Hana Aishah sedang tersenyum lebar melihat ketiga – tiga sahabat baiknya berada di hadapan matanya. Senyumannya seperti tidak mahu padam saat itu.
“You came. You came” ulang kali bibirnya mengucap sambil tangannya menggenggam erat baju Mikhail. Hana Aishah pasti renyuk baju yang digosok rapi itu tetapi rindu ini terlalu menyakitkan.
“Of course I will come. Did you expect me just to leave my Queen without any armour” Hana Aishah tertawa dalam tangisannya mendengar ayat manis Mikhail. Rindunya dia dengan lelaki itu.
“Kindly pause your lovers reunion and show me where my baby at” Hana Aishah mengangkat wajahnya yang banjir dengan air mata saat mendengar suara Scott.
Senyumannya semakin melebar saat melihat Scott yang sedang tersenyum mengusik sebelum mendepakan tangannya.
“Come here Mimi” Scott mengorak langkah sebelum dia bertukar tangan. Rasa rindu yang menebal selama ini sedang melimpah keluar dalam kadar yang tidak mampu dia kawal. Rindu yang cuba ditolak jauh ke lubuk hatinya.
“Oh God. I miss you guys so much. I…”Hana Aishah hilang dalam rawannya.
“I know. I know” Scott mengusap belakang tubuhnya yang sedang bergetar menahan sebak.
Mikhail sudah mengorak langkah menuju ke arah Fakhrul. Pelbagai rasa sedang menyelubungi kedua – dua lelaki itu. Sekali imbas Mikhail sudah mengecam siapa lelaki yang sedang meribakan Adam yang sudah terlentok itu.
Fakhrul pula sedang menahan segala kekecewaannya saat melihat Hana Aishah yang semalam berada di dalam pelukannya sudah bertukar arah. Pelukan yang terlalu menyakitkan untuk dia lihat.
Mikhail menundukkan dirinya selaras dengan Fakhrul yang sedang duduk keras itu. Sepasang anak mata hijau itu bersabung dengan anak mata hitam Fakhrul sebelum renungan itu bertukar lembut merenung ke arah Adam.
Tangan Mikhail naik mengelus pipi Adam. Fakhrul menahan rasa melihat kerinduan yang sarat dalam setiap Gerakan Mikhail. Dia mahu membawa isteri dan anaknya lari daripada situ tetapi tubuhnya kaki.
“Assalamualaikum Am papa” Adam mula menggerakkan tubuhnya dan mulai merengek. Fakhrul mengalihkan wajahnya ke arah papanya yang dipenuhi dengan rasa bersalah.
Adegan di depan Fakhrul itu terlalu sakit untuk dia lihat. Tangannya mahu menggenggam erat tubuh Adam saat di dapat merasakan Adam yang dia pasti akan bertukar tangan.
“Mimi… mimi…babah” Adam mencari – cari dalam kemamaian anak kecil itu.
Tetapi saat kedua – dua kelopak mat aitu terbuka, rengekan itu terus berhenti. Mata yang tadi kuyu membulat sebelum tubuh itu terus tegak. Mata Adam melihat penuh rindu.
Jantung Fakhrul berdegup laju menanti Tindakan seterusnya Adam dan seperti yang dia sangka Adam terus menjatuhkan dirinya ke dalam rangkulan Mikhail.
“Papa…papa” bibir mugil anak kecil itu memanggil sayu. Jelas kerinduan Adam yang sarat saat itu.
Wajah Fakhrul jelas kelihatan terluka saat itu. Melihat Adam merindui lelaki selain dia , cemburu Fakhrul berlipat kali ganda.
“I miss you my prince. Do you miss me handsome boy?” Adam merenung wajah Mikhail dalam sebelum meloncat keterujaan.
“Am isss papa. Papa am. Papa up up” petah bibir itu berbicara meluahkan kerinduan.
Tawa Mikhail kedengaran saat Adam mencumbui setiap genap wajah Mikhail. Fakhrul dapat merasa genggaman papanya di tangannya. Dia tunduk melihat tangan kiri Tan Sri Fadhil sedang mengusap tangan kanannya yang sedang digenggam menjadi penumbuk itu.
Entah mengapa saat itu dia bukan marah tetapi kecewa. Terlalu kecewa. Bukan kerana perlakuan Hana Aishah di hadapan sanak saudara dan rakan taulan. Tetapi kerana hari ini bukti gagalnya dia sebagai seorang suami.
Seperti petang tadi sewaktu mereka tiba di mahligai papanya.
******************************************************************
Fakhrul dapat merasai tubuh isterinya yang menjadi semakin tegang saat mereka melangkah ke lama botani milik Tan Sri Fadhil. Mata Hana Aishah seperti burung helang saat itu.
Saat mereka melangkah ke laman mahligai Tan Sri Fadhil itu, Hana Aishah yang sedang terpegun melihat khemah arabik yang menghiasi laman itu terus bertukar moodnya.
Fakhrul mahu menarik Hana Aishah ke sisinya kembali apabila dia akhirnya dapat tahu punca mengapa isterinya yang sudah kelihatan seperti singa kelaparan itu.
“Fakhrul, its been so long since we met. You`ve been distant” tanduk Hana Aishah sudah keluar saat seperti biasa perempuan tidak tahu malu itu memeluk tubuh Fakhrul.
Fakhrul ikut terkejut saat tubuhnya dirangkul Puteri. Adam yang berada di dalam pelukan Fakhrul itu terhimpit antara tubuh Puteri dan Fakhrul.
“Eh perempuan kau tak nampak ke anak aku yang kena himpit. Kalau nak menggatal pun beragak lah sikit” Puan Sri Maria yang sedang memaut tangan Hana Aishah saat itu terkejut melihat amukan menantunya.
“You kalau nak menggatal sangat dengan betina ni pass la dulu Adam dekat I” Hana Aishah menjeling Fakhrul yang ikut tercengang melihat amukan isterinya sebelum Hana Aishah menolak tubuh Puteri sehingga hampir tersungkur sepupu Fakhrul itu.
“Arghhh. What the hell” suara nyaring Puteri melantun tinggi sekaligus menarik kesemua mata ke mereka.
“Sayang , kenapa marah sangat ni. Abang tak peluk pun dia….” Mata Hana Aishah mencerlong menjeling ke arah Fakhrul sebelum tangannya memaut tubuh Adam yang sedang terlentok tanpa menyedari ketegangan yang berlaku.
“Bagi sini anak I. Lepas tu you nak peluk ke cium ke tidur dengan dia pun I tak kisah” Hana Aishah menarik Adam ke dalam rangkulannya tetapi lain pula yang jadi.
“Lepaslah Fakhrul. Lepaslah” Hana Aishah meronta saat dia ditarik ke dalam pelukan Fakhrul. Marahnya berganda saat itu.
“Sayang kenapa tiba – tiba marah ni. Istighfar please. Abang ada dekat sini” Fakhrul memujuk lembut sambil dia memeluk kejap pinggang isterinya.
“I tak suka perempuan ni. Suruh dia berambus” Hana Aishah membalas tanpa berfikir walau sejenak. Hatinya panas menggelegak.
Fakhrul terpaksa menahan tawanya saat itu. Dia pasti Hana Aishah cemburu dengan Puteri kerana kejadian yang sama pernah terjadi sebelum ini.
“Can you tell me what wrong sayang? You were ok just one. She wont touch me..?” Hana Aishah memotong kata – kata Fakhrul untuk kesekian kalinya.
“Then I will go. I`ll come back when she is not here. I dah sabar sangat dengan terpaksa hadap muka adik you after what she did and now you want me to tolerate this bitch” Hana Aishah menolak tubuhnya menjauhi Fakhrul. Fakhrul merasa serba salah saat realiti sebenar dilemparkan kepadanya.
Dia tahu susah untuk Hana Aishah berdepan dengan Felisha tetapi apabila melihat isterinya yang seperti tidak kisah dengan kehadiran Felisha di rumah itu bersangka Hana Aishah tidak menyimpan amarah. Salah sangkaannya.
“Hana Aishah. Watch your language. There`s people around , don’t make a scene. Bincang lepas majlis” Teacher Basirah menegur Hana Aishah tetapi isterinya hanya membalas tawa sinis menandakan Hana Aishah tidak akan bertoleransi.
“You janji dekat I kan Fakhrul. You promise me you will protect me and Adam. Ni ke cara you nak protect I. Bawak I masuk balik rumah yang ada punca I tanggung sakit hari – hari untuk dosa yang I tak pernah terfikir pun nak buat” petang itu Hana Aishah tidak dapat menutup deritanya lagi. Fakhrul terdiam mendengar luahan hati isterinya.
“I benci adik you tapi I hadap jugak muka dia hari – hari sebab mama and papa. I duduk dalam rumah yang sama dia ada walaupun I takut sangat she will hurt Adam but I will not tolerate this evil witch” suara Hana Aishah naik satu oktah. Membara – bara wajah isterinya dengan api kemarahan.
“Sayang lets discuss this inside” Fakhrul menghulurkan tangannya mahu menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya semula tetapi Hana Aishah mengundurkan badannya ke belakang dan melihat kesemua wajah yang melihatnya dengan pelbagai emosi.
Yang paling jelas adalah kedukaan Puan Sri Maria dan kemarahan Teacher Basirah. Kapten Azam kelihatan serba salah saat itu. Dia tahu semua mata memandang ke mereka tetapi kekuatannya hilang saat dia melihat Puteri di situ.
“Then I would like you to leave Puteri. I`m sorry but my daughter don’t want you around her hence you are not welcome here until she allows you” air mata Hana Aishah yang ditahan semenjak tadi gugur saat itu.
Fakhrul terdiam saat mendengar ayat papanya. Wajah kecewa Hana Aishah merenung ke arah. Fakhrul berdiri seperti tunggul tidak tahu mahu berbuat apa – apa. Isterinya selama ini memendam rasa untuk menjaga hati kedua ibu bapanya.
“What! This is ridiculous Uncle Long. I am family she….” Puteri yang bersusah payah bangun dengan baju sendatnya meluru ke arah Hana Aishah tetapi Tan Sri Fadhil terlebih dahulu berdiri di hadapan Hana Aishah untuk melindungi isteri Fakhrul itu.
“She is my daughter so, she comes first. You can leave now” wajah Tan Sri Fadhil tenang tetapi penuh ketegasan. Bapa mertua Hana Aishah berdiri seperti seorang pahlawan melindungi puterinya.
“Are you saying we are not your family Long. How can you do this?” Fakhrul mengetap bibirnya saat dia melihat bibit pergaduhan yang mulai muncul. Tengku Fahad yang merupakan bapa Puteri sudah mulai masuk campur.
Fakhrul dapat melihat isterinya yang sedang menggigit bibirnya saat dia dapat mendengar ketegangan yang mulai hari itu.
“I`ll talk to you later. Take Puteri home and I mean it when I say Puteri is not welcome here until Hana Aishah … my daughter says so” suara itu masih tegas berbicara.
“If Puteri is not welcome then I will accept that as a way of you cutting our ties” Hana Aishah menggengam erat baju Tan Sri Fadhil saat dia dapat melihat hala tuju pertembungan ini.
“Pa, Hana …” perasaan bersalah Hana mencengkam dirinya tetapi sebelum dia sempat mengorbankan perasaannya sekali lagi , Tan Sri Fadhil memotong laju.
“No Hana. Papa nak semua anak papa happy that includes Hana and Idora. If you are upset with her being here then she is not welcome here” Tan Sri Fadhil merenung ke dalam anak mata Hana Aishah sebelum kata – kata ikhlas itu diungkapkan. Hana Aishah memeluk erat tubuh bapa mertuanya.
“You don’t need to scarifies anything anymore. You went through enough already” esakan Hana Aishah bertambah kuat saat Tan Sri Fadhil berbisik di telinga isterinya.
“You are doing the same mistake that you did with her. You broke our family and you are breaking it again” dengan kata penutup itu , Puteri diseret bapanya pergi. Perempuan itu mana tahu erti mengalah.
Segala maki hamun keluar daripada mulut Puteri meluahkan ketidak puasan hatinya apabila diarah balik.
“Sayang I`m sorry” Hana Aishah memejam matanya rapat saat tubuhnya dipeluk Fakhrul. Hatinya bergelut antara janjinya semalam kepada Fakhrul dan juga janji yang tidak sampai setengah jam sudah dipecahkan Fakhrul.
Saat matanya bertembung dengan sepasang anak mata Felisha , Hana Aishah dapat melihat ketakutan yang selama ini tidak pernah ada.
“Ya Allah what is happening” Fakhrul terdiam saat mendengar esakan halus isterinya.
Kenapalah dia bodoh setiap kali melibatkan perasaan Hana Aishah. Segala yang disembunyikan Hana Aishah tetapi disangkanya isterinya tidak kisah. Walhal dalam diam isterinya makan hati.
*********************************************************
“Kau kan aku pun tak reti la nak cakap apa?” fokus Fakhrul yang sedang memerhatikan Hana Aishah yang perhatiannya sudah berubah 360 darjah semenjak kehadiran lelaki warga asing itu terganggu sebentar saat mendengar suara Hariz yang menegurnya.
Fakhrul yakin lelaki bernama Mika itu bukan berdarah Britain. Wajah itu dengan warna rambut lelaki itu menandakan lelaki itu berketurunan eropah tetapi dia tidak pasti etnik yang mana.
“Elok je bini kau tu … apa budak – budak yang selalu ajak pegi ceramah agama time uni kita selalu cakap… alaa in regards of how man and woman should be acting towards each other. Aduh time ni la aku nak lupa perkataan itu” Hariz menggaru kepalanya yang tidak gatal saat dia melabuhkan punggung di sebelah Fakhrul.
“Ikhtilat” pendek jawapan Fakhrul sebelum fokusnya kembali kepada Hana Aishah.
Hana Aishah sedang duduk di sebuah meja makan bersama tiga orang lelaki tetapi yang paling Fakhrul sakit hati melihat cara pandangan Mika kepada Hana Aishah. Mata lelaki itu lansung tidak beralih walau sesaat daripada wajah isterinya yang semenjak tadi petah berbicara.
Hana Aishah yang pendiam semenjak dua bulan lebih isterinya kembali ke Malaysia ini jauh berubah. Hana Aishah yang bermulut becok dan penuh dengan cerita rupanya masih ada disebalik Hana Aishah yang pendiam. Cumanya sikap isterinya itu saat ini hanyalah ditunjukkan apabila Mika ada bersama.
“Haa benda tu la. Punya menjaga ikhtilat bini kau sebelum ini , kau tengok sekarang jadi macam mana. And its all because of your passiveness and obsession” mendengar bebelan Hariz , jelingan tajam di hadiahkan Fakhrul untuk sahabatnya itu.
“I`m stating fact man. And all this while you thought that Emir guy is the problem. Your real competitor just entered the ring brother. Kau tengok mamat tu dari tadi fokus dia dekat bini kau , kalah kau yang obsessive controlling freak ni” Hariz menahan tawanya melihat wajah menyinga Fakhrul.
Sudahlah memang kepalanya angin melihat adegan isterinya semenjak tadi , sahabat baiknya pula seperti menambah petrol di dalam api yang sedang marak.
“Next time pikir pakai otak sebelum buat something. Itu je aku nak cakap” Hariz menamatkan omelannya saat melihat wajah Fakhrul yang sudah bertukar merah itu.
Fakhrul tidak kisah akan pandangan orang saat isterinya memeluk lelaki itu seperti baru menjumpai talian nyawa tetapi hatinya seperti ditusuk beribu sembilu kerana tempat itu sepatutnya menjadi miliknya.
Papanya semenjak tadi cuba mengelak daripada dia. Dia perlu tahu segalanya yang berlaku semenjak empat tahun ini dan untuk mendapatkan jawapan daripada Hana Aishah dia bimbang akan menimbulkan perbalahan antara dia dan Hana Aishah.
Fakhrul masih berada di tempat tadi tidak tahu bagaimana mahu mencelah ke meja itu. Semakin lama Hana Aishah berada di situ semakin hatinya tidak tenteram.
Seperti memahami pergelutan Fakhrul, Adam yang sedang terlentok di riba Emir mulai merengek.
Saat itu , dia dapat melihat dirinya dan Hana Aishah dia raut wajah anak tunggal mereka. Wajah Adam mungkin kelihatan kembar dengannya sekali pandang tetapi jika diteliti , reaksi wajah anaknya akan menjadi mirip Hana Aishah apabila rajuk anak bujangnya itu datang. Bibirnya tersenyum gembira di saat rengekan Adam bertukar menjadi raungan.
“Mimi mimi” Adam mengulangi perkataan itu maka tanpa berlengah Fakhrul memulakan langkahnya menuju ke arah Hana Aishah.
“Sayang, Adam is crying for you. I think he wants to feed again” Fakhrul memanggil isterinya saat dia menghampiri meja itu. Dia menuju ke arah Emir yang cuba meredakan rengekan Adam.
Dada Fakhrul berdegup kencang semakin dia mendekati meja itu. Tawa Hana Aishah berhenti dan wajah yang tadi ceria dia lihat daripada jauh terus berubah. Sakitnya hati Fakhrul saat itu kerana dia dapat melihat bahagia yang bersinar – sinar apabila dia jauh daripada isterinya.
“Alala sayang mimi. I`m sorry I didn’t hear you. Come here baby boy mimi” Hana Aishah berdiri mahu menyambut Adam tetapi Fakhrul terlebih dahulu mengambil Adam daripada Emir. Tangannya kasar merampas Adam kembali ke dalam pelukannya.
Saat itu tujuannya adalah untuk membawa Adam dan Hana Aishah lari jauh daripada situ.
“Lets go up sayang. You can feed him in our room” Fakhrul memberi cadangan penuh hati - hati. Sekiranya salah intonasi masaklah dia mahu memujuk.
“Alaaa. I haven’t finish spending time with them. Adam come here sayang. Your papa came all the way from London from you” Hana Aishah merapati Fakhrul sebelum tangannya menepuk punggung Adam lembut mahu memujuk anaknya.
“Ya Allah kenapa kau bagi aku rasa bahagia if its temporary?” kaki Fakhrul melangkah laju. Semakin lama Fakhrul di situ hatinya semakin terluka. Kakinya terus diarahkan pergi daripada situ. Terkumat kamit mulutnya berzikir memohon kesabaran.
“Adik. Dah malam sangat. Tetamu dah mula balik. Pergi naik atas tidur” suara Kapten Azam yang seperti penyelamat Fakhrul datang membantu.
“Abah. Abah pergi mana dari tadi adik cari. Adik nak kenalkan dengan kawan – kawan adik dari London. Dioranglah yang….” Kapten Azam memotong laju bicara Hana Aishah.
“Adik naik atas pergi susu Adam. I can get to know them myself. Upstairs now” Fakhrul merasa bersalah saat melihat wajah isterinya yang kesedihan saat dimarahi Kapten Azam tetapi saat itu dia benar – benar tidak kisah.
“Come sayang” Fakhrul memeluk erat pinggang Hana Aishah yang terdiam membisu.
“Aishah hang buat apa berdiri tercengang dekat sana. Sampai sini nani dengar Adam melalak. Pi naik atas bagi susu” saat laungan naninya kedengaran , Hana Aishah menggerakkan kakinya.
“Its ok Hana. I`ll see you tomorrow ok. You get a good rest” genggam Fakhrul di pinggang Hana Aishah tanpa dia sendari semakin kuat mencengkam saat dia menahan marah mendengar pujukan Mikhail.
“Sorry guys. I`ll catch up tomorrow ok” suara sebak Hana Aishah kedengaran.
*****************************************************************
Fakhrul mengusap pergi rambut isterinya yang menutupi wajah yang sedang lena tidur itu. Dengkuran halus kedengaran daripada dua insan yang berada di tempat terpaling atas di dalam hatinya.
Hana Aishah hanya diam membisu saat mereka sampai ke dalam kamar Fakhrul beberapa jam lepas. Wajah isterinya kelihatan kecewa. Fakhrul menahan hati dan mulutnya daripada berbicara.
Hana Aishah hanya mengikut telunjuknya semenjak tadi. Baju pijama yang dihulurkan di ambil sebelum Hana Aishah membersihkan diri. Sementara itu Fakhrul menukarkan lampin Adam sambil menenangkan anaknya sementara menanti Hana Aishah bersiap.
Saat Adam mendapat habuannya, anaknya terus hanyut di dalam dunia mimpinya. Fakhrul berbaring di sebelah Hana Aishah sepanjang masa itu. Tangannya mengurut lembut badan isterinya dan tidak sampai setengah jam Hana Aishah yang sedang bergelut dalam emosinya tertidur kepenatan.
Fakhrul pula tidak mampu melelapkan matanya. Terlalu banyak persoalan. Terlalu banyak jawapan yang dia mahu tahu. Atau mungkin lebih baik untuk tidak tahu?
Pening kepalanya saat itu. Suasana di luar bilik sudah mulai tenang tetapi hati Fakhrul tetap tidak tenang. Kucupan hangat dihadiahkan buat isterinya sebelum dia menyelimutkan Adam dan Hana Aishah.
“Both of you are my world. I`m sorry I failed but I will never give up as long as Allah gives me the nikmat of life” perlahan suaranya berbisik sebelum kakinya melangkah keluar.
Mahligai itu masih terang benderang. Dia dapat mendengar suara – suara yang masih berbual tetapi suara anak – anak kecil yang berlari girang seperti petang tadi sudah tiada.
Fakhrul turun dengan satu tujuan sahaja saat itu.
“Where is papa?” Fakhrul bertanya kepada abangnya saat mereka bertembung di tangga. Fakhih yang sedang mendukung Irina yang sudah terlentok dengan gaun princess itu merenungnya sejenak.
“Don’t fight with him. Its not his fault” Fakhih membalas tegas.
“Don’t fuck with me Along. Where is he?” Fakhih mengeluh berat mendengar amarah Fakhrul.
“At the pond” dan tanpa sempat Fakhih menasihati dia , Fakhrul melangkah laju menuju ke kolam ikan milik papanya.
Ipar duainya masih berjaga berbual bersama sanak saudaranya tetapi saat itu Fakhrul mahukan jawapan. Penat dia menanti jawapan daripada papanya. Panggilan mamanya saat dia melintasi ruang tamu rumah itu tidak diendahkan
“What the hell is happening? Who the hell are they?” tanpa salam dia menembak soalan – soalan yang menganggu dirinya saat kali pertama dia melihat Hana Aishah berlari ke dalam pelukan Tan Sri Fadhil.
Kapten Azam yang sedang berbual dengan Tan Sri Fadhil terdiam melihat amarah Fakhrul. Kali pertama dia melihat sisi Fakhrul yang ini. Hati bapanya menjadi risau membayangkan sikap sebenar Fakhrul terhadap Hana Aishah.
“Sit down” Tan Sri Fadhil tenang membalas dan perkara itu hanya berjaya menaikkan amarah dia.
“You evaded me enough already. Tell me what the hell is going on? Now!” suara Fakhrul naik satu oktaf.
“Angah nak tahu apa? The fact that you push her out of your life. The fact that she was so scared she`s going to lose Adam if she stays with you. Or the fact that that 3 boys protected her better that you ever did” wajah Tan Sri Fadhil menjadi merah saat dia membalas geram.
“Don’t be mad when you are the one who is responsible for everything that happen? Angah dapat seorang isteri yang sebaik isteri. You push her to become like that. You made her ran away into another man`s arm” kekecewaan jelas di akhir bicara Tan Sri Fadhil.
“Sabar Dil” Kapten Azam mencelah saat dia melihat kedua – dua beranak itu terdiam tidak mampu berbicara.
“Bukan salah Hana bang. Saya yang salah. Saya … saya yang tak pandai didik anak saya. Saya yang gagal” Fakhrul terdiam melihat papanya memohon maaf atas kekhilafannya.
“Dil … benda dah jadi. Sekarang kita fikir macam mana nak pulihkan keadaan” Kapten Azam memaut bahu Tan Sri Fadhil sambil tenang berbicara.
Hatinya robek melihat adegan sebentar tadi. Kakinya tidak betah berdiri di situ melihat Hana Aishah , anak yang dia didik penuh agama. Kapten Azam melangkah pergi meninggalkan majlis.
Saat dia kembali , dia terpaksa bertegas. Bukan untuk memalukan anaknya tetapi dia yakin Hana Aishah bukan di dalam keadaan di mana dia mampu berfikiran waras saat itu.
“Fakhrul duduk sebelah abah” Kapten Azam memanggil menantunya lembut tetapi penuh ketegasan.
“Waktu abah bagi Hana Aishah dekat Tengku Fakhrul abah pesan supaya jaga anak abah. Didik dia ke arah jalan taqwa. Abah…” terhenti bicaranya Kapten Azam menahan sebaknya.
“Kita semua manusia. Kita bukan maksum. Fakhrul kalah sekali tapi hati abah masih yakin Fakhrul mampu pimpin keluarga Fakhrul. Jangan kecewakan abah lagi sekali” Fakhrul menundukkan wajahnya saat air matanya gugur mendengar permintaan bapa mertuanya.
Tan Sri Fadhil merenung anak keduanya itu. Kegagalan dia sebagai seorang bapa membuatkan Fakhrul menjadi sebegitu. Bergunung dosanya di akhir usianya ini.
“Papa mintak maaf Angah. I`m sorry because I failed you” Tan Sri Fadhil mengucapkan kata – kata keramat itu. Kata – kata yang Fakhrul nantikan selama ini. Tetapi mengapa sekarang apabila segalanya sudah musnah.
“Abah mintak maaf if what I am going to say is going to hurt you. Fakhrul…” Kapten Azam menggenggam tangan Fakhrul yang sudah dibasahi dengan air matanya itu.
“As a leader you need to fix yourself first. Until when you want to resent your past. Abah takt ahu apa yang berlaku and as a father I know first hand how many times I failed as a father. I still failed until now but every single time I was forgiven because Allah is merciful” Fakhrul menahan sebaknya mendengar bicara Kapten Azam.
“Everyone makes mistakes termasuk Fakhrul. Bukan Fakhrul tak sayang but sometimes in the midst of anger and fear we do thing that we regret. That we can’t take back” Kapten Azam mengusap tangan Fakhrul yang sedang digenggam erat sambil menyambung bicaranya.
“Forgiveness is the key to all door. Buka setiap pintu yang Fakhrul tutup dengan kemaafan. Abah tak akan pilih Fakhrul kalau Allah tak jentik hati abah dengan ketenangan. Dan sekarang dengan kemaafan” Fakhrul masih diam membisu tidak mahu berbicara.
Terlalu banyak emosi yang bergelut di dalam hatinya.
“I need to go” Fakhrul membalas dan tidak sampai sesaat tubuhnya sudah bergerak laju menuju entah ke mana.
“Im not worth it. I`m not good for her. I`m not good for Adam. I failed them. I turn her into this” berulang kali kata – kata sebegini bermain di mindanya.
Dia mahu pergi jauh dari situ tetapi saat dia sampai di pintu rumah agam itu kaki Fakhrul semakin memberat. Kalau hanya dengan jarak sebegitu hatinya sudah merindui tahap ini , dia tidak dapat membayangkan sekiranya Adam dan Hana Aishah benar – benar diambil pergi daripada dia.
Fakhrul berdiri di pintu utama rumah itu. Bingung dengan jalan seterusnya yang harus dia ambil. Hatinya sakit. Terlalu sakit saat itu. Hana Aishah dengan Adam mempunyai tempat pergantungan yang lain. Dia yang sepatutnya menjadi pelindung mereka. Bukan Emir , bukan Mikhail … bukan lelaki mana – mana pun.
“Fakhrul” suara yang menjadi penunjuk arahnya selepas permergian Hana Aishah kedengaran. Mata Fakhrul bergenang saat pandangannya bertaut dengan wajah bersih insan yang banyak membantunya membuang segala lukanya.
“Allah tidak akan uji kamu sekiranya dia tahu kamu tidak mampu” tenang suara lelaki itu masuk ke dalam jiwanya yang berkecamuk
******************************************************
Terpisat – pisat Hana Aishah terjaga saat raungan Adam bergema. Tubuhnya mengigil saat selimut di tubuhnya direntap pergi. Tilam yang empuk itu berombak semakin kuat seiringin dengan raungan Adam dalam setiap saat yang berlalu.
Hana Aishah meraba – raba sekeliling dengan mata yang terpejam rapat. Matanya terasa berat saat itu tetapi tangannya tetap mencari anaknya yang semakin kuat meraung.
Matanya akhirnya dipaksa untuk dibuka apabila pencarian tangannya menemui jalan buntu. Cahaya terang menusuk ke dalam matanya membuatkan dia mengerang kuat.
Beberapa saat berlalu sebelum dia sekali lagi cuba membuka matanya tetapi dengan lebih perlahan. Telinganya sudah berdengung mendengar raungan Adam yang semakin lama semakin kuat.
“Baby where are you sweetheart. Umi cant find you” suara serak Hana Aishah memanggil sambil tubuhnya cuba didudukkan.
Hana Aishah mengambil masa beberapa minit untuk menyesuaikan matanya dengan cahaya yang terang di kamar itu sebelum matanya mula mencari anaknya yang masih lagi meraung.
Hatinya bertukar panik saat dia tidak dapat melihat Adam di atas katil. Kelam kabut dia cuba berdirikan tubuh tetapi salah langkahnya kerana saat itu tubuhnya terasa seperti berada diawangan.
“Ya Allah” Hana Aishah menjerit kecil saat dia pasti tubuhnya akan jatuh menyembam bumi.
Matanya dipejam rapat menanti impak tetapi yang tidak kunjung tiba. Hana Aishah membuka sedikit matanya melihat apa yang sedang berlaku dan saat itu matanya bertembung dengan sepasang anak mata yang sedang merenungnya penuh kerisauan.
“Astaghfirullahal azim” Hana Aishah beristighfar saat tubuhnya selamat di letakkan dia atas tilam empuk tadi. Kepala yang semenjak tadi berpusing semakin berkurangan saat dia membaringkan tubuhnya kembali.
“What happen to my baby boy” suara Fakhrul penuh kerisauan bertanya dan Hana Aishah pasti Adam sudah selamat berada di dalam rangkulan Fakhrul kerana raungan anaknya sudah bertukar menjadi esakan halus.
“Its ok baby. Babah is here. Babah will always be here. I`m sorry I didn’t catch you when you fall. I promise I wont ever let you out of my sight ok” Fakhrul terus terusan memujuk.
“Am …. Fall… mimi push… fall…” sepatah demi sepatah anaknya cuba menyusun kata. Hana Aishah mengerutkan wajahnya saat menyedari dialah punca raungan Adam.
“Adam… baby…” Hana Aishah yang masih memejamkan matanya untuk mengurangkan kepeningannya memanggil sambil tangannya meraba – raba mencari Adam.
“You.. bring him to me. Umi is sorry baby” Hana Aishah memberitahu kerisauan.
“Its ok sayang. He is fine. Abang dah letak soft mattress surround the bed. The impact wasn’t bad” Fakhrul meyakinkan Hana Aishah.
“Please you. I cant open my eyes , my head is spinning. Just put him on me” Hana Aishah merayu dalam sebaknya.
“Don’t cry sayang. You didn’t notice it plus abang pun tak ada dalam bilik tadi” Fakhrul memberitahu. Tilam itu berombak lembut saat Fakhrul menghampiri Hana Aishah dengan Adam di dalam dukungannya.
Hana Aishah mengiringkan tubuhnya menghadap suami dan anaknya sebelum matanya cuba dibukakan perlahan – lahan. Kepalanya tidak berpusing seperti awal tadi tetapi masih tidak stabil.
“I`m sorry baby. Umi didn’t remember what I did in my sleep. Sorry ok baby” Hana Aishah mencebekkan bibirnya menahan sebak. Kasihan anaknya.
“Am ouch. Am ouch” Adam memberitahu penuh semangat segala tempat yang sakit di tubuhnya.
“Come here baby” Hana Aishah mendepakan tangannya dan dalam sesaat Adam sudah berada di dalam rangkulannya.
“Mi chu am.. chu am. Now” Hana Aishah menolak tali gaun tidurnya turun sebelum bentel susunya disuakan kearah Adam yang seperti sudah lupa akan peristiwa yang baru sahaja berlaku.
Hana Aishah mengigit bibirnya kuat saat penyusuan Adam dimulai dengan gigitan anaknya. Sakitnya ditahan kerana rasa bersalah yang mengunung saat itu. Dia tidur tidak sedar diri sampai tergolek anaknya ditolak jatuh katil.
“What time is it?” Hana Aishah bertanya kepada Fakhrul yang kelihatan kusut itu. Lingkaran mata gelap mengelilingi kedua – dua belah mata Fakhrul. Rambut lelaki itu kelihatan kusut.
“3am” saat mendengar suara serak Fakhrul , Hana Aishah terus menggenggam tangan suaminya.
“You don’t look ok” Hana Aishah meluahkan kerisauannya.
“Kenapa ni Fakhrul. You sakit ke? Something happen? Did you fight with anyone? Did anyone says anything to you? You….” Sebelum sempat Hana Aishah menghabiskan bicara ubun – ubunnya dikucup Fakhrul.
Tidak sampai sesaat dahinya terasa basah. Hana Aishah menelan air liurnya. Dadanya terasa sesak kerana dia pasti Fakhrul sedang menangis. Hana Aishah sudah menyumpah seranah tubuhnya yang cepat sahaja tidak sihat.
“Fakhrul kenapa ni? What happen. Cakap dengan I” Hana Aishah memujuk. Tangannya bersusah payah naik mengusap pipi suaminya dalam masa yang sama tidak mengganggu penyusuan Adam.
“I`m sorry. I`m sorry. I`m so sorry. Please let me fix this. Please …. Just please let me fix it” Hana Aishah sudah kebingungan mendengar esakan Fakhrul.
Dalam kelelahan keadaannya Hana Aishah mampu mengusap wajah Fakhrul cuba menenangkan suaminya. Entah berapa lama dia tidak pasti tetapi saat penyusuan Adam sudah mulai terhenti dengan sendirinya , Hana Aishah menarik bentel susunya perlahan – lahan.
Dia melihat Adam yang sudah berdengkur halus sebelum menghelakan nafas kelegaan. Kemudian fokusnya kembali kepada Fakhrul. Fakhrul masih lagi menyembunyikan wajahnya di sebalik leher Hana Aishah. Hana Aishah mengeluh sekali lagi penuh keberatan.
Kakinya yang tiba – tiba terasa kebas itu direnggangkan beberapa saat sebelum dia menggulingkan tubuhnya untuk duduk perlahan – lahan di birai katil. Kali ini dia bangun dengan perlahan untuk mengelakkan kepala berpusing seperti tadi.
Dia mengangkat Adam dengan perlahan – lahan sebelum menuju ke pintu yang menghubungkan bilik Fakhrul dan bilik Adam. Bilik yang hanya boleh diakses daripada biliknya itu dihiasi dengan segala jenis permainan milik Adam.
Saat dia sampai di situ minggu lepas sewaktu Fakhrul baru keluar daripada hospital , Hana Aishah terkejut melihat bilik nurseri Adam. Kesempurnaan bilik yang dibuat khas untuk cucu lelaki tunggal Tan Sri Fadhil.
Permain elektronik di buka dan dalam sesaat ayat al quran mulai berkumandang. Hana Aishah menghidupkan baby monitor sebelum kakinya melangkah semula ke dalam kamar mereka. Pintu bilik itu ditutup rapat untuk tidak mengejutkan Adam.
Hana Aishah menuju ke arah katil yang bertentangan dengan tempat dia berdiri. Ditarik tubuh Fakhrul yang sudah duduk di birai katil itu untuk berdiri sebelum dia memeluk erat tubuh suaminya. Tangannya mengusap belakang tubuh suaminya lembut.
“We will get through everything together remember. Everything is going to be fine” Hana Aishah memujuk lembut.
“Do you love me Hana Aishah?” pertanyaan Fakhrul yang membuatkan pergerakan tangan Hana Aishah terhenti. Tubuh mereka direnggangkan sebelum dia merenung ke dalam anak mata hitam itu.
Sepasang anak mata hitam yang sedang merenungnya penuh kecelaruan. Mata itu merah menanti jawapan. Wajah yang selalu tenang tanpa reaksi saat ini kelihatan serabut. Pelbagai emosi datang silih berganti.
“Aishah cinta Fakhrul” tanpa perlu dipinta kata – kata yang hanya ditujukan untuk Fakhrul semenjak dahulu meniti di bibirnya. Bibirnya mengorak senyuman tanpa dipaksa.
Segala kecelaruan yang bermain di minda Fakhrul terbang pergi. Satu nafas kelegaan di helakan sebelum di terduduk kembali di birai katil. Tangan kanan lelaki itu naik mengusap dadanya.
Hana Aishah dapat mendengar istighfar dan zikir yang sedang bermain di bibir Fakhrul. Hana Aishah duduk di atas riba Fakhrul. Kakinya merangkul ke pinggang suaminya. Wajah itu dikucup berkali kali. Bibirnya dibiarkan di setiap inci wajah itu lama.
Kali terakhir Fakhrul sebegitu sewaktu mereka di rumah ini juga. Hana Aishah tahu rumah ini membawa terlalu banyak memori buruk untuk Fakhrul tetapi dalam masa yang sama dia juga mengharapkan memori itu akan pergi. Akan diganti dengan memori baru.
“Why are you hurting yourself like this abang?” Hana Aishah bertanya lembut.
“I want you. I want my wife back. I want my Hana Aishah. I want my peace. You are my peace. I cannot live without you. Don’t leave me. Please. I`m really sorry… I`m sorry” Hana Aishah terkesima mendengar rayuan Fakhrul. Air mata lelaki itu berguguran merenung ke dalam anak matanya.
“You kenapa ni? Why so suddenly? Talk to me” Hana Aishah memujuk lembut. Tangannya mengusap pipi Fakhrul yang sudah basah itu.
“Sayang isteri yang baik. I ruin you. I promise abah I will guide you , I will take care of you. I will …. I will love you. I do… I do … I love you so much… Sayang tahu kan” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.
“Tell me. Say it. Sayang tahu kan I love you more than my own self” suara Fakhrul kedengaran terdesak saat itu.
“Aishah tahu abang cintakan Aishah” Hana Aishah memberitahu lembut. Tangannya masih mengusap wajah Fakhrul yang berkerut seribu itu.
“We will fix everything back. Abang akan guide sayang balik. We will be ok. Adam tunggu kita. Abang kena be strong for us kan” Hana Aishah menganggukkan kepalanya walaupun hatinya berderai saat mendengar perihal anak syurganya.
Matanya ditutup rapat saat Fakhrul mencari ketenangannya. Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan sisi Fakhrul yang ini. Lelaki yang senantiasa gah dan perkasa itu hanya untuk menyembunyikan kedukaan ini. Rahsia yang hanya Hana Aishah dan Hariz sahaja tahu.
“He is insecure and living in fear. He closed himself up because if he opens up , he will turn everything into pain. He expect pain from everyone that comes into his life. He is hurting himself so he can control the pain that will come his way” Hana Aishah memeluk erat Fakhrul saat kata – kata yang Hariz ungkapkan kepadanya sewaktu di Melaka beberapa tahun lepas kembali mengiang di mindanya.
*****************************************************************
Hana Aishah menarik kembali gaun tidur yang sudah terdampar di lantai beberapa jam lepas. Matanya merenung ke arah Fakhrul yang sedang berdengkur. Lingkaran mata gelap masih mengelilingi ke dua – dua pasang mataitu tetapi sekurang – kurangnya kerutan di wajah Fakhrul sudah hilang.
Selimut yang hanya sudah melurut itu ditarik kembali menutup tubuh Fakhrul yang sedang beradu tenang. Dia mengusap anak rambut nakal yang merantai dahi Fakhrul sebelum satu kucupan dihadiahkan di ubun – ubun suaminya.
Saat itu Fakhrul memerlukan dia. Perasaannya ditolak ketepi seperti sewaktu majlis tadi. Dia gembira dengan kehadiran Mikhail , Emir dan Scott tetapi inilah puncanya kenapa mereka tidak boleh berada di sampingnya di Malaysia. Kehidupan dia di London bukan seperti di sini. Hana Aishah yang dibina di London tidak boleh menjadi Hana Aishah yang sama seperti di sini.
Kakinya melangkah menuju ke dalam kamar mandi saat azan subuh berkumandang. Hana Aishah membuka pancuran air panas sebelum seluruh tubuhnya disirami dengan air itu.
“Sometimes I just want to ask why did You fated me with him when I am just as broken as he is. But then considering the amount of sin I am accumulating that doesn’t sounds like something I should be asking You right?” Hana Aishah berbisik sendiri di bawah pancuran air panas itu.
I am sorry for the delay in updating. I baru migrate to a different country hence the delay. Hopefully I can start updating often (but no promises). InsyaAllah novel ini tidak akan tergantung. Due to time difference in my area still 1st March so no promise broke =P Enjoy
Share this novel
sentiasa menunggu kesambungan Adam ni....nk tahu gak pengakhiran nya ..hope happy ending ...
Still waiting for new update
eve.. how are u doin