BAB 5

Short Story Completed 329

Hmm, ni padan sangat! Kata hati Adam. Adam membuka pintu dapur. Adam
terhenti seketika. Dia melihat daun pintu yang terbuka. Dia melihat
kakinya. Perlahan-lahan langkahannya dicipta. Hairan. Macam..? Namun,
Adam membiarkan persoalannya begitu sahaja. Adam tetap teruskan juga
hajatnya. Adam cepat-cepat melangkah.

"Assalamualaikum" Suara memberi salam. Adam terkejut lalu terus
berpaling ke arah suara itu. Tangannya menggenggam erat hulu parang.

"Apakah erti merdeka bagimu?" Tanyanya. Orang tua berjubah putih sedang
melihat dirinya. Adam diam. Nafasnya cuba dikawal. Adam benar-benar
merasakan seperti mengalami keadaan ini. Dia melihat wajah yang tenang
dan lembut itu. Adam memegang dahinya, tertunduk.

"Kamu nak kata.." Adam mulai bersuara.

"Kamu nak kata, begini. Apa burukkah nama merdeka yang kamu dengar?
Ha.." Adam terhenti dek orang tua itu memotong.

"Hati kamu sangat marah. Bencikah kamu akan merdeka?" Celahannya. Adam
mengangkat kepalanya lalu memandang orang tua itu dengan tajam.

"Beginikah kamu melayani merdeka?" Balas Adam. Adam menduga.

"Atau lebih tepat, merasai merdeka?" Balas orang tua itu pula. Adam
mengetap bibirnya. Matanya melirik wajah orang tua itu. Adam melihat
orang tua yang di hadapannya kini adalah orang tua gila itu pula.
Hatinya tiba-tiba membara.

"Aaaahhh" Adam berteriak sekuat hatinya. Parang dilibaskan. Adam tidak
melihat apa yang terkena libasannya. Adam tidak peduli apa yang akan
terjadi. Hatinya berapikan kemarahan.

Setelah beberapa ketika, Adam berhenti kepenatan. Dia terduduk lalu
membaringkan diri. Parang dilepaskan. Nafasnya mengah. Adam melihat
langit yang biru seperti lautan. Fikirannya mulai beransur-ansur tenang.
Gelora dadanya beralun lembut. Adam mendiamkan diri. Matanya
dipejamkan. Tiba-tiba, hatinya dihinggap sedih.

Langit yang cerah. Biru. Menenangkan. Mengapa semua ini terjadi? Jika
langit pernah gelap sebab hendak hujan. Manusia pula selalu mengeluh
mengapa hujan saat ini. Tapi hujan masih tetap turun walaupun rasa tidak
dihargai. Hujan tetap turun jika manusia semakin mengeluh dan membenci
sebab tidak dapat bergerak ke mana-mana dengan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience