Televisyen dipandang sepi. Skrin yang menayangkan cerita Diwale sempena Aidiladha langsung tidak menarik perhatianku. Perasaanku kusut memikirkan Hamka. Sejak kejadian itu, aku langsung tidak bersua muka dengan Hamka kerana dia tidak pulang ke rumah.
Marahkah dia padaku?
Kemanakah dia pergi?
Aku mengeluh. Bila difikirkan semula, semua yang berlaku berpunca daripada aku. Kalau bukan aku yang menggodanya, sudah tentu Hamka tidak akan menyentuhku.
Argh! Wajah diraup kasar.
Sakit dikepalaku datang kembali. Sudah lama sakit ini tidak menyerangku. Aku berbaring di kerusi dan akhirnya terlelap.
HAMKA
"Abang Hamka, mak suruh makan." Kata satu suara. Suara yang cukup aku kenali.
Ainun. Adik kepada Taufiq. Sewaktu zaman sekolah, aku dan Ainun cukup rapat. Ada juga cerita mengatakan bahawa Ainun mempunyai perasaan terhadapku. Tapi aku tidak mengendahkannya kerana bagiku hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan.
Aku membontotinya ke dapur. Sepanjang aku di sini, aku menetap di rumah Taufiq yang terletak di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong.
"Hamka, duduklah. Harini Mak Da masak biasa biasa je." Kata Mak Da merangkap ibu tiri Taufiq.
"Terima kasih." Kataku sopan. Banyak sekali aku terhutang budi pada keluarga ini. Sewaktu aku disisihkan, mereka banyak memberi bantuan fizikal dan juga mental kepada keluarga kami.
"Hamka, bila mu nak balik Shah Alam?" Tanya Tfiq yang duduk di sebelahku.
"Petang ni aku balik. Ada hal sikit." Sudah tiga hari aku tidak pulang berjumpa ke rumah. Bagaimanalah keadaan Rose sekarang.
Usai membaca doa, aku menyuap nasi yang masih panas berlaukkan daging goreng yang disenduk oleh Ainun.
***
"Hati hati Hamka, jaga dia molek." Ujar Taufiq sambil menepuk nepuk belakangku. Aku sudah menceritakan kisah Rose kepadanya.
Aku hanya tersenyum. Aku sudah tentu akan menjaga Rose sebaik mungkin. Insan yang telah menakluki takhta hatiku itu tidak mungkin aku biarkan begitu saja. Baru dua hari aku meninggalkannya, sudah tidak keruan jadinya.
"Abang Hamka, nah." Ainun menghulurkan satu bungkusan kepadaku.
"Mende ni?" Aku membelek belek bungkusan itu. Cantik berbalut dengan kertas pembalut hadiah yang berwarna indigo.
"Hadiah hari lahir abang la." Ainun tersenyum manis kepadaku. Sungguh manis sekali senyumannya.
"Kan dah lama lepas."
"Alaa, terima jelah."
Aku tersenyum melihat gelagat Ainun. Dari dulu, perangai mengada ngadanya langsung tidak berubah.
Aku mencium tangan Mak Da. Suami Mak Da iaitu Pak Ngah sudah lama meninggal dunia. Selepas setahun mereka berkahwin, Pak Ngah meninggal kerana disengat ular tedung sewaktu di kebun. Mak Da lah yang bertungkus lumus membesarkan Ainun dan Taufiq. Mereka patut bersyukur kerana mendapat ibu tiri yang baik.
Aku memecut kereta Mercedez Benz milikku untuk ke Shah Alam. Keadaan trafik tidak berapa sesak. Mungkin kerana tidak ramai yang pulang beraya tahun ini.
Hampir pukul 3 pagi, aku tiba di rumah. Keadaan di dalam rumah gelap gelita. Suis lampu yang terletak di tepi pintu masuk ditekan.
Sewaktu hendak menaiki tangga, mataku tertacap pada sesusuk tubuh yang amat aku kenali sedang berbaring di atas sofa. Aku mengusap ubun ubun milik insan yang amat aku rindui itu.
"Panasnya." Bisikku sendiri.
Kasihan Rose. Entah sejak bila lagi dia demam. Berbekalkan kudrat yang ada, aku mengangkatnya untuk dibawa ke bilik.
ROSE
Aku tersedar dari lena apabila jam menunjukkan pukul lapan lima belas pagi. Kepala yang masih berdenyut dipicit perlahan.
'Eh, siapa pula yang meletakkan tuala di dahiku?' Monologku di dalam hati.
Tiba tiba daun pintu dikuak dari luar. Hamka masuk sambil menatang sedulang makanan.
"Eh, Rose dah bangun?" Tegur Hamka. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Aku melihatnya bagaikan tidak percaya. Insan yang selama ini aku igaukan berada di depan mata. Apabila dia melabuhkan punggung di birai katil, aku segera memeluknya erat. Air mata yang sudah lama ditahan akhirnya tumpah jua.
"Hamka pergi mana? Rindu."
Dia membalas pelukanku. Satu kucupan singgah di ubun ubunku.
"Hamka pun rindu Rose. Dah, jangan menangis. Hamka dah balik ni." Dia meleraikan pelukan. Air mata yang mengalir disekanya perlahan.
"Pergi mana?" Aku memandangnya dengan mata yang sembab. Dadanya dipukul perlahan.
"Balik kampung. Haritu Hamka nak ajak Rose, tapi Rose marah Hamka. Tak jadi lah nak ajak." Dia mencebikkan bibirnya padaku.
Aku tersenyum. Nasib baik Hamka tak marahkan aku. Runtuh egoku kerana Hamka. Aku membelai wajah insan yang aku rindui itu.
"Rose, makanlah." Kata Hamka semasa aku sibuk membelai wajahnya.
"Taknak." Belum puas lagi menghadap wajahnya, aku disuruh menghadap bubur? Nantilah sikit.
"Hamka suap nak?" Tanya Hamka. Kedua belah keningnya diangkat angkat.
Aku tersenyum seperti kerang busuk. Laju aku menganggukkan kepala seperti burung belatuk mematuk batang pokok. Sudah tiga hari tak mengada ngada dengan Hamka.
Aku menuruni tangga dengan perlahan lahan. Kepala yang sakit masih terasa. Kalau bukan kerana Hamka ingin berjumpa, aku tak akan turun ke bawah. Katanya ada perkara penting ingin dibincangkan.
Semasa aku turun ke bawah, Hamka masih belum ada di ruang tamu. Mungkin sedang solat. Mataku tertacap pada satu bungkusan yang berbalut kertas berwarna indigo. Di atas bungkusan itu terdapat sekeping kad yang tertulis 'Kepada Abang Hamka.'
Hatiku meronta ronta ingin mengetahui apa yang tertulis di dalam kad itu. Dengan tangan yang terketar ketar, aku mengambil kad itu. Satu alunan muzik berbunyi apabila kad itu dibuka. Sungguh romantik.
Daripada Ainun.
Siapa Ainun?
Aku sungguh terkejut apabila membaca kandungan kad itu. Sakit dada menahan sebak. Tiba tiba aku terdengar seperti tapak kaki menuruni tangga. Cepat cepat aku meletakkan kad itu di tempat asalnya. Aku cuba berlagak tenang walaupun hati sudah perit menahan luka.
Share this novel