BAB 1

Humor Series 42267

Nurul berjalan menuju ke Seven Eleven yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan Taman Batu Caves itu. Sebelah tangannya memegang dompet berwarna hitam dan sebelah lagi memegang HTC.

Matanya ditumpukan pada screen HTC di tangan. Sesekali matanya memandang ke arah jalan. Memastikan yang dirinya selamat daripada tersepak batu mahupun dilanggar kereta yang melalui jalan raya tersebut. Khusyuk sekali dia membalas mesej Alia, sahabatnya semasa dia belajar di UPM dulu.

Pinnn!

“Oh mak kau meletup!” Astaghfirullahalazim. Bagaikan berhenti seketika jantungnya ketika itu. Nurul menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan si durjana yang sesuka hati membunyikan hon kepadanya namun yang dapat dilihat hanyalah sebuah Kawasaki Ninja berwarna kuning-hitam yang semakin menghilang dari pandangan mata.

Sempat matanya membaca nombor plat yang tertera pada Kawasaki Ninja tersebut. Cis! Bawak motor laju bukan main. Tau la bawak superbike, tapi ni taman perumahan kut. Nurul menggelengkan kepalanya. Dompet yang terlepas dari pegangan tangan akibat terkejut tadi diambil. Kau pun satu la Nurul.

Yang jalan tak pandang depan tu kenapa? Dah cukup lama hidup? Dah cukup amalan buat bekalan akhirat nanti? Sambil membebel, dia melangkah menuju ke Seven Eleven.

Tapi kenapa rasa macam familiar je Kawasaki Ninja tu pada pandangan matanya?

“Selamat datang.” Ucap adik yang berada di kaunter pembayaran dengan nada yang cukup mesra pelanggan. Adik la agaknya kut sebab mukanya memang nampak muda. Macam baru lepas habis SPM.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience