Bab 15

Family Completed 3187

"Siapa tak datang hari ni?"tanya Cikgu Nita.

"Alisha!"

"Alisha?pelik..siapa lagi?"

"Dia je cikgu.."

"Kenapa cikgu cakap pelik?pelik sangat ke kalau pelajar tak datang sekolah?"soal Fairuz kepada Mirzan yang sedang bermain pen di jarinya.

"Kalau kau nak tau..ketidakhadiran Alisha ni boleh dicatat pada buku keajaiban dunia tau." balasnya.

"Ha?"

"Aku dengan Alisha ni dah jadi classmate selama 4 tahun tau.Tak pernah walau sekali pun dia tak datang sekolah.Walaupun dia sakit dia tetap datang sekolah.Aku pun tak tau apa masalah dia.Cuba kau fikir secara logik..semalam dia okey je tapi kenapa hari ni dia tak datang?pelik pelik.." sambungnya lagi.

Fairuz termangu sendirian.Sepanjang kelas dia tidak dapat fokus pada pembelajarannya.

Fairuz melimpasi bilik guru ketika ingin pulang ke rumah.Kedengaran suara wanita sedang menangis teresak esak.

Tiba tiba pintu bilik dibuka dan kelihatan seorang lelaki berumur dan seorang lagi wanita sedang keluar dari bilik guru itu.Semasa melintasi Fairuz lelaki berumur itu sempat memberinya senyuman namun kelihatan begitu kelat dan pahit. Cikgu Nita keluar sejurus kemudian.

"Cikgu..kenapa dengan mak cik dan pak cik tu?"tanyanya.Cikgu Nita mengeluh seketika.

"Wanita tu ialah mama kepada Alisha dan pak cik tu pula datuk dia.Diorang kata Alisha hilang."jelasnya.

"Hilang?"terbeliak mata Fairuz sebaik sahaja mendengar penjelasan Cikgu itu.

"Ye..dan sekarang kita perlu lapor kes ni kepada polis."

"Cikgu rasa apa yang dah terjadi pada Alisha?"

"Mama dia kata kemungkinan dia lari rumah.Bila cikgu tanya sebabnya mama dia kata disebabkan hal peribadi keluarga."

Fairuz menunggang motosikalnya.Fikirannya menerawang jauh memikirkan hal Alisha.'Dia pergi mana pula ni?'

Tiba tiba dia teringat perbualannya bersama Alisha di tepi laut hari tu.

"Awak nak tau tak tempat yang paling saya suka masa saya sedang bersedih?"tanyanya.

"Kat mana?"

"Playground.."Fairuz setia mendengar luahan Alisha.

"Dulu,kalau mama atau papa tengah stress ke marah ke,diorang tak nak tengok muka saya tau..so saya selalu keluar rumah and duduk kat playground.Bila saya duduk kat situ saya rasa gembira sebab ada juga tempat untuk saya berlindung.Yelah..rupa playground tu kan macam rumah bagi kanak kanak."ceritanya sambil tersenyum mengingati zaman kanak kanaknya yang tidak sebahagia kanak kanak lain.

Fairuz yang baru tersedar sesuatu perkara terus membelok untuk mengubah haluan ke satu tempat.Playground di sebuah taman perumahan disinggahnya.Sekitar kawasan itu di carinya namun langsung tiada kelibat gadis itu lalu dia berpindah ke playground lain.

Telah banyak kawasan yang ada playground di singgahnya namun hampa.Kelibat Alisha tidak ditemuinya.Dia tiba di playground yang tidak lagi asing bagi dirinya.Dia pernah pergi ke kawasan perumahan itu kerana di situ merupakan kawasannya menghabiskan zaman kanak kanaknya.

Matanya meliar ke seluruh kawasan sebelum matanya tertancap pada sesusuk tubuh sedang duduk di ayunan sambil termenung panjang.

"Lisha!"panggilnya.Alisha menoleh ke arahnya sebelum tergesa gesa ingin bangun lalu meninggalkan tempat itu.Fairuz mengekorinya.

Tiba tiba kaki Alisha tersadung pada sebiji batu menyebabkan badannya jatuh menyembam bumi.Dia mengerang kesakitan sambil memegang lututnya yang terluka.

"Alisha!awak okey?"tanya Fairuz cemas.

"Saya okey.."balas Alisha dingin lalu cuba untuk berdiri namun kakinya yang terseliuh menyebabkannya susah untuk bangkit.Alisha mengepal penumbuknya sambil tertunduk.

"Alisha..awak okey tak ni?"

"Kenapa...kenapa saya tak boleh bahagia macam orang lain?Saya pun nak kena jaga oleh mama dan papa juga..saya pun nak kena sayang oleh diorang juga..macam orang lain.."setitik demi setitik air matanya tumpah.

"Apa dah jadi ni Lisha?"

"Mama datang balik kat saya bukan sebab nak tebus kesalahannya dulu tapi..tapi dia ada niat lain sebenarnya.Dia nak buat pembedahan anaknya tapi dia takde duit.So dia nak minta tolong ayah. Ayah nak mama minta maaf kat saya dulu barulah dia nak tolong.."Alisha mengangkat wajahnya lalu memandang Fairuz.Fairuz memandang Alisha simpati.

"Sakit..kali ni hati saya lebih sakit dari dulu." katanya.Sungguh dia gembira apabila mendapati bahawa mamanya ingin kembali semula kepadanya namun di luar pengetahuannya kedatangan mamanya membawa sebuah sebab yang lain.Hati miliknya tidak sanggup lagi menampung segala derita.Sekali lagi hati milik Alisha terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience