BAB 49

Romance Completed 43245

Kening Haiqal Iskandar bertaut apabila perempuan yang bernama Aria itu menghulurkan tangan kepadanya. Sebaris nama perempuan itu mengingatkan dia kepada seseorang. Lantas, segaris senyuman sinis terhias di bibirnya.

"Jadi kau lah Aria. Kenapa muka kau macam Aira? Tak penat ke menyamar jadi orang lain hah, perempuan?" soal Haiqal Iskandar kasar.

Aria tersenyum sinis. Dia menarik semula tangannya kembali apabila Haiqal Iskandar tak menyambut hulurannya. Matanya menjeling ke arah Haiqal Iskandar atas bawah.

"That's none of your business, Haiqal Iskandar. Cukuplah kau tahu nama aku Aria. Sebab kenapa aku guna wajah Aira ni kau tak perlu tahu. Kalau kau tak nak nasib kau sama macam Fakhrul Razi, baik kau diam. Aku ulang sekali lagi pertanyaan aku tadi. Need my help?" balas Aria dengan nada serius.

Sekali lagi, Aria menghulurkan tangannya kepada Haiqal Iskandar. Wajahnya yang tegang itu sentiasa terpapar pada riak mukanya. Keningnya terjongket sedikit.

Haiqal Iskandar mengetap gigi menahan amarah. Jadi inilah gadis yang telah menikam sahabatnya Fakhrul. Sakit hatinya apabila terlihat senyuman sinis yang terhias di wajah Aria.

Dengan sekelip mata, dia menepis tangan Aria dengan kasar. Lalu, Haiqal Iskandar terus berjalan melepasi gadis itu tanpa mengendahkan kata-kata Aria. Tak semena-mena, bahunya berlanggar dengan bahu Aria.

"Sedar sikit aku ni bukan mahram kau. So get away your hands from my sight. Tak perlulah nak tambah dosa kau. One more thing, aku takkan lupa apa yang kau buat dekat Fakhrul. Mark my words." kata Haiqal Iskandar sebelum beredar dari situ.

Aria tergelak sinis. Sedikit pun dia tak terasa dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Haiqal Iskandar. Apatah lagi mahu berubah selepas mendengar kata-kata lelaki itu. Bila hati telah hitam...

"Kau siapa nak cakap pasal dosa dan pahala, Haiqal? Kau tak sedar diri yang kau tu pun berdosa bila menaruh perasaan pada isteri orang ke hah?" soal Aria dengan nada yang lebih kepada memerli.

Serta-merta, langkah Haiqal Iskandar terhenti. Dia menoleh semula ke arah Aria. Aria pula mengukir senyuman sinis. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"Kau dengar sini baik-baik eh perempuan, sekali pun aku takkan terima pertolongan kau tu. Sebab kau! Aku tak dapat berkahwin dengan Anis Raihanna. Sebab kau jugak! Aku terpaksa ikat perjanjian dengan Afiq Raihan. Last but not least, aku sendiri boleh dapatkan Anis Raihanna tanpa bantuan sesiapa. Untuk pengetahuan kau, punca semua ni disebabkan kau, faham!" tengking Haiqal Iskandar.

Dia mempercepatkan langkah untuk beredar dari situ. Satu jelingan maut dihadiahkan kepada Aria. Kalau dia berlama disitu, pasti amarahnya akan dilampiaskan kepada Aria. Sebelum perkara itu berlaku, dia segera mengatur langkah. Tangan mengepal penumbuk sepanjang berjalan.

Aria berdecit. Dia menghantar pemergian Haiqal Iskandar dengan pandangan yang penuh dendam. Tiba-tiba, bibirnya mengukir senyuman sinis. Akalnya mula mengatur rancangan jahat untuk membalas dendam.

"Semudah tu kau tolak pertolongan aku kan, Haiqal Iskandar. Tak apa. Sebab kau tak kenal lagi siapa Aria Ariana yang sebenar." gumam Aria perlahan.

Dia melangkah pergi dengan semangat baru. Dirinya kini penuh dengan dendam terhadap Haiqal Iskandar. Tak lama lagi, Haiqal Iskandar pasti akan menyesal kerana menolak pertolongannya.

"Kau akan menyesal, Haiqal Iskandar."

???????

"Eh, Adam! Lama tak jumpa kau." sapa Anis Raihanna mesra.

Dia pergi ke arah Adam Syahmi yang sedang khusyuk menjamu selera. Adam Syahmi mengukir senyuman manis kepada Anis Raihanna.

"Mana ada lama sangat kita tak jumpa, Anis. Aku ada jer kat sini. Kau tu hah sibuk sangat layan tetamu tadi." balas Adam Syahmi mesra.

Anis Raihanna tertawa kecil. Pandangannya melilau ke sekeling buat seketika mahu mencari seseorang. Namun, dia gagal akhirnya.

"Adam, mana Aira? Dia tak ikut sekali ke? Sampai hati kau tinggalkan tunang kau sendiri kan." tuduh Anis Raihanna tanpa serba selidik terlebih dahulu.

Adam Syahmi tersedak apabila mendengar kata-kata dari Anis Raihanna. Matanya dibuntangkan. Bila pulak dia tinggalkan tunang dia?

"Kau, Anis. Mulut tu aku cili kang baru tahu. Mana ada aku tinggalkan Aira sorang-sorang. Aira kan balik kampung. Takkan kau tak tahu?" soal Adam Syahmi tak puas hati.

Anis Raihanna menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa? Aduhai, ni mesti kes banyak makan semut ni. Dia tersengih ke arah Adam Syahmi. Malu atas kecuaian sendiri.

Tiba- tiba, dia teringat akan sesuatu. Mungkin dia boleh mengorek rahsia daripada Adam Syahmi untuk mengetahui sebab Afiq Raihan berubah.

"Adam, aku nak tanya something, boleh?" soal Anis Raihanna perlahan.

Adam Syahmi terdiam seketika. Dia menoleh ke arah Anis Raihanna. Dalam hatinya tak henti, berharap soalan yang bakal ditanya oleh Anis Raihanna adalah bukan tentang Afiq Raihan. Tak lama kemudian, baru dia mengangguk tanda membenarkan.

"Afiq, ada cakap apa-apa yang pelik tak sebelum ni? Contohnya, ada tak dia kata dia nak keadaan aku dengan dia kembali macam dulu ke? Dia tiba-tiba ada perempuan lain ke?" soal Anis Raihanna berhati-hati.

Anis Raihanna memandang Adam Syahmi dengan penuh pengharapan. Dia berharap sangat dapat mengetahui perkara sebenar daripada lelaki itu. Dia mahukan keadaan dia bersama Afiq Raihan kembali seperti sedia kala.

Adam Syahmi meraup muka. Kenapa soalan itu yang ditanya oleh Anis Raihanna? Dia mula berbelah bahagi. Patut ke dia beritahu perkara sebenar kepada Anis Raihanna? Sedangkan dia sudah berjanji pada Afiq Raihan untuk merahsiakan perkara tersebut. Tetapi, Anis Raihanna berhak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Akhirnya, dia membuat keputusan. Adam Syahmi menarik nafas panjang.

"Anis, apa yang Afiq Raihan buat sekarang ni ada sebab. Dia buat semua ni untuk balas jasa seseorang. Sebab tu dia berubah macam dulu. Dia sayangkan persahabatan dia orang. Sehingga sanggup gadaikan kebahagiaan kau dengan dia. Tapi satu jer yang kau perlu tahu sebenarnya, Afiq cintakan kau, Anis." terang Adam Syahmi.

Dia tak mendedahkan identiti Haiqal Iskandar kerana takut Anis Raihanna akan terkejut. Oleh itu, dia hanya menceritakan sedikit sahaja. Yang selebihnya, biarlah Anis Raihanna tahu sendiri daripada Afiq Raihan. Dia tak mahu menjadi orang yang mendedahkan segala-galanya.

Anis Raihanna tersentak. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Adam Syahmi. Persoalan mula bermain di benak fikiran. Siapakah yang Afiq Raihan sanggup membalas jasanya dengan mengorbankan kebahagiaan mereka?

"Anis, aku pergi dulu eh. Ada urusan kejap. Aku doakan kau dengan Afiq berbaik semula." kata Adam Syahmi meminta diri.

Anis Raihanna mengangguk kecil tanda faham. Sempat juga dia berterima kasih kepada Adam Syahmi. Fikirannya menerawang pada persoalan yang masih bermain dibenak fikiran. Sekurangnya, dia tahu yang Afiq Raihan masih cintakan dirinya.

Tak lama kemudian, tetamu makin beransur - ansur pulang ke rumah. Pandangan Anis Raihanna tertancap pada Afiq Raihan yang masih leka melayan tetamu. Suaminya tak lekang dengan senyuman manis di bibir. Anis Raihanna tersenyum. Itulah Afiq Raihan yang dia kenal. Bukan yang selalu bermasam muka kepadanya sejak kebelakangan ni.

Langkahnya diatur menghampiri Afiq Raihan. Segala kenangan bersama lelaki itu berlayar di fikiran. Alangkah indahnya jikalau keadaan mereka seperti sedia kala. Hanya disebabkan suaminya mahu membalas jasa, kebahagiaan mereka terpaksa dikorbankan. Di mana keadilan dunia?

"Afiq, aku nak bincang something dengan kau boleh?" soal Anis Raihanna lemah lembut.

Afiq Raihan mengerutkan dahi. Dia meminta diri terlebih dahulu kepada para tetamu yang hadir sebelum membalas pertanyaan isterinya. Lalu, dia menarik tangan Anis Raihanna ke arah bilik tidur mereka. Anis Raihanna hanya menurut langkah suaminya.

"Apa kau nak bincang sebenarnya, Hana?" ucap Afiq Raihan memulakan perbualan antara mereka berdua.

Anis Raihanna mengambil tempat disebelah suaminya. Tubuhnya dihadapkan ke arah Afiq Raihan. Dia mencari anak mata lelaki itu. Dia mahukan perbincangan ini dapat menyelesaikan masalah antara mereka berdua.

"Afiq...aku dah tahu semuanya. Kau berubah sebab kau nak balas jasa seseorang tu kan?" soal Anis Raihanna sambil menikam anak mata lelaki itu.

Afiq Raihan terkedu. Dia segera memalingkan wajah daripada pandangan Anis Raihanna. Jantungnya mula berdetak laju. Bagaimana rahsia dia boleh terbongkar? Bukan ke rahsia tersebut hanya diketahui oleh dirinya dan ... Adam Syahmi.

"Macam mana kau tahu, Hana? Siapa bagitahu kau ni hah? Adam?" soal Afiq Raihan ingin tahu.

Dia menggoncang lembut bahu isterinya. Anis Raihanna mengalihkan tangan Afiq Raihan dari bahunya. Lalu, digenggam erat. Dia mengeleng kepala.

"Afiq, siapa yang bagitahu aku tu tak penting. Yang penting sekarang ni, aku nak keadaan kita kembali macam dulu. Please... Aku rindukan kau, Afiq. Tolonglah jangan buat macam ni. Aku terseksa." rayu Anis Raihanna sebak.

"Aku tahu kau cintakan aku. Aku pun Afiq. Aku cintakan kau. Tolong bagi peluang untuk keadaan kita kembali macam dulu. Aku tak sanggup nak hidup dengan keadaan macam ni. Aku rindu Afiq Raihan yang dulu. Bukan yang sekarang." rayu Anis Raihanna lagi. Dia benar-benar tak mampu untuk teruskan hubungan mereka kalau perkara ini berterusan.

Afiq Raihan menarik Anis Raihanna ke dalam dakapan. Luluh hatinya melihat keadaan isterinya begitu. Sakit. Pedih. Itu yang dirasakan oleh perasaannya ketika ini apabila Anis Raihanna mula mengalirkan air mata.

Anis Raihanna menghamburkan tangisan semahu-mahunya pada dada bidang Afiq Raihan. Dia penat. Penat berlakon kuat selama ini di depan lelaki itu. Afiq Raihan mengusap belakang badan Anis Raihanna untuk menenangkan isterinya.

"Hana, aku minta maaf. Aku terpaksa buat semua ni. Aku tak ada niat nak seksa kau. Aku cuma nak balas jasa dia. Aku harap kau faham. Mungkin kita memang tak ditakdirkan bersama, Hana. Akhirnya, aku tahu kau akan pilih dia juga bukan aku." ucap Afiq Raihan dengan nada yang mula mengendur.

Dia segera meleraikan pelukan. Lalu, bingkas berdiri mahu keluar dari bilik tersebut. Anis Raihanna terpinga-pinga dengan kata-kata suaminya. Tak faham dengan maksud yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.

"Afiq, kalau kau sayangkan aku, tolong kembali macam dulu. Please..." ucap Anis Raihanna dengan suara yang serak kerana menangis.

Afiq Raihan melepaskan keluhan berat. Permintaan isterinya terlalu sukar untuk ditunaikan. Dia menoleh ke arah isterinya. Terbit rasa kasihan kepada Anis Raihanna didalam dirinya.

"Hana, kalau aku kata yang aku tak sayangkan kau, apa patut aku buat?" soal Afiq Raihan dengan nada kecewa.

Setitis air mata Anis Raihanna mengalir sebaik sahaja mendengar kata-kata itu. Sampai hati Afiq Raihan berkata sedemikian kepada dirinya.

"Kalau kau tak sayangkan aku, lepaskan aku. Aku dah tak sanggup hidup dengan keadaan macam ni." jawab Anis Raihanna tanpa teragak-agak.

Afiq Raihan terpempan dengan jawapan isterinya. Dia tak sanggup untuk melepaskan Anis Raihanna. Tetapi, kalau itu saja caranya...

"Anis Raihanna binti Zahid...aku-"

"Stop! Aku benci kau, Afiq Raihan! Aku benci kau! Keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" nada suara Anis Raihanna naik seoktaf.

Afiq Raihan melangkah pergi dengan hati yang terluka. Nampaknya kali ini Anis Raihanna benar-benar bencikan dirinya.

Sebaik saja Afiq Raihan melangkah keluar, Anis Raihanna menangis teresak-esak. Tak sangka, lelaki itu tergamak untuk melepaskan dirinya. Perasaannya mula bercampur baur kini. Kecewa. Marah. Sedih. Bergabung menjadi satu.

Sampai hati abang, buat sayang macam ni.

??????

Keesokan harinya...

"Hana, kau nak pergi mana bawak semua beg ni?" soal Afiq Raihan risau.

"Aku nak keluar dari rumah ni. Aku dah tak sanggup nak tanggung perasaan ni, Afiq. Aku kecewa dengan kau. Macam yang kau kata, mungkin kita tak ditakdirkan bersama. Aku nak tenangkan diri buat masa ni.

Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Halalkan semua makan minum aku ya. Maafkan aku kalau aku tak dapat jadi isteri yang terbaik untuk kau. Aku cintakan kau, Afiq Raihan. Selamat tinggal. Assalamualaikum." ucap Anis Raihanna sebak.

Dia menarik beg bagasinya menuju pintu rumah. Afiq Raihan terjatuh terduduk. Tak sanggup menerima jawapan daripada isterinya.

Is, kau dah menang. Aku harap kau bahagia dengan Anis.

???????

"Awak, terima kasih sebab tolong hantar saya. Susahkan awak je." kata Anis Raihanna kepada Haiqal Iskandar.

Haiqal Iskandar hanya mengangguk kecil. Dia mengukir senyuman ke arah Anis Raihanna. Hatinya bersorak gembira apabila gadis itu menghubungi dirinya meminta bantuan.

"Awak, boleh tak kita singgah minum dulu?" soal Haiqal Iskandar lemah lembut.

"Ermmm, boleh jugak. Saya ikut awak jelah ya." jawab Anis Raihanna acuh tak acuh. Dia tiada mood ketika ini untuk berbual dengan seseorang.

Apabila mendengar kata setuju daripada Anis Raihanna, Haiqal Iskandar memberhentikan kereta di salah sebuah kafe yang berdekatan. Tiba-tiba, dia rasa keretanya seperti diekori seseorang. Namun, dia tak mengendahkan perasaan tersebut.

"Awak, kita dah sampai. Jom." ajak Haiqal Iskandar.

Anis Raihana mengangguk kecil. Mereka berdua segera keluar dari perut kereta. Lalu, berjalan beriringan menuju ke dalam kafe tersebut.

Anis Raihanna mengambil tempat di salah sebuah kerusi yang disediakan. Haiqal Iskandar turut mengambil tempat yang sama tetapi berhadapan dengan Anis Raihanna.

"Awak nak minum air apa?" soal Haiqal Iskanadar.

"Awak jelah minum. Saya tak ada selera sekarang ni." Anis Raihanna menolak lembut pelawaan lelaki itu.

Haiqal Iskandar mengangguk faham. Anis Raihanna hanyut dalam lamunannya. Dia masih terkenangkan Afiq Raihan. Tanpa dia sedari, kolam air matanya pecah.

"Awak ok tak ni? Kenapa awak nangis? Saya ada buat apa-apa ke?" soal Haiqal Iskandar cemas.

Cepat-cepat, Anis Raihanna menyeka air matanya. Dia cuba mengukir senyuman. Dia tak mahu Haiqal Iskandar tahu tentang masalah rumah tangganya.

"Eh, saya tak menangislah awak. Habuk ni hah banyak sangat. Habis berair mata saya." tipu Anis Raihanna. Dia mengukir senyuman semanis yang mungkin.

Haiqal Iskandar tersenyum kelat. Dia tahu gadis itu sedang merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya. Namun, dia beriak biasa. Mungkin ini masa yang sesuai untuk menjelaskan segala-galanya.

"Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu." kata Haiqal Iskandar tenang.

"Oh, bagitahu lah. Saya sudi dengar." balas Anis Raihanna yang berpura-pura tiada apa-apa yang terjadi antara dia dan Afiq Raihan.

"Saya...cintakan awak, Anis. Sejak saya bertunang dengan awak dulu, saya mula sayangkan awak. Perasaan tu sampai sekarang tak pernah berubah. Saya betul-betul cintakan awak." luah Haiqal Iskandar dengan sekali nafas.

Anis Raihanna tersentak. Terkejut dengan luahan hati Haiqal Iskandar. Dia mula dihurung perasaan bersalah.

"Awak... Saya. Saya nak minta maaf sebab saya anggap awak sebagai abang. Tak lebih daripada tu. Mungkin takkan lebih dari itu jugak. Sebab saya cintakan Afiq Raihan." balas Anis Raihanna serba salah.

Haiqal Iskandar tak dapat terima kenyataan bahawa Anis Raihanna hanya menganggap dirinya sebagai abang. Tak mungkin. Tak mungkin dia ingat aku sebagai abang. Monolog hati Haiqal Iskandar.

"Awak. Awak yakin ke yang awak hanya anggap saya sebagai abang? Selepas apa yang saya buat untuk awak, awak balas macam ni? Awak tahu tak siapa yang suruh Afiq Raihan kahwin dengan Afiq Raihan? Saya, awak. Saya!
Saya sanggup korbankan cinta saya terhadap awak dengan suruh Afiq kahwin dengan awak.

Tapi tengoklah apa yang jadi. Afiq khianat saya dengan rampas awak dari saya. Saya kecewa sangat. Jadi awak tahu apa saya buat seterusnya? Saya berjanji dengan Afiq Raihan kalau saya dapat awak dalam sebulan ni, Afiq akan lepaskan awak untuk saya. Tapi kalau sebaliknya yang terjadi, saya terima kenyataan yang awak bukan milik saya. Jadi sekarang ni saya nak awak pilih Afiq Raihan atau saya?" gesa Haiqal Iskandar.

Anis Raihanna tercengang tanda tak percaya dengan pengakuan Haiqal Iskandar. Tangisan yang ditahan dari tadi dihamburkan. Tak sangka kerana Haiqal Iskandar, Afiq Raihan sanggup melepaskan dirinya. Dia bingkas bangun berdiri.

"Awak tahu tak, Is. Sebab awak, Afiq Raihan sanggup korbankan cinta dia pada saya. Sebab apa? Sebab dia sayangkan persahabatan awak berdua! Tapi apa awak buat, Is? Awak tuduh dia pengkhianat! Sedangkan dia sedaya-upaya nak balas jasa pergorbanan awak selama ni.

Hanya disebabkan awak pernah berkorban untuk kami, tak bermakna awak boleh sesuka hati nak putuskan persahabatan awak dengan Afiq Raihan, Is! Tolonglah sedar yang saya hanya cintakan Afiq Raihan. Saya akan pilih Afiq Raihan dan bukannya awak! Saya dua kali ganda kecewa dengan orang yang selama ni saya anggap abang tapi rupanya. Maafkan saya, Is. Saya pergi dulu." terang Anis Raihanna panjang lebar lalu segera beredar dari situ.

Haiqal Iskandar terkedu. Dia menundukkan wajahnya lalu diraup kasar menggunakan tangannya. Dia hanya menghantar pemergian Anis Raihanna dengan perasaan kecewa.

Apa aku dah buat ni, ya Allah. Dia bagai baru menerima tamparan hebat. Sungguh hina terasa diri dia kini. Lantas, dia mendail nombor telefon Afiq Raihan.

"Afiq, aku...nak minta maaf tentang segala-galanya. Aku salah, Afiq. Aku tak sepatutnya kata kau pengkhianat. Kau lah kawan yang paling baik aku pernah jumpa. Aku kalah, Afiq. Aku kalah. Tolong jagakan Anis untuk aku. Bahagiakan dia. Bukan kecewakan dia macam yang aku buat. Tolong sampaikan maaf aku dekat Syafiq. Aku banyak buat salah dengan dia, Afiq. Aku bersalah dengan korang berdua. Aku harap sangat kau maafkan aku." luah Haiqal Iskandar kecewa.

Afiq Raihan menghela nafas lega. Tak sangka mereka berdua dapat berbaik seperti dulu. Wajah Anis Raihanna berlayar di fikiran. Kini, harapan hanya satu iaitu hidup bahagia bersama Anis Raihanna! Dia segera menamatkan panggilan.

Anis Raihanna berjalan tanpa arah tuju. Dia hanya mahu berjumpa Afiq Raihan ketika ini. Air matanya yang sedari tadi mengalir dibiarkan sahaja. Tiba-tiba, seseorang menepuk bahunya.

"Aira, aku nak balik. Aku nak Afiq. Tsk...tsk...tsk..." ucap Anis Raihanna diselangi tangisan.

Dia segera memeluk seseorang yang mukanya seperti Aira itu. Tak semena-mena, dia teringatkan sesuatu. Bukankah Aira sedang berada dikampung?

"Shhh...jangan risau. Aku ada. By the way, aku Aria bukan Aira kawan kau tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience