Benci… Jijik… Amarah…
Segalanya bercampur menjadi satu.
Tapi tiada yang mampu dilakukan selain merelakan segala yang berlaku kepadanya. Masih ada yang perlu dilindungi. Terlalu banyak yang perlu dipertaruhkan jika dia melawan.
Dia hanya mampu memejamkan mata, menahan nafas yang sesak, mematikan tubuhnya sendiri. Biar segalanya berlaku di luar dirinya. Seolah-olah jasad ini bukan miliknya. Seolah-olah dia hanyalah bayang-bayang yang terperangkap dalam sangkar daging.
Rakus bibir itu menjamah bibirnya. Lidah yang menyelinap ke dalam mulutnya. Tubuh yang menindihnya. Tangan yang merayau di atas kulitnya.
Segalanya menjijikkan. Dan ini bukan kali pertama. Dia menjalaninya selama 3 tahun. Cukup untuk dia belajar bahawa tangisan tidak dapat meraih simpati untuknya. Ia hanya menambah berahi mereka.
Lari? Mudah dilafazkan dari dilakukan. Dia ingin pergi namun kakinya sedang terikat dengan nyawa ibunya. Ibunya masih hidup hingga ke saat ini hanya kerana mesin yang dibiayai Eden Black. Langkah keluar dari kelab ini... sama seperti melempar ibunya ke tengah jalan, menunggu kematian. Jika dia bertahan sedikit lagi, Veno telah berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya.
Dan video. Video yang dirakam tanpa izin. Jujur dia tidak peduli tentang dirinya namun jika video itu tersebar, ibunya akan hancur.
Jika ditanya tentang alasan kepada dirinya yang dulu, itu akan menjadi jawapannya. Tapi sekarang, dia merenung lelaki yang berada di atas tubuhnya.
Dia hanya ingin melihat lelaki ini hancur. Dan dia tidak perlu menunggu terlalu lama untuknya.
Kerana hitungan terbalik hidup lelaki itu telah bermula sejak sebulan yang lalu.
“Kenapa kau tolong aku?”
Ibunya telah selamat menjalani pembedahan dan dipindahkan ke wad biasa. Tidak lagi perlu bergantung kepada mesin yang dibiayai oleh Veno. Dia tahu dia harus berterima kasih tapi tiga tahun bekerja di Eden Black mengajarnya bahawa tiada kebaikan yang percuma. Segalanya memerlukan bayaran.
Gadis yang masih menyuapkan makanan ke mulutnya mengangkat wajah memandangnya bersama senyuman. Bukan senyuman yang penuh keikhlasan tapi senyuman yang menyembunyikan syaitan dibaliknya. Cukup untuk menyedarkan Nova gadis di hadapannya ini berbahaya.
“Apa yang kau nak dari aku?” soal Nova sedikit kasar. Cuba menyembunyikan rasa gementar yang tiba-tiba bersarang.
Gadis itu mencapai gelas di sisinya dan menuangkannya ke atas tangan untuk membersihkannya dari sisa makanan yang melekat di tangannya.
“Aku tanya ni. Kenapa kau tolong aku?”suara Nova sedikit kasar kali ini. Kesabarannya sudah menipis. Dia benci yang tidak diketahui. Dia tahu Veno menyimpannya dan membiayai kos rawatan ibunya untuk dia kekal di Eden Black. Kerana dia favorite Strayz.
Strayz suka padanya kerana dia masih belum hancur sepenuhnya. Strayz suka kebencian di dalam matanya. Kebencian dan rasa jijik yang tidak dapat disorokkan setiap kali memandang lelaki itu. Strayz suka merasa berkuasa. Menindas yang tak berdaya. Membuktikan hanya yang berkuasa layak untuk membuat keputusan.
Tapi gadis di hadapannya. Mereka tidak pernah bertemu walau sekali. Dan dia yakin gadis itu bukan ‘santapan’ di Eden Black.
Wajah yang bersih tanpa cela selain dari parut berbentuk || / di hujung dahi di sebelah kanan yang hampir ditutupi rambut itu. Wajah itu mungkin tidak sebanding dengan model antarabangsa tapi aura yang dikeluarkan gadis itu adalah sesuatu yang tidak mungkin dia akan lupa.
“Sekarang aku faham kenapa kau favorite Strayz.”gadis itu bangun mendekatinya.
Nova ingin mengundur ke belakang tapi kakinya seolah sedang terpaku di tanah. Pipinya diusap perlahan. Mata mereka saling bertentangan.
“Mata kau memang seksi bila kau marah.”gadis itu bersuara perlahan. Usapannya tidak berhenti. “So obedient. Perfect dijadikan mainan.”
Kekuatannya kembali sebaik saja mendengar kata-kata itu. Nova segera menepis tangan gadis itu dan mengundur ke belakang. Dia benar-benar tidak faham obsesi orang kaya. Mengapa mereka semua ingin jadikannya mainan?
Gadis itu tersenyum seolah dapat membaca hatinya.
“Aku rasa 3 tahun cukup untuk ajar kau yang miskin akan selalu jadi mainan si kaya. Tapi, kau boleh pilih, kau ingin jadi mainan siapa. Strayz atau aku?”
Kata-kata gadis itu membuatkan Nova terhenti. Seumur hidupnya hanya kayak dijadikan mainan? Impiannya untuk hidup bahagia bersama ibunya hanya akan menjadi rekahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Gadis itu menggeliatkan tubuhnya dan berpaling dari Nova. “Ibu kau dah selamat. Kalau kau nak lari, aku takkan cari kau. Aku tak berminat nak memaksa.”
Nova memandang belakang gadis itu yang sedang berjalan kembali ke tempat duduknya tadi dengan mata yang dibayangi sedikit harapan. Mungkin dunia ini masih ada manusia yang baik. Yang sekadar ingin membantu tapi tidak ingin terlihat baik.
“Tapi aku tak boleh gurantee yang Veno and Strayz akan lepaskan kau.”
Gadis itu bersuara lagi sambil melabuhkan punggungnya.
“Apa yang kau nak?” Nova mengulangi soalannya. Jika dia harus menjadi mainan, dia ingin tahu siapa yang paling layak untuk menjadi pemiliknya.
Gadis itu tersenyum lagi dengan soalan itu.
“Aku nak masuk dalam menu.”
Nafasnya yang panas menghembus di lehernya, dan gerakan lelaki itu yang semakin lama semakin laju mengembalikan Nova ke atas katil di bawah tubuh lelaki itu. Dia menggenggam cadar sekuatnya, cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi, tapi tubuhnya yang menggigil sudah cukup mendedahkan segalanya.
Nova memandang siling, kosong… Jari-jarinya mengepal di bawah cadar. Perutnya terasa mual.
“Jumpa lagi esok” Strayz berbisik ke telinganya sebelum bangun dari tubuhnya.
Dia dapat merasakannya mengalir — seperti racun. Tak diundang, tak diminta. Tapi sudah terlalu biasa.
Dia memandang ke meja sisi di sebelah katil. Tablet di atas meja itu sedang berkedip menandakan hidangan utama untuk Strayz sudah tersedia.
Strayz sudah melangkah keluar untuk menikmati santapannya. Santapan terakhirnya.
Neraka ini akhirnya akan membakar pemiliknya.
Nova melangkah turun dari katil. Dia tidak ingin terlepas tayangan istimewa.
Share this novel