BAB 2

Romance Completed 320239

"Kau kenapa, Ngah? Kalau mama tahu kau bertekak dengan perempuan tadi..mati kau! Dah kenapa cari pasal dengan orang? Tak cukup kau buat masalah hari-hari? Ini dekat kenduri adik kau pun sama? Cubalah tolak ansur sikit!" Bebel Shahrul.

Adiknya tayang muka seposen. Penat dia mencari Shazani tadi, rupanya baru nak makan. Sekali pusing tengah bergaduh dengan anak dara orang pulak dah! Apa nak jadi agaknya? Tak membesar. Perangai macam budak-budak!

"Kau pun, along! Kalau kau tak bagitau mama, dia takkan bisinglah! Kau tu je, kaki ngadu! Cubalah kau kesian dekat adik kau ni?" Balas Shazani.

"Kesian? Takdanya. Bukannya kau susah ke apa? Mama bising sebab kau suka melepak dengan geng motor! Lepastu takda girlfriend and takda calon isteri. Aku balik pun, aku kena sekali tau! Alang dah kahwin, kau bila?" Tanya Shahrul.

"Bisinglah kau, long! Macam mama jugak mulut kau! Puaka! Kau ingat senang nak cari perempuan buat bini? Mau dapatnya yang aku tak suka? Buat apa? Nanti aku carilah! Kau semua nak ambush aku serentak, apasal?" Shazani masih tak puas hati.

Asal balik, kena ambush beramai. Bernanah telinga tahu?

"Sorrylah, bro. Aku kesian dekat adik aku je. Mama pun sama. Dia risau yang kau masih tertunggu perempuan pujaan malaya kau tu! Apa pun, kena kahwin. Setahun lagi nak masuk tiga puluh dah!" Ujar Shahrul sambil menepuk bahu adiknya.

"Yalah, aku tahu. Nanti aku carilah. Yang kau sibuk mention perempuan tu apahal?" Marah Shazani.

Abangnya ketawa. Lelaki itu hanya menjongket bahu sebelum tersengih. Itu abang sulung, kerjanya? Tentera. Sebab tu besar macam gergasi. Jadi mereka jarang jumpa. Kalau jumpa? Kaki ampu mama!

"Jomlah, pergi dekat mama? Mesti mama cari kau!"

"Apasal pulak aku?"

"Yalah, mana tahu ada jodoh kau sesat dekat kenduri ni hah!"

"Diamlah kau, along!"

Dua beradik itu berjalan ke bawah khemah merah. Mereka hanya berdiri dibelakang kerusi. Mencuri dengar perbualan wanita itu bersama seorang kenalannya.

"Ya? Saya pun tak sangka akak datang. Nanti kalau rajin, singgahlah rumah! Boleh kita sembang banyak lagi!" Pelawa, Laila.

"Rumah kau jauh, Lai. Aku tunggu suami aku baliklah, aku datang. Anak aku sibuk kerja dia. Yang sulung pulak mana nak balik lepas kahwin?" Balas Mek Biah.

"Lah, yeke? Tak apalah, Biah. Bila-bila pun, kau datang je. Aku dah lama tak jumpa anak kau. Dia datang tak?" Soalnya.

"Datang ha. Kau pun, anak kau semua dah kahwin? Budak bertuah tu?" Mek Biah separuh berbisik.

Shazani gigit bibir. Dia sudah dapat jangka, budak bertuah yang dimaksudkan oleh wanita itu. Pasti dirinya. Siapa lagi yang suka buat masalah dari kecil sehingga besar?

"Ada, ha! Ni dia, Shazani! Ni, kawan mama. Mek Biah. Budak bertuah ni sorang yang belum kahwin!" Ujar Laila seraya menepuk kuat belakang anaknya.

Shazani menahan pedih. Boleh tahan tamparan lepasan perasan mamanya. Dia hanya berbalas senyuman dengan Mek Biah. Nampak cantik walaupun sudah berumur. Comel dengan kerudung bulat yang melekat pada mukanya.

"Tu! Anak aku, Karen! Anak kedua aku. Abi dia sayang lebih sikit, tu nama dia pun extra lain!" Seloroh Mek Biah.

Mereka semua memandang pada arah yang ditunjukkan oleh Mek Biah. Seorang gadis yang sedang tersenyum mesra dengan seorang lelaki. Persis pasangan kekasih. Shazani menjuihkan. Itulah perempuan tadi.

"Ngah, tu perempuan tadi kan? Aku rasa, dia jodoh kaulah!" Bisik Shahrul.

"Kau gila? Nampak boyfriend dia tu?" Balas Shazani,perlahan.

"Mana kau tahu? Entah abang dia ke? Sepupu ke? Apa kata kau try? Ni confirm kalau jadi, seronok mama ni!" Sakat Shahrul.

Pinggangnya dipulas oleh Shazani. Dia mengaduh sakit. Keduanya hanya tersengih sebaik saja Mek Biah memandang pelik pada mereka.

"Kamu kerja apa sekarang?" Tanya Mek Biah.

"Kerja biasa-biasa je, mek." Balas Shazani sambil senyum kelat.

Bertubi-tubi soalan dia terima. Semuanya dijawab dengan tenang sebaik melihat mata mamanya yang menjadi besar dengan tiba-tiba. Itu isyarat supaya tidak larikan diri. Sedang dia berbual, hujung matanya seakan perasan sesuatu. Laju saja dia menoleh. Anak perempuan Mek Biah sedang merenung dirinya tanpa kelip.

Apahal dia ni?

Badannya dipusingkan. Tidak mahu bertentangan mata dengan gadis itu. Dia hanya menjarakkan diri daripada mek Biah sebaik saja selesai disoal siasat. Usai berbual lama, mek Biah meminta diri sebelum melangkah pergi.

"Angah, tidur sini atau balik malam ni?" Tanya Laila.

"Tidur sini, mama. Sampai rumah baru tu siap renovate semua." Jawabnya.

"Pindah lagi? Kan tempat kerja sama jugak? Bazir duitlah!"

"Rumah tu, Angah beli cash mama. Lagipun dah bayar. Dekat sikit dengan tempat kerja. Dekat jugak, dengan rumah mama ni. Tidak mama asyik bebel je bila Angah tak balik!" Shazani memperlahankan nada suara.

Terus telinganya dipulas kuat. Shazani meronta kesakitan. Shahrul sudah ketawakan dirinya.

"Menjawab aja! Dah memang betul, kamu tu susah nak balik! Asal balik, keluar lepak! Lepak, lepak, lepak! Apa nak jadi dengan kamu ni? Bilanya kamu nak bawak balik calon isteri? Seronok membujang? Atau selera kamu dah berubah? Nak mama hantar kamu sekolah pondok?!" Marah Laila sambil memulas telinga anaknya dengan kuat.

"Ma, sakit! Sakit, mama! Sorrylah! Sakit, mama....!!!" Rengek Shazani dengan wajah yang sudah memerah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience