Khairul memandang Hana yang sedang menunduk. Dia faham apa yang Hana rasa. Dia sebenarnya tidak menghantar Hana ke asrama sebaliknya membawa Hana ke suatu tempat. Hana yang perasan terus bersuara`Kita nak gi mana ni Khai? Setahu aku ni bukan jalan nak balik asrama'. Soalnya. Khairul memandang Hana. Mata mereka bertaut seketika sebelum Hana mengalihkan mukanya ke tempat lain. Khairul tersenyum. `Kau jangan risaulah. Takdenya aku nak hantar kau kat budak-budak jahanam tadi tu. Kita Pergi satu tempat jap. Lepas tu aku hantar kau balik ye'. Balas Khairul. Hana hanya mengangguk. `Thanks Khai. Kalau takde kau tadi, mungkin aku dah kena culik dah dengan nizam dan Adam'. Balasnya. `Nizam dan Adam? Oooo tu nama mereka lah? Yang lawan dengan aku tadi tu... `Itu Adam'.pintas Hana. `Yang lawan dengan Hafi tadi tu pulak Nizam'. Sambungnya. Khairul hanya mengangguk. Sepi kembali. Khairul memberhentikan kereta. Hana melihat sekeliling. Pantai? Buat apa dia bawak aku ke sini? Soal Hana dalam hati. `Khai'.panggil Hana sambil memalingkan muka menghadapnya Khairul. Dia terkejut apabila mukanya dengan muka Khairul hampir dekat. Khairul ketawa sambil menjauhkan mukanya daripada muka Hana. Sungguh dia berasa gembira. Dia berasa gembira apabila bersama dengan Hana. `Jom keluar'. Ajak Khairul. Hana segera keluar. Khairul mengunci keretanya. `Hana'. Panggilnya lembut. Dia melihat Hana masih memerhati keadaan sekeliling. Hana berpaling. Khairul senyum. `Jom. Kita bersiar-siar dulu. Tenangkan fikiran kau'. Ujar Khairul. Hana hanya tersenyum sebelum mengikut Khairul di belakang. Gembira! Gembira bersama dengan Khairul! Perasaan aneh mula terbit di hati Hana. Tapi cepat-cepat dia menepis perasaan itu. Dia sedar sapa diri dia berbanding Khairul yang kaya raya. Lagipun jika difikirkan balik tak mungkin si Khairul mempunyai perasaan yang sama dengannya. Hana menggeleng. `Hana'. Jerit Khairul sekuat hati. Hana terhenti. Dia melihat keadaan sekeliling. Lah aku termenung sambil berjalan rupanya! Getus hati Hana. Mana pulak si Khairul ni? `Hana!! 'Jerit Khairul lagi. Pelik melihat Hana. Berjalan sesuka hati. Nasib aku perasan! Kalau tak entah mana lah si Hana ni akan hilang! Bebel Khairul dalam hati. Pantas Khairul mendapatkan Hana yang masih tidak dapat mencarinya .`Hana Qelisha' panggil Khairul lagi sambil memegang lengan Hana. Tidak mahu Hana terus berjalan lagi. Hana berhenti lalu memandang Khairul. `Kau ke mana hah? Puas aku cari kau tadi'. Ujar Hana. `Kau tu yang nak ke mana? Nasib aku nampak kau tadi tau tak. Kalau tak taulah ke mana kau nak pergi. Aku panggil kau berapa kali pun kau tak dengar'. Balas Khairul. Dia masih lagi mengenggam lengan Hana. Bukan dia tak perasan. Saja dia buat begitu. Sungguh. Ada perasaan yang dia sendiri dia tidak pernah rasa. `Sorrylah'balas Hana. Hana yang seperti baru perasan lengannya dipegang oleh Khairul pantas berdehem. Khairul buat-buat seperti baru tersedar lantas melepaskan pegangan. `Sorry'. Ujarnya pendek. Hana hanya tersenyum sambil mengangguk. `Kita nak buat apa kat sini? Takkan berdiri je. 'ujar Hana. Khairul yang mendengar tergelak kecil. `Jom kita pergi kat pantai tu jap'. Ajak Khairul. Dengan selamba dia memegang tangan Hana sebelum menariknya. Hana tersentak dengan kelakuan Khairul. Namun diikutkan jugak langkahnya. `Ehh jap jap.. Kau jangan kata nak mandi.. Tak nak aku..'pintas Hana. Khairul terus menarik tangannya lalu berhenti. Dia memandang Hana dan dengan perlahan-lahan dia melepaskan pegangannya. Dengan sengihan, Khairul terus pergi ke arah air lalu memercikkan air ke arah Hana. `Khairul! 'Jerit Hana sambil mengelap mukanya. `Sudahlah tu'. Sambungnya lagi. Geram dengan kelakuan Khairul yang tidak berhenti Itu, dia terus membalasnya. `Okay okay.. Cukup.. Aku dah penat ni.. 'ujar Khairul. Dia bahagia bila melihat Hana ketawa. Sungguh dia semakin yakin dengan perasaanya itu. Hana hanya tersenyum memandangnya. `Dah jom, kita gi kat kereta aku balik'.Khairul ingin mencapai tangan Hana tapi pantas Hana mengelak. Hana menggelengkan kepala bila mata mereka bertaut. Khairul faham gelengan itu. Dia turut tersenyum sebelum mereka sesama ke kereta. Pada mulanya Hana ingatkan Khairul mengajak ke kereta kerana ingin pulang, sebaliknya dia pelik bila melihat Khairul hanya bersandar di keretanya. Pantas dia menuju ke arah Khairul. `Khai'. Panggilnya. Khairul yang ketika itu sedang tunduk segera mengangkat wajahnya. Mata mereka bertaut sekali lagi. Lama. `Hana. Boleh aku tanya? 'soalnya setelah agak lama mendiamkan diri. Hana tidak menjawab sebaliknya mengangkat keningnya. `Kenapa si Adam dan si Nizam tadi kacau kau? Selalu ke mereka kacau kau?' soal Khairul. Hana mengeluh. Dia turut bersandar bersebelahan dengan Khairul. `Selalu jugak lah mereka kacau aku. Tapi mereka selalu kacau aku time Qilla Ada dengan aku. So, mereka tak berani sangat kacau aku bila lihat Qilla ada dengan aku. Aku pun tak tau kenapa mereka selalu kacau aku. Aku pernah tengking mereka Khai, tapi mereka buat tak layan'.balasnya.`Mungkin mereka suka kau'. Balas Khairul. `Suka? Hahahah tak mungkin'. Balas Hana. `Kenapa pulak tak mungkin? 'soal Khairul. Dia memandang Hana. `Tak mungkin Khai, tak mungkin.. Mana mungkin mereka suka dengan orang macam ni. Aku orang miskin Khai.. Ayah aku pun dah meninggal. Aku anak tunggal. Aku hanya ada mak aku je sekarang. Sekarang ni pun, mak aku tak Sihat sangat. Kalau mak aku dah takde nanti, tak tahulah kehidupan aku macam mana. Mungkin merempat tempat lain kot. Yelah.. Rumah yang kami duduk pun rumah sewa.. Kami tak mampu nak bayar.. Hanya bayar separuh Khai.. Separuh.. So, sebab tu sekarang kalau kau tanya pasal bercinta ni.. Aku tak berani.. Sebab aku sedar diri.. Sapalah yang nak Kat aku Khai'.balas Hana panjang lebar. Dia menundukkan wajahnya. Dengan perlahan dia menyeka air mata yang jatuh. Dia tidak mahu Khairul lihat dia menangis. Khairul perasan yang Hana menangis. Dia turut sebak. Baru dia tahu yang Hana anak yatim. Sekarang, perasaannya pada Hana semakin kuat. Khairul berdiri di depan Hana. Dengan teragak-agak, dia mengangkat sedikit dagu Hana untuk melihatnya. Hana tersentak. Dia tidak sedar bila Khairul berada di hadapannya. Mata mereka bertaut. Perlahan-lahan Khairul menyeka air mata yang jatuh. `Kau tak boleh menangis Hana. Aku tak nak tengok kau menangis. Aku just nak tengok kau gembira'. Ujar Khairul. `Ermm Khai, jomlah balik.. Dah lewat ni.. Bising si mak cik Qilla tu nanti'. Balas Hana bergurau. Khairul tergelak. `Jom, aku hantar kau balik. Kau masuk kereta'.balasnya. Hana hanya menurut. Khairul mula memandu kereta. Khairul memandang Hana. Perlu ke aku bagitau Hana? Perlu ke? Aku ikhlas. Tapi adakah dia akan terima? Fikir Khairul. Dia memandang ke hadapan kembali. `Besok kau pergi kelas ke?'soal Khairul. Dia memandang Hana. Hana hanya mengangguk. Khairul senyum sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya. Dia perlu minta bantuan Qilla! Hanya dia yang boleh tolong aku sekarang! Hanya dia! Dia memandang Hana. Hana.. Aku akan cuba dapatkan kau walau macam mana cara sekalipun. Aku takkan lepaskan kau. Dia terus memandu laju kereta. Hana menjeling Khairul. Dia perasan yang Khairul asyik memandangnya. Entah kenapa, hatinya gembira. Dia berasa seronok. Dia terus memandang ke hadapan. Khairul memberhentikan keretanya di hadapan asrama. Dia memandang Hana. `Aku balik dulu. Thanks Khai.. Besok kita jumpa kat kolej'. Ujar Hana. Belum sempat dia ingin keluar, Khairul sudah menarik lengannya. Dia terduduk balik. Dia memandang khairul namun Cuma seketika sebelum menundukkan kepalanya. Dia tidak mampu membalas renungan Khairul. Khairul tersenyum. Dia dapat rasakan yang Hana punya perasaan yang sama.`Hana'.panggilnya. Hana memandang. `Kau jaga diri masuk nanti, kunci pintu apa semua. Kirim salam nanti kat Qilla. Dan aku nak cakap yang aku... Khairul terhenti. `Aku? Aku apa? 'soal Hana. Tertiba dadanya berdebar. `Betul kau nak tau?' soal Khairul tersengih. `Cakap je lah'. Balas Hana geram. `Aku.. Aku.. Aku sayangkan kau'.ujar Khairul. Fuhh. Terlepas jugak. Dia memandang Hana. Mengharapkan Hana faham dan mengharapkan balasan. Hana termangu. Betul ke apa yang aku dengar ni? Ke aku mimpi? Dia sayangkan aku? Tak mungkin. `Khai, aku blah dululah, nanti jumpa.. Kirim salam jugak kat Hafi. Cakap terima kasih kat dia sebab tolong aku.. Aku pergi dulu.. Bye assalammualaikum'. Balas Hana. Dia terus keluar dari kereta lalu menutupnya dan Bergegas dia menaiki tangga. Khairul yang melihat tersandar di kusyen. Dia meraupkan wajahnya. Takpe Khai..takpe..kau cuba lagi.. Jangan mengaku kalah..ujar Khairul dalam hati. Dia memandu semula kereta lalu menuju ke asrama lelaki. Hana masuk ke dalam bilik lalu menguncinya. Nasib lah dia Ada bawak kunci pendua. Kalau tak.. mau dia tidur kat luar. Dia melihat Qilla sudah tidur di atas katil. Hana baring di atas katil. Dia perlu merehatkan diri juga. Terlalu penat. Tertiba dia teringatkan kata-kata khairul`Aku sayangkan kau'. Perkataan tu bermain dalam otak Hana. Betul ke? Betul ke apa yang dia dengar tadi? Arhhh. Baik aku tidur dari memikirkannya. Hana melelapkan matanya.
Share this novel