Chapter 6

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.6 I'm Sorry

Olyn POV

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.30 malam. Aku masih lagi menghadap televisyen yang sudah habis siaran. Aku teringat ayat Ani semasa aku dihospital dua minggu lepas.

Flashback

"Bagi aku , kau memang patut dapat penampar tu. Dorang suruh kau cerita , tapi kau degil" Ani mengangkat bahunya.

"Salah ke kalau aku nak protect dorang?" tanyaku.

"Tak salah , tapi sekurang-kurangnya bagitahu lah masalah kau.." katanya.

End Flashback

Aku juga teringat kata Alyn setelah kami dirotan oleh Mugu.

"Olyn! Cuba jangan jadi kebudak-budakan! Kalau kau taknak bagitahu kita orang semua , sekurang-kurangnya bagi tahu lah dekat salah seorang dari kita orang!"

Aku memejamkan mataku. Aku memang kebudak-budakan. Fikirku.

I should tell Put!

Aku mengambil handphoneku di tepi katil. Mintak-mintak Put belum tidur.. Doaku. Aku melihat Whatsapp. Yes! Put still online!!

Dengan pantas aku menghantar chat kepada Put.

Me: Put , aku nak kau datang gelanggang tempat kita lepak esok. Pukul 8 pagi , sharp!

Beberapa minit kemudian , Put membalas chatku.

Put: Kau nak apa lagi Olyn?

Aku sigh.

Me: Just come. Kau seorang je. Pakai outfit macam kau nak bersukan.

Chatku sidah ditanda dengan bluetick. Tapi Put tidak membalas. Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku dah bagitahu. Harap dia datang esok pagi.

Aku memejam mataku dan akhirnya terlena dengan handphone masih ditangan.

*
*

Aku berjalan terus ke arah gadis pendek yang sedang duduk di atas bangku bersendirian. Put memandangku tajam. Dia berdiri. Ketika aku sudah semakin dekat , aku membaling basketball yang berada di tanganku kepadanya.

"ugh!" Dia menyambut bola itu. Dia memberiku pandangan clueless.

"Beat me. 3 score for 3 round" cabarku. Aku memang sengaja ingin mencabar Put kerana aku tahu Put pantang dicabar. Aku yakin dia pasti akan dapat mengalahkan aku.

"Kau pura-pura lupa atau kau memang lupa? Kau tahukan yang aku tak pandai main basketball ni." kata Put dengan nada marah. "Kau memang nak malukan aku ke Olyn?" tanya Put.

"Come on , Put. Kalau kau dapat kalahkan aku , aku akan bagitahu semua masalah aku. Dan kalau tak.." aku menggeleng-geleng kepalaku. "I want you to be the 'old' Puteri back and I won't tell you any of my problem either.."

Put menarik nafas. "Baik. Aku pasti akan kalahkan kau! Kau jangan berani ubah fikiran kau" kata Put. Aku menyeringai.

Aku mengundur tiga langkah. "Let start.." kataku. Put start berlari ke arah jaring sambil melantun-lantun bola. Aku merampas bola itu. Dengan kakiku yang panjang , aku berlari ke arah jaring lalu melompat untuk menjaringkan bola.

Bola yang kubaling masuk ke dalam jaring. Smirkku melebar. Put menggenggam penumbuk.

"Come on , Loser.." Aku memanaskan Put. Put mengambil bola tadi dengan geram.

Okay , sekarang baru perlawanan betul bermula..

*

Aku duduk ditengah-tengah gelanggang. Nafasku berderu. Tanda aku betul-betul letih. Put cuba mengawal pernafasannya.

"Jadi?" tanya Put dengan nafas masih belum normal.

Aku berdiri. "Jom pergi starbuck. Aku ceritakan dekat sana.."

//skip scene//

Di Starbuck..

Keadaan hening menyelimuti kami. Put berdehem.

"So?"

Aku menarik nafas panjang. "Aku mintak maaf sangat dekat kau. Sebab aku , semuanya berubah.." Kataku.

Put memandangku. " Tell me , Olyn. Apa masalah kau. Aku kecewa dengan kau Olyn. Bila aku ada masalah , kau selalu dengar. Tapi bila aku nak dengar masalah kau , kau selalu mengelak. Aku ni bukan kawan kau ke? Ke kau rasa diri kau tu batu? Kau rasa tak ada orang care pasal kau?" Aku menelan ludahku. Kata-kata Put mengena tepat di dadaku. "Bagitahu aku , Olyn" Put berkata dengan lembut.

"Sebenarnya.."

Aku menceritakan mimpiku kepada Put. Put mendengar dengan penuh fokus. Put menunjukkan raut risaunya.

*

"Apa kau rasa tentang mimpi aku tu?" tanyaku kepada Put setelah tamat bercerita.

"Macam mana kalau semua tu hanya mainan tidur?" tanya Put. Dahiku berkerut.

"Really Put? Selama sebulan aku mimpi benda yang sama , kau kata semua tu just mainan tidur je? Macam mana dengan hari dimana aku berjumpa Cassandra? Tak akan itu mimpi juga?" Suaraku meninggi.

"Olyn , sabar. Aku kata kalau ," Emosi marahku menurun. Aku perlu kawal lagi rasa marah aku ini. Aku tidak boleh biarkan ia bermaharajalela. "Macam ni lah Olyn. I'm glad that you told me everything. Please , jangan disebabkan mimpi ni , kau tinggalkan Olala. Cassandra ada cakap kat kau supaya selamatkan Olala kan? Dia bukan suruh kau tinggalkan Olala. Jadi Olyn , comeback to Olala? Kau tak kesiankan Alyn ke? Ainaa? Yaya? Yana? Nad?" Put bersuara lirih.

"Aku takut Put , dengan cara ni je aku dapat renggangkan hubungan Olala.." Aku memandang Put dengan sedih.

"Come on lah Olyn. Mesti ada cara lain untuk kau halang Isabella. Aku boleh tolong kau. Cassandra pun pasti akan tolong kau. Yasmin , Ani. Mereka pun sama.." kata Put.

"Aku fikirkan dulu lah.." Kataku. Put tersenyum gembira. "..and Put , ubah sikap kau , jadi Put yang lama.." Put mengangguk. Aku tersenyum. "Mintak maaf pada Yasmin.." Senyum Put hilang. "Put , please?" aku.memberinya 'puppy eyes'. Put mengeluh lalu mengangguk.

"Yehey.." Aku tertawa lepas.

**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience