Bab : 3

Action Completed 53513

Suasana di dalam hospital Universiti of Warwick begitu senyap dan nyaman sekali. Di tambah pula dengan alat pengahawa dingin yang begitu dingin.

Di suatu sudut menghadap cermin kaca besar, Davina begitu tekun sekali membaca buku tebal yang di letakkan atas riba sewaktu duduk rehat di bangku situ dengan sebelah tangan memegang sepotong sandwich yang di beli dari cafeteria hospital sebentar tadi sebagai makanan tengah harinya.

Tiba-tiba konsentrasinya terganggu bila seorang lelaki dengan selamba duduk di sebelahnya. Davina mengangkat kepala untuk memandang ke sebelah. Terangkat kening nya seketika.

"Hei.."sapa Davina.

Kaden tersenyum. "Sibuk betul...sampai tak cukup tangan, sebelah pegang pen, sebelah pegang makanan, mata sibuk membaca. Mana satu nak buat ni?Jangan tamat sangat boleh tak?"

Davina telan sisa makanan dalam mulutnya. "Awak dah balik ke sini?Parents awak macam mana?"tanya dia mengenai Bernard dan isteri lelaki tu.

"Mama tak apa-apa. Dia cuma jatuh kemudian terseliuh pada kaki. Selebihnya tak apa-apa." beritahu Kaden sambil letakkan tangan dekat belakang kerusi Davina.

Davina termangu seketika di situ. Dalam waktu yang sama otak dia ligat nak atur kata. Terfikir balik akan mesej yang di hantar oleh Kaden dua hari lepas semasa Kaden balik ke rumah orang tua lelaki ni. "Okay."balasnya dengan pendek sebab tak tahu nak cakap apa lagi.

Sebaik saja Kaden dengar, dia ketap garis nipis di bibir. "Macam mana dengan soalan saya?Awak tak jawab lagi?"tanya dia.

Haih!Ni yang payah ni!Dia nak jawab macam mana lagi. "Tak apa ke?"Davina pandang dengan kening berkerut.

Kaden ketawa. "Apa yang tak apanya. Bukannya kita jadi suami isteri pun. Baru tunang. Lagipun ayah dengan mama saya pasti faham kalau kita putuskan pertunangan ni. Saya sendiri perhatikan awak, sepertinya langsung tiada minat dalam hubungan ni...apa lagi dalam perkahwinan. Jadi sebelum terlambat better kita buat keputusan ni."ujarnya dengan nada tak kisah.

10 bulan dah mereka bertunang dan lima kali parents Kaden tanya bila nak langsungkan perkahwinan. Tapi Davina asyik mengelak mengenainya. Sebab itu Kaden tanya supaya putuskan pertunangan ini saja.. Tapi Davina tetap jugak tak beri jawapan. Hal ini buatkan Kaden bingung.

Davina tunduk memandang buku perubatannya lalu di kutil-kutil hujung muka surat itu dengan jari. "Saya serba salah dengan ayah awak.."

Kasihan dengan dilemma yang di hadapi oleh Davina, Kaden rangkul belakang bahu tu. "Jangan risau. Ayah mesti faham punya. Kalau dah tak ada jodoh. Buat apa nak di paksa ya tak?" pujuknya. "Kalau awak nak teruskan jugak relationship ni izinkan saya beri kata putus pada parents saya untuk tenangkan hati tua mereka tu. Kalau awak tak sudi terima saya, kita hentikan setakat ini saja. Simple as that."

Bawah bibirnya digigit ragu mendengar cadangan itu. Davina termenung memandang ke tangan yang masih bercincin tunang buat seketika. Sebenarnya dia tengah tunggu. Dia tunggu sekiranya dia dapat bertemu dengan Eden semula. Tapi tak ada satu pun berita mengenai lelaki tu. Dia cuba hubungi Eden tapi nombor itu tidak lagi aktif.

"Beritahu saya Davina..apa sebenarnya yang awak mahukan?"dengan lemah lembut Kaden bertanya. Dia tak nak serabutkan kepala tu. Tempoh enam bulan di hospital baru ini sangat singkat untuk Davina biasakan diri apa lagi adaptasi sekeliling. Jadi mesti ada perasaan tertekan dalam diri Davina sekarang ni. Sebab itu dia nak selesaikan hal ni supaya Davina boleh lapangkan fikiran dari memikirkan soal familynya.

Selepas mendiamkan diri sejak tadi, Davina melepaskan hela nafas Panjang kesalnya lalu kembali memandang Kaden. "Saya tak tahu Kaden...saya tak tahu apa saya kena buat. Macam saya beritahu awak. Saya dah tak ada tujuan untuk hidup. Urusan saya untuk cari siapa pembunuh dan punca kematian ayah saya sudahpun selesai. Lepas tu saya tak ada rancangan lain. Selain keluarga awak...dan jugak...Eden...saya dah tak ada siapa-siapa lagi dekat dunia ni...Eden dah tak ada..kalau saya lepaskan pertunangan ni, saya tak tahu macam mana nak bersemuka dengan keluarga awak..."luahnya dengan lemah. Tak kira dia sibukkan diri dengan kerja dan operation macam mana sekalipun, semua ni tetap tak dapat dilupakan dengan mudah.

"Kalau macam tu berhenti."beritahu Kaden sebelum gosok belakang kepala Davina.

"Huh?"Davina jungkit kening tak faham."Apa maksud awak?"

"Berhenti fikirkan semua tu. Berhenti lakukan perkara yang awak rasa dah tak perlu awak lakukan."kata Kaden sambil tutup buku yang ada di riba Davina. "Berehat. Pergi jauh dari semua ni...bawa diri awak ke mana-mana yang dapat lapangkan fikiran awak. Jangan hubungi saya selagi awak tak dapat jawapan tu. Saya yakin parents saya akan faham lepas saya jelaskan semuanya nanti pada mereka."

Tersentuh dengan kata-kata Kaden, senyuman nipis teruskir di bibirnya. "Terima kasih Kaden.."ucap Davina semasa memeluk badan tu dengan mata terpejam.

"Apa gunanya kawan kalau macam tu.."tepuk Kaden di belakang badan Davina. "Kau rehat la sekejap dari kerja dekat hospital ni. Aku boleh cover tempat kau sementara tu. Lapangkan betul-betul fikiran tu."

Davina termenung memandang ke satu arah dengan senyuman sedih di bibir. Mungkin betul kata Kaden. Dia perlukan lupakan semua ni dan bercuti untuk rehat. Maybe ini yang terbaik untuk dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience