Satu ketika dulu cerita nie pernah digemparkan dengan misteri kehilangan rumah banglo hilang disekitar Johor. Pernah dengar tak cerita nie?
Memang kawasan ada satu kawasan tu nampak agak luas tanpa sebarang rumah. Macam mana banglo tu hilang masih tidak diketahui.
Ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekali pun.
Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cerita bernilai berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut.
Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Ada pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.
Akibatnya rumah itu dihilangkan.
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan lelaki nak buat penyiasatan kat tapak rumah tersebut, tapi bila dua hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri.
Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo.
Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak!
eorang lagi bermimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut.
Pernah ada juga yang datang untuk melihat tapi ada yang mengekori pulang.
"Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,
"Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi."
Kemudian abang panggil dan cerita tentang banglo tu. Dia cakap, banglo tu ada orang dah beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim..
Maksudnya Orang tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim. Tapi dia masalah ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglo tu.
Share this novel