BAB 4

Romance Series 3317

Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu setiap waktu rehat tidak pernah walau sekalipun dia meninggalkan kegiatan menunggu di hadapan bilik muzik. Tidak kira sama ada dia perlu bersempit-sempit ataupun tubuhnya ditolak oleh kakak-kakak senior, semata-mata hendak melihat pujaan hatinya bermain gitar.
Hari ini juga sama seperti minggu-minggu lalu. Kakinya sudah seperti diprogramkan untuk melangkah ke bangunan Melati tingkat ketiga setiap kali waktu rehat. Kasut sekolah putihnya menapaki satu persatu anak tangga dengan penuh semangat juang yang tinggi.
Dia sudah bersedia untuk bersaing dengan kakak seniornya lagi hari ini. Dia akan pastikan yang dia akan berjaya juga menerobos kerumunan kakak senior dan berdiri di barisan paling hadapan. Dia sangat yakin.
Tap.
Kakinya berhenti mendaki kerana sudah tiba di tingkat tiga. Kepala ditolehkan ke arah bilik Muzik. Dia mengeluh tanpa sedar, tatkala matanya menangkap kerumunan kakak-kakak senior sudah siap berdiri di hadapan pintu bilik Muzik umpama bala tentera yang melindungi istana.
Walaupun dia sudah datang awal, tapi tetap sahaja dia kalah cepat daripada kakak senior yang lain. Apakah?
Tidak ingin menunggu lama, kaki dilangkahkan menuju ke arah itu hendak bergabung dengan yang lain, sekaligus mencuba nasibnya lagi untuk hari ini.
“Tumpang lalu, kakak-kakak cantik..”ucapnya sambil kedua tangan mula hendak membuka jalan untuknya menyelit ke dalam lautan kerumunan pelajar perempuan senior.
Tubuhnya yang jauh lebih kecil dan pendek daripada kakak-kakak senior itu mula menyusup masuk ke dalam kerumunan. Bibirnya sudah melakar senyuman gembira sebelum kembali lenyap apabila tubuhnya kembali ditolak keluar daripada kerumunan.
Dia yang masih belum bersedia melangkah berundur terpijak kain sekolahnya sendiri lalu jatuh terduduk di atas lantai simen itu. Berkerut dahinya menahan sakit di bahagian punggung kerana terhentak kuat.
“Sakit punggung aku, woi!”adunya masih dengan nada suara perlahan. Gila ganas kakak-kakak senior, bukan main sedap tolak-tolak dia. Sedangkan dia punyalah elok minta izin siap bermulut manis lagi panggil kakak-kakak cantik.
“Mentang-mentang aku kecik, suka-suka saja tolak-tolak aku!”omelnya, masih dalam posisi terduduk.

“Terima kasih tolong cikgu”
Dia hanya membalasnya dengan anggukan perlahan, setelah meletakkan buku latihan di atas meja guru Matematik Tambahan. Setelah itu, dia terus meminta izin berlalu keluar daripada bilik guru.
Sebelum langkahnya dibawa ke bilik Muzik di bangunan Melati sempat juga dia singgah ke kantin terlebih dahulu untuk membeli air mineral sejuk sebagai pelega tekaknya yang kering oleh kerana cuaca yang panas terik.
Kedua lengan bajunya dilipat kemas hingga ke bawah siku. Dengan tangan kanan memegang sebotol air mineral, dia menuju ke bilik muzik dengan langkah tenang tidak terburu-buru meskipun dia agak terlambat daripada biasa.
Kawan-kawan cerewetnya itu pasti sudah menunggu.
Setiba di tingkat tiga, sebelah bibirnya terangkat lengkap dengan gelengan perlahan. Dia meneruskan langkah mendekati sesusuk tubuh yang terduduk di atas lantai.
“Mentang-mentang aku kecik, suka-suka saja tolak-tolak aku!”
Suara lembut bernada sedikit marah itu mencecah telinganya apabila dia berdiri dua langkah di belakang tubuh yang terduduk di atas lantai.
Dan entah kenapa, mulutnya tiba-tiba ringan untuk membalas kata-kata si kecik yang terdampar itu.

“Dah tahu diri tu kecik, yang sesat ke sini tu buat apa?”
Dahi yang berkerut itu semakin menjadi kerutannya. Siapa pula yang menyibuk ni? Masih dalam keadaan diri yang duduk di atas lantai dia langsung toleh ke arah suara itu.
Matanya pertama sekali jatuh pada sepasang kaki yang berkasut hitam, sebelum kepalanya terdongak memandang wajah orang yang menyibuk dan cuba mengajar-ajar dia.
Kedua kelopak mata terbeliak, mulut ternganga kecil sejurus matanya jatuh pada raut wajah yang selama ini mampu dipandangnya dari jauh dan samar-samar sahaja.
Wajah kacak dan bersinar-sinar itu….
“Senior Noah?!”pekiknya terkejut, tanpa sedar.
Noah, pula hanya jungkit sebelah kening dengan sebelah tangan di dalam saku seluar sekolahnya.
“Sampai bila kau nak duduk kat situ? Dah tak pandai bangun sendiri ke nak aku dukung?”sindirnya dengan nada suara mendatar.
Ivy dengan mata masih terpaku pada wajah Noah dan otaknya yang seakan bergerak lambat menjawab tanpa sedar, “Ya!”
Wajah tampan itu berkerut, “Kau nak aku dukung kau..?”
Sedar dengan wajah tampan yang sudah berkerut dan teringat dengan apa yang sudah dia katakan tadi, membuatkan wajahnya merona merah kerana malu. Tak pasal-pasal senior dia fikir dia ni gatal…tak boleh tak boleh!
Laju saja dia bangkit berdiri dan menghadap senior kacaknya itu. Tak sangka senior kacaknya itu sangat tinggi, bahkan tinggi Ivy sendiri tidak mencecah bahu seniornya itu. Tinggi Ivy lebih kurang atas sikit dari siku Noah. Hurm.
Bibir Ivy sudah tersenyum-senyum. Tidak sangka akhirnya terkabul juga keinginannya. Bukan setakat senior nampak dia, dia juga dapat dengar suara senior dia bercakap dengan dia. Bercakap dengan dia.
“Buat apa kat sini? Kau budak junior kan? Form 1?”
Ivy cemberut, kembungkan pipi. Form 1? Kenapa tak darjah enam je terus!
“Bukanlah, saya form 3!”sangkal Ivy sedikit kesal, sebelum kembali tersenyum.
Tak boleh buat muka masam depan senior Noah shining shimmering splendidnya.
“Oh… kau pendek.”tenang tanpa beban saja sebaris ayat itu meluncur dari bibir Noah.
Ivy terperangah. Pandang Noah dengan pandangan ‘seriusslah!’. Semudah ABC saja dia cakap aku pendek. Nasiblah pujaan hati kalau bukan mahu melayang juga penumbuk dia.
Noah pula merasa sudah tiada sebarang hal, langsung melangkahkan kakinya meninggalkan Ivy hendak ke bilik muzik.
“Pergi balik kelas. Jangan datang sini lagi.”Mendatar saja Noah berucap sebelum dia melanjutkan langkah.
“Tak nak. Hari-hari saya akan datang sini. Senior tak boleh halang!”
Bibir sebelahnya tertarik kecil. ‘Suka hati kaulah, pendek.’

*****

“Fia! Fia! Fia!”
Panggil Ivy tergopoh-gapah, sambil berlari menuju ke mejanya dan Fia. Fia yang sedang menulis langsung saja meletakkan pennya tatkala dilihatnya Ivy sudah meluru ke arahnya. Tubuhnya tiba-tiba dipeluk oleh Ivy sekejap, sebelum bahunya digoncang-goncang Ivy.
“Kau kenapa?”soal Fia, tangan Ivy yang terletak di bahunya dilepaskan.
“Senior Noah. Bercakap. Dengan. Aku. Yahuuu!”Ivy menjerit dengan kedua tangan menangkup pipi sambil melompat-lompat kecil. Tak hiraukan rakan sekelasnya yang lain yang sudah memandangnya aneh.
Fia pandang tingkah sahabat baik yang berbeza sedikit saja daripada beruk di hutan dengan gelengan perlahan. “Parah budak ni..”
“Tahniah untuk kau.”ucap Fia tanpa perasaan sebelum kembali menulis. Ivy yang melihat respon negatif daripada Fia hanya buat acuh sahaja lalu mendudukkan diri di bangkunya dengan bibir masih tersenyum-senyum dan mulut bernyanyi-nyanyi bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience