BAB 11

Other Completed 4897

Petang itu suasana sunyi. Amylia memandang sepi tempat tidur Irdina yang
masih kosong. Kenapa agaknya dia merayu mintak kolej daripada pihak
atasan jika sudah akhirnya dia tidak pernah berada di bilik? Hampir
setiap minggu dia pulang. Adakala jika kelas sudah mahu melabuhkan tirai
barulah dia sampai ke kelas.

"Ini semua tak adil!"rintih Amylia seorang diri. Irdina bukan hanya
menggunakan ibu bapanya untuk tinggal di bilik ini, tetapi juga dia
telah mengheret dua lagi kawan-kawannya yang lain yang gagal untuk
mendapatkan kolej semester ini.

"Mereka tidak layak!"getus hati Amylia. Hubungan mereka sangat-sangatlah
tidak akrab. Bagaimana mahu akrab kalau setiap hari tidak nampak muka?
Hari-hari asyik pulang saja? Huh. Suatu hari, ibu dan ayah Irdina ada
hal yang perlu dibereskan di luar kota. Aini, telah pulang ke kampungnya
hujung minggu itu. Ika pula ada hal kecemasan yang membuatkan dia tidak
datang ke kampus hampir dua minggu. Khabar angin mengatakan bahawa
neneknya sedang nazak. Maka, tinggal lah Irdina seorang diri dikamar itu
bersama-sama dengan Amylia sahaja. Kampung Amylia yang terletak di Alor
Star membuatkan dia jarang pulang ke rumah. Lagipula Amylia sibuk dengan
aktiviti-aktiviti persatuan yang dia sertai di kampus. Dia sendiri tidak
ada masa untuk pulang ke rumah. Hari-harinya banyak dihabiskan di bilik
MPP menyelesaikan tugas yang tidak sudah. Lagi-lagi semester masih baru
diawal permulaan. Banyak program yang perlu dia uruskan menyebabkan dia
juga jarang lekat di bilik. Lagipula jika balik ke bilik pun, dia tahu
bukannya ada siapa-siapa. Hanya Ayu sahaja yang kadangkala menemaninya
seorang sendiri Petang itu hujan turun dengan lebat sekali. Bunyi
dentuman guruh membuatkan Irdina sesekali terjerit sendiri. Dia memeluk
tubuh. Kamarnya dibiarkan gelap. Bukan sengaja dibiarkan dalam keadaan
begitu,, tetapi kudrat serta semangatnya hampir hilang untuk turun dari
katil membuka lampu. Hari makin lama makin gelap. Tubir matanya sudah
ditakungi banyak air. Anak manja sepertinya mana pernah hidup sendiri.
Apatah lagi seorang diri dalam keadaan gelap seperti ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience