BAB 2

Drama Completed 632

Balik kampung…oooooohhh balik kampung,

Ooooooohh….balik kampung,

Hati riang…..

Nawfal menarik ke atas penutup tingkap kecil kapal terbang di sebelahnya. Kelihatan awan yang berarak menghiasi pemandangan matanya. Hatinya pula sudah terawang-awang jauh ke kampung halaman. Tegakah ibu menerimanya kembali setelah bertahun-tahun lama menyepikan diri? Masih adakah sekelumit kemaafan yang akan dihadiahkan untuknya? Monolog Nawfal sendirian.

“Nawfal….”dari jauh lagi kelihatan Kak Syimah berlari mendapatkannya. Baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya di kerusi menunggu, sudah kedengaran suara kakak sulungnya itu.

“Afal,rindunya kat hang,” kemas pelukan kakak yang menghimpit tubuh kedingnya. Air mata Kak Syimah tumpah bagaikan curahan hujan.

“Afal pun rindu kat akak dan mak. Mak sihat ke kak?” tanya Nawfal kepada kakaknya. Sekadar berbasa-basi. Air mata lelakinya hampir tumpah tatkala bertemu semula keluarganya setelah sekian lama.

“Mak ada kat kampung. Kak dah cerita kat mak dah pasal hang nak balik. Ingatkan dia nak marah, tapi rupanya dia seronok hang nak balik. Sebenarnya dia rindu sangat kat hang.” Ujar Kak Syimah sambil mengelap air mata yang jatuh ke pipi. Dua orang anak Kak Syimah juga menyalami tangannya yang masih sejuk disimbahi penghawa dingin ‘flight’ yang dinaikinya.

“Afal, hang masih terasa dengan kata-kata mak ka?” soal Kak Syimah tiba-tiba. Tersentak sebentar dari lamunan, dia kembali memandang kakaknya dengan pandangan yang sayu.

“Kak Syimah, Afal takkan balik kalau Afal masih terasa dengan perkara yang terjadi. Kali ni Afal dah nekad takkan pulang ke Australia lagi dan akan ‘stay’ kat sini untuk selamanya. InsyaAllah, itu janji Afal.” Tukas Afal sambil menarik begnya mengekori Kak Syimah dan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience