Bab 89

Romance Completed 78329

Gia menilik wajahnya dihadapan cermin meja solek. Wajahnya sudahpun disolek oleh Kristine sebentar tadi. Tudung yang berona sama dengan baju pengantinnya pun sudah siap dililit di atas kepalanya dengan bantuan Puan Dahlia. Kalau tak, pening jugak nak belit tudung macam mana.

“You cantik Gia! MashaAllah! Tambah-tambah lagi you
pakai tudung ni.”

“Ye ke?”

“Ye! Cantik sangat! I yakin suami you mesti kagum dengan kecantikan you nanti! Superb!” Gia tersenyum hujung bibir.

Jujurnya dia nervous memandangkan tak lama lagi dia akan diijabkabulkan di salah sebuah masjid yang berdekatan. Mak cik dan pak ciknya, Madam Rova dan Mr. Enrico Valenciano turut turun ke Malaysia dari Thailand untuk meraikan hari bahagianya dan semestinya Lisa pun akan ada sekali dekat sini.

Mummy pulak? Ye…mummy semalam lagi dah sampai Malaysia. Katanya tak sabar nak tengok aku dengan Luqman disatukan. Senyumnya memang tak lekang dari bibir.

“Gia…” panggil Madam Valona.

“Mummy!” Gia bangun dan menghampiri mummynya lalu tubuh itu dipeluknya erat. “Mummy…Gia humingi ng tawad kung sa lahat Gia ng oras na ito ay nagkamali kay mummy (Gia mintak maaf kalau Gia selama ni ada buat salah dengan mummy.)”

“Hindi na kailangang ng tawad kay mummy (tak perlu mintak maaf dengan mummy). Gia hindi nagawang mali kay mummy (Gia tak pernah buat salah dengan mummy). Gia ay isang mabuting anak (Gia anak yang baik).”

Gia! Jangan menangis! Jangan menangis! Tak pasal-pasal rosak mekap kau nanti. Sumpah dia rasa nak menangis bila mummy cakap macam tu. Bertahun hubungan aku dengan mummy renggang tapi dengan izin Allah sekarang mummy dah berbaik dengan aku. Terima kasih ya Allah!

Vitalika, Maya dan Kristine yang dengar pun rasa sebak. Akhirnya hubungan antara ibu dan anak ini kembali pulih dan tak ada lagi perasaan saling membenci.

“Huwang kang umiyak (jangan menangis). Maisisira ang makeup (nanti rosak mekap tu).” Madam Valona tersenyum kepada anaknya. Melihat anaknya bakal kahwin dengan orang yang dia sayang pun dah cukup buat hatinya bahagia. Dia yakin Luqman boleh jaga anaknya.

“Gia.” Puan Aminah berdiri di hadapan pintu bilik. “Gia dah siap ke?”

“Dah siap ibu. Kenapa?”

“Kalau dah siap, kita boleh pergi sekarang.”

“Sekarang?”

“Ya…”

“Ok ibu. Boleh.”

“What is it Gia?” Tanya Madam Valona. Tak faham apa
yang dicakapkan anaknya dengan Puan Aminah tadi.

“We can go now to the mosque.”

“Ohhh…I see. Let’s go,” mereka keluar dari bilik dan menuju ke kereta di ruang bawah yang sudah bersiap sedia. Pemandu kepada Gia hari ni ialah Jericho. Dia sendiri yang offer diri untuk jadi pemandu tak berbayar kepada Gia hari ni.

MEREKA tiba di masjid sama waktu dengan pihak lelaki sampai. Masing-masing memegang peranan masing-masing. Angkat dulang hantaran apa semua. Untung juga kawan-kawan model Gia dari Filipina ada yang turun ke Malaysia tolong angkat hantaran dia ni. Kalau tak…jenuh jugak nak mencari orang. Sepupu pun tolong angkat sekali.

Masuk ke dalam masjid, Gia duduk di atas satu bantal nipis yang dijadikan tempat alas duduknya. Ahli keluarga Gia yang lain menutupi kepala mereka menggunakan selendang yang dah dibekalkan oleh Gia. Ada jugak yang bawak selendang sendiri. Reporter yang datang pun mengambil tempat masing-masing. Reporter dari Filipina pun ada jugak yang turun hari ni.

Tok kadi mula datang dan duduk di hadapan Luqman. Gia cuba menahan rasa debar dan gemuruhnya dengan bercakap dengan Puan Aminah. Tak tahulah kenapa rasa debarnya ni rasa macam dah meletup jantung ni! Sumpah tak tipu!!! Ini ke orang cakap debar baka pengantin? Entahlah…

Suasana mula menyepi bila akad nikah dimulai. Gia memandang Luqman dan tok kadi saling berjabat tangan. Bila Luqman pula yang membalas akad, debar Gia makin menaik.

“Aku terima nikahnya Gia Vatanika Ramon Valenciano dengan mas kahwinnya sebanyak lima ratus ringgit tunai.”

Masing mengatakan sah dan akhirnya Gia sah menjadi isteri kepada Luqman dengan hanya sekali lafaz sahaja. Luqman pula tersenyum bila Gia sudahpun sah menjadi isterinya. Ahli keluarga Gia pula mengucapkan congrats kepada Gia bila Vitalika bagitahu mereka yang Gia dah sah jadi isteri kepada Luqman.

Mereka mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi tersebut. Masing-masing meraupkan tapak tangan ke muka sebaik saja doa selesai dibacakan. Puan Aminah dan Ungku Maria tersenyum kepada Gia. Begitu juga dengan Madam Valona.

Luqman dan beberapa orang ahli keluarganya datang menghampiri Gia dengan sebentuk cincin.

“Bagi tangan, Luqman nak sarung cincin tu…” Ujar Puan Aminah berbisik. Gia perlahan-lahan menyuakan tangannya. Sejuk lain macam dah tangan aku ni. Aduh!!!
Kenapalah aku kena hadap benda-benda macam ni dalam hidup aku. Berdebar, tangan sejuk dah macam duduk dekat kutub utara.

Giliran Gia pula menyarungkan cincin pada jari kelingking Luqman sebelum tunduk mencium tangan Luqman dan dibalas dengan ciuman pada dahinya. Berkilau-kilau flash kamera sebaik saja dahinya dicium Luqman.

Perasaan yang tak pernah dia rasa selama ni muncul dalam hatinya. Rasa tenang dan semestinya dalam masa yang sama jugak malu oiii!!! Siapa je tak malu kena cium depan orang ramai siap ada reporter lagi. Luqman tak malu ke cium aku terang-terangan macam ni? Dia nampak rileks.

Selepas ciuman dileraikan, Gia beralih kepada mummynya lalu tubuh itu dipeluknya erat. Kali ini air mata tak boleh nak ditahan lagi sebab sekarang ni dia dibawah tanggungjawab Luqman dan dia sendiri pun ada tugas sebagai isteri. Setiap moment Gia dirakam oleh reporter dan photographer yang diupah khas oleh Gia.

Tatay…Gia dah kahwin dengan lelaki pilihan Gia dan inshaAllah Gia akan bahagia dengan dia tatay. Daddy…kalau daddy ada sekarang dengan Gia mesti lagi seronok kan dan mesti akan happy sebab akhirnya Gia jumpa jugak dengan orang yang Gia cinta dan sayang.

Gia bangun dari tempat duduknya bila diminta oleh reporter dari Filipina untuk bergambar dengan Luqman berdua. Luqman memegang tangan Gia menolongnya untuk bangun. Kang terpijak kain baju tu tersembam buat naya je. Malu dapat, sakit dapat.

Gia melingkarkan tangannya kepada tangan Luqman sambil tersenyum kepada kamera. Luqman tanpa tunggu arahan terus menayangkan senyuman manisnya. Dari sisi ada adik-beradik Gia dan adik-beradik Luqman yang mengambil gambar mereka.

Kemudian, bergambar dengan keluarga Gia pula. Madam Valona, Vitalika, Eric dan keluarganya berdiri sekali dengan Gia dan Luqman dan beberapa keping gambar diambil. Selesai.

Selesai sesi bergambar, mereka berarak menuju ke rumah keluarga Luqman. Sampai di sana, Gia dan Luqman dibawa ke bilik pengantin sementara menunggu tetamu yang akan hadir pada pukul dua belas tengahari nanti. Sekarang baru sebelas pagi.

Gia memerhati sekeliling bilik Luqman. Cantik jugak hiasan bilik ni. Gabungan warna oren susu dan putih menjadi pilihan.

“Perhati apa lama sangat?” Tanya Luqman yang dah duduk di birai katil sambil memandang ke arah Gia yang sudahpun sah menjadi isterinya beberapa minit yang lau.

“Tak ada apa…cantik hiasan dalam bilik awak. Sapa yang hias?”

“Mama akulah. Dia minat sangat konsep macam ni jadi aku pun on jelah. Janji tak nampak gegirl sangat.”

“Ohhh…”

“Yang kau berdiri dekat situ dah kenapa? Duduklah sebelah aku ni.”

Tiba-tiba je aku rasa awkward. Selama ni kalau duduk sebelah dia aku rileks je tapi kali ni entah kenapa tiba-tiba aku rasa awkward lain macam. Seolah-olah aku tak pernah kenal dengan dia pun selama ni.

“Kau ni dah kenapa? Takut?”

“Takut apa?”

“Manalah tahu kau fikir aku nak ngap kau ke?”

“Hesy! Ke situ pulak yang difikirnya. Tak adalah.”

“Kalau tak, duduk sebelah aku. Rilekslah…aku bukan nak
buat apa pun dekat kau. Tak malam lagi.”

“Luq!” Gia menjegilkan matanya membuatkan Luqman ketawa berdekah.

“Ok! Ok! Sorry! Meh duduk sini. Aku tak buat apa lah. Takut sangat kau ni…”

Nak tak nak dia terpaksa jugak duduk di sebelah Luqman. Mak aiii…nak duduk pun awkward nak mampus!!! Gia!!! Dia ni berubah jadi status suami kau je pun. Bukannya jadi bapak kau!

“Luq! Luq! Luq! Awak nak buat apa ni?!” Terkejut beruk aku bila tiba-tiba dia peluk pinggang aku. Jangan nak macam-macam sangat Luqman! Kang isteri tersiku muka suami sendiri sebab terkejut.

“Apa kau ni? Ya Allah! Gelabah mengalahkan bewak kau ni. Ni, cuba rileks? Haih…aku ni suami kau dan kau tu isteri aku? Apa salahnya kalau aku nak peluk kau? Hmmm???” Kali ini mukanya pula didekatkan pada wajah Gia.

“Tt…ttt…tak salah. Terkejut je…”

“Ohhh…” Luqman berjeda seketika. “Gia…kau menyesal tak kahwin dengan aku?”

“Kenapa pulak tanya soalan macam tu?”

“Saja tanya. Yelah…aku ni kan panas baran, tak rileks, tak cool. Banyak sakitkan hati kau.”

“Luq, benda tu dah lepas kan? Lagipun, awak dah janji dengan saya yang saya akan bahagia dengan awak. Itu pun dah cukup untuk saya.”

“Betul ni?”

“Betul. Saya tak mintak lebih pun Luq. Saya tak mintak
harta awak sebab saya pun ada harta saya sendiri. Saya hanya perlu kasih sayang awak dan care awak je. Itu pun dah cukup.”

“Bagus kau ni.”

“Memang pun.”

“Perasan!” Hidung Gia dikepit perlahan.

“Tak naklah kepit hidung!” Salah satunya aku ni memang sensitif. Mesti akan bersin. Tapi, untunglah bersin aku ni pemalu. Comel je bunyinya. Bukan bersin tahap gegar rumah.

“CONGRATS Gia and Luqman! Wish you both happy all the time and have a cute kid!” Ujar Madam Rova bersama dengan Lisa dan Mr. Hans Thorsaporn di sisinya.

“Thank you auntie and uncle because come all the way for my happy day. Thank you so much and have a safe flight tomorrow.”

Madam Rova dan Gia saling berpelukan sebelum pelukan dileraikan. Gia memandang pula kepada Lisa yang dari tadi cuma mendiamkan dirinya.

“Lisa…I hope you will find your true love. But, I know Jericho still love you. Even he said that he doesn’t love you anymore but I know deep in his heart he still loving you. Don’t lose hope okay? I know him well.”

“Are you sure Gia?”

“I am very sure and I will help to get back with Jericho. I promise you.”

“Thank you Gia and I would to apologize after what I have done to you and Jericho. I am so sorry and I know that I am very stupid because accused you and Jericho having affair behind me.”

“Nahhh…it’s okay. It’s just a small matter.” Gia mengusap lembut bahu Lisa. Sikit pun dia tak berdendam dengan Lisa sebab dia tahu cemburu Lisa tu tahapnya macam mana. Maklumlah cemburu seorang perempuan memang kadang-kadang sampai ke langit tahapnya!

Mereka beredar pergi meninggalkan Gia dan Luqman yang masih lagi tercegat di depan gate rumah. Letih tu letihlah jugak oi! Dah berapa jam berdiri dan jalan ke sana-sini menyapa tetamu.

Keluarga pak ciknya pula datang menyapa mereka berdua.

“Congratulations Gia and husband. I wish you will happy and long last ending together. May God bless you both.” Ujar Mr. Enrico Valenciano.

“Thank you uncle.”

“Kho sdaeng kwahm yindee na luk (Tahniah ya Gia). Bpa mee kwahm suk samrab nhoo na (Auntie happy untuk Gia). Bpa wang wa nhoo mee kwam suk semer kab samee jon tlod bpai na ka (Auntie harap Gia selalu happy dengan suami sampai bila-bila),” ujar auntie Nattawadee.

“Khob khun mak na ka khun bpa (Terima kasih auntie). Khob khun mak duwai tee mah nai wan nee (Terima kasih jugak sebab datang hari ni).”

“Mai bpen rai ka (tak apa).”

“Pee Gia ka…kho sdaeng kwahm yindee na ka pee (kak Gia, congratulations ya kak Gia).” Rinrada, sepupu kepada Gia turut mengucapkan tahniah.

“Kho sdaeng kwahm yindee kap (congratulations).” Ucap Theerut, sepupu kepada Gia dan abang sulung kepada Rinrada.

“Phom duwai kap (saya jugak). Kho sdaeng kwahm yindee duwai na kap (congratulations too),” Ucap Nuttchai, abang kedua kepada Rinrada.

“Khob khun ka nong Rin, Khun Thee laea Khun Nutt (Terima kasih ya Rin, Tee dan Nutt).” Mereka bertiga mengangguk kecil. Theerut tua darinya empat tahun manakala Nuttchai pula tua darinya dua tahun.

Luqman pula terkebil-kebil di situ. Tak faham satu patah bahasa siam. Bini aku ni pun lain macam! Boleh cakap banyak bahasa. Lepas ni aku nak belajar bahasa Tamil pulak.

GIA mengambil angin malam di balkoni bilik Luqman. Sejuk dan nyaman je angin malam ni. Luqman pulak tak habis mandi lagi. Sejuk dengan angin luar, Gia melangkah masuk ke dalam bilik lalu pintu gelangsar ditutup. Dia duduk di birai katil.

Jam dah menunjukkan pukul sembilan setengah malam. Mata aku pun tak mengantuk lagi. Telefonnya dicapai di atas meja solek dan membelek telefonnya. Nak baca news tapi tak ada news yang menarik.

Luqman yang dah siap mandi keluar dengan bertuala dan baju biasa yang disarung pada tubuhnya. Gia masih sibuk melayan telefonnya.

“Gia.”

“Hmmm?”

“Kau memang boleh cakap banyak bahasa ehhh?” Soalan yang dari tadi dia teringin nak tanya tapi lupa. Dah alang-alang ingat ni baik tanya.

“Emmm…biasa je. Tak banyak sangat. Saya boleh cakap thai, perancis other than bahasa melayu, english dan tagalog.”

“Banyak sangat kau ni! Lepas ni aku nak cakap bahasa Tamil dengan kau!”

Telefonnya diletakkan ke tepi dan menumpukan perhatian kepada suaminya. “Awak nak cakap bahasa Tamil? Serius?”

“Seriuslah. Hahahaha! Kenapa? Kau ingat aku tak reti?”

“Tak ada lah. Lawak tau kalau awak cakap bahasa Tamil. Automatik muka awak jadi muka hero Tamil terus!” Gia bantai gelakkan suaminya.

“Kau cakap apa?”

“Hero Tamil!!!”

“Berani kau ehhh!!!” Luqman terus menerkam Gia lalu
tubuh itu digeleteknya.

“Luq! Luq! Geli!!!”

“Tadi seronokkan kau gelakkan aku! Sekarang ni aku nak bagi kau gelak puas-puas!”

Penat Gia dibuatnya sampai berair mata akibat rasa geli digeletek Luqman. Azab! Azab! Suara tawa Gia dan Luqman bergabung di dalam bilik itu. Bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience