28

Romance Completed 132664

Azleen kembali ke meja kerjanya dengan perasaan penuh tanda tanya. Kenapa sampai Hazim meminta alamat rumah Hana? Apa sebenarnya yang berlaku antara mereka?

Mujur sahaja kali ini mulutnya bertegas tidak mahu membocorkan alamat rumah keluarga Hana. Entah mengapa, dia tidak selesa sekiranya memberitahu maklumat peribadi seperti itu kepada Hazim.

"Dah ada bini pun sibuk cari perempuan lain lagi. Manalah bini tak lari." bebel Azleen.

"Tapi mana Hana pergi sekarang ek?" Azleen mengumam lagi.

Sejak dari peristiwa gadis itu dimalukan dan dia sendiri angkat kaki dari situ, Azleen tidak lagi mendengar apa-apa khabar dari Hana. Sudah sebulan lebih.

Lalu Azleen mengeluarkan telefon bimbitnya untuk meninjau sesuatu. Seingatnya dia ada mengikuti Hana di instagram, mungkin ada perkembangan Hana yang dia tidak tahu.

"Aik! dah deactive ke?" getus Azleen.

Nama Hana yang dicari langsung tiada. Azleen berkira-kira sendiri. Mungkin Hana menyahaktif akaun sosial medianya kerana dikecam teruk. Siapa tahu.

"Tu lah, siapa suruh kacau laki orang!" sambung Azleen lagi.

Mengapa beriya benar dia mahu ambil tahu soal Hana, padahal hari tu bukan main dia marahkan Hana. Ah! Azleen menyambung kerja yang tertangguh tanpa mahu berfikir panjang.

.
.

"Mama awak apa khabar?" Hana bertanya sambil melihat Ammar yang sedang mencicip minuman yang disediakan.

"Alhamdulillah. Dah bersara pun busy lagi." jawab Ammar.

"Busy apa?"

"Business tudung. Biasalah, macam tak kenal Cikgu Mas tu. Dulu kat sekolah kan dia suka jugak menjual."

"Ha ah kan. Bestnya. Saya teringin jugak nak pakai tudung. Nanti boleh beli dengan mama awak." ujar Hana ikhlas.

Memang dia ada berniat untuk berhijab, lagi-lagi apabila mama dan kakak Amirah juga bertudung. Dia jadi segan. Sampai bila dia harus berpakaian terdedah sana-sini?

"Iye? Okay, nanti saya suruh mama bagi diskaun kat awak." Ammar melorek senyum senang.

Sudah berkira-kira di dalam hati untuk menghadiahkan sehelai tudung buat Hana. Bahkan dia yakin Hana pasti kelihatan anggun jika bertudung.

"Okey." Hana mengangkat ibu jari tanda setuju. Serentak itu mereka gelak.

Ammar memandang wajah Hana yang masih bersisa senyuman. Tenang segenap hatinya. Alangkah indahnya jika dia dapat sentiasa membuat gadis ini tersenyum.

"You should smile often." bicara Ammar tanpa sedar.

"Hmm?" Hana kurang mendengar.

"Senyumlah macam ni selalu." ulang Ammar.

Senyuman Hana bertukar pahit. Dia sedar kebelakangan ini dia jarang senyum. Walaupun dari luar kelihatan tenang, namun hatinya tiada siapa yang tahu.

"Why?" Hana tunduk memandang jari sendiri.

"Cuter??" jawapan Ammar membuat Hana gelak sekali lagi.

"Don't." Hana cuba mengelak dari bertentang mata dengan Ammar.

"Fine. Tapi awak kena kuat. I can't wait to see you get well soon tau?"

"Lagi 4 mon—"

"Shuh! It just a prediction. Awak kuat. You're stronger than that." laju Ammar memotong ayat Hana.

"I don't know..." Hana mengeluh. Kuatkah dia?

"Yes you are. Now it's time to makan ubat kan? Dah, i gotta go. Or else, awak tak cukup rehat."

Ammar sudah menghafal waktu Hana mengambil ubat. Seperti orang lain, besar harapannya untuk melihat Hana sihat kembali. Dan untuk itu, dia akan terus di samping Hana. Bila-bila masa gadis itu perlukan.

"Makan ubat. Get well soon." pesan Ammar sambil bangun dari tempat duduk.

Hana mengangguk faham.

"See ya. Bye. Assalamualaikum." ucap Ammar.

"Bye Lala!" laung Ammar ke dalam rumah.

Dari tadi lagi dia melihat Camilla mengintai-intai dia dan Hana di luar rumah. Camilla sengih sambil membalas lambaian Ammar.

Hana menghantar pandangan ke arah Ammar yang sudah memasuki perut kereta. Ammar juga tidak putus senyumnya dari tadi.

Sebelum keretanya menyusur pergi sempat dia kerling dan mengangkat tangan pada Hana. Walaupun sudah tidak berada di hospital, Ammar tetap ke mari untuk menziarahi Hana.

Sudah ditolak awal-awal, tapi tidak dipedulikan langsung. Malah hari ini Ammar hadir membawa kuih yang dikirim dari si ibu sebagai buah tangan.

"Maksu, boyfriend eh??" Camilla mengusik Hana di sebalik pintu.

Hana menggeleng dalam senyum seraya kembali menggerakkan kerusi rodanya untuk masuk ke dalam rumah.

Dari tadi Camilla melihat Ammar asyik berborak dengan maksunya. Setahunya kalau lelaki dan perempuan bergurau mesra begitu, pasti mereka sedang berkasih.

"Ish, mana ada! " Hana menarik hidung kecil Camilla.

"Pak ngah cakap tu boyfriend maksu." Membulat mata Hana.

Camilla menyeringai ketika Hana sudah mahu mencubit pipinya pula.

"Pandai-pandai je pak ngah tu. Itu kawan maksu je lah."

"Alaa.. dia kan handsome. Boleh la jadi boyfriend maksu." sakat Camilla.

Hana sudah garu kepala. Bagaimanalah dia harus menerangkan ke seisi rumah ini bahawa antara dia dan Ammar cuma kawan biasa. Hana sedar akan kekurangan diri. Tidak pantas untuk dia berdampingan dengan Ammar.

"Mana sesuai. Maksu tak cantik pun." Hana mengusap kepala Camilla, harap-harap anak saudaranya itu mengerti.

Dengan tubuh kurus kering begini, mana mungkin dia kelihatan cantik lagi. Kata orang, macam mayat hidup.

"Maksu pretty la." balas Camilla sambil bermain-main dengan jari-jemari Hana.

Seingat Camilla, memang Hana cantik. Mungkin kerana kurang sihat, Hana kelihatan lain dari biasa.

Hana membuahkan segaris senyum. Hendak melihat diri sendiri dalam cermin pun dia tidak sanggup, apatah lagi orang lain yang memandangnya. Kadang-kadang Hana menangis melihat pantulan wajah sendiri. Tertekan, dan merasa rendah diri.

.
.

Azizah mengemas bilik Hana setelah selesai memandikan anaknya itu. Disuruh Camilla untuk menemani Hana sementara dia membersihkan tempat tidur Hana.

Selesai merapikan katil, Azizah bergerak ke arah almari yang menempatkan pakaian Hana. Belum sempat dikemaskan semua.

Masih ada sebuah beg baju yang belum berusik, masih belum dibuka sejak Hana berpindah dari rumah lama. Dan beberapa buah beg lagi di suatu sudut berupa kotak berisi barangan peribadi Hana.

Hati Azizah tergerak untuk melihat-lihat sekiranya ada yang boleh dipindahkan ke dalam almari. Matanya tertancap pada sebuah beg kecil serupa beg alat solek. Rajin pula tangannya mengambil beg berkilat berwarna hitam dan merah jambu itu.

Zipnya dibuka, penuh berisi barang make up milik Hana. Namun apa yang menarik perhatian dia adalah di sebalik beg itu ada beberapa lipatan berisi sesuatu.

Azizah berdebar-debar tatkala menyelak di celah di lipatan itu. Mata tertunak kepada sekeping kad berwarna biru. Segera diambilnya untuk diamati.

Hampir tercabut jantungnya. Sambil terduduk, Azizah mengurut dada.

Hana sedang leka berbual dengan Badrul dan Camilla tatkala matanya tertangkap kelibat ayah, mama serta kakaknya memasuki ruang tamu.

"Camilla, come." Amirah memanggil Camilla yang sedang duduk di sebelah Badrul.

"Jom kita duduk kat luar." Amirah mendukung Camilla ke luar rumah. Tidak mahu anaknya terdengar perbualan yang bakal berlangsung.

"Hana." suara tegas Halim mengejutkan Hana.

"Apa ni?"

Hana terkedu melihat kad nikahnya di tangan si ayah. Begitu juga dengan Badrul. Azizah hanya diam di belakang suaminya. Ada air mata yang bergenang di tubir mata si ibu.

"A-ayah... H-hana boleh jelaskan..Ayah." Hana cuba bangun mendapatkan ayahnya tapi ditahan Badrul.

"Berapa lama dah Hana sembunyikan dari mama ayah??" suara Halim ditahan agar tidak meninggi, jauh di dasar hati memang dia kecewa.

Badrul terlebih dahulu bangun dan meminta kad yang berada di tangan Halim. Riak Badrul tidak kurang terkejutnya.

"Ayah.. bukan niat Hana nak sembunyikan.. Hana ada sebab.. Mama.. Angah.." Hana sudah menangis sebelum menjelaskan perkara sebenar.

"Kenapa Hana buat macam ni..Kenapa? Apa Hana dah buat belakang kami?" Azizah menyeka air matanya. Dia juga masih terkejut.

"Mama...Hana minta maaf ma.." makin laju air mata Hana melihat wajah terluka mamanya.

"Ayah...ampunkan Hana. Ayah.." kerusi roda Hana menghampiri tempat Halim berdiri.

Berkerut dahi si ayah menahan perasaan marah dan sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience