Chapter 11

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.11 !!

Normal POV

Setelah 6 jam perjalanan , akhirnya mereka tiba di destinasi tujuan mereka.

"Uwahh , so ~ refreshing!!" Kata Yaya. Rambutnya ditiupi angin. "Alyn! Jom pergi sana!" Alyn berlari anak ke arah Yaya.

"Alyn! Yaya! Kita check in dulu lah. Korang tak penat ke?" jerit Nad. Alyn dan Yaya berhenti. Mereka memandang Nad dengan sengih lebar. Mereka berlari ke arah rakan-rakan kembali.

"Amboi , beratnya beg kau ni Nad.. Apa yang kau bawa?" Tanya Engku. Dia termengah-mengah.

"Hehe , macam-macam barang aku bawa. Bak kata pepatah , sediakan paying sebelum hujan" Katanya dengan sengih kambing.

"Banyaklah kau. Kita ni tinggal dekat hotel. Mana kena hujan." Engku berkata. "..lainlah kalau.. bumbung hotel ni bocor" Engku terkikih. Nad memutarkan matanya. Dia berjalan ke arah Put.

"Mana Olyn?" Tanya Nad.

Put melihat sekelilingnya. "Entah. Tandas agaknya." Dia mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Beberapa kemudian , Put ternampak Olyn sedang membantu Engku dan Faezah mengeluarkan barang dari bas. Dia mendekati Olyn.

"Olyn!" Panggilnya. Olyn yang berada di tangga bas memandang Put dengan kening kiri yang terangkat.

Olyn turun dari bas. "Apa?" Dia mengangkat kening kirinya.

"Kau pergi mana tadi?" Tanya Put.

"Aku pergi sana kejap." dia menunjuk ke arah pokok-pokok.

"Sana? Buat apa?"

"Aku jawab call Inder. Dia marah kita tinggalkan dia , Iffa dengan Nabihah." Ujar Olyn.

"Pulak dah?" Put menepuk dahinya. "Habis tu macam mana?" Tanyanya.

"Don't worry. Dorang on the way ke sini. Naik flight. Kebetulan keluarga Iffa nak pergi bercuti juga." Put mengangguk.

"Keluarga dia pergi sini juga ke?"

"Taklah" Olyn menggeleng. "Keluarga dia nak pergi Pulau Langkawi. Sekali jalan jelah kan?" Put mengangguk lagi.

"Habis tu nanti siapa nak ambil dorang dari airport?"

"Kita selesaikan yang ni dulu. Bahagikan bilik. Suruh dorang berehat. Aku dengan kau pergi ambil Inder , Iffa dengan Nabihah dekat airport." Kataku.

"Okay." Jawab Put.

"Kau tak penatkan?" Tanyaku. Put menggeleng. "Good." Olyn tersenyum. Dia menepuk-nepuk bahu Put.

"Kak Olyn.." Olyn memandang ke arah suara yang memanggilnya itu.

"Ya , guys?" Olyn melihat tiga orang gadis ini sedang mengusap-usap lengan dan tengkuk mereka. Wajah mereka agak ketakutan. Dia mengerutkan dahinya. "Kenapa ni?" tanya Olyn risau. Dia takut kalau ada apa-apa terjadi dekat anak orang ini kerana semua tanggungjawab ditanggungnya sendiri.

"Kita orang rasa tak sedap badan lah.." Kata Ain.

"Kenapa?" Olyn memiringkan kepalanya.

"Tak tahu lah. Tiba-tiba je" Kata Asyiqin.

"Tiga-tiga sekali?" Tanyaku lagi. Mereka mengangguk serentak. Aku memandang yang lain. "Korang , aku pergi check in dulu. Korang bahagikan bilik macam tempat duduk dalam bas tadi."

"Alah Olyn , tak boleh pilih sendiri ke?" Tanya Faezah.

Olyn memandangnya. "Kau nak sebilik dengan siapa?" tanyanya. Faezah tersengih.

"Nad"

"Aku!?" Nad memasang wajah terkejutnya. Faezah mengangguk.

"Suka hati korang lah. Asalkan bertiga." Kata Olyn.

"Tiga pulak? Alyn dengan Ainaa , korang sebilik dengan aku tau!" Yana memilih Alyn dan Ainaa dahulu.

"Okay!" Jawab Ainaa.

"Put , kau dengan aku and Ani please." Kata Yasmin.

"Eh?" Put mengerutkan dahinya.

"Pleaseee" Yasmin memberi puppy eyes terbaiknya.

Put menggaru kepalanya. "Okaylah"

"Engku , kau dengan aku and Nad" Kata Faezah. Engku mengangkat ibu jarinya.

"Olyn , kau?" tanya Ani.

"Aku seorang je tak apa" Olyn memberi senyuman kepada Ani.

"Sekejap. Aku!?" Yaya menunjuk dirinya. Olyn baru tersedar yang Yaya pun tiada roommate.

"Macam ni lah , Yaya , Ani dengan kau" kata Alyn.

Ani dan Yaya mengangguk. Olyn terdiam sebentar lalu dia mengangguk dengan perlahan.

"Sekejap , macam mana dengan kami?" Tanya Dira. Olyn melihat empat orang gadis yang masih belum memilih roommate mereka.

"Adilla , Adilla boleh sebilik dengan dua orang akak ni kan?" Adilla memandang dua orang 'akak' yang di mention Olyn iaitu Dira dan Mira. Dia mengangguk. "Aleeya.. Hm , Aleeya sebilik dengan Put dan Yasmin" Aleeya mengangguk enthusiastic. Dia melompat ke sebelah Put.

"Sukalah tu" Kata Yasmin.

"Hehe.." Put mengusap kepala Aleeya. Aleeya hanya tersengih riang. Put tu kakak idola katanya.

Tiba-tiba telefon bimbit Olyn berbunyi. Olyn melihat telefon bimbitnya. Nama Inder terpampang di skrin telefon bimbitnya itu.

"Hello?"

"Hello Olyn , kita orang dah sampai dengan airport ni.."

"Um , ah! Aku on the way ke sana dengan Put ni. Kejap lagi kita orang sampai. Tunggu sekejap ya?" Olyn terpaksa menipu Inder.

"Yelah , bye"

"Bye!" Olyn menamatkan panggilan. "Nad!" Nad mendekati Olyn.

"Ya?"

"Aku perlukan jasa baik kau ni. Kau ajak dorang check in dulu. Urm , aku dengan Put nak pergi ambil Inder , Iffa and Nabihah. Boleh pulak tercicir tiga orang tu tadi." kata Olyn. Nad mengangguk.

"Ani , Yaya , pilih bilik yang bersih and kemas tau" Pesan Olyn.

"Baik , tuan!" Ani dan Yaya menabik pada Olyn. Olyn hanya giggled sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kita orang pergi dulu tau. Put , jom!" Put mengangguk. Olyn dan Put menaiki bas. Olyn mendekati driver mereka. "Bang , hantarkan kami ke airport." Arah Olyn.

"Baik , cik" Driver ini mengikut kehendak Olyn.

"Habislah kita kena bebel dengan Inder nanti.." Kata Put. Olyn menepuk dahinya. Dia dan Put pasti tidak sanggup dibebel oleh Inder.

*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience