BAB 12

Mystery & Detective Completed 36681

Lisa berada di dapur menyiapkan sarapan pagi sewaktu Benjy turun mendapatkannya dalam keadaan pening dan mamai.

Dia memandang Lisa dengan perasaan bersalah, berulang kali dia cuba memastikan apa yang berlaku semalam cuma mimpi namun kesan gigitan Leah pada leher dan pangkal pahanya menyedarkan ia bukan mimpi. Dia tidak tahu harus melakukan apa, dia tidak menyangka yang dia telah mengkhianati Lisa.

‘You memang sengaja tak datang ke dinner semalam? Penat sangat sampai tak boleh bangun? You yang cakap you akan datang?

‘Sorry sayang, I pening kepala semalam, ambil pil tahan sakit dan terus tertidur, sorry sayang,’ pujuk Benjy lalu memeluk Lisa dari belakang. Dakapannya sangat erat membuat Lisa tak jadi untuk memarahi suaminya itu. Lisa memusingkan tubuhnya lalu bertanyakan sama ada Benjy okay, Benjy hanya mengangguk tanda okay dan berulang kali memohon maaf pada Lisa.

Lisa tak sedap hati melihat tingkah laku Benjy, namun gagal menghidu sebarang perkara yang tak elok telah terjadi lantaran hati wanitanya cair dengan pujukan dan kata-kata maaf suaminya.

‘Sayang, I ada benda nak cakap dengan you pasal Leah, Ia terlalu sukar untuk dibualkan and I takut anak-anak akan dengar, but I don’t think we shoul hire her anymore, actually I dan Hadid ke Genting semalam cari makcik dia and it turns out tu bukan makcik dia tapi ibu bapa kandung Leah. Selama ni dia tipu kita sayang, I kesian dengan apa yang menimpanya tapi I dah tak boleh untuk hire dia lagi. Kalau you tahu apa yang bapa dia buat…’ belum pun sempat Lisa menghabiskan kata-katanya, Benjy sudah mencelah.

‘Maafkan I Sayang, I patut percaya apa yang you cakap, I pun rasa eloklah you berhentikan saja dia, I boleh jaga anak-anak, ujar Benjy.

‘Nak pecat saya ka?’ tanya Leah yang muncul tiba-tiba mengejutkan Lisa dan Benjy.

‘Kenapa awak datang, kan hari ni hari Ahad?’ Hari ni kan off day awak?’ tanya Lisa.

‘Saya datang untuk pastikan semuanya okay dan tak sangka saya dengar semua ini. Puan beri saya tempoh sebulan tapi nampaknya puan seperti dah tak sabar nak pecat saya, puan nak saya berhenti hari ni kah?

‘Tuan Benjy dah okay, tuan nampak macam mabuk, tuan minum ke? Mesti nak hilangkan stress kan?’ tanya Leah sinis dan senyum memandang Benjy seribu makna membuatkan peluh cemas menitik di dahi Benjy.

‘Leah, I dah tahu siapa you sebenarnya, it’s okay I understand what you went through, I know life knock you hard sometimes but im sorry there is nothing we could do to help you,’ Lisa cuba menenangkan Leah.

‘Leah, kami rasa sampai sini saja khidmat you dengan kami, esok or selasa your last day, you boleh datang jumpa kami after five untuk settle last salary, overtime dan lain-lain lagi, you boleh pergi sekarang coz kami sekeluarga nak keluar,’ jelas Benjy sambil memeluk erat pinggang Lisa, Lisa terkedu mendengar kata-kata Benjy, hairan dia melihat Benjy yang selama ini beria-ria mempertahankankan Leah kini bersungguh-sungguh menyuruhnya berhenti. Dalam masa yang sama Lisa lega kerana kata-kata Benjy tadi telah memudahkan tugas Lisa.

Leah yang mendengar kata-kata Benjy tadi menangis sambil menggelengkan kepala seakan tidak mempercayai apa yang baru saja didengarnya. Baru semalam dia mendengar dari mulut Benjy sendiri betapa dia puas dan mahukannya. Leah meninggalkan rumah tersebut dalam linangan air mata.

‘This is not over, kau carik nahas dengan aku kan Lisa? Kau nak rampas anak dan laki aku?! Kau Tunggu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience