak kertas iklan mengenai gadis misteri yang dicarinya itu.

"Yo, Danial!!!!!!," tegur Imran apabila dia terserempak dengan Danial di hadapan pintu kolej.

"Wooo, aku dapat rasakan sesuatu bakal terjadi," ujar Haikal yang baru sampai ke kolej mereka.

"What?? Amacam idea aku? So, lepas kolej ni kita akan adakan sesi temuduga," terang Imran dengan senyuman. 'Bijakkan idea aku. Hahahahaha.'

"Sara, ada apa tu sampai beratur panjang-panjang?," tanya Mia. Pelik betul ada interview pape ke?

"Ooooohhhhh, Mia!!!! Mia!!!!," jerit Sara sambil menarik kertas iklan yang ditampal pada dinding.

"Baca ni," arah Sara.

"Misi mencari Cinderella. Sesiapa yang bernama Mia sila hadirkan diri anda di kafe selepas tamat waktu kolej," baca Mia.

"Ehhh, ni macam......."

"That’s right. Jom Mia," ajak Sara seraya menarik tangan Mia.

"Woooo, this is not a good idea," ucap Mia lalu menarik tangannya.

"Apa??!! Ni lah peluang keemasan kau untuk berjumpa dengan prince charming kau tu," tegas Sara.

"Hello, dalam dunia ni takde prince charming okay," sangkal Mia seraya melangkah ke luar dari kolej.

"And kalau kau sayang aku please simpan rahsia ni," rayu Mia.

"Okay fine. But why?," tanya Sara.

"Kalau mak tiri and evil sisters tu tahu yang aku pergi majlis birthday tu mati la aku. Lagi teruk aku dikerjakan nanti," terang Mia. Terukir kesayuan di wajahnya.

"Mia.... Sorry.. Aku lupa. Promise aku takkan bocorkan rahsia ni," janji Sara. Dia sedih apabila teringat akan kisah Mia. Tiada apa yang mampu dia tolong selain menemani kawannya itu. Pernah dia mengadu pada papanya tapi papanya menyangkal sebab Azizah, mak tiri Mia selalu menderma dan selalu tolong orang susah. Arghh, hipokrit betul Azizah ni. Sara pulak yang tension.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience